terma dan syarat cimb preferred · c. gadai janji peribadi minimum (pinjaman perumahan /pinjaman...

15
CIMB Bank Berhad (13491-P) Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 1 of 15 1. PERLUASAN PERKHIDMATAN DAN KEISTIMEWAAN 1.1 Keahlian CIMB Preferred adalah melalui undangan oleh CIMB Bank Berhad ("Bank") kepada pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad ("CIMB Islamic") ("Pelanggan") berdasarkan kriteria kelayakan baki minimum yang dinyatakan di bawah Klausa 2.1 atau oleh mana-mana kriteria kelayakan lain yang akan ditentukan mengikut budi bicara Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan syarat bahawa Bank akan memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan berhubung dengan sebarang perubahan. 1.2 Penerimaan dan penerusan keahlian CIMB Preferred adalah mengikut budi bicara Bank sepenuhnya. Keahlian CIMB Preferred dan status Pelanggan yang diletakkan di bawah segmen Private Wealth” (dirujuk dalam Klausa 3) akan dikaji semula dari semasa ke semasa oleh Bank dan Bank berhak atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk meneruskan keahlian CIMB Preferred dan/atau status segmen “Private Wealth” kepada Pelanggan atau menghentikan, menamatkan atau menggantung keahlian yang sama dengan syarat bahawa penentuan oleh Bank akan disampaikan kepada Pelanggan dengan pihak Bank mengeluarkan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan. 2. BAKI MINIMUM 2.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Bank setelah memberi notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan, Pelanggan hendaklah mengekalkan 'Baki Minimum' dengan cara berikut untuk melayakkan keahlian CIMB Preferred mereka: A. Jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada bila- bila masa atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa yang didepositkan di mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU B. Jumlah agregat minimum Pelaburan sebanyak RM150,000.00 pada bila-bila masa atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa yang dilaburkan di mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa untuk enam (6) bulan dari tarikh permulaan keahlian Pelanggan CIMB Preferred. Selepas itu, dari bulan ketujuh (ke-7) dan seterusnya, jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM150,000 atau jumlah TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED

Upload: others

Post on 28-Jan-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 1 of 15

1. PERLUASAN PERKHIDMATAN DAN KEISTIMEWAAN

1.1 Keahlian CIMB Preferred adalah melalui undangan oleh CIMB Bank Berhad ("Bank") kepada pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad ("CIMB Islamic") ("Pelanggan") berdasarkan kriteria kelayakan baki minimum yang dinyatakan di bawah Klausa 2.1 atau oleh mana-mana kriteria kelayakan lain yang akan ditentukan mengikut budi bicara Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan syarat bahawa Bank akan memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan berhubung dengan sebarang perubahan.

1.2 Penerimaan dan penerusan keahlian CIMB Preferred adalah mengikut budi bicara Bank sepenuhnya. Keahlian CIMB Preferred dan status Pelanggan yang diletakkan di bawah segmen “Private Wealth” (dirujuk dalam Klausa 3) akan dikaji semula dari semasa ke semasa oleh Bank dan Bank berhak atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk meneruskan keahlian CIMB Preferred dan/atau status segmen “Private Wealth” kepada Pelanggan atau menghentikan, menamatkan atau menggantung keahlian yang sama dengan syarat bahawa penentuan oleh Bank akan disampaikan kepada Pelanggan dengan pihak Bank mengeluarkan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan.

2. BAKI MINIMUM

2.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Bank setelah memberi notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan, Pelanggan hendaklah mengekalkan 'Baki Minimum' dengan cara berikut untuk melayakkan keahlian CIMB Preferred mereka:

A. Jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM250,000.00 pada bila-bila masa atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa yang didepositkan di mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU

B. Jumlah agregat minimum Pelaburan sebanyak RM150,000.00 pada bila-bila masa atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa yang dilaburkan di mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU

C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa untuk enam (6) bulan dari tarikh permulaan keahlian Pelanggan CIMB Preferred. Selepas itu, dari bulan ketujuh (ke-7) dan seterusnya, jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM150,000 atau jumlah

TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED

Page 2: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 2 of 15

lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa didepositkan di mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama untuk dua belas (12) bulan. Selepas tamat tempoh dua belas (12) bulan, jumlah agregat minimum Deposit sebanyak RM250,000 atau Pelaburan sebanyak RM150,000 pada setiap masa atau jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan di dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU

D. Untuk Pelanggan CIMB@Work, Kakitangan Kumpulan CIMB dan Pemegang Kad Kredit CIMB Premier, jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM150,000.00 pada setiap masa atau jumlah lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa didepositkan di mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama untuk tahun kalendar pertama (1) dari tarikh permulaan keahlian Pelanggan CIMB Preferred. Selepas itu, dari tahun kedua (ke-2) dan seterusnya, jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan minimum sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa atau apa-apa jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan ke dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama, ATAU

E. Jumlah agregat minimum Pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Variable Priced Fund sebanyak RM150,000.00 atau jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa untuk tahun pertama (1) dari tarikh permulaan keahlian CIMB Preferred Pelanggan. Selepas itu, dari tahun kalendar kedua (ke-2) dan seterusnya untuk keseluruhan tahun kalendar kedua (ke-2), jumlah agregat minimum Pelaburan (tidak termasuk ASNB Variable Priced Fund) dan/atau Deposit sebanyak RM150,000.00 pada setiap masa atau jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan ke dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama. Selepas itu, dari tahun kalendar ketiga (ke-3) dan seterusnya, jumlah agregat minimum Pelaburan (tidak termasuk ASNB Variable Priced Fund) dan/atau Deposit sebanyak RM250,000.00 pada setiap masa atau apa-apa jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan ke dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama.

