standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja … · 2020. 5. 28. · standard minimum perumahan...

22
D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

1

D.R. 20/2019

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan tajuk panjang

2. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang—

(a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan

Page 2: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang2

(b) dengan memasukkan selepas perkataan “tanggungan mereka,” perkataan “penginapan untuk pekerja yang tidak ditemani oleh tanggungan dan penginapan berpusat,”.

Pindaan am

3. Akta ibu dipinda—

(a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “worker”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 5, 8, 16, 17, 18, 20, 21, 23 dan 27, dengan perkataan “employee”;

(b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 5, 6, 7, 9, 15, 17, 18, 19, 22, 23 dan 27, dengan perkataan “employees”;

(c) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 17, 18 dan 21, dengan perkataan “an employee”;

(d) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers’ ”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 23, dengan perkataan “employees’ ”;

(e) dengan menggantikan perkataan “dua ribu”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 18, 20 dan 33, dengan perkataan “lima puluh ribu”; dan

(f) dengan menggantikan perkataan “seratus”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 18, 20 dan 33, dengan perkataan “satu ribu”.

Pindaan seksyen 1

4. Seksyen 1 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Standard Minimum Perumahan” dengan perkataan “Standard Minimum Perumahan, Penginapan”; dan

Page 3: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

3

(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “seluruh Malaysia” dengan perkataan “Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan”.

Sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

5. Segala sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Pindaan seksyen 2

6. Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “pemakaian” perkataan “Bahagian II”; dan

(b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh” dengan perkataan “Bahagian II Akta ini tidak”.

Pindaan seksyen 3

7. Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a) dalam takrif “bangunan”—

(i) dengan memasukkan selepas perkataan “ertinya” perkataan “, berhubung dengan Bahagian II,”; dan

(ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;

(b) dalam takrif “kontrak perkhidmatan”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “an employee”;

Page 4: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang4

(c) dalam takrif “majikan”—

(i) dalam perenggan (a), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”;

(ii) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan ‘dan istilah “ambil kerja” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’; dan

(iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perkataan ‘dan perkataan “ambil kerja” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’;

(d) dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan “yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi buruh” dengan perkataan “yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia”;

(e) dalam takrif “Pegawai Perubatan Kesihatan”, dengan menggantikan perkataan “, mana-mana Penolong Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya” dengan perkataan “dan mana-mana Penolong Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri”;

(f) dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Perubatan Kesihatan” takrif yang berikut:

‘ “pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955;’;

(g) dengan memotong takrif “pekerja”;

(h) dalam takrif “pengamal perubatan residen yang berdaftar”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;

Page 5: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

5

(i) dalam takrif “pengurus residen”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;

(j) dalam takrif “tanggungan”, dalam teks bahasa Inggeris—

(i) dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “worker” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employee”; dan

(k) dalam takrif “tempat pekerjaan”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”.

Pindaan seksyen 10

8. Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employees”;

(b) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “sepuluh” dengan perkataan “lima”; dan

(ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers’ ” dengan perkataan “employees’ ”; dan

(c) dalam subseksyen (4)—

(i) dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “lima puluh”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”.

Page 6: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang6

Pindaan seksyen 11

9. Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employees”;

(b) dalam subseksyen (2), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “A worker” dengan perkataan “An employee”;

(c) dalam subseksyen (3), dalam teks bahasa Inggeris—

(i) dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “another worker” dengan perkataan “another employee”; dan

(d) dalam subseksyen (6)—

(i) dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “lima puluh”; dan

(ii) dengan mengantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “satu ribu”.

Pindaan seksyen 12

10. Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan

(b) dalam subseksyen (3)—

(i) dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “lima puluh”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “satu ribu”.

Page 7: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 13

11. Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “Akta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Bahagian”;

(b) dengan menggantikan perkataan “Seorang pekerja yang bertugas di tempat pekerjaan yang ditetapkan oleh Menteri” dengan perkataan “Seorang pekerja”; dan

(c) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “worker” dengan perkataan “employee”.

Pindaan seksyen 14

12. Seksyen 14 Akta ibu dipinda, dalam teks bahasa Inggeris—

(a) dengan menggantikan perkataan “worker’s” dengan perkataan “employee’s”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “worker” dengan perkataan “employee”.

Bahagian baharu IIIa

13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24 Bahagian yang berikut:

“Bahagian IIIa

PENGINAPAN

Pemakaian

24a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja selain untuk bekerja di estet.

