special needs education 2

Upload: ctnaziha

Post on 08-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pendidikan Berkeperluan Khas di Korea Selatan

Di Korea, pendidikan khas diperkenalkan oleh pendakwah Protestan pada penghujung abad ke-19. Institusi Pendidikan Khas Awam yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1913 bertujuan untuk mendidik kanak-kanak buta dan pekak. Kemudian diikuti dengan mewujudkan beberapa kelas pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa sekitar tahun 1937. Akta 1977 (Promotion of Special Education for Handicapped), adalah sebagai titik tolak kepada pembangunan pendidikan khas di Korea. Akta ini menggariskan bahawa pendidikan diberikan percuma kepada kanak-kanak kurang upaya dan juga menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti pemeriksaan perubatan, terapi fizikal dan terapi pertuturan. Sekolah berkeperluan khas di Korea Selatan melaksanakan kurikulum yang memberi fokus kepada murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, mental dan gangguan emosi. Pendidikan murid berkeperluan khas ditempatkan kepada 4 jenis sekolah iaitu praseklah, peringat sekolah rendah, sekolah menengah dan menengah atas.

Menurut Undang-undang Korea No.13-1 (2011) pula, sekolah tidak boleh mendiskriminasi atau menolak kemasukan murid berdasarkan masalah pembelajaran atau murid berkeperluan khas. Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi menyediakan pendidikan percuma untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan intelektual dari umur lima hingga 18. Pada masa ini, terdapat 29 sekolah khas di Seoul dan 754 kelas di seluruh negara.Menurut undang-undang Korea, mesti ada sekurang-kurangnya satu sekolah di setiap daerah bagi menampung kanak-kanak dengan keperluan khas pembelajaran. Dalam banyak kes, kanak-kanak kurang upaya dimasukkan dalam pendidikan arus perdana.

Dalam Akta 1977 juga menyatakan bahawa penilaian dan keputusan penempatan untuk murid kurang upaya akan dibuat oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan, pendidik khas, dan penyelia pendidikan khas. Untuk memantapkan lagi pendidikan berkeperluan khas di Korea, pada 1994 satu organisasi ditubuhkan iaitu Korea Institut of Special Education (KISE) yang dipertanggungjawabkan untuk menjalanka kajian berterusan, menyebarkan maklumat, membangun dan membekalkan bahan bantu mengajar dan menyediakan latihan kepada guru-guru pendidikan khas.

Untuk mendaftar kanak-kanak di sebuah sekolah untuk keperluan khas, kanak-kanak tersebut perlu didaftarkan sebagai seorang kanak-kanak kurang upaya di pejabat daerah di kawasan mereka dan kemudian ibu bapa boleh membuat permohonan di sekolah pilihan mereka.

Kira-kira 2.3 juta penduduk Korea telah diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya. Statisitik menunjukkan bahawa dalam 11.2 juta kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 6-17 tahun, kira-kira 600,000 yang berada dalam kategori kurang upaya. Walaubagaimanapun, hanya 15% daripada mereka yang diletakkan di sekolah khas awam dan swasta, manakala selebihnya 85% lagi kanak-kanak berada di kelas-kelas biasa. Statistik di bawah menunjukkan bilangan pelajar berkeperluan khas yang ditempatkan di sekolah khas dan juga di kelas khas (untuk sekolah biasa). Walaubagaimanapun permintaan yang tinggi daripada ibubapa dan masyarakat untuk menghantar anak mereka ke sekolah atau kelas tersebut agak terhad kerana jumlah anak yang dikenalpasti mempunyai masalah kurang upaya semakin meningkat setiap tahun. KlasifikasiSekolah KhasSekolah BiasaJumlah

Kelas KhasKelas Biasa

Bilangan pelajarPrasekolah103259914943125

Sekolah rendah765722498259732752

Menengah bawah62867500148115267

Menengah atas79884743206514796

Jumlah2296335340763765940

Bilangan sekolah144453036218295

Bilangan kelas32785753626315294

(Sumber: Statistik Pendididikan Khas 2007, Kementerian Pendidikan Korea)Di Korea Selatan, hanya satu universiti awam dan 5 universiti swasta menyediakan pengajian pendidikan khas kepada guru-guru. Sijil pendidikan terdiri daraipada 2 peringkat iaitu menengah dan rendah serta merangkumi 4 kategori iaitu kurang upaya penglihatan, pendengaran, terencat akal dan kurang upaya fizikal. Pendidik boleh memperoleh sijil melalui 2 cara iaitu;yang pertama, menamatkan pengajian selama 4 tahun di universiti bagi program pendidikan Khas atau bagi guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun, mereka boleh mendapatkan perakuan sijil layak setelah lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan.Polisi Pendidikan Berkeperluan Khas di Korea Selatan bermula tahun 2003 hingga seterusnya telah menggariskan beberapa perkara iaitu memastikan dan meluaskan hak mendapatkan pendidikan yang bersesuaian bagi murid yang kurang upaya melalui pendekatan yang sistematik dalam hal mendiagnos murid, membuat penilaian, pengkelasan dan penempatan mereka. Selain itu, Korea Selatan juga menjangkakan akan meningkatkan bilangan sekolah berkeperluan khas dan kelas-kelas khas di sekolah biasa bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Kurikulum untuk pendidikan khas perlu menjurus kepada bakal kerjaya murid, bersifat vokasional dan menjalankan kajian untuk pendidikan berterusan bagi golongan kurang upaya ini.4.2Pendidikan Berkeperluan Khas Di Malaysia (Menengah)

Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas. Pada dasarnya, objektif pendidikan khas di Malaysia bertujuan untuk membentuk sahsiah, mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas dan murid berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.

Setelah penstrukturan semula KPM, Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas. Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui 2 bentuk iaitu : i) Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. ii) Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

iaitu masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi peringkat sekolah menengah, syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan teknik & vokasional. Tempoh pengajian bagi sekolah menengah ialah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum mengikut keperluan murid berkenaan.RUJUKAN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1226-sekolah-pendidikan-khas.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1226-sekolah-pendidikan-khas.html

http://education.stateuniversity.com/pages/1400/South-Korea-EDUCATIONAL-SYSTEM-OVERVIEW.html#