adab imam dan makmum masbuq takmir 12

12
1 PROGRAM TAFAQQUH GURU-GURU TAKMIR NEGERI KELANTAN. Wacana: رسالة يغ برنام(( ال بهجة المرضية)) [ داهن كإين يغ دسنا غي- دسوكاءي] فد مثتا كن عذر مثامرفد إموم د هي مأمرا كا غن توانلفطا ان عبد ا الشيخ داود ب، آملمسلم له ول غفر ا. IMAM DAN MAKMUM; & MUWAFIQ ATAU MASBUQ. Anjuran: Unit Takmir Masjid Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tempat: Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan. 7 Rejab 1433H- 28 Mei 2012. Catan Oleh; Al-Faqir IlalLah www.abuanasmadani.com www.dartaibah.com

Upload: jleemax

Post on 16-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

masbuq

TRANSCRIPT

  • 1

    PROGRAM TAFAQQUH GURU-GURU TAKMIR

    NEGERI KELANTAN.

    Wacana:

    [ - ] (( ))

    .

    IMAM DAN MAKMUM;

    & MUWAFIQ ATAU MASBUQ.

    Anjuran:

    Unit Takmir Masjid

    Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

    Tempat:

    Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak,

    Sultan Ismail Petra,

    Panji, Kota Bharu, Kelantan.

    7 Rejab 1433H- 28 Mei 2012.

    Catan Oleh;

    Al-Faqir IlalLah

    www.abuanasmadani.com www.dartaibah.com

  • 2

    . (1)

    IMAM DAN MAKMUM; MUWAFIQ ATAU MASBUQ.

    Definisi Imam dan Jamaah.

    Imam adalah seorang pemimpin. Beliau adalah individu yang di lantik sebagai pemimpin bagi

    memimpin jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Mereka juga yang akan

    diberikan kepercayaan menjadi pemimpin untuk memimpin ke jalan yang benar.

    Orang yang layak menjadi Imam ialah orang yang baik bacaan al-Qurannya dan tiada

    keraguan dalam bacaan. Lebih berumur serta orang itu juga mestilah berpengetahuan luas tentang

    agama.

    Pengertian solat jemaah:

    Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya ialah 2 orang (selain

    daripada solat fardhu Jumaat). Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin

    ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

    Hukum solat berjemaah.

    Fardhu kifayah bagi solat 5 waktu.

    Wajib bagi solat Jumaat.

    Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain.

    Imam Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat berjemaah ketika solat fardhu adalah sunat

    muakkad bagi semua orang lelaki yang berakal dan mampu melakukan tanpa sebarang

    kesulitan.

    Tidak wajib ke atas orang perempuan, kanak-kanak, orang sakit dan sebagainya.

    Bagi lelaki lebih afdhal berjemaah di masjid.

    Bagi perempuan lebih baik di rumah sahaja.

    Tuntutan berjemaah pada solat fardhu.

    Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat

    yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang

    diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian untuk

    menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

    Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang

    dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang

    kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat

    jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

    Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-

    Bukhari dan Muslim, bahawa,Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang

    yang meninggalkan solat berjemaah.

    Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: ((Ada seorang lelaki buta

    telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh

    memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran

    kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi

    kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta

    tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.))

    (1) Muqaddimah Munyatul Musalli.

  • 3

    Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah.

    Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi

    s.a.w yang bermaksud:

    Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). [Hadith

    riwayat al-Bukhari dan Muslim]

    Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang

    dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia

    akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke

    masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

    Keadaan makmum bersama imamnya ada empat iaitu:

    Musabaqah, Muwafaqah atau Muqaranah, Taakhur dan Mutabaah.

    Secara terperinci sepertimana berikut:

    Pertama: Al-Musabaqah, iaitu makmum mendahului imamnya baik dalam perbuatan atau ucapan di dalam solat. Misalnya takbir dan rukuk. Hukumnya haram.

    Kedua: Al-Muafaqah atau Al-Muqaranah, iaitu makmum bersamaan dengan imam ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain, seperti rukuk dan sujud bersama imam

    serentak. Hal ini dimakruhkan kecuali takbiratul ihram.

    Muafaqah ada 2 Jenis; a- Al-Aqwal: Takbiratul Ihram / Salam. b- Al-Afaal: Rukuk, Sujud

    Ketiga: At-Taakhur atau At-Takhalluf, iaitu makmum tertinggal dari imam satu, dua rukun, atau satu rakaat atau lebih daripada itu.

    Takahlluf dengan uzur, tanpa keuzuran.

    Keempat: Al-Mutabaah iaitu makmum melakukan rukun-rukun setelah imam melakukannya seperti rukuk dan Itidal. Jadi, makmum tidak bertakbir bersama imam. Inilah yang dituntut

    sunnah.

    MUWAFIQ DAN MASBUQ DALAM SOLAT

    Muwafiq: Seorang makmum yang sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri (qiyam)

    imamnya, di mana ia sempat berjamaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia

    membaca al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan uruf (adab)

    orang ramai, tidak berdasarkan kepada bacaan makmum itu dan juga tidak berdasarkan kepada

    bacaan imam juga.

    Masbuq: Seorang makmum yang tidak sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa

    membaca al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat,

    malahan perhitungan bacaan al-Fatihah itu tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak

    berpandukan kepada bacaan makmum itu bahkan mengikut bacaan uruf orang ramai. Mana-mana

    makmum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang

    membolehkan ia membaca al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang masbuq.

    BILA BERLAKU?

    Ia boleh berlaku ke atas seseorang makmum dalam semua rakaat sama ada pada rakaat pertama,

    kedua, ketiga dan seterusnya pada rakaat keempat.

    HUKUM ORANG MUWAFIQ:

    Hukum bagi orang Muwafiq dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang

    daripada imamnya, tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan

  • 4

    sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud awal dan

    duduk antara dua sujud.

    CONTOH CONTOH DAN GAMBARANNYA

    1. Seorang makmum yang Muwafiq sedang solat berjamaah, sebelum imam qiyam berdiri tegak

    daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana

    ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

    2. Seorang makmum yang Muwafiq sedang berjamaah sebelum imam duduk tasyahhud akhir

    makmum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

    Kedua-duanya contoh di atas menunjukkan bahwa makmum berkenaan masih lagi berada dalam

    jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat. Sebagaimana contoh-

    contoh di atas itu bahwa rukun-rukun yang renggang atau jarak antara makmum dengan imam ialah

    tiga rukun yang dikira daripada:

    Rukuk.

    Sujud yang pertama.

    Sujud yang kedua.

    3. Jika seorang Muwafiq itu solat berjamaah, apabila imamnya sudah berada dalam qiyam

    kedua untuk membaca al-Fatihah tetapi makmum berkenaan masih lagi berada di qiyam pertama

    belum lagi habis bacaan Fatihahnya, atau imam sudah berada di tasyahhud akhir sedangkan

    makmum masih lagi berada di qiyam pertama dan Fatihahnya belum selesai, hukum makmum

    demikian ialah batal solatnya, kecuali ia membuat dua pilihan segera semasa imam hendak

    berpindah kepada rukun keempat iaitu:

    Pilihan pertama: makmum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan Fatihahnya dan terus

    mengikut dan melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam, dan ia tambah satu rakaat lagi

    selepas salam imam, atau;

    Pilihan kedua: makmum berkenaan dikehendaki niat mufaraqah (berpisah) dari mengikut imam,

    kemudian ia hendaklah meneruskan bacaan al-Fatihah dan rukun-rukun yang lain dengan seorang

    diri sehingga selesai solatnya.

    Jika makmum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum imam sampai kepada rukun

    keempat iaitu qiyam kedua atau tasyahhud akhir maka batal solat makmum itu dengan sampainya

    imam kepada rukun kempat sedangkan ia masih berada di rukun yang pertama; tetapi tidak

    mengapa jika sama-sama berpindah (selisih) iaitu makmum sedang berpindah kepada rukuk

    manakala imam sedang berpindah kepada qiyam kedua atau berpindah kepada tasyahhud akhir.

    MASALAH-MASALAH MAKMUM MUWAFIQ. Ulama-ulama fiqh telah menjelaskan bahawa hukum orang muwafiq itu ada beberapa masalah.

    Ada masalah yang disepakati oleh ulama dan ada masalah yang berlainan pendapat antara mereka.