Page 8: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang8

Tafsiran

24b. Dalam Bahagian ini—

“orang yang bertanggungjawab bagi penginapan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan, serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan; “penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia;

“penginapan berpusat” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan;

“penyedia penginapan berpusat” ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri.

Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan

24c. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penginapan;

(b) mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan penginapan pekerja;

(c) mengeluarkan apa-apa arahan kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan apa-apa kemudahan lain yang berhubungan dengan penginapan;

Page 9: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

9

(d) mengeluarkan Perakuan Penginapan; dan

(e) melakukan apa-apa jua perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Bahagian ini.

(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Bahagian ini.

Penginapan hendaklah diperakukan dengan Perakuan Penginapan

24d. (1) Tiada penginapan boleh disediakan untuk seseorang pekerja melainkan jika diperakukan dengan Perakuan Penginapan.

(2) Suatu permohonan bagi Perakuan Penginapan hendaklah dibuat oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang ditetapkan. (3) Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(4) Seseorang penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Majikan hendaklah memberikan notis pendudukan

24e. (1) Seseorang majikan hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh suatu penginapan diduduki oleh pekerjanya, memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pendudukan itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Page 10: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang10

(2) Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Penginapan hendaklah mematuhi standard minimum

24f. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Pemotongan berkenaan dengan sewa atau caj bagi penginapan

24g. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri, seseorang majikan boleh memungut daripada seseorang pekerja apa-apa jumlah wang bagi sewa atau caj berkenaan dengan mana-mana penginapan yang disediakan oleh majikan itu atau mana-mana penyedia penginapan berpusat di bawah Bahagian ini.

(2) Jumlah yang dipungut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui potongan daripada upah pekerja itu.

Penginapan hendaklah mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan

24h. (1) Walau apa pun seksyen 24d, tiada majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika bangunan itu tidak sesuai untuk didiami manusia mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan.

(2) Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Page 11: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

11

Kemudahan

24i. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Kewajipan dan tanggungjawab berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan

24j. Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:

(a) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina;

(b) mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja;

(c) mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;

(d) memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;

(e) memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan

(f) mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan dan majikan hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, membuat perkiraan sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan supaya semua atau mana-mana pekerja diberikan imunisasi terhadap mana-mana penyakit berjangkit.

Page 12: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang12

Penyelenggaraan

24k. Seseorang majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja di bawah Bahagian ini diselenggara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan

24l. (1) Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang yang bertanggungjawab bagi penginapan yang disediakan di bawah Bahagian ini, yang akan bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pengurusan penginapan dan kemudahan, mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. ( 2 ) Hendak lah men jad i kewa j ipan o rang yang bertanggungjawab bagi penginapan—

(a) untuk memastikan pekerja mematuhi peraturan tatatertib sebagaimana yang ditentukan oleh majikan;

(b) untuk melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di tempat kerja; dan

(c) untuk memastikan seseorang pekerja dibawa ke klinik atau hospital jika pekerja itu mengadu tentang kesihatannya, atau didapati kurang sihat atau menghidap apa-apa penyakit atau keadaan perubatan, dan menyimpan suatu rekod aduan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di tempat kerja.

Notis untuk mengosongkan penginapan

24m. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau selainnya perkhidmatannya ditamatkan oleh notis tidak kurang

Page 13: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

13

daripada empat minggu, pekerja itu hendaklah mengosongkan penginapan pada tarikh berkuatkuasanya peletakan jawatannya atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya ditamatkan oleh notis tidak kurang daripada empat minggu atau ditamatkan secara serta-merta hendaklah mengosongkan penginapan dalam masa empat minggu dari tarikh notis atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.

Majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja

24n. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menjadikan seseorang majikan berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan seseorang pekerja yang disediakan penginapan di bawah Bahagian ini.”.

Pindaan seksyen 25

14. Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda—

(a) dalam perenggan (a)—

(i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “air dan elektrik” dengan perkataan “air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik”; dan

(b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja

Page 14: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang14

dan kehendak kebersihan minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;

(ab) bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah Bahagian IIIa;

(ac) bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah Bahagian IIIa;”.

Seksyen baharu 26a

15. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26 seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk mengeluarkan arahan

26a. Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.”.

Penggantian seksyen 28

16. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 28 dengan seksyen yang berikut:

“Pemulaan pendakwaan

28. Suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”.

Page 15: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

15

Seksyen baharu 28a dan 28b

17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan

28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—

(a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

(b) kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan

(c) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

(2) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Page 16: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang16

(5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a) tiada pendakwaaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b) apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(6) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

28b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diletak hak kepadanya kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 26 berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.”.