2.2 Sekiranya Pelanggan gagal untuk mengekalkan kriteria Baki Minimum seperti yang ditetapkan pada Klausa 2.1, Bank berhak untuk menghentikan, menamatkan atau menggantung Keahlian Pelanggan CIMB Preferred mengikut Klausa 6 di sini atau menetapkan semula Pelanggan kepada mana-mana segmen secara automatik (“pindahan automatik”) setelah memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan. Sekiranya Keahlian Pelanggan CIMB Preferred diberhentikan, ditamatkan atau digantung, Pelanggan hendaklah berhenti dari

Page 3: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 3 of 15

menggunakan perkhidmatan dan/atau keistimewaan di bawah Keahlian CIMB Preferred. Sekiranya Pelanggan adalah dipindah secara automatik ke segmen ‘Prime Banking’, segala penggunaan perkhidmatan dan/atau keistimewaan ‘Prime Banking’ oleh Pelanggan (selepas pemindahan berkesan) akan dianggap sebagai persetujuan Pelanggan kepada Terma dan Syarat yang mengawal ‘Prime Banking’. Berkenaan dengan Terma dan Syarat yang mengawal ‘Prime Banking’, perkara yang sama akan disediakan kepada Pelanggan dan boleh diakses melalui dalam talian di laman web Bank di alamat www.cimbbank.com.my

2.3 Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pelanggan dan/atau sebarang kesulitan yang ditanggung oleh Pelanggan akibat daripada penamatan, pemberhentian atau penggantungan dan/atau pemindahan automatik yang disebut pada Klausa 2.2 dan ini adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau kesulitan yang ditanggung oleh Pelanggan akibat pemberhentian, penamatan, pembatalan atau penyelarasan mana-mana ciri yang berkaitan dengannya melainkan perkara yang sama disebabkan oleh keingkaran dan kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

2.4 Tertakluk pada Klausa 3.3, Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya melanjutkan keahlian CIMB Preferred kepada maksimum satu (1) orang lain yang dicalonkan (“Orang Preferred Yang Dicalonkan”) oleh Pelanggan. Orang Preferred Yang Dicalonkan mesti memegang sama ada akaun Deposit atau Pelaburan Bank atau CIMB Islamic bersama-sama dengan Pelanggan dan dengan syarat Pelanggan hendaklah mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit sebanyak RM250,000.00 atau sejumlah amaun lain sebagaimana yang Bank mungkin tentukan dari semasa ke semasa yang didepositkan di mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur di mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama.

3. SEGMEN ‘PRIVATE WEALTH’

3.1 Bank berhak untuk menaik taraf keahlian Pelanggan ke segmen ‘Private Wealth’ yang menawarkan manfaat dan perkhidmatan tambahan kepada Pelanggan yang dimaklumkan oleh Bank dan yang mungkin diubah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan kepada Pelanggan. Penaiktarafan kepada segmen ‘Private Wealth’ hendaklah ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan tertakluk kepada Pelanggan yang mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM1,000,000.00 pada setiap masa atau apa-apa jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama.

3.2 Bank berhak melanjutkan keahlian CIMB Preferred dengan status segmen ‘Private Wealth’ untuk maksimum tiga (3) orang lain yang dicalonkan oleh Pelanggan dengan status segmen ‘Private Wealth’ (“Orang Private Wealth Yang Dicalonkan”). Orang Private Wealth Yang Dicalonkan hendaklah memegang sama ada akaun Deposit atau Pelaburan bersama dengan Pelanggan dengan Bank dan/atau CIMB Islamic dan dengan syarat sentiasa mengekalkan jumlah agregat minimum Deposit dan/atau Pelaburan sebanyak RM1,000,000.00 pada setiap masa atau apa-apa jumlah lain

Page 4: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 4 of 15

yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa yang didepositkan dalam mana-mana akaun deposit Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau melabur dalam mana-mana produk pelaburan Bank dan/atau CIMB Islamic di bawah akaun tunggal atau akaun bersama Pelanggan di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama.

3.3 Kegagalan untuk mengekalkan jumlah minimum yang dikehendaki oleh segmen ‘Private Wealth’ seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 3.2 boleh menyebabkan penamatan, pembatalan atau penggantungan status segmen ‘Private Wealth’ ke atas Pelanggan dan Orang Private Wealth Yang Dicalonkan di atas budi bicara Bank sendiri apabila memberi notis bertulis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan dan Orang Private Wealth Yang Dicalonkan. Pelanggan dan Orang Private Wealth Yang Dicalonkan akan kekal sebagai ahli CIMB Preferred dengan syarat Baki Minimum seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2.1 dikekalkan. Bank berhak untuk memindahkan Pelanggan dan Orang Private Wealth Yang Dicalonkan secara automatik mengikut Klausa 2.2.

3.4 Walau bagaimanapun seperti yang di atas, Bank boleh memberikan notis bertulis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar untuk menukar, menambah, meminda atau mengubah kriteria untuk memenuhi syarat Bank untuk segmen ‘Private Wealth’.

4. PERKHIDMATAN, MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN CIMB PREFERRED (“CP”)

4.1 Penggunaan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP yang ditawarkan di bawah keahlian CIMB Preferred akan dianggap sebagai Persetujuan Pelanggan untuk Terma dan Syarat yang mengawal Keahlian CIMB Preferred. Pelanggan boleh melihat senarai perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan Keahlian CIMB Preferred yang lengkap dan terperinci di laman web Bank di www.cimbpreferred.com.my. Berkenaan dengan Terma dan Syarat yang mengawal Keahlian CIMB Preferred, perkara yang sama akan disediakan kepada Pelanggan dan juga boleh dilihat dalam talian di laman web Bank di www.cimbpreferred.com.my

4.2 Bank berhak untuk memberi notis awal terlebih dahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk menambah, mengubahsuai, meminda atau menetapkan terma dan syarat selanjutnya berhubung dengan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan yang ditawarkan kepada Pelanggan sebelum Pelanggan dibenarkan untuk menikmati atau menggunakan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

5. KOMUNIKASI UNTUK ARAHAN

5.1 Pelanggan dengan nyata bersetuju dan secara tanpa boleh mansuh memberikan kuasa kepada Bank untuk bertindak atas arahan-arahan Pelanggan yang diberikan melalui telefon dan/atau pos, faksimile, yang mana Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya percaya ia datang dari Pelanggan tertakluk kepada Pelanggan:

i) memberi suatu pampasan kepada Bank dalam bentuk dan kandungan sebagaimana yang akan ditentukan oleh Bank; dan

ii) mematuhi terma dan syarat pampasan yang tersebut.

Page 5: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 5 of 15

5.2 Pelanggan hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menghalang penggunaan tanpa kebenaran dan penipuan penggunaan terhadap PIN, kata laluan dan/atau mekanisme keselamatan yang lain, kod-kod akses, ciri-ciri atau peranti yang berkaitan dengan mana-mana akaunnya yang ada dengan Bank (selepas ini dirujuk sebagai 'Kod Akses Keselamatan'). Pelanggan hendaklah memastikan bahawa Kod Akses Keselamatan tidak didedahkan atau ditunjukkan kepada mana-mana orang lain.

6. PENAMATAN KEAHLIAN, PERKHIDMATAN, MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN CIMB PREFERRED (“CP”)

6.1 Bank berhak untuk memberi notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan untuk menamatkan, menyekat atau menggantung Keahlian Pelanggan dan Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan bagi penggunaan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP sekiranya Pelanggan gagal mengekalkan kriteria kelayakan Baki Minimum yang dinyatakan dalam Klausa 2.1.

6.2 Penamatan keahlian CP dan penggunaan perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan CP yang diberikan kepada Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan juga boleh dilakukan oleh yang berikut:

A. dengan Pelanggan memberikan notis bertulis kepada Bank untuk menamatkan keahlian; atau

B. jika Pelanggan melanggar mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini; atau C. apabila berlaku kematian atau kurang siuman ke atas Pelanggan atau jika Pelanggan

melakukan tindakan yang mengakibatkan muflis; atau D. jika terdapat sebarang perubahan dalam undang-undang atau peraturan yang

menjadikannya mustahil atau menyalahi undang-undang bagi Bank untuk terus menawarkan perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan CP kepada Pelanggan.

6.3 Bank berhak atas budi bicara tunggal dan mutlaknya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk menamatkan, membatalkan, meminda, mengubahsuai, menyemak semula, menyekat atau menggantung semua atau mana-mana perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP yang disediakan kepada Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan ke atas Bank dengan memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penamatan, pembatalan, pindaan, pengubahsuaian, semakan, sekatan atau penggantungan semua atau mana-mana perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP tidak akan melayakkan Pelanggan dan/atau Orang Preferred yang Dicalonkan untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Bank bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami Pelanggan dan/atau Orang Preferred yang Dicalonkan sebagai hasil langsung atau tidak langsung dari tindakan penamatan, pembatalan, pindaan, pengubahsuaian, semakan, sekatan atau penggantungan melainkan perkara yang sama disebabkan oleh keingkaran atau kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

6.4 Apabila perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP dibatalkan, Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan tidak berhak untuk menggunakan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP di mana Bank mempunyai hak untuk mempertanggungjawabkan

Page 6: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 6 of 15

Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan seperti yang disebut levi, caj atau yuran berkenaan dengan penggunaan berterusan oleh Pelanggan dan/atau Orang Preferred Yang Dicalonkan untuk mana-mana perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP selepas pembatalan tersebut.

6.5 Penggunaan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP untuk Orang Preferred Yang Dicalonkan akan ditamatkan secara automatik pada ketika penamatan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP yang diberikan kepada Pelanggan.

7. PENGELUARAN WANG TUNAI ATM CIMB PREFERRED

7.1 Kepada Pelanggan yang mempunyai Kad Mesin Juruwang Automatik (Kad ATM), di bawah perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP yang ditawarkan, Pelanggan mempunyai pilihan untuk meningkatkan had pengeluaran ATM sehingga RM10,000 dan ini boleh dilakukan secara manual di mana-mana ATM CIMB Bank

7.2 Walaupun mengikut Klausa 7.1 di atas, pemindahan pihak ketiga menggunakan Kad ATM akan dihadkan kepada maksimum RM5,000 setiap hari.

8. BAHAN PEMASARAN

8.1 Bank hendaklah berusaha untuk memaklumkan kepada Pelanggan mengenai tawaran pemasaran dan promosi terkini yang mana Bank putuskan sebagai berguna dan memberi manfaat kepada Pelanggan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada program-program yang mana dapat membantu Pelanggan menguruskan akaun seperti peningkatan taraf produk dan perkhidmatan, peningkatan talian kredit dan manfaat-manfaat lain.

8.2 Pelanggan boleh memilih untuk enggan menerima bahan pemasaran dan promosi sekiranya diminta oleh Pelanggan dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Preferred di talian 1300 885 300 atau menulis kepada CIMB Bank Berhad (13491-P) di P.O. Box 10063, 50704 Kuala Lumpur, Malaysia. Pelanggan akan membenarkan lapan (8) hingga sepuluh (10) minggu untuk Bank memproses permintaan itu dan untuk membolehkan permintaan itu dikuatkuasakan.

8.3 Sekiranya Pelanggan kemudiannya memilih untuk menerima bahan pemasaran dan promosi ini, Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan CIMB Preferred di atas dan Bank akan membantu memenuhi permintaan ini.

9. PENYATA GABUNGAN

9.1 Sekiranya Pelanggan mempunyai lebih daripada satu akaun dengan alamat surat-menyurat yang sama, akaun yang dimaksudkan akan digabungkan ke dalam satu penyata (“Penyata Gabungan”).

9.2 Hanya akaun sertaan di mana Pelanggan merupakan pemegang akaun tunggal atau akaun bersama di mana Pelanggan adalah pemegang akaun utama akan digabungkan ke dalam Penyata Gabungan.

Page 7: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 7 of 15

9.3 Penyata Gabungan akan dihantar secara bulanan melalui pos ke alamat surat-menyurat Pelanggan yang ada di dalam rekod CIMB. Sekiranya Pelanggan tidak mahu menerima Penyata Gabungan, Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Bank dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Preferred di talian 1300 885 300 atau menulis kepada CIMB Bank Berhad (13491-P) di P.O. Box 10063, 50704 Kuala Lumpur, Malaysia.

10. PERKHIDMATAN MAKLUMAN SMS

10.1 Pelanggan memberi kuasa kepada Bank untuk menghantar apa-apa maklumat akaun, kemas kini dan peringatan yang berkaitan dengan akaun Pelanggan yang dikendalikan oleh Bank termasuklah baki tertunggak, baki tersedia, had overdraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa kemas kini lain yang mungkin disediakan oleh Bank dari dari semasa ke semasa melalui perkhidmatan pesanan ringkas ("Makluman SMS ") yang dihantar ke nombor telefon bimbit Pelanggan yang dikekalkan dalam rekod Bank.

10.2 Maklumat, kemas kini dan peringatan yang dihantar melalui Makluman SMS tidak akan dianggap sebagai rekod muktamad,konklusif dan mengikat dan tidak boleh menjadi rekod Bank untuk akaun yang mana berkaitan apabila ia menunjukkan bahawa perkara yang sama mengandungi kesilapan atau kecuaian nyata yang berada di luar kawalan Bank.

10.3 Untuk keselamatan pihak Pelanggan sendiri, Bank boleh menggantung Makluman SMS dengan serta-merta dan memaklumkan Pelanggan dengan serta-merta sekiranya Bank mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki Pelanggan tidak menerima Makluman SMS atau terdapat orang lain yang menerima Makluman SMS .

10.4 Adalah tanggungjawab Pelanggan untuk memaklumkan dengan menulis kepada Bank jika telefon bimbit Pelanggan hilang atau dicuri. Setelah pemberitahuan dibuat, Makluman SMS akan digantung sehingga Pelanggan memberi notis secara bertulis kepada Bank mengenai penukaran nombor telefon baharunya.

10.5 Makluman SMS akan terus dihantar kepada nombor telefon bimbit Pelanggan melalui rangkaian telefon asing jika Pelanggan membawa telefon bimbitnya ke luar negara. Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya maklumat peribadi Pelanggan dibocorkan atau didedahkan kepada mana-mana orang melalui pengendali rangkaian pihak ketiga melainkan perkara yang sama disebabkan oleh keingkaran dan kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

11. PUSAT PANGGILAN DAN PERBANKAN TELEFON CIMB PREFERRED

11.1 Bagi memastikan bahawa Bank menjalankan arahan dengan tepat, semua panggilan telefon antara Bank dan Pelanggan direkodkan. Bank juga boleh memantau panggilan-panggilan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatannya.

