soklan bab e

2
Permohonan Encik Harith untuk mendiami rumah kerajaan telah diluluskan. Sebagai penghuni rumah kerajaan beliau perlu mematuhi peraturan-peraturan yang diperuntukan dalam Perintah Am Bab E. a) Terangkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh beliau. b) Terangkan tanggungjawab beliau sebagai penghuni rumah tersebut. Jawapan (a): Sebagai seorang penghuni rumah kerajaan, Encik Harith perlulah mematui larangan-larangan yang telah ditetapkan. Antaranya: a) Encik Harith tidak dibenarkan untuk meminda, menambah dan sebagainya pada mana-mana bahagian atau struktur dalam atau luar rumah tersebut tanpa kebenaran dari JKR tempatan. Encik Harith juga dipertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kekurangan pada bahagian dan perabot di dalamnya. b) Encik Harith juga adalah dilarang daripada menyewa mana-mana bahagian rumah yang diperuntukkan padanya. Selain daripada ahli keluarganya, orang gaji dan tetamu-tetamu sementara, tidak orang lain yang dibenarkan untuk menetap di rumah tersebut. sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain melainkan untuk kediaman beliau dan keluarga sahaja.

Upload: hafidzanazmi

Post on 10-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Soklan Bab E

Permohonan Encik Harith untuk mendiami rumah kerajaan telah diluluskan. Sebagai

penghuni rumah kerajaan beliau perlu mematuhi peraturan-peraturan yang

diperuntukan dalam Perintah Am Bab E.

a) Terangkan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh beliau.

b) Terangkan tanggungjawab beliau sebagai penghuni rumah tersebut.

Jawapan (a):

Sebagai seorang penghuni rumah kerajaan, Encik Harith perlulah mematui larangan-

larangan yang telah ditetapkan. Antaranya:

a) Encik Harith tidak dibenarkan untuk meminda, menambah dan sebagainya pada

mana-mana bahagian atau struktur dalam atau luar rumah tersebut tanpa kebenaran

dari JKR tempatan. Encik Harith juga dipertanggungjawab ke atas apa-apa

kerosakan dan kekurangan pada bahagian dan perabot di dalamnya.

b) Encik Harith juga adalah dilarang daripada menyewa mana-mana bahagian rumah

yang diperuntukkan padanya. Selain daripada ahli keluarganya, orang gaji dan

tetamu-tetamu sementara, tidak orang lain yang dibenarkan untuk menetap di rumah

tersebut. sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain melainkan

untuk kediaman beliau dan keluarga sahaja.

c) Encik Harith juga dilarang daripada memelihara haiwan-haiwan ternakan termasuk

ayam dan itik di mana-mana bahagian rumah sama ada di luar, di dalam atau di atas

kawasannya.

d) Di samping itu, Encik Harith adalah dilarang untuk bercucuk tanam di mana-mana di

dalam kawasan luar rumahnya.