Seksyen baharu 29a

18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut:

“Kesalahan oleh syarikat, dsb.

29a. Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat,

Page 17: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

17

perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu; dan

(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.

Pindaan seksyen 31

19. Seksyen 31 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”.

Page 18: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang18

Pindaan seksyen 32

20. Seksyen 32 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “sepuluh”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “seratus” dengan perkataan “satu ribu”.

Kecualian dan peralihan

21. (1) Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh kelulusan atau kebenaran itu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2) Semua permohonan bagi kelulusan atau kebenaran Ketua Pengarah yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Ketua Pengarah di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(3) Apa-apa perintah, notis, saman, borang atau arahan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus sah dan disifatkan telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(4) Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Page 19: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

19

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (“Akta 446”) supaya selaras dengan perkembangan standard buruh antarabangsa terutamanya dari segi pematuhan kepada standard yang diamalkan oleh negara membangun, selaras dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, khususnya “Recommendation 115 – Worker’s Housing Recommendation, 1961”.

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memperluas pemakaian Akta 446, yang sebelum ini hanya terpakai bagi pekerja estet, kepada sektor pekerjaan yang lain. Rang Undang-Undang ini mensasarkan untuk membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik pelaburan asing terutamanya dalam industri berteknologi tinggi.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 446 untuk memperluas ruang lingkupnya supaya merangkumi sektor pekerjaan lain sebagai tambahan kepada sektor estet, untuk itu Akta 446 kini akan mempunyai kuasa untuk mengawal selia standard minimum penginapan untuk pekerja yang tempat pekerjaannya adalah selain estet.

4. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am kepada teks bahasa Inggeris untuk menggantikan perkataan “worker” dengan perkataan “employee”, perkataan “workers” dengan perkataan “employees”, perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee” dan perkataan “workers’ ” dengan perkataan “employees’ ”, supaya konsisten dengan Akta Pekerja 1955 [Akta 265]. Fasal itu juga bertujuan untuk meminda seksyen 18, 20 dan 33 untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut.

5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda tajuk ringkas Akta 446 bagi mencerminkan ruang lingkup yang diperluas untuk meliputi sektor pekerjaan lain sebagai tambahan kepada sektor estet. Peruntukan yang dicadangkan ini turut meminda ruang lingkup pemakaian Akta 446, yang sebelum ini terpakai di seluruh Malaysia, untuk terpakai hanya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ini berlanjutan daripada perundingan yang dibuat dengan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak. Dalam hal ini, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak telah bersetuju bahawa undang-undang bersamaan akan diperuntukkan dalam Ordinan Buruh (Sabah Cap. 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Cap. 76).

6. Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Page 20: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang20

7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 446 untuk mengehadkan takat pemakaian Bahagian II Akta 446 berkenaan dengan penyediaan perumahan dan kemudahan kepada pekerja yang tempat pekerjaan atau bahagian daripadanya yang terletak di kawasan selain dalam kawasan Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Wilayah Persekutuan.

8. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 446 untuk memasukkan takrif baharu dan meminda takrif tertentu yang sedia ada.

9. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 446 dengan menggantikan terma “workers” dan “workers’ ” dengan terma “employee” dan “employees’ ” masing-masing. Peruntukan yang dicadangkan seterusnya bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang majikan, apabila diperintahkan oleh Ketua Pengarah untuk berbuat demikian, mempunyai kewajipan untuk menyediakan pusat asuhan kanak-kanak jika pekerja mempunyai sekurang-kurangnya lima tanggungan di bawah umur empat tahun yang tinggal bersama mereka. Sebelum ini, majikan mempunyai kewajipan tersebut jika terdapat sekurang-kurangnya sepuluh tanggungan di bawah umur empat tahun yang tinggal bersama pekerja. Peruntukan yang dicadangkan juga bertujuan untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen ini.

10. Fasal 9 dan 10 adalah pindaan kepada seksyen 11 dan 12 masing-masing yang berbangkit daripada pindaan terma “worker” kepada “employee”. Peruntukan yang dicadangkan turut bertujuan untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut.

11. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 446 untuk menghalang majikan daripada mengenakan apa-apa bayaran sewa atau caj ke atas pekerja estetnya yang disediakan perumahan dan kemudahan.

12. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IIIa ke dalam Akta 446 berhubung dengan penginapan untuk pekerja.

Seksyen baharu 24a yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Bahagian baharu IIIa hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja untuk bekerja di tempat selain dari estet.

Seksyen baharu 24B yang dicadangkan mengandungi takrif bagi perkataan dan frasa yang digunakan dalam Bahagian baharu IIIa yang dicadangkan.

Seksyen baharu 24c yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan.

Seksyen baharu 24d yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja hendaklah mendapatkan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah. Kegagalan untuk mematuhinya akan menyebabkan majikan atau penyedia penginapan berpusat melakukan suatu kesalahan. Seksyen baharu 24e yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan mengenai obligasi majikan untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah jika pekerjanya telah menduduki mana-mana penginapan yang disediakan

Page 21: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan)

21

olehnya atau oleh penyedia penginapan berpusat. Ini adalah untuk memastikan penguatkuasaan Akta yang lebih berkesan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen baharu 24f yang dicadangkan mengenakan obligasi ke atas majikan dan penyedia penginapan berpusat untuk memastikan bahawa semua penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dinyatakan di bawah Akta 446 atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seksyen baharu 24g yang dicadangkan bertujuan untuk membenarkan majikan untuk mengutip apa-apa jumlah bagi sewa atau caj berkenaan dengan penginapan yang disediakan di bawah Bahagian baharu IIIa. Jumlah bagi sewa atau caj hendaklah dipungut melalui potongan daripada upah pekerja itu.

Seksyen baharu 24h yang dicadangkan bertujuan untuk memastikan pematuhan kepada kehendak bangunan dan pembinaan di bawah undang-undang bertulis lain yang berkaitan, sebagai tambahan kepada pematuhan yang dikehendaki di bawah Akta 446. Secara amalannya, majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah mendapatkan perakuan yang diperlukan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan itu berkenaan dengan bangunan dan pembinaan sebelum mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan Perakuan Penginapan di bawah seksyen baharu 24d yang dicadangkan.

Seksyen baharu 24i yang dicadangkan mengenakan kewajipan ke atas majikan dan penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi untuk pekerja mengikut standard minimum yang dinyatakan di bawah Akta 446 atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seksyen baharu 24j yang dicadangkan bertujuan untuk mengenakan kewajipan dan tanggungjawab ke atas majikan dan penyedia penginapan berpusat berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja yang disediakan penginapan di bawah Bahagian baharu IIIa. Kewajipan dan tanggungjawab tersebut termasuklah untuk mengambil langkah pencegahan yang berhubungan dengan keselamatan kebakaran dan membendung penyebaran penyakit berjangkit.

Seksyen baharu 24k yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan penyelenggaraan sewajarnya bagi penginapan yang disediakan di bawah Bahagian baharu IIIa.

Seksyen baharu 24l yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan, yang akan bertanggungjawab bagi kebajikan dan disiplin pekerja di penginapan tersebut.

Seksyen baharu 24m yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengosongan penginapan sekiranya pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau kontrak perkhidmatannya ditamatkan.

Seksyen baharu 24n yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa majikan yang menyediakan penginapan untuk pekerjanya tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan untuk tanggungan pekerja itu.

Page 22: Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja … · 2020. 5. 28. · Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 1 D.R. 20/2019 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a

Rang Undang-Undang22

13. Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 446 untuk memberi Menteri kuasa untuk mengawal selia perkara berhubung dengan penginapan di bawah Bahagian baharu IIIa.

14. Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26a ke dalam Akta 446 untuk memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan yang diperlukan untuk memastikan pematuhan kepada Akta 446.

15. Fasal 16 bertujuan untuk menggantikan seksyen 28 Akta 446 yang sedia ada untuk mengadakan peruntukan bahawa prosiding bagi kesalahan di bawah Akta 446 hanya boleh dimulakan dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

16. Fasal 17 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 28a dan 28B ke dalam Akta 446. Seksyen baharu 28a yang dicadangkan memperuntukkan bagi pengkompaunan kesalahan di bawah Akta 446 atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Seksyen baharu 28B yang dicadangkan melindungi Menteri, Ketua Pengarah dan pegawai yang diletak hak kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 26 Akta 446 daripada mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain berkenaan dengan mana-mana perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan dengan suci hati.

17. Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 29a ke dalam Akta 446 untuk memperuntukkan bahawa apabila suatu kesalahan dilakukan di bawah Akta 446 oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu, dsb., boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan syarikat itu, dsb., dan jika syarikat itu, dsb., didapati bersalah, pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.

18. Fasal 19 dan 20 bertujuan untuk meminda masing-masing seksyen 31 dan 32 untuk meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut.

19. Fasal 21 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan.

20. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

[PN(U2)3165]