11.2 Apabila diminta oleh Pelanggan, Bank dengan ini diberi kuasa atas budi bicara tunggalnya untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan akaun Pelanggan, kadar pertukaran asing, atau kadar

Page 8: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 8 of 15

faedah melalui telefon, telex atau faksimile. Apa-apa maklumat/kadar jika diberi melalui telefon, tidak boleh mengikat Bank melainkan jika kemudiannya disahkan secara bertulis oleh Bank.

11.3 Bank diberi kuasa untuk bergantung dan melaksanakan arahan yang diterima oleh Bank daripada Pelanggan melalui telefon, telefon bimbit (termasuk SMS atau MMS yang dihantar daripada telefon bimbit yang diberikan oleh Pelanggan dalam rekod-rekod Bank), telex, faksimile atau kaedah-kaedah telekomunikasi lain (secara kolektifnya dikenali sebagai “Arahan Telekomunikasi") dan Pelanggan bersetuju bahawa pihak Bank dibenarkan untuk bertindak melakukan apa-apa Arahan Telekomunikasi yang mana Bank mengikut budi bicara tunggalnya percaya ia datang dari Pelanggan (selepas mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti Pelanggan yang memberikan Arahan Telekomunikasi tersebut) dan untuk bergantung dan bertindak dengan sewajarnya, dan Bank tidak akan dipertanggungjawabkan oleh Pelanggan dan/atau sesiapa sahaja untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan dan/atau sesiapa sahaja sekiranya Arahan Telekomunikasi tersebut sebenarnya berasal dari individu yang tidak dibenarkan melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh keingkaran atau kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

11.4 Pihak Bank boleh (tetapi tidaklah menjadi tanggungjawabnya untuk) bertindak ke atas Arahan Telekomunikasi tanpa mempersoalkan identiti atau bidang kuasa orang yang memberi atau berupa untuk memberikan Arahan Telekomunikasi tersebut atau kesahihan apa-apa panggilan telefon, mesej emel atau faks dan boleh diperlakukan sama seperti diberikan kuasa sepenuhnya oleh dan mengikat Pelanggan selagi pegawai Bank yang berkenaan percaya Arahan Telekomunikasi adalah tulen pada masa ia diberikan.

11.5 Pihak Bank boleh (tetapi tidaklah menjadi tanggungjawabnya untuk) mengesahkan Arahan Telekomunikasi tersebut dengan mengenal pasti T-pin dan mana-mana kod pengenalpastian atau soalan yang lain sebagaimana yang pihak Bank boleh dari semasa ke semasa tentukan dan Pelanggan hendaklah bertanggungjawab terhadap mana-mana penyalahgunaan T-pin atau kod pengenalpastian tersebut.

11.6 Pelanggan mengakui untuk memastikan pihak Bank dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejen-ejen dan wakil-wakilnya (“Wakil Bank”)membayar ganti rugi terhadap semua permintaan, tuntutan, tindakan, prosiding, ganti rugi (sama ada secara langsung atau tidak langsung), kerugian (termasuk kerugian-kerugian berbangkit daripada), kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank dan/atau Wakil-wakil Bank yang timbul daripada apa-apa yang telah dilakukan atau ditinggalkan berkenaan dengan mana-mana arahan yang diberikan oleh Pelanggan melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh keingkaran atau kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

11.7 Walau apa pun yang terkandung di sini, Bank tidak bertanggungjawab untuk menerima dan bertindak terhadap Arahan Telekomunikasi untuk:

- pertukaran dalam mandat akaun - pertukaran penandatangan yang diberi kuasa - pemberian Kuasa Wakil kepada orang/entiti lain

Page 9: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 9 of 15

- menutup akaun Pelanggan dan memindahkan baki tertunggal yang tinggal daripada akaun Pelanggan

- Dana Pemindahan dan/atau sebarang transaksi kewangan melebihi had harian maksimum yang dibenarkan oleh Bank dan disampaikan kepada Pelanggan oleh Bank dari semasa ke semasa

12. MATA GANJARAN

12.1 Tertakluk pada terma dan syarat di dalam ini, Pelanggan berhak mendapat mata ganjaran (“Mata Ganjaran”) berhubung dengan pembelian dan transaksi serta aktiviti yang telah ditentukan atau dipilih oleh Pelanggan (“barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan”) seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan dan Mata Ganjaran yang boleh diperolehi boleh disemak di laman web Bank di www.cimbpreferred.com.my

12.2 Bank boleh memberi notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari kalendar untuk:

i) menentukan, mengubah, meminda, menggantung dan/atau menarik balik senarai barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan atau mana-mana bahagiannya;

ii) menentukan, mengubah, menggantung dan/atau meminda Mata Ganjaran untuk diberikan kepada mana-mana barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan yang telah dibeli oleh Pelanggan.

12.3 Mata Ganjaran hanya akan dikira dan diberikan kepada Pelanggan jika Pelanggan adalah pemegang akaun utama/pemohon utama produk sertaan jika produk tersebut dibeli di bawah nama bersama.

12.4 Tertakluk pada terma dan syarat di dalam ini, Mata Ganjaran akan diberikan kepada Pelanggan berkenaan mengikut transaksi yang dibuat oleh Pelanggan dari tarikh Bank memaklumkan secara bertulis kepada Pelanggan mengenai Keahlian CIMB Preferred.

