spm (bm)

78
1 SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Malaya) MRSM JELI KELANTAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU

Upload: mat-yusoff-b-che-mat

Post on 19-Jun-2015

3.364 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: SPM (BM)

1

SAZALI BIN IBRAHIMM.A (Malaya)

MRSM JELIKELANTAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIASIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU

Page 2: SPM (BM)

Karangan A Karangan B

Masa : 45 minit

Perkataan : 200 – 250 pp

Halaman : 2 muka surat

Perenggan : 5

Isi : 3

Markah : 30 markah

Masa : 90 minit

Perkataan : Lebih 350 pp

Halaman : 4 muka surat

Perenggan : 7

Isi : 5

Markah : 100 markah

2

Page 3: SPM (BM)

26 – 30 : CEMERLANG

20 – 25 : KEPUJIAN

15 – 19 : MEMUASKAN (MASIH)

10 – 14 : KURANG MEMUASKAN

(KURANG)

01 – 09 : PENGUASAAN MINIMUM

3

Page 4: SPM (BM)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

4

Page 5: SPM (BM)

80 – 100 : CEMERLANG

66 – 79 : KEPUJIAN

51 – 65 : BAIK (MASIH)

36 – 50 : MEMUASKAN (KURANG)

21 – 35 : KURANG MEMUASKAN

01 – 20 : PENCAPAIAN MINIMUM

5

Page 6: SPM (BM)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi.

Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

6

Page 7: SPM (BM)

* Peribahasa (simpulan bahasa, bidalan dll)* Pantun/Gurindam/Seloka* cogan kata* frasa menarik * petikan ucapan* kata-kata hikmat * petikan hadis * maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

7

Page 8: SPM (BM)

8

BAHAN RANGSANGAN

GAMBARFOTO

GAMBAR TUNGGAL

GAMBARBERSIRI

GAMBARRAJAH

Graf

CartaPai

Iklan Pelan

Ilustrasi

Teks

Petikan

Catatan

PetaMinda NOV 2009?

Page 9: SPM (BM)

KENAL PASTI

1. TEMA 2. TUGASAN SOALAN

TIPS:TEMA TERDAPAT DALAM TUGASAN

9

Page 10: SPM (BM)

- Tugasan TersuratContoh: Huraikan pendapat anda tentang usaha-

usaha untuk mengatasi permasalahan remaja

- Tugasan TersiratContoh: Huraikan pendapat anda tentang

pelancongan di Malaysia

Tugasan Utama:

LANGKAHFAKTORKESANKEPENTINGAN

10

Kaitkan dengan maklumat dalam bahan rangsangan

Page 11: SPM (BM)

11

SPM NOV 2004Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat andatentang isu pembangunan dan alam sekitar. Panjang huraianhendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Page 12: SPM (BM)

SPM JUN 2005

12

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang masalah tanah terbiar dan penyelesaiannya. Panjang huraian hendaklah antara 200hingga 250 patah perkataan.

Page 13: SPM (BM)

13

SPM NOV 2005Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat andatentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menanganigejala vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Page 14: SPM (BM)

14

SPM JUN 2006

Page 15: SPM (BM)

En. Wong : Remaja hari ini kurang mempunyai semangat patriotik.

En. Samad : Betul, Encik Wong. Saya fikir mereka perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengambil bahagian dalam aktiviti

bulan kemerdekaan.

En. Wong : Ya, mereka juga perlu mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang

berjasa kepada negara kita.

15

..

Page 16: SPM (BM)

16

SOALAN 1103/1 JUN 2007Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti bagi mengisimasa lapang. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedahuntuk mengisi masa lapang.

Page 17: SPM (BM)

17

Page 18: SPM (BM)

18

Page 19: SPM (BM)

19

Page 20: SPM (BM)

SARANAN:1. PENDAHULUAN JANGAN TERLALU PANJANG.

ELAKKAN SAMA PANJANG ATAU LEBIH PANJANG DARIPADA PERENGGAN ISI.

