sos2021 dasar negara

18
SOS2021 PRATIS KERJA SOSIAL: MAKLUMAT TENTANG DASAR SOSIAL NEGARA ( DASAR KANAK-KANAK DAN KEPENTINGAN ) NAMA PENSYARAH: SIR WAN MOHD FARHAN BIN WAN ZAKARIA

Upload: za-c-pelangi-senja

Post on 06-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Screen reader users, click here to turn off Google Instant.Sign inGooglespm 2015 sainsWebNewsImagesVideosShoppingMoreSearch toolsAbout 578,000 results (0.42 seconds) Tip: Search for English results only. You can specify your search language in PreferencesSearch ResultsTIP ULANGKAJI SPM 2015: MATEMATIK & SAINS - Home ...hometuitiontutoring.blogspot.com/2015/.../tip-ulangk...Translate this pageAug 12, 2015 - Tip mengulangkaji subjek Matematik dan Sains SPM 2015.Modul Ulangkaji SPM 2015 (Afterschool.my) ~ CiKGUHAiLMiwww.cikguhailmi.com/2015/.../modul-ulangkaji-spm-...Translate this pageAug 8, 2015 - Sabtu, Ogos 08, 2015 Kimia SPM, Sains SPM No comments ... terdapat dalam Modul Ulangkaji SPM 2015 oleh Afterschool ini adalah bagi 11 ...SPM Soalan | All SPM Info, Trial, HOTS/KBAT and Past ...https://spmsoalan.wordpress.com/Translate this pageSPM 2015 Timetable (Jadual Waktu SPM 2015) has released by Lembaga Peperiksaan. The picture below is the preview of the SPM 2015 Timetable and click ...‎Jadual Waktu SPM 2015 - ‎Trial SPM 2014 - ‎KBAT/HOTS - ‎ICT Trial Paper 2014Bahan Kecemerlangan Sains SPM 2015 + Jawapanwww.bumigemilang.com/bahan-kecemerlangan-sains-...Translate this pageSep 9, 2015 - Bahan Kecemerlangan Sains SPM 2015 + Jawapan. Filed under ... KOLEKSI Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2015 · Facebook SPM ...Koleksi Soalan Percubaan SPM 2015 (Trial Papers) –www.bumigemilang.com/koleksi-soalan-percubaan-sp...Translate this pageJun 26, 2015 - SPM 2015 : Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan + Skema Jawapan ... Terengganu Bahan Kecemerlangan Sains + Skema Jawapan.→ SPM 2015 - Bumi Gemilangwww.bumigemilang.com/spm-soalan-percubaan-nota-...Translate this pageKOLEKSI Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2015 · Bahan-Bahan Rujukan untuk Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 · Tema Umum Sejarah Kertas 3 ...Sains SPM 2015: Tips Peperiksaan, Analisis, Panduan ...www.bumigemilang.com/sains-spm-tips-peperiksaan-a...Translate this pageApr 9, 2015 - Sains SPM : Tips Peperiksaan, Analisis, Panduan, Teknik Menjawab. Sila Klik : Sains SPM (Tingkatan 4 & 5): Soalan Percubaan, Nota, Latihan ...SPM 2015 : Soalan Peperiksaan Percubaan / Tips ...https://www.facebook.com/SPM2015aSPM 2015 : Soalan Peperiksaan Percubaan / Tips / Ramalan / Nota. ... posted on March 10, 2012 by Bumi Gemilang Nota Sains Tingkatan 4 (SPM) (dalam ...All About Scienceallaboutscience-cikgud.blogspot.com/Translate this pageApr 29, 2015 - Perkongsian Idea Pdp Sains - Hasil Perkongsian Rakan Guru Sains. Kepada ... Kredit link : http://www.cikguhailmi.com/2015/02/koleksi-idea-pdp-sains.html .... Perkongsian Bahan Pdp Sains SPM : Akaun Slideshare.SPM Science Tips 2015. Score 'A' Now! | UniDigesthttps://unidigest.com/en/blog/spm-science-tips/Jul 27, 2015 - Score 'A' in your SPM Science with our free and easy to understand SPM Science Tips 2015.SPM Revision Guide 2015‎Adwww.afterschool.my/spm/‎The Most Comprehensive SPM Revision Guide. Download A Free Copy Now.SPM Spot Questions · Score For Your SPM · Download Answers · All Subjects1 2345678910NextHelp Send feedback Privacy Terms