    Antara masalah yang disepakati hukumnya oleh ulama mutaakhirin ialah seperti berikut:

    1. Orang muafiq yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal tiga rukun jarak

    daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan

    waswas.

    Tetapi orang yang lambatkan bacaannya kerana waswas tidak dimaafkan ketinggalan tiga rukun

    melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan Fatihahnya. Yakni

    orang muwafiq yang waswas boleh menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam turun untuk

    sujud, maka batallah solatnya kecuali makmum berkenaan niat mufaraqah sebelum imam turun

    sujud dan dia diwaktu itu dikehendaki meneruskan bacaan Fatihahnya dan mengerjakan rukun-

    rukun yang lain hingga selesai solat.

    Kepada orang muwafiq yang waswas tidak boleh meninggalkan bacaan al-Fatihah dan terus

    melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya,

    kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.

  • 5

    2. Orang muwafiq yang syak sebelum ia rukuk dan sesudah imamnya rukuk adakah ia sudah

    membaca al-Fatihah atau belum, maka wajib ke atasnya membaca surah al-Fatihah dan dimaafkan

    ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.

    3. Seorang muwafiq yang lupa membaca al-Fatihah sehingga imamnya rukuk tetapi makmum

    itu belum rukuk. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi membaca al-Fatihah. Makmum ini

    diwajibkan membaca al-Fatihah dan dimaafkan kepadanya ketinggalan tiga rukun seperti di atas.

    4. Seorang muwafiq yang syak adakah dia membaca al-Fatihah atau belum lagi, ataupun dia

    teringat bahawa ia belum lagi membaca al-Fatihah sesudah imam dan ia sendiri telah rukuk. Hukum

    orang itu tidak boleh lagi ia kembali membaca al-Fatihah tetapi wajib ke atasnya mengikut imam

    dan apabila selesai salam imamnya, dia dikehendaki menambah satu rakaat lagi.

    5. Orang muwafiq yang syak sama ada dia sudah membaca al-Fatihah sesudah ia rukuk

    sedangkan imam belum lagi rukuk, maka wajib ia kembali qiyam dan membaca al-Fatihah, dan ia

    dimaafkan ketinggalan tiga rukun yang panjang daripada imamnya.

    6. Orang muwafiq yang tertinggal membaca al-Fatihah kerana sibuk membaca doa iftitah,

    tiba-tiba imamnya rukuk sebelum ia sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, sama ada dia telah

    membaca sebahagian dari ayat-ayat al-Fatihah ataupun belum sempat membacanya walaupun

    sedikit. Hukumnya WAJIB dia membaca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun

    daripada imamnya.

    7. Orang muwafiq yang sedang menunggu saktah imamnya yakni beliau memperhatikan

    bacaan al-Fatihah imamnya untuk mendapatkan sunat dan bercadang membaca al-Fatihah apabila

    imam membaca surah nanti, tetapi imam tersebut terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah,

    menyebabkan makmum tidak sempat baca al-Fatihah. Hukumnya dimaafkan tiga rukun yang

    panjang daripada imam dan wajib ke atasnya baca al-Fatihah.

    8. Orang muwafiq yang sedang menunggu saktah imamnya untuk mendapatkan sunat dan

    bercadang akan membaca al-Fatihah apabila imam membaca surah sunat nanti, tetapi imam

    membaca surah yang pendek menyebabkan makmum tidak sempat habiskan al-Fatihah sedangkan

    imam sudah rukuk atau sujud, hukumnya juga dimaafkan tiga rukun panjang daripada imamnya.

    PEMBICARAAN HUKUM ORANG MASBUQ Sebagaimana dalam huraian yang lepas bahawa orang masbuq ialah oang yang tidak sempat

    berjamaah dalam qiyam imamnya sekadar masa yang membolehkan dia membaca Fatihah hingga

    tamat mengikut pembacaan yang sederhana di kalangan orang ramai.

    Contohnya: Seorang makmum masuk solat berjamaah lewat iaitu ketika imam membaca surah

    al-Kafirun hampir tamat pada rakaat pertama, makmum itu dinamakan orang masbuq kerana masa

    qiyam imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan ia membaca Fatihah hingga selesai.