2. SECARA ASASNYA MENGANDUNGI ITEM YANG BERIKUT:* TEMA

* Definisi* Retorik * Statistik* Pernyataan umum

* TUJUAN/PERSEPSI CALON KE ATAS ISU* TUGASAN

20

Page 21: SPM (BM)

21

Page 22: SPM (BM)

KAIT ISU SEMASA Akhir-akhir ini

Pada masa ini,

Belakangan ini,

TEMA isu ……………………………(sebutkan tema)

KUMPULAN SASAR dalam kalangan pelajar

dalam kalangan remaja

dalam kalangan masyarakat

PERNYATAAN PRIORITI sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa

sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik

saban hari menjadi topik pembincangan hangat

menjadi polemik yang hangat diperdebatkan

LOKASI di Malaysia

di negara kita

22

Page 23: SPM (BM)

WACANA Justeru,

Sehubungan dengan itu,

Menyedari akan hakikat ini,

Atas kesedaran ini,

SARANAN semua pihak mestilah komited untuk

keiltizaman semua pihak diperlukan untuk

TUJUAN Meningkatkan ……..(tema)……sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alang-alang berdakwat biar hitam.

TUJUAN menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.

23

Page 24: SPM (BM)

PERSOALAN Persoalannya, apakah.......

TUGASAN (salin selepas perkataan tentang dalam soalan atau bina tugasan yang sesuai untuk tugasan yang tersirat) dan berakhir dengan tanda soal.

24

Contoh Pendahuluan;Belakangan ini, isu keracunan makanan dalam kalangan pelajar

sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa di Malaysia. Justeru, keiltizaman semua pihak diperlukan untuk menangani masalahIni sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunanmakanan?

Page 25: SPM (BM)

25

KAEDAH MENGEMBANGKAN

ISI

GGAPO?(IDEA UTAMA)

BAKPO?(IDEA SOKONGAN)

LAGU MANA?(BUKTI)

YO LO KE NI?

(PENEGASAN)

Page 26: SPM (BM)

GAPO? What???

Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir pendahuluan).........ialah.......(idea utama)..... Contoh ayat: Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan ialah mengadakan kempen dan ceramah.

BAKPO? Why???

Hal ini demikian kerana ...... + idea utama + penjelasan + ungkapan Contoh ayat: Hal ini demikian kerana kempen dan ceramah dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya keracunan makanan seperti kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ”.

LAGU MANA? Where When Who How Impact

Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How) Contoh ayat: Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya keracunan makanan melalui pameran, penerbitan risalah, poster dan sebagainya. Ayat 2: Lagipun, pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan boleh mengadakan ceramah kesihatan tentang bahaya keracunan makanan semasa perhimpunan di sekolah..

YO LO KE NI?

Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... Contoh: Tegasnya, kempen dan ceramah merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah keracunan makanan.

26

Page 27: SPM (BM)

GAPO? What???

Selain itu, + Idea Utama + tugasan Contoh ayat: Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mencegah keracunan makanan dalam kalangan pelajar.

BAKPO? Why???

Saya berpendapat demikian kerana ...... + idea utama + penjelasan + ungkapan Contoh ayat: Saya berpendapat demikian kerana ibu bapa berperanan untuk menasihati anak-anak mereka supaya memilih makanan yang bersih dan selamat untuk kesihatan

LAGU MANA? Where When Who How Impact

Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How) Contoh ayat: Misalnya, ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya memilih gerai yang bersih untuk membeli makanan. Ayat 2: Tambahan pula, ibu bapa boleh menyediakan bekal kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak terkena keracunan makanan di sekolah.

YO LO KE NI?

Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... Contoh: Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencegah anak-anak mereka daripada terkena keracunan makanan.

27

Page 28: SPM (BM)

GAPO? What???

Di samping itu, + tugasan + Idea Utama Contoh ayat: Di samping itu, langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan ialah penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa.

BAKPO? Why???

idea utama + penjelasan + ungkapan Contoh ayat: Penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa amat penting kerana untuk memastikan semua pengendali makanan mengutamakan kebersihan pada setiap masa bak kata orang tua-tua mencegah lebih baik daripada mengubati.

