soalan peperiksaan sivik tingkatan 3 smkah

6
SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI 1 1. Kita harus membuat keputusan yang bijak, adil serta  _____________ ___ apabila menghadapi situasi di mana kita perlu membuat keputusan. A. beremosi B. bertoleransi C. berat sebelah D. bertanggungjawab 2. Pilih keputusan yang bijak. A. Sharlini enggan mengikut rakannya ke kafe siