soalan tahun lepas sej malaysia

4
Analisis Soalan Sejarah STPM Kertas 2 Bahagian A Tahun 2001 – 2010 Bahagian A: Sejarah Malaysia Tema 1: Masyarakat Tempatan Tahun Soalan 2001 - Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan masyarakat Melayu pada abad ke-19. - Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik sebelum kedatangan kuasa Barat. 2002 - Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan Brritish pada tahun 1874. - Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak sebelum campur tangan British. 2003 - Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909. - Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad ke-19. 2004 - Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu. 2005 - Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan. Bincangkan. 2006 - Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. - Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan. 2007 - Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. 2008 - Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British. 2009 - Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874. 2010 - Bincangkan system dan peranan pembesar di Negeri-Negeri Melayu hingga tahun 1874. - Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu hingga tahun 1874. Tema 2: Transformasi Masyarakat Tahun Soalan 1999 - Bincangkan kesan Sistem Residen terhadap negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1888. - Campur tangan British di Tanah Melayu adalah satu jemputan raja-raja Melayu untuk menamatkan pemerintahan buruk. Walau bagaimanapun, tindakan ini telah melemahkan negeri-negeri Melayu sehingga mengancam keamanan Negeri-Negeri Selat. Bincangkan penyataan ini. 2000 - Bandingkan bentuk pentadbiran colonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888.

Upload: mohammadiasmks

Post on 31-Jul-2015

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia

Analisis Soalan Sejarah STPMKertas 2 Bahagian ATahun 2001 – 2010

Bahagian A: Sejarah Malaysia

Tema 1: Masyarakat Tempatan

Tahun Soalan2001 - Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan

masyarakat Melayu pada abad ke-19.- Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang

tertinggi dalam sistem politik sebelum kedatangan kuasa Barat.

2002 - Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan Brritish pada tahun 1874.

- Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak sebelum campur tangan British.

2003 - Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pemerintahan beraja dan

pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909.- Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad

ke-19.

2004 - Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu.

2005 - “Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, golongan pembesar

Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan.” Bincangkan.

2006 - Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.

- Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan.

2007 - Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.

2008 - Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British.

2009 - Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

2010 - Bincangkan system dan peranan pembesar di Negeri-Negeri Melayu hingga tahun 1874.

- Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu hingga tahun 1874.

Tema 2: Transformasi Masyarakat

Tahun Soalan1999 - Bincangkan kesan Sistem Residen terhadap negeri-negeri Melayu dari tahun 1874

hingga tahun 1888.- Campur tangan British di Tanah Melayu adalah satu jemputan raja-raja Melayu untuk

menamatkan pemerintahan buruk. Walau bagaimanapun, tindakan ini telah melemahkan negeri-negeri Melayu sehingga mengancam keamanan Negeri-Negeri Selat. Bincangkan penyataan ini.

Page 2: Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia

2000 - Bandingkan bentuk pentadbiran colonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888.

- Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

- Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.

2001 - Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan.

- Huraikan reaksi penduduk peribumi terhadap campur tangan British di Sabah atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915.

2002 - Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.- Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan India berhijrah

ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan.

2003 - Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an.

- Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.

2004 - Jelaskan faktor-faktor yang yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840-an hingga 1920-an.

- Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik hingga tahun 1938.

- Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

2005 - Bincangkan ekonomi bercorak komersial di Sarawak pada abad ke-19.

- Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19.

2006 - Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu daripada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

2007 - Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941.

- Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

2008 - Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

- Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.

2009 - Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

2009 - Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909.

2009 - Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

2010 - Pentadbiran Sir Hugh Low lebih Berjaya jika dibandingkan dengan pentadbiran J.W.W. Birch semasa pelaksanaan system residen di Perak. Bincangkan penyataan ini.

Page 3: Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia

Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Tahun Soalan1999 - Huraikan perbezaan antara Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu.- Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedaran sosial dan politik

masyarakat peribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.2000 - Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan kesedaran politik yang meluas, lebih

tersusun, dan bersatu daripada kalangan pelbagai bangsa selepas tahun 1945. Bincangkan penyataan ini.

- Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

2001 - Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat.

2002 - Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

- Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

2003 - Jelaskan mengapa pada peringkat awal, Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia.

2004 - Bincangkan perjuangan gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

- Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukakan oleh kerajaan Indonesia, Filipina, dan Brunei berkaitan penubuhan Malaysia.

2005 - Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun 1945.- Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation (UMNO)

dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

2006 - Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.

- Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakan tersebut.

2007 - Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.

- Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937.

2008 - Huraikan kesan sosioekonomi kesan kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

- Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954.

2009 - Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

2010 - Sejauh manakah faktor luaran mempengaruhi kebangkitan gerakan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

- Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin pelbagai kaum dari tahun 1955

Page 4: Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia

hingga tahun 1957 untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan

Tahun Soalan2001 - Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel dan

antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

2002 Tiada2003 - Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963

dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

2004 Tiada

2005 - Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

2006 - Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan antikomunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

2007 - Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia. Jelaskan.

2008 - Analisiskan perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.

2009 - Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.

2010 - Kepimpinan Tunku Abdul Rahman sangat mempengaruhi pembentukan dasar luar Tanah Melayu. Bincangkan penyataan ini.

Disediakan oleh;Puan Jaitun binti BangguGuru Akademik Sejarah STPMSMK Sandakan.