LAGU MANA? Where When Who How Impact

Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How) Contoh ayat: Pihak berkuasa mestilah mengenakan denda yang tinggi terhadap pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan supaya mereka sentiasa berwaspada. Ayat 2: Seterusnya, pihak berkuasa juga perlu menyita premis yang kotor dan tidak dijaga dengan baik.

YO LO KE NI?

Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)...... Contoh: Saya optimis, penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa mampu mengatasi masalah keracunan makanan di negara kita.

28

Page 29: SPM (BM)

SARANAN:

1. LEBIH PENDEK DARIPADA PERENGGAN ISI

2. MENGANDUNG SARANAN, HARAPAN, DAN SERUAN

3. MASUKKAN PERIBAHASA.

29

Page 30: SPM (BM)

SARANAN Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk ……(saranan)….(tema)

HARAPAN supaya/demi/bagi……………(harapan)………….

SERUAN Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

ATAU

Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, pasti bermula dengan langkah yang pertama!

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah keracunan makanan supaya kesihatan pelajar terjamin. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai sekarang kerana perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

30

Page 31: SPM (BM)

Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan ialah mengadakan kempen dan ceramah. Hal ini demikian kerana kempen dan ceramah dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya keracunan makanan seperti kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ”. Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya keracunan makanan melalui pameran, ceramah dan sebagainya. Lagipun, pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan boleh mengadakan ceramah kesihatan tentang bahaya keracunan makanan semasa perhimpunan di sekolah. Tegasnya, kempen dan ceramah merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah keracunan makanan. Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mencegah keracunan makanan dalam kalangan pelajar. Saya berpendapat demikian kerana ibu bapa berperanan untuk menasihati anak-anak mereka supaya memilih makanan yang bersih dan selamat untuk kesihatan. Misalnya, ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya memilih gerai yang bersih untuk membeli makanan. Tambahan pula, ibu bapa boleh menyediakan bekal kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak terkena keracunan makanan di sekolah. Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencegah anak-anak mereka daripada terkena keracunan makanan. Di samping itu, langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan ialah penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa. Penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa amat penting kerana untuk memastikan semua pengendali makanan mengutamakan kebersihan pada setiap masa bak kata orang tua-tua mencegah lebih baik daripada mengubati. Pihak berkuasa mestilah mengenakan denda yang tinggi terhadap pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan supaya mereka sentiasa berwaspada. Seterusnya, pihak berkuasa juga perlu menyita premis yang kotor dan tidak dijaga dengan baik. Saya optimis, penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa mampu mengatasi masalah keracunan makanan di negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah keracunan makanan supaya kesihatan pelajar terjamin. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai sekarang kerana perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

31

Page 32: SPM (BM)

KARANGANBAHAGIAN B

32

Page 33: SPM (BM)

33

Page 34: SPM (BM)

Contoh soalan:Usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat perlu digerakkan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.Ulaskan pernyataan di atas.

34

Page 35: SPM (BM)

Mesti mengandung 3 elemen penting iaitu:i. Tema/Contoh/Peribahasa/Data

Cogan kata “Membaca Jambatan Ilmu” menjelaskan akan peri pentingnya amalan membaca dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Ironinya, amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih pada tahap yang kurang memberangsangkan.

ii. Isu Menyedari hakikat ini, usaha membudayakan amalan

membaca dalam kalangan rakyat perlu digerakkan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.

iii. Tugasan Persoalannya, apakah usaha-usaha yang efektif untuk

memupuk budaya ini dalam kalangan masyarakat?