TRANSCRIPT

SOS2021 PRATIS KERJA SOSIAL:

MAKLUMAT TENTANG DASAR SOSIAL NEGARA( DASAR KANAK-KANAK DAN KEPENTINGAN )

NAMA PENSYARAH:

SIR WAN MOHD FARHAN BIN WAN ZAKARIA

Ahli Kumpulan

Edward Gerry Anak Gregory PatanB09001360

Narmitha A/P KalipanB09001361

Nurul Naizatul Nazua Bt Mohd nizamB09001347

Ummi Maisarah Bt HussienB09001359

Abdul Rashid Bin ShamsulB09001325

Dasar Sosial Negara

• Dasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara yang berteraskan perlembagaan, Rukunegara,wawasan 2020 dan komitmen negar di peringkat antarabangsa.

• DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat malaysia yang maju dan mantap.

Dasar Sosial Negarakesepaduan dan

kestabilan sosial

ketahanan nasional

kesejahteraan hidup malaysia

Penyataan Matlamat

• mewujudkan sebuah masyarakat malaysia yang maju dan mantap denagan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat.

• ciri-ciri matlamat wawasan 2020 sebagai negara maju:

bersatu padu

maju

penyayang

bermoralberdaya tahan demokratik

bertoleransiprogesifadil dansaksama

DEFINISI KANAK-KANAK

• Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

Objektif DSN

• OBJEKTIF UMUM.

- menjaminkan kepada kumpulan sasaran tanpa mengira ras ,gender,budaya dan agama serta wilayah dapat menyertai dan memberikan sumbangan kepada arus pembangunan negara serta kesejahteraan hiduo secara berterusan.

• OBJEKTIF KHUSUS

- memastikan keperluan asas kumpulan sasaran,membangunkan dan memperkasakan insan sepanjang hayat dan menjana sinergi multisektor

Dasar Sosial Kanak-Kanak

PENGENALAN

• Kanak-kanak merupakan sebahagian masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.

• Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.

PERNYATAAN DASAR

• Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.

OBJEKTIF DASAR KANAK-KANAK NEGARA

Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan:

1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;

2. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat.

3. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejateraan mereka.

sambungan....

4. setiap kanak-kanak hak untuk perkembangan holistik dari segi

fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian.

5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti, dan masyarakat sedar

akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,

perkembangan dan penyertaan; dan

6. penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup,

perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak

dilaksanakan dari semasa ke semasa.

PERNYATAAN MATLAMAT

• Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.

KEPENTINGAN DASAR KANAK-KANAK NEGARA

KELANSUNGAN HIDUP

Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak.

Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.

Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan sosial mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim.

sambungan...

Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup mereka.

Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

PERLINDUNGAN

Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Memberi perlindungan ke atas mangsa , pengadu dan keluarga daripada gangguan atau ancaman pihak-pihak tertentu.

Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan.

Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam keluarga tersebut dapat menikmati hak-hak mereka.

PERKEMBANGAN

Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidiakan kanak-kanak yang berkualiti, mudah diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak.

Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.

Memperluaskan program dan kemudahan khusus bagi perkembangan kanak-kanak kurang upaya dalam semua aspek seperti pengesanan dan intervensi awal, pemulihan, pendidikan dan pengintegrasian semula dalam masyarakat.

Menyediakan bantuan, latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang bermutu tinggi.

PENYERTAAN

• Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mereka.

• Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan berkualiti.

• Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

ADVOKASI

Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak.

Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.

Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.

Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Memperbanyakkan penyelidikan dalam pembangunan dalam bidang pembangunan kanak-kanak dan menyebarluaskan hasil-hasil penyelidikan bagi tujuan penambahbaikan.