12.5 Mata Ganjaran akan dikira dan dibundarkan ke angka rendah terdekat. Contohnya, untuk transaksi yang layak diberikan Mata Ganjaran di antara 1.0 hingga 1.9, mana satu (1) Mata Ganjaran akan diberikan.

12.6 Mata Ganjaran yang dihitung untuk Pelanggan, akan diberikan secara bulanan kepada Pelanggan dengan syarat bahawa pada tarikh pemberian Mata Ganjaran, Pelanggan tidak melanggar mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini.

12.7 Kelayakan Pelanggan untuk menggunakan atau menikmati Mata Ganjaran yang diberikan akan tertakluk pada semua terma dan syarat Katalog Ganjaran Ahli yang boleh didapati di laman web Bank www.cimbpreferred.com.my dan dengan syarat Mata Ganjaran adalah sah dan ianya belum tamat atau ditamatkan oleh Bank.

Page 10: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 10 of 15

12.8 Melainkan dinyatakan sebaliknya dan/atau dipersetujui oleh Bank, Mata Ganjaran yang diberikan oleh Bank tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak lain, ditebus atau ditukar dengan Bank untuk wang tunai atau untuk apa-apa barangan, produk atau perkhidmatan lain.

12.9 Butiran Mata Ganjaran yang dihitung dan ganjaran kepada Pelanggan boleh dilihat oleh Pelanggan melalui CIMB Clicks dan/atau penyata bulanan Bank dan/atau Penyata Gabungan bulanan yang dikeluarkan kepada Pelanggan.

12.10 Pelanggan dikehendaki menyemak transaksi Mata Ganjaran dan memaklumkan Bank secara bertulis untuk sebarang pertikaian yang berkaitan dengan kesilapan, percanggahan, perhitungan yang salah, rekod tidak betul, penyertaan yang salah atau apa-apa pertikaian lain yang berkaitan dengan Mata Ganjaran dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh pencatatan penyata dalam talian menerusi CIMB Clicks dan/atau tarikh penerimaan penyata bulanan Bank dan/atau penyata gabungan bulanan Bank yang mana penyertaan Mata Ganjaran dalam penyata tersebut boleh didapati secara dalam talian melalui CIMB Clicks dan/atau terkandung di dalam penyata bulanan Bank dan /atau penyata kewangan bulanan CIMB Preferred akan dianggap sebagai akhir, muktamad, konklusif dan mengikat Pelanggan.

12.11 Walau apa pun yang sebaliknya, sekiranya pada masa yang sama Pelanggan adalah Pelanggan CIMB Preferred dan ‘Prime Banking’, Pelanggan itu hanya akan layak menerima Mata Ganjaran sebagai Pelanggan CIMB Preferred mengikut Terma dan Syarat CIMB Preferred.

12.12 Mata Ganjaran hanya akan diberikan kepada Pelanggan yang membeli barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan bermula 1hb April 2013. Mata Ganjaran tidak akan diberikan kepada Pelanggan yang melanggan atau membeli barangan, produk dan/atau perkhidmatan sertaan sebelum 1hb April 2013.

12.13 Mata Ganjaran hanya boleh ditebus oleh Pelanggan untuk barangan, produk atau perkhidmatan yang disenaraikan dalam Katalog Ganjaran Ahli selepas Mata Ganjaran diberikan oleh Bank.

13. BUTIRAN KESELAMATAN

13.1 Bank boleh di dalam budibicaranya, memperkenalkan langkah-langkah keselamatan selanjutnya untuk memastikan, sejauh mana yang mungkin, bahawa Arahan Telekomunikasi telah diberikuasa oleh Pelanggan.

14. AKAUN BERSAMA DAN PIHAK KETIGA

14.1 Pemegang akaun Bersama mana-mana akaun Pelanggan dengan Bank dan/atau CIMB Islamic tidak diberikan kuasa untuk melaksanakan sebarang transaksi/pertanyaan berkaitan Keahlian CIMB Preferred menerusi perbankan telefon CIMB Preferrred.

Page 11: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 11 of 15

15. KLAUSA PRIVASI

15.1 Pelanggan dengan ini mengesahkan bahawa Pelanggan telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh diperolehi di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com.my) dan klausa-kluasa yang terkandung di sini, sebagaimana yang berkaitan untuk pemprosesan maklumat peribadi Pelanggan. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah digabungkan dengan merujuk kepada Terma dan Syarat di sini.

15.2 Sekiranya Pelanggan menyediakan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan keluarga terdekat dan tanggungan Pelanggan ("pihak ketiga"), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pelanggan dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pelanggan dengan ini (a) mengesahkan bahawa Pelanggan telah memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Terma dan Syarat yang terkandung di sini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga adalah tepat; (c) bersetuju untuk mengemaskini pihak Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan penting kepada maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga; dan (d) bersetuju dengan hak Bank untuk menamatkan Terma dan Syarat di sini dan/atau perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP setelah dimaklumkan kepada Pelanggan terlebih dahulu sekiranya persetujuan tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga.