35

Page 36: SPM (BM)

PANDUAN MENULIS ISICalon disarankan menggunakan formula di bawah apabila

menghuraikan isi karangan Bahagian B1 (T) + 1 (S) + 3 (H) + 1(P) = 100

Kaedah huraiannya adalah seperti yang berikut:

(1T) Pada pendapat saya, antara usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat ialah melalui peranan pihak kerajaan. (1S) Hal ini demikian kerana kerajaan mempunyai prasarana yang lengkap di bawah kementerian dan agensi yang berkaitan bagi menjayakan sesuatu agenda negara. (3H) Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan Kempen Membaca secara besar-besaran di media cetak dan elektronik untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya amalan membaca. Selain itu, kerajaan boleh menyalurkan peruntukan untuk membina lebih banyak perpustakaan desa di kawasan pedalaman di seluruh pelosok negara. Seterusnya, kerajaan mestilah melengkapkan perpustakaan tersebut dengan bahan bacaan yang terkini dan informatif. (1P)Saya optimis, melalui usaha kerajaan ini akan melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

36

Page 37: SPM (BM)

(1T) Selain itu, pihak sekolah juga berperanan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat. (1S) Saya berpendapat demikian kerana sekolah merupakan institusi pendidikan formal bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (3H) Dalam aspek kurikulum, pihak sekolah perlu menggerakkan secara besar-besaran Program Nilam dengan memastikan semua pelajar terlibat dalam program pembacaan di sekolah. Melalui bidang kokurikulum pula, pihak sekolah perlu mengadakan lebih banyak pertandingan yang menjurus kepada aktiviti membaca seperti mengulas buku, pertandingan buku skrap dan sebagainya. Tambahan pula, guru kaunseling juga perlu mengadakan ceramah dan bimbingan kepada para pelajar supaya mempraktikkan teknik bacaan yang betul. (1P)Tegasnya, melalui usaha pihak sekolah, saya yakin minat membaca akan subur dalam jiwa setiap pelajar bak kata pepatah “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

37

Page 38: SPM (BM)

(1T) Selain pihak sekolah, ibu bapa juga mesti berperanan untuk memupuk amalan membaca khususnya anak-anak mereka. (1S) Ibu bapa perlu memainkan peranan kerana ibu bapa bertanggungjawab secara langsung untuk mendidik dan membentuk jati diri anak-anak semenjak mereka masih kecil bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. (3H) Antaranya, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan membudayakan amalan membaca di rumah kerana orang tua-tua pernah mengingatkan “Bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Di samping itu, Ibu bapa boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah dan menyediakan jadual harian untuk anak-anak membaca. Seterusnya, ibu bapa juga perlu membawa anak-anak ke pesta-pesta buku dan kedai-kedai buku bagi membolehkan anak-anak memilih bahan bacaan mengikut citarasa mereka. (1P) Apa yang pastinya, usaha murni ibu bapa ini akan menyuburkan minat anak-anak untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka.

38

Page 39: SPM (BM)

PANDUAN MENULIS KESIMPULANKesimpulan mestilah mengandung 3 elemen iaitu saranan, harapan dan seruan seperti contoh di bawah:

Secara tuntasnya, amalan membaca yang merupakan indikator utama ke arah melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang mestilah digerakkan oleh semua pihak di negara ini. Ingatlah, kita tidak mungkin dapat mendepani gelombang maklumat yang melanda dunia pada masa ini seandainya masyarakat masih terlena dalam kepompong zon selesa!

39

Page 40: SPM (BM)

40

SEMINAR BAHASA MELAYUSEMINAR BAHASA MELAYUKERTAS 2KERTAS 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIASIJIL PELAJARAN MALAYSIA20092009

Page 41: SPM (BM)

Soalan 1 (Rumusan 30 markah) – 40 minit

Soalan 2 (Pemahaman 35 markah) – 60 minit / 4 bahagian / 3 soalan

Soalan 3 (Tatabahasa 30 markah) – 40 minit / 5 bahagian

Soalan 4 (Novel 15 markah) – 10 minit

41

Page 42: SPM (BM)

Markah penuh 30 dibahagikan kepada:Isi - 20 markahBahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:- nama khas (Kota Bharu)- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (Yang Amat Berhormat)

Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa.

Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.42

Page 43: SPM (BM)

1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan…

2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan…

3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalanContoh sinonim:

kesan/akibat/implikasi langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi masalah/halangan/kekangan faedah/kepentingan/manfaat/ kebaikan/keistimewaan Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab Tujuan/matlamat/objektif Ciri-ciri/kriteria

43

Page 44: SPM (BM)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

[SPM NOV 2008]Subjek : Petikan membincangkanSinonim : kepentinganTema : penerokaan angkasa lepassasaran : dalam kalangan rakyatLokasi : Malaysia

Contoh Pendahuluan:Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan rakyat Malaysia. 44

Page 45: SPM (BM)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan [SPM JUN 2008]

Rumus:Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi

Contoh Pendahuluan:Petikan membincangkan manfaat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

45

Page 46: SPM (BM)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

PERENGGAN 1:

Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 1980-an sedangkan bidang tersebut telah diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada penglibatan dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, persoalan ini telah terjawab apabila Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.

S1 Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia 46

Page 47: SPM (BM)

Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.

S2 memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas

S3 negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut

S4 kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut 47

Page 48: SPM (BM)

Masyarakat, pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan angkasa lepas, kini menerima hakikat bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih ialah hasil daripada penerokaan angkasa lepas. Kecanggihan sistem komunikasi ini, seperti penggunaan Internet, telah menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang menggunakan Internet untuk tujuan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang seiring dengan perkembangan sistem komunikasi ini.

S5 sistem komunikasi yang semakin canggih

S6 bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas

S7 peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang 48

Page 49: SPM (BM)

Satu lagi bukti pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas ialah pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas. Menerusi pelancaran satelit ini, sistem komunikasi negara terus berkembang maju yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit. Sesungguhnya, kejayaan dalam penerokaan angkasa lepas ini bukan sahaja dapat memperluas bidang tersebut, tetapi turut memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain seperti pendidikan, penyelidikan dan perubatan. Program penerokaan angkasa lepas ini mempunyai peluang yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan lebih banyak angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas.

S8 kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit

[SBB]

S9 memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain

S10 dapat melahirkan lebih banyak angkasawan 49

Page 50: SPM (BM)

S1 Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia

S2 memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas

S3 negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut

S4 kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut

S5 sistem komunikasi yang semakin canggih

S6 bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas

S7 peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang

S8 kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit [SBB]

S9 memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain

S10 dapat melahirkan lebih banyak angkasawan

50

Page 51: SPM (BM)

KESIMPULAN RUMUSAN

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menyokong penerokaan angkasa lepas supaya wawasan negara akan tercapai.

51

Page 52: SPM (BM)

Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antaranya ialah Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia. Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. Sistem komunikasi semakin canggih. Bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menyokong penerokaan angkasa lepas supaya wawasan negara akan tercapai.

[84 patah perkataan]

52

Page 53: SPM (BM)

CARA=CARA MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

T1 Media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas

T2 Pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam

bidang angkasa lepas

T3 Pertubuhan NGO menubuhkan kelab-kelab penerbangan

T4 Kerajaan menganjurkan pertandingan menulis artikel yang berkaitan

dengan bidang angkasa lepas

T5 Galakan ibu bapa

T6 Kerajaan menganjurkan pameran aeroangkasa lebih kerap di seluruh

negara.53

ISI TERSIRAT:

Page 54: SPM (BM)

T1 Media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan

bidang angkasa lepas

T2 Pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam

bidang angkasa lepas

T3 Pertubuhan NGO menubuhkan kelab-kelab penerbangan

T4 Kerajaan menganjurkan pertandingan menulis artikel yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas

T5 Galakan ibu bapa

Cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas ialah media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas dan pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang angkasa lepas. Seterusnya, galakan ibu bapa juga penting.

[35 patah perkataan]

54

Page 55: SPM (BM)

Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antaranya ialah Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia. Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. Sistem komunikasi semakin canggih. Bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang.

Cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas ialah media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas dan pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang angkasa lepas. Seterusnya, galakan ibu bapa juga penting.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menyokong penerokaan angkasa lepas supaya wawasan negara akan tercapai.

[119 patah perkataan] 55

Page 56: SPM (BM)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja

56

Page 57: SPM (BM)

Markah Deskripsi

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

2 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

1 markah - Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.

0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.

Markah Deskripsi

2 markah - Jawapan tepat mengikut kontek/isi cukup dan ayat gramatis

1 markah - Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup.

