dasar pendidikan negara & pipp

23
DISEDIAKAN OLEH : WANN, FIZI & SYAFIQ

Upload: ministry-of-education-malaysia

Post on 03-Dec-2014

16.630 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar pendidikan negara & pipp

DISEDIAKAN OLEH :WANN, FIZI & SYAFIQ

Page 2: Dasar pendidikan negara & pipp

SOALAN TUGASAN

MENGANALISIS DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK.

Page 3: Dasar pendidikan negara & pipp
Page 4: Dasar pendidikan negara & pipp

Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.

Page 5: Dasar pendidikan negara & pipp

Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

Page 6: Dasar pendidikan negara & pipp

LAPORAN ABDUL RAZAK 1957Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar

Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-

Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama.Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

Page 7: Dasar pendidikan negara & pipp

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

1. Sekolah rendah i. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris,

Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

ii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.

iii. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.

iv. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

Page 8: Dasar pendidikan negara & pipp

2. Sekolah menengah i. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3

peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

ii. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

iii. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.

iv. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.

Page 9: Dasar pendidikan negara & pipp

3. Sistem Peperiksaan i. Sekolah menengah rendah Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan

bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

ii. Sekolah menengah atas Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk

memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

iii. Pra-U Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk

memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

Page 10: Dasar pendidikan negara & pipp

• Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Page 11: Dasar pendidikan negara & pipp

LAPORAN ABDUL RAHMAN LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB 1960TALIB 1960 Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:

1. Bahasa kebangsaan i. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di

sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

ii. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

iii. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah

Page 12: Dasar pendidikan negara & pipp

2.   Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan

SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah

aliran Melayu atau Inggeris.

3.   Kenaikan automatik i. Kenaikan darjah secara automatik di semua

sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

ii. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

iii. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya

Page 13: Dasar pendidikan negara & pipp

4.    Matapelajaran akhlak   i. Murid beragama Islam – Pendidikan

Islam. ii. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

Page 14: Dasar pendidikan negara & pipp

Akta Pelajaran, 1961Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:

Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.

Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai institusi pengajian tinggi.

Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.

 

Page 15: Dasar pendidikan negara & pipp

Laporan Kabinet (1979 )    Setelah beberapa tahun sistem pendidikan

yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-

Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M

(membaca,menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.

Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.

Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun Pendidikan kerohanian yang kukuh. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

Page 16: Dasar pendidikan negara & pipp

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Page 17: Dasar pendidikan negara & pipp
Page 18: Dasar pendidikan negara & pipp

Asas Pembangunan

Teras Asas Pembangunan

Pendidikan

MatlamatPendidikan berkualiti untuk semua

MatlamatPendidikan berkualiti untuk semua

Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

*Rujuk lampiran 1

Page 19: Dasar pendidikan negara & pipp

Membina Negara BangsaMembina Negara Bangsa

Merapatkan Jurang Pendidikan

Merapatkan Jurang Pendidikan

Memartabatkan Profession Keguruan

Memartabatkan Profession Keguruan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Membangunkan Modal Insan

Membangunkan Modal Insan

Melonjakkkan Kecemerlangan Institusi

Pendidikan

Melonjakkkan Kecemerlangan Institusi

Pendidikan

Page 20: Dasar pendidikan negara & pipp

TERAS DASAR MATLAMAT

1) Membina negara

Bangsa

Menyokong hasrat Negara untuk membina Negara bangsa dengan masyarakat Bangsa Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan, membina identity nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan Negara.

Melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

2) Membangunkan Modal Insan

Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar

Page 21: Dasar pendidikan negara & pipp

TERAS DASAR MATLAMAT

3) Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Menjadikan sekolah kebangsaan sekolah pilihan utama masyarakat.

Menigkatkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikansemua sekolah mempunyai kesamarataan beroperasi secara berkesan.

4) Merapatkan Jurang Pendidikan

Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Page 22: Dasar pendidikan negara & pipp

TERAS DASAR MATLAMAT

5) Memartabatkan Profession

Keguruan

Memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dankebajikan guru.

Menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan Negara.

6) Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan bagi memstikan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.

Page 23: Dasar pendidikan negara & pipp

TERIMA KASIH