kee ee von (a143300) - ifolio.ukm.my · laporan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban...

12
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN SEMESTER 2, SESI 2014-2015 HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (SET 3) PENSYARAH: PM DR. SHAHIDA SHAHIMI LAPORAN TUGASAN KEE EE VON (A143300) Sinopsis kursus: Kursus ini adalah bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam program yang berasaskan komuniti (community-based programme). Aktiviti dalam program ini dipilih mengikut keperluan masyarakat setempat. Pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti yang boleh membawa perubahan dan memberi impak positif kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam suasana pembelajaran yang luwes (flexible). Di akhir kursus ini, pelajar dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, peka terhadap permasalahan masyarakat, mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dan mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. NAMA PROGRAM: SPECIAL EDUCATION, A WORK OF LOVE JAWATAN: KETUA PENGARAH

Upload: phamthu

Post on 08-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

SEMESTER 2, SESI 2014-2015

HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

(SET 3)

PENSYARAH: PM DR. SHAHIDA SHAHIMI

LAPORAN TUGASAN

KEE EE VON

(A143300)

Sinopsis kursus:

Kursus ini adalah bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam program yang berasaskan komuniti (community-based

programme). Aktiviti dalam program ini dipilih mengikut keperluan masyarakat setempat. Pelajar

dikehendaki mengikuti aktiviti yang boleh membawa perubahan dan memberi impak positif

kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat mengasah bakat dan menggarap

kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam suasana pembelajaran yang luwes (flexible).

Di akhir kursus ini, pelajar dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, peka terhadap

permasalahan masyarakat, mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dan mampu berperanan

sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

NAMA PROGRAM: SPECIAL EDUCATION, A WORK OF LOVE

JAWATAN: KETUA PENGARAH

Page 2: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101)

Pengenalan Program

Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah program anjuran Eksekutif

Akademik, Kolej Pendeta Zaba dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Program ini

melibatkan aktiviti-aktiviti bersama dengan 56 orang anak pendidikan khas dari 11 sekolah-

sekolah sekitar Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti terapi diadakan seperti terapi berenang, terapi

boling dan juga aktiviti-aktivi menarik seperti lawatan ke zoo, program penjagaan gigi, dan

ceramah penjagaan diri.

Objektif Program

Menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya mahasiswa/i UKM supaya mempunyai

nilai toleransi, bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap keperluan kehidupan

bermasyarakat

Memberi sumbangan kepada keluarga pelajar berkeperluan khas sebagai membela nasib

insan istimewa.

Memberi peluang kepada mahasiswa/i UKM untuk merancang, mengurus, mengelola

dan melaksanakan program yang berbentuk perkhidmatan kemasyarakatan.

Page 3: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

Perjalanan Program

Program ‘Special Education, A Work of Love’ berlangsung pada 27-29 Mac 2015 di D’Village

Resort, Ayer Keroh, Melaka.

27 Mac 2015: Program ini bermula dengan sesi pendaftaran guru-guru pengiring dan para peserta

seawal 10 pagi. Sebelum aktiviti bermula, saya berkesempatan untuk memberikan pendedahan

awal kepada guru-guru dan para peserta objektif dan perjalanan program 3hair 2 malam ini. Para

peserta seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti ‘ice-breaking’ yang bertujuan untuk merapatkan

hubungan antara para peserta dari sekolah-sekolah yang berlainan bersama dengan fasilitator dari

UKM. Aktiviti seperti ‘Kenali Saya’ dan ‘Jangan Malu’ telah diadakan.

Page 4: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

Selesai solat jumaat, para peserta telah berkunjung ke Zoo Melaka yang memberi peluang kepada

mereka melihat binatang-binatang yang mereka inginkan. Walaupun penat berjalan,para peserta

berasa sangat gembira.

Page 5: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

Aktiviti pada hari pertama berakhir dengan sesi ceramah bersama seorang guru Pendidikan Khas

yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengajar pelajar Pendidikan Khas,Pn Hajah Hasmah

yang memberi motivasi kepada para pelajar.

Page 6: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

28 Mac 2015: Program hari kedua bermula seawal 5.45am dengan tazkirah subuh dan solat subuh

secara berjemaah. Seterusnya program diteruskan lagi dengan aktiviti senamrobik. Semua para

peserta sangat bersemangat dalam melakukan aktiviti walaupun telah penat pada hari sebelumnya.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti terapi boling di Melaka International Bowling Centre.

Aktiviti terapi ini diadakan untuk meningkatkan tahap fokus para peserta terhadap sesuatu perkara

semasa melakukan aktiviti ini.