0 markah - Jawapan tidak tepat/salah.

Markah Deskripsi

4 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.

2 markah - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis.

1 markah - Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis.

0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.57

SOALAN 2 MARKAH

SOALAN 3 MARKAH

SOALAN 4 MARKAH

Page 58: SPM (BM)

(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan impak. [2 markah]

Rujuk kepada petikan:Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.

Skema:- Meninggalkan/menghasilkan/menimbulkan kesan/faedah/pengaruh

Contoh jawapan:Maksud rangkai kata tersebut ialah meninggalkan kesan

58

Page 59: SPM (BM)

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas? Nyatakan bukti-bukti tersebut

[3 markah]

Skema:- Pembabitan bermula pada awal 1980-an- Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama

ke angkasa- Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa- Menjalin kerjasama dengan negara-negara yang terlibat

Antara bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas ialah pembabitan bermula pada awal 1980-an. Seterusnya, melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa. Selain itu, pelancaran tiga buah satelit ke angkasa.

59

Page 60: SPM (BM)

(iii) Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan supaya terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan datang.

[4 markah]

Skema:- Persediaan dari segi fizikal – sihat tubuh badan- Memperoleh pelbagai maklumat yang berkaitan dengan

angkasawan- Persediaan dari segi mental – sedia bersaing, emosi yang

stabil, sanggup berkorban- Disiplin diri yang tinggi- Menyertai pertubuhan yang berkaitan dengan angkasa lepas- Menceburi jurusan yang berkkait dengan aeroangkasa

Persediaan yang perlu saya lakukan ialah dari segi fizikal iaitu sihat tubuh badan . Selain itu, saya perlu memperoleh pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasawan. Seterusnya, saya perlu persediaan dari segi mental iaitu sedia bersaing dan emosi yang stabil. Saya juga perlu menceburi jurusan yang berkait dengan aeroangkasa.

60

Page 61: SPM (BM)

Soalan 2 (b) SPM 2008

Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen

[4 markah]

Skema;satu persoalan dalam petikan- kesan buruk peperangan kepada masyarakat dan negara [Jepun]- tanggungjawab sesama insan [JJ menjaga Deliah]- keakraban dalam persahabatan [JJ dengan Ripin]

dua persoalan dalam keseluruhan cerpen- kepercayaan kepada unsur-unsur magis- ketabahan menghadapi cabaran- keberanian menghadapi musuh- kezaliman tentera Jepun- kasih sayang sesama makhluk Tuhan

61

Page 62: SPM (BM)

Soalan 2 (d) SPM 2008

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut

[4 markah]

Skema;dua nilai kemanusiaan- bersyukur : Tetapbersyukur dengan takdir yang tuhan tentukan- berbudi bahasa : Mengajak tetamu makan bersama-sama- memberi nasihat : Menasihati orang yang akan merantau- Berdikari : Pandai menyesuaikan diri

62

Page 63: SPM (BM)

SOALAN 3(a)Peringatan:

1. 1 markah setiap ayat yang betul2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak ½ markah bagi keseluruhan soalan.4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah.5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

63

Page 64: SPM (BM)

(i) Suka duka(ii) Baik buruk(iii) Penat lelah(iv) Melayari laman web(v) Pembangunan mesra alam(vi) Semangat setia kawan [SPM NOV 2008]

64

Page 65: SPM (BM)

CONTOH JAWAPAN MARKAH PENUH

Soalan 3 (a)

(i) Novel tersebut menceritakan suka duka Ana sebagai anak yatim piatu.

(ii) “Baik buruk lelaki itu, dia tetap abah kamu,” kata Pak Long kepada Leha.

(iii) Penat lelah Ali bekerja siang dan malam membuahkan hasil apabila dia mendapat tawaran kenaikan pangkat.

(iv) Nini melayari laman web kesihatan untuk mencari maklumat mengenai penyakit barah otak.

(v) Wakil rakyat di kawasan itu menggalakkan pembangunan mesra alam agar kemajuan dapat dicapai tanpa merosakkan alam sekitar.