    Tetapi sekiranya seorang makmum masuk berjamaah solat isya ketika imamnya hendak

    memulakan bacaan surah ad-Dhuha selepas Fatihah, makmum itu dinamakan muwafiq kerana masa

    berdiri imamnya dia sempat membaca surah Fatihah mengikut pembacaan uruf orang ramai.

    Makmum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan Fatihah, kerana Fatihah

    yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu dikira semuanya

    ditanggung oleh imamnya.

    Syarat-syarat masbuq seperti berikut: 1. Imam suci dari hadas dan najis.

    2. Rakaat yang makmum masbuq ikut itu bukan rakaat yang lebih, contohnya rakaat yang

    kelima.

    3. Makmum masbuq sempat rukuk dan mempunyai tamakninah sebelum imamnya bangkit

    daripada rukuk.

  • 6

    Contoh-Contoh Masbuq Contoh Pertama:

    Setengah daripada makmum itu pada mulanya dia adalah orang muwafiq, di dalam menunaikan

    peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia bangkit qiyam tiba-tiba imamnya telah

    rukuk atau hampir rukuk, hukum makmum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiyam dan terus

    rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan dimaafkan dia

    meninggalkan bacaan Fatihah.

    Contoh Kedua:

    Didapati imam-imam solat terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila makmum

    berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan

    Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas makmum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia

    seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu. Begitulah hukumnya jika hal keadaan ini berlaku

    hatta setiap rakaat sekalipun. Kalau makmum meneruskan bacaan Fatihahnya hingga selesai

    sedangkan imam sudah rukuk dan bangkit daripada rukuk, atau dia dapat rukuk bersama imam

    tetapi tidak sempat dapat tamakninah dalam keadaan imamnya sudah bangkit dari rukuk, maka

    luputlah rakaat itu darinya. Hendaklah dia terus mengikut imamnya sehingga salam, tetapi dia

    dikehendaki menambah satu lagi rakaat yang terluput tadi.

    Adalah sunat bagi orang masbuq untuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat selepas

    takbiratul ihram tetapi hendaklah membaca al-Fatihah sahaja kecuali ia menjangka sempat

    membaca al-Fatihah dan membaca zikir yang sunat itu baharulah boleh berbuat demikian.

    Contoh ketiga:

    Seorang masbuq yang berjamaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum yang

    masbuq belum lagi sempat membaca surah al-Fatihah di mana ia tidak membaca apa-apa melainkan

    al-Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al-Fatihahnya dan wajib ia mengikut imamnya rukuk,

    kerana al-Fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja itu semuanya

    ditanggung oleh imamnya. Jika makmum yang masbuq itu bertabiat lambat bacaannya sekalipun,

    tidak wajib ke atasnya membaca lebih daripada kemampuan yang ia dapat. Berlainan kepada

    makmum muwafiq yang lambat bacaan, dia dikehendaki menghabiskan bacaan al-Fatihahnya dan

    dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya sebagaimana dalam penerangan yang lepas.

    Contoh keempat:

    Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al-

    Fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu Dan wajib ke atasnya

    tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

    Contoh kelima:

    Seorang makmum masbuq bersolat jamaah sibuk membaca zikir yang sunat, tiba-tiba imamnya

    rukuk sedangkan dia belum membaca Fatihahnya. Makmum itu wajib ke atasnya membaca Fatihah

    sekadar huruf-huruf yang dibaca dalam zikir sunat itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad

    dzannya (perhitungannya) dalam hal ini.

    Contoh keenam:

    Jika seorang makmum yang masbuq itu diam tanpa membaca Fatihah selepas takbiratul

    ihram sehingga imamnya rukuk, wajib ia membaca Fatihah sekadar masa yang ia diam itu, dan ia

    dikehendaki menggunakan ijtihad dzannya dalam hal ini.

    Apabila makmum masbuq itu selesai membaca daripada Fatihah kerana menggantikan zikir

    sunat atau diamnya dalam contoh kelima dan keenam di atas, kemudian wajib ia rukuk, jika ia dapat

    rukuk dengan imam sekadar tamakninah dengan yakin sebelum imamnya bangkit daripada rukuk

    sedangkan ia baharu sahaja selesai membaca Fatihah atau ia sempat rukuk dengan imamnya tetapi

    tidak ada tamakninah, maka luputlah rakaat itu dan dia dikehendaki tambah satu lagi rakaat selepas

    salam imamnya.