15.3 Di mana Pelanggan mengarahkan Bank untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi yang merentas sempadan (termasuk membuat atau menerima bayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan yang terlibat dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia dapat diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawai selia dan pihak berkuasa luar negara yang berkaitan dengan tugas sah mereka (misalnya pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen Bank untuk terlibat dalam mana-mana transaksi merentas sempadan di pihak Pelanggan, Pelanggan bersetuju dengan pendedahan bagi pihak Pelanggan dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi merentas sempadan tersebut.

15.4 Bank boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dari sekarang dan/atau pada masa akan datang menjalankan pemeriksaan rujukan yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit/semakan rujukan dengan pelaporan kredit/rujukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana agensi lain dan/atau dari mana-mana institusi kewangan untuk membolehkan Bank memastikan status Pelanggan yang diperlukan untuk membantu membuat keputusan sebagai contoh apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir permohonan untuk kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan; (b) menguruskan akaun dan kemudahan berkaitan kredit dan akaun berkaitan kredit, termasuk menjalankan kajian terhadap portfolio Pelanggan; memulihkan hutang; dan/atau sebarang tujuan yang berkaitan dengan atau bersambung dengan akaun/kemudahan di bawah terma dan syarat di dalam ini. Pelanggan akan dikaitkan oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan/rujukan kepada mana-mana nama lain yang Pelanggan guna atau pernah gunakan dan mana-mana pemohon bersama dan beberapa permohonan lain. Bank juga boleh berkongsi maklumat mengenai Pelanggan dan bagaimana

Page 12: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 12 of 15

Pelanggan menguruskan akaun/kemudahan Pelanggan dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan/rujukan.

15.5 Pelanggan selanjutnya bersetuju bahawa Bank dalam apa jua keadaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan atau sebaliknya), kecederaan, perasaan malu atau liabiliti yang bagaimanapun berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau sebarang asas (termasuk ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit atau punitif atau kehilangan keuntungan atau simpanan) berbangkit daripada sebarang ketidaktepatan atau kehilangan, pemadaman atau modifikasi data atau atas sebarang sebab lain pun jua berkaitan dengan apa-apa maklumat yang diberikan oleh Bank kepada agensi rujukan kredit dan/atau pihak lain tersebut, mengikut keadaan, atau berkaitan dengan apa-apa akses atau penggunaan, atau ketidakupayaan agensi rujukan/pelaporan kredit dan/atau pihak lain tersebut untuk mengakses atau menggunakan atau sandaran terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya, sama ada diakibatkan oleh sebarang kerosakan teknikal, perkakasan atau perisian tidak kira jenisnya, gangguan, ralat, ketinggalan, kelewatan, virus atau sebaliknya

15.6 Meskipun selepas Pelanggan memberikan sebarang maklumat kepada Bank, Pelanggan mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian, Bank berhak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan sebarang produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut.

15.7 Bagi tujuan klausa ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 dan syarikat yang dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.

15.8 Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang klausa lain dalam terma dan syarat akaun deposit berkaitan Bank dan/atau CIMB Islamic dan/atau pelaburan yang dibuat dengan Bank dan/atau CIMB Islamic yang memperuntukkan pendedahan maklumat.

16. NOTIS PENTING

16.1 Bank berhak untuk mengubahsuai, menukar, memadam, menambah atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini atau mana-mana bahagiannya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terlebih dahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan.

16.2 Pemberitahuan kepada Pelanggan berkenaan dengan apa-apa perubahan, penambahan, pemadaman atau pindaan (“Pindaan”) hendaklah dilaksanakan atas budi bicara mutlak Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut: (i) paparan di premis Bank dan laman web berkaitan dengan Pindaan di mana butiran berkaitan Pindaan mungkin dipaparkan pada pemberitahuan atau mungkin disediakan kepada Pelanggan mengikut permintaan; atau (ii) dengan notis dihantar oleh Bank kepada alamat surat-menyurat terakhir Pelanggan; atau (iii) diiklankan di dalam satu surat khabar pilihan Bank; atau (iv) melalui mel elektronik atau melalui apa sahaja cara pemberitahun lain

Page 13: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 13 of 15

yang boleh dipilih oleh bank dan Pindaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai terikat ke atas Pelanggan dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau daripada apa-apa tarikh lain sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Bank dalam pemberitahuan tersebut.

16.3 Pelanggan mengakui bahawa keahlian CIMB Preferred adalah peribadi dan tidak boleh dipindah milik.

16.4 Semua penyata akaun, notis atau apa-apa komunikasi lain yang dihantar melalui pos kepada Pelanggan di alamat surat-menyurat terakhir Pelanggan yang dinyatakan dalam rekod Bank hendaklah dianggap telah diterima oleh Pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari pengeposan.