Page 7: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

29 Mac 2015: Pagi hari terakhir program turut dimulakan dengan tazkirah dan solat subuh bersama

para peserta program dan fasilitator. Selepas senam pagi dan minum pagi,para peserta telah

melibatkan diri dalam program penjagaan gigi bersama wakil dari Jabatan Pergigian Melaka

Tengah. Para peserta telah diberi pendedahan berkenaan cara penjagaan gigi dan cara memberus

gigi dengan betul. Berus gigi dan ubat gigi yang digunakan oleh para peserta ditaja oleh Lion

Corporation Sdn Bhd.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti terapi berenang yang dapat meransang pergerakan para

peserta. Mereka berasa sangat teruja dan gembira sepanjang aktiviti ini.

Page 8: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

Program berakhir dengan jayanya dengan sesi Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Ketua Unit

Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,Encik Aziz dan turut dihadiri oleh Pengetua

Kolej Pendeta Zaba,Prof Madya Ahmad Sunawari Long dan barisan pentadbiran Kolej Pendeta

Zaba.

Page 9: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

Refleksi

1. Terangkan bagaimana program ini merupakan keperluan masyarakat setempat?

Pada pendapat saya, program ini merupakan keperluan masyarakat setempat dari segi

untuk mewujudkan kesedaran dan kebertanggungjawaban komuniti terhadap orang

disekeliling kita. Program bersama anak-anak pendidikan khas ini berobjektif untuk

mewujudkan kesedaran komuniti terutamanya mahasiswa/I UKM bahawa anak-anak khas

ini juga layak mendapat perhatian dan peluang yang sama rata seperti orang lain.

2. Bagaimanakah penglibatan anda dalam aktiviti ini boleh membawa perubahan dan

memberi impak positif kepada masyarakat setempat?

Penglibatan diri saya dalam program ini selaku Ketua Pengarah, saya merasakan bahawa

saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa yang prihatin. Ini adalah

kerana, sepanjang persediaan sebelum program ini, saya perlu memberikan info-info

berkenaan anak-anak pendidikan khas yang bakal terlibat dalam program “Special

Education, A Work of Love” kepada pihak-pihak luar seperti syarikat penaja dan orang

awam. Melalui langkah itu, masyarakat setempat turut merasakan tanggungjawab mereka

untuk menjayakan program yang murni ini. Mereka tidak lekang memberikan sumbangan

daripada pelbagai aspek seperti barangan, kewangan, bahan-bahan bacaan, dan barang-

barang keperluan pelajar.

3. Bagaimanakah anda dapat mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban melalui aktiviti ini?

Pada pendapat saya, nilai tanggungjawab diterap dalam diri melalui tugas-tugas yang saya

laksanakan. Setiap tanggungjawab yang diberi digalas dengan sebaik mungkin kerana saya

selaku Ketua Pengarah telah diberi kepercayaan oleh pihak kolej untuk menganjurkan

progam ini. Oleh itu, setiap perkara dan tindakan telah saya laksanakan dengan penuh

amanah. Di samping itu, hasil kerja saya bersama ahli pasukan telah membuahkan hasil

dimana Program “Special Education ,A Work of Love” telah dinobatkan sebagai Program

Terbaik Kolej baru-baru ini.

4. Bagaimanakah anda dapat memperbaiki tahap komunikasi dan berinteraksi dengan semua

lapisan masyarakat melalui aktiviti ini?

Melalui program ini, saya perlu berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti

pihak JPN Melaka, pihak Pentadbiran UKM, pihak sekolah, guru-guru, dan juga

mahasiswa/I UKM. Kemahiran komunikasi secara efektif adalah perlu supaya segala mesej

dan maklumat dapat disampaikan secara berkesan. Melalui program ini, saya juga telah

mempelajari cara-cara bagaimana untuk berhubung dengan pihak luar seperti pihak penaja.

Page 10: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

5. Adakah anda sempat mengenali rakan sekumpulan yang lain dalam aktiviti ini?

Ya saya sempat untuk mengenali semua ahli pasukan kerja saya kerana kami berjumpa

setiap minggu untuk hampir 3 bulan. Persediaan diperlukan sebelum program untuk

merancang dan membuat segala persediaan seperti menyiapkan bahan-bahan yang

diperlukan semasa aktiviti, penyediaan surat kepada sekolah dan pihak penaja dan banyak

lagi.

6. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran sosial?

Pada pandangan saya, kemahiran sosial adalah penting untuk membina rangkaian kerja.

Melalui program ini, saya mempelajari untuk bergaul dengan semua orang tanpa mengira

usia, latar belakang, bidang pengajian yang berlainan dan banyak lagi. Walaupun saya

sebagai Ketua Pengarah, namun saya tidak boleh bertindak tegas dalam semua perkara

supaya ahli pasukan kerja saya selesa untuk bekerja dengan saya. Namun, setiap urusan

perlu dilaksanakan secara profesional.

7. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran komunikasi?