(iv) Semangat setia kawan dapat dipupuk dalam diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum.

65

Page 66: SPM (BM)

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu(ii) Kuda putih itu berlari pantas.(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong

pada hujung minggu ini.(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

66

Page 67: SPM (BM)

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

[6 markah]67

Page 68: SPM (BM)

Soalan 3 (c)Ejaanperihatin - prihatindi landa - dilandatersiksa - terseksa

Imbuhanmenyintai - mencintaimenghulur - menghulurkanmengembleng - menggembleng

68

Page 69: SPM (BM)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

ii. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

iii. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

[6 markah]69

Page 70: SPM (BM)

Soalan 3 (d)

(i) dimansuhkan - ditangguhkansupaya - untuk

(ii) berhemah - berhematdiperoleh oleh saya - saya peroleh

(iii) menganggarkan - meramalkandi lain-lain kawasan - di kawasan-kawasan lain

70

Page 71: SPM (BM)

Peringatan1. Peribahasa mesti lengkap dan tidak

ditokok tambah.2. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak ½ markah daripada keseluruhan.

71

Page 72: SPM (BM)

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i. bagai menatang minyak yang penuh

ii. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

iii. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

[6 markah]

72

Page 73: SPM (BM)

Soalan 3 (e)

(i) Dinie dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal mereka.

(ii) “Orang yang baik, walau ke mana pun dia pergi pasti akan diterima oleh masyarakat, seperti pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,” pesan ibu kepada Kak Long.

(iii) Ramli sering mengingatkan pekerjanya bahawa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat akan dikongsi bersama, begitu juga dengan kerugian yang dialami seperti pepatah hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

73

Page 74: SPM (BM)

4 (a) Bahagian permulaan sesebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

[7 markah]

Soalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk

karangan)- Berikan 2 markah untuk 1 sebab/alasan yang lengkap/jelas- Berikan 1 markah untuk 1 sebab yang kurang lengkap/kurang jelas- Markah isi maksimum 4 markah- Markah bahasa maksimum 3 markah- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 3 markahSederhana = 2 markahLemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi.

- Calon tidak menjawab 0 markah 74

Page 75: SPM (BM)

Novel yang saya kaji ialah Di Hadapan Pulau karya A Samad Said.

Antara sebab yang menarik minat saya ialah permulaannya yang menimbulkan unsur saspens. Permulaan novel menceritakan hasrat Aziz ingin ke pulau di hadapan kampungnya. Hasratnya sama ada tercapai atau tidak membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

Selain itu, permulaan novel ini menceritakan serba sedikit mengenai pulau di hadapan kampung Aziz. Gambaran Aziz dan pendudukkampung mengenai pulau itu menjadi misteri dan saya tertarik untuk membaca novel ini. Kesahihan kewujudan orang Jakun ataupun pertapa dipulau tersebut masih samar dan membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

75

Page 76: SPM (BM)

(b) Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

[8 markah]

Soalan 4(b)

- Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari.- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap- Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel- Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang

dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel- Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak

dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel- Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah- Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap

novel)- Markah bahasa maksimum 2 markah- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 2 markahLemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa

- Calon tidak menjawab 0 markah 76

Page 77: SPM (BM)

Dua buah novel yang saya kaji ialah Di Hadapan Pulau karya A Samad Said dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad.

Persamaan latar masyarakat ialah tolong menolong. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Syed Fikri dan penduduk kampung bersama-sama membina shelter. Dalam novel Putera Gunung Tahan, orang Sakai membantu Perempuan Tua ketika melahirkan anak di dalam hutan.

Perbezaan latar masyarakat ialah dari aspek pegangan agama. Dalam novel di Hadapan Pulau, Rosiah sanggup menggadai maruah untuk mendapatkan bekalan makanan kerana longgarnya pegangan agama. Berbeza dengan Perempuan Tua dalam novel Putera Gunung Tahan yang kuat pegangan agamanya dan mengajar agama Islam kepada orang Sakai.

77

Page 78: SPM (BM)

SEKIAN TERIMA KASIH

78