  • 7

    Jika imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk dan makmum yang masbuq tadi

    masih belum sempurna bacaan Fatihahnya maka wajib makmum tadi niat mufaraqah sebagaimana

    diterangkan oleh Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Al-Minhaj al-Qawim, diterangkan oleh Al-Khatib

    Al-Syarbini dalam kitab Mughni dan diterangkan oleh Syeikh Ramli dalam kitab Nihayah.

    Menurut pendapat Syeikhul Islam pula, makmum yang masih belum sempurna bacaan Fatihah

    nya sedangkan imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk, tidak wajib atasnya niat

    mufaraqah, bahkan diberi pilihan antara mufaraqah atau tinggalkan rukuk dan sujud terus bersama

    imamnya.

    MASBUQ JUMAAT.

    Solat Jumaat diwajibkan dengan berjamaah. Oleh itu, tidak sah Jumaat kecuali dengan

    berjamaah sekurang-kurangnya dengan empat puluh orang yang berakal, cukup umur (baligh),

    merdeka dan bermastautin.

    Bagi seorang makmum masbuq yang ingin mendapat Jumaat, dia hendaklah sekurang-kurangnya

    sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia

    hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan disunatkan membaca Fatihah dan

    bacaan ayat Quran yang sunat dengan nyaring.

    Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia

    menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas

    salam imam. Bacaan Fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.

    [Jumaat Berantai]

    Mana-mana makmum masbuq yang sempat berimamkan orang yang mendapat satu rakaat

    dengan imam Jumaat, maka dia juga dikira mendapat Jumaat jika dia sempat mendapat sekurang-

    kurangnya rukuk imam pada rakaat kedua sebagaimana di atas, kemudian dia menambah satu rakaat

    lagi selepas salam imam.

    Begitulah seterusnya sekiranya ada lagi makmum masbuq yang datang berimamkan makmum

    yang sempat berimamkan makmum masbuq sebelumnya, sehinggalah waktu asar.

    :

    : ) (

    ( : ) .

    .

    " " :

    . ( )

    (66 / 6 ) -

    (:)

    . (479 ):( )

  • 8

    (1311 - 1566\ 676-631) .

    :

    :

    .:

    : : .

    :

    .:

    .

    : .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    :

    :

    .

    :.

    .

    .

    . :

    .

    :. .

    .

    .

  • 9

    . :

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    . .

    .

    .

    :: .

    .

    .

    . :

    .

    . . .

    ..

    .

    :

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    :

    .

  • 10

    . : :

    .

    .

    .

    ..

    .

    .

    :.

    .

    .

    .

    : .

    .

    .

    :

    :

    .

    :.

    .

    :

    .

    .

    .

    : .

    .

    .:

    . :

    :

    .

    : .

    .

    .

    .

    .

    :. .

    .

    .

    .: .

    ".

  • 11

    : -

    . : : ) " " - . : . . :

    . : . . : . - - : . . . : .( : . . :

    :

    . . ) - - : .( . . . .

    - - . : : . ". " .

    : ". - - . ".

    - - : ) - - : . : (. .

    : ": : " : ) . : .

    ... . (.

    . . . .

    : . - - : . : .

    : . .

    . . : :

    . : . : )- - :

    : . : . (. . :

    (. : ) . : . . . :

    . . :

    . . . . :

    . . . :

    - - . .

    . - - : . . .

    : . : .

  • 12

    - - : : . .

    : . .

    . . . . - -

    : : . . : - . : -

    . : .

    . :

    . : .

    . : : . . (. 604) ( 615) ( 625) ( 650) ( 650) . (. 644) ( 664)

    : . : . : .

    (. 614) : (641) (634) :

    (.620) (642) : )- - :

    . : (.

    : (644) (652) : .

    :) (. 505) (644) (644) (504) (.

    - -( 444) ( 423) : .

    - " ". - : . :

    . : " " -1 . : " " -2 . : " " -3

    : - - " . - - : ""

    . ". " " : " ". . " " :

    http://www.abuanasmadani.com/?p=4

    : "(479 )

    ".

    " " ": ) "

    ...".

    [57/6/5115 1933 6 ]

    http://www.abuanasmadani.com/?p=4