Pada pandangan saya, kemahiran komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian tidak

kira kita berkomunikasi dengan sesiapa pun. Adab dan gelaran hormat amat penting

terutamanya ketika berhubung dengan orang-orang atasan seperti pensyarah, guru-guru,

pegawai pejabat kerajaan dan banyak lagi. Cara komunikasi amat penting supaya mesej

yang ingin disampaikan difahami oleh pihak lain. Bukan itu sahaja, komunikasi melalui

pelbagai medium seperti surat, telefon, e-mel atau ‘whatsapp’ memerlukan saya untuk

menggunakan bahasa dengan cara yang betul supaya mesej yang ingin disampaikan tidak

disalah tafsir oleh pihak penerima.

8. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran kebertanggungjawaban?

Pada pandangan saya, kemahiran kebertanggungjawaban adalah penting kerana tanpa

sikap tanggungjawab yang tertanam dalam diri, sudah semestinya segala tugas yang

diberikan tidak dapat dilaksanakan dan disempurnakan. Di samping itu, sikap

tanggungjawab juga adalah penting pada saya untuk memastikan setiap tugas dilaksanakan

dalam masa yang telah dirancang supaya tidak mempengaruhi kerja-kerja saya yang

seterusnya mahupun kerja-kerja ahli pasukan kerja saya.

Page 11: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

9. Bagaimanakah penglibatan anda dalam aktiviti ini mengubah persepsi, sikap dan

keprihatinan anda terhadap permasalahan masyarakat?

Saya telah sedar bahawa pentingnya untuk melayan semua orang secara sama rata tidak

kira samada mereka itu normal mahupun kurang upaya. Sebaliknya saya merasakan saya

perlu memberi perhatian yang lebih kepada mereka yang keupayaan khas supaya mereka

dapat merasakan bahawa masyarakat sekitar mereka tidak pernah menyisihkan atau

memandang rendah kepada mereka kerana saya percaya mereka yang kurang upaya ini

juga layak mendapat layanan dan peluang yang sama rata seperti orang lain yang normal.

10. Adakah anda berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini pada masa

hadapan?

Ya saya sangat berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini sekiranya

masih diberi peluang. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menawarkan kepada

saya untuk menganjurkan program bersama anak-anak pendidikan khas yang bersekolah

di negeri Melaka. Cadangan mereka adalah supaya saya membawa anak-anak pendidikan

khas ini keluar dari Melaka dan mungkin datang ke UKM. Saya akan menyusulkan kertas

kerja kepada pihak kolej untuk memberi peluang kepada saya atau Eksekutif Pelajar yang

lain untuk menganjurkan program bersama anak-anak khas ini pada sesi hadapan.

11. Adakah anda akan mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti

seumpama ini pada masa hadapan?

Ya saya masih akan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Selain program anjuran saya

sendiri, saya akan melibatkan diri dalam aktiviti anjuran fakulti atau anjuran pihak luar

bersama anak-anak pendidikan khas. Saya turut akan melibatkan diri sekiranya pihak-

pihak sekolah menganjurkan aktiviti seperti ini dan membuka peluang kepada mahasiswa

seperti saya untuk melibatkan diri.

12. Apakah pengalaman atau pengajaran yang paling bernilai yang anda peroleh daripada

aktiviti ini?

Pengalaman saya yang paling bernilai adalah semasa hari-hari program. Antaranya adalah

semasa lawatan ke Zoo Melaka bersama anak-anak pendidikan khas ini. Saya telah

menemani mereka berjalan kaki melawat seluruh zoo dan mereka cukup penat pada petang

tersebut. Walaubagaimanapun mereka tetap habis melawat ke seluruh zoo walaupun

banyak berhenti rehat. Semasa di sini saya cukup tersentuh dengan seorang pelajar yang

kerdil di mana dia masih bersemangat untuk menghabiskan perjalanan di zoo yang

mengambil masa lebih 1 jam atas sokongan saya dan rakan-rakan saya yang lain.

Sepanjang program ini membuat saya merasakan mereka sebenarnya tiada beza langsung

dengan kami yang normal ini. Hanya pemikiran sesetengah pihak yang membeza-bezakan

mereka. Walaupun hanya program selama 3hari 2malam, program ini akan memahat

Page 12: Kee Ee Von (A143300) - ifolio.ukm.my · LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101) Pengenalan Program Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah

Kee Ee Von (A143300)

memori terindah buat diri saya, lebih-lebih lagi setelah dinobatkan sebagai Program

Terbaik Kolej sesi 2014/2015.

Pengalaman sepanjang penganjuran program ini juga akan saya adaptasikan untuk

program-program lain ataupun semasa bekerja nanti. Sudah semestinya segala kekurangan

dan kelemahan diri saya akan saya perbaiki dan membuat penambahbaikan.

Program ini turut mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin seperti McDonald

Malaysia yang menyumbang makan mlm dan minum petang para peserta, Lion

Corporation (M) Sdn Bhd yang menyumbang ubat gigi dan berus gigi kepada para peserta

untuk slot penjagaan gigi. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang

menyumbang dari segi kewangan untuk menjayakan sebuah program yang murni seperti

ini.