16.5 Pelanggan hendaklah dengan segera memberitahu Bank secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Pelanggan menerima atau dianggap telah menerima penyata akaun dari Bank tentang apa-apa tinggalan, kemasukkan yang tidak betul, kesalahan debit, kesilapan, percanggahan atau apa-apa ketidaktepatan walau apa jua dalam penyata akaun,sekiranya gagal berbuat demikian, Pelanggan akan dianggap telah menerima catatan yang terkandung di dalamnya sehingga tarikh kemasukan terakhir dalam penyata akaun itu sebagai betul, muktamad, konklusif dan mengikat ke atas Pelanggan. Pelanggan tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank untuk apa-apa, tinggalan, kemasukan yang tidak betul, kesalahan debit, kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan yang timbul daripada penyata akaun selepas tempoh empat belas (14) hari kecuali perkara yang sama adalah disebabkan oleh keingkaran atau kecuaian yang disengajakan oleh pihak Bank.

16.6 Masa hendaklah menjadi intipati di sini tetapi kegagalan Bank dalam melaksanakan atau kelewatan dalam melaksanakan atau menguatkuasakan hak, kuasa, keistimewaan atau remedinya terhadap Pelanggan tidak akan beroperasi sebagai suatu penepian begitu juga dengan apa-apa pelaksanaan sebahagian daripada mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedinya tidak akan memprejudiskan atau menjejaskan hak-hak Bank untuk kemudiannya bertindak tegas selaras dengannya.

16.7 Ketidaksahan, ketidaksahihan atau ketidakbolehkuatkuasakan mana-mana Terma dan Syarat ini tidak akan menjejaskan kesahan, kesahihan atau kebolehkuatkuasaan mana-mana Terma dan Syarat lain di sini.

16.8 Terma dan Syarat yang terkandung disini adalah pada setiap masa dan dari semasa ke semasa tertakluk kepada, ditadbir dan ditafsir selaras dengan undang-undang Malaysia dan, pengawalan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank di Malaysia dan badan-badan lain yang relevan. Pelanggan menyerahkan bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah-mahkamah Malaysia.

16.9 Walau apa pun yang terkandung di sini, hak dan kelayakan Bank di bawah Terma dan Syarat yang terkandung di sini akan terus berkuatkuasa dan dilaksanakana dan akan terus bertahan dalam sebarang penamatan atau penggantungan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP oleh Bank.

Page 14: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 14 of 15

16.10 Terma dan Syarat di sini akan terus sah dan mengikat tanpa mengambil kira sebarang pindah milik atau penyerahan hak ke atas perniagaan, operasi-operasi, aset-aset atau liabiliti Bank atau sebarang perubahan dalam Bank atau mana-mana syarikat yang mana perniagaan Bank yang mungkin pada masa itu masih dijalankan

16.11 Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini hendaklah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan apa-apa perkiraan tertentu mengenai penggunaan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP yang sekarang atau selepas ini wujud antara Bank dan Pelanggan atau mana-mana terma dan syarat sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam mana-mana surat atau notis yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan dari semasa ke semasa.

16.12 Terma dan Syarat di sini akan terus sah dan mengikat walaupun kematian Pelanggan dan akan mengikat ahli waris, wakil peribadi dan pengganti hak milik Bank dan Pelanggan masing-masing dan hak dan kewajipan Pelanggan di sini tidak boleh ditugaskan atas apa jua sebab sekalipun.

16.13 Terma- dan syarat yang terkandung di sini akan menggantikan semua terma dan syarat sebelumnya, perjanjian atau penyusunan, jika ada, dibuat antara Bank dan Pelanggan, sama ada secara bertulis atau lisan berkenaan dengan perkhidmatan, manfaat dan/atau keistimewaan CP.

16.14 Terma- dan Syarat ini adalah sebagai tambahan dan tertakluk kepada perjanjian dan/atau undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal operasi, perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan berhubung dengan dan/atau yang berbangkit di bawah akaun deposit relevan dan/atau akaun pelaburan Pelanggan yang dikekalkan dengan Bank.

16.15 Dimana konteks mengizinkan, perkataan yang memaksudkan bilangan tunggal hendaklah termasuk bilangan jamak dan sebaliknya, perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan serta neutral dan sebaliknya.

16.16 Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten, konflik, keraguan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu atau mana-mana versi lain Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang disebut di atas, di mana permintaan dibuat oleh Pelanggan dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa Terma dan Syarat versi Bahasa Malaysia akan mengawal keahlian CIMB Preferred, maka Terma dan Syarat versi Bahasa Malaysia ini hendaklah diguna pakai.

16.17 Bagi aduan-aduan berkenaan dengan keahlian CIMB Preferred, Pelanggan boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank di alamat, nombor telefon, e-mel dan nombor faksimile seperti berikut (atau alamat, nombor telefon, e-mel dan nombor faksimile yang lain yang mana Bank boleh ubah melalui pemberitahuan kepada Pelanggan):

• Alamat: Unit Resolusi Pelanggan, Level 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

• Nombor Telefon: 03-6204 7788 • Nombor Faksimile: 03-2691 3248 • Alamat E-mel: [email protected]

Page 15: TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED · C. Gadai Janji peribadi minimum (Pinjaman Perumahan /Pinjaman Premis Perniagaan) dengan Bank dan/atau CIMB Islamic sebanyak RM1,000,000.00 atau

CIMB Bank Berhad (13491-P)

Terma dan Syarat CIMB Preferred / Jan 2018 Page 15 of 15

16.18 Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan Bank seluruh Negara atau hubungi kami di 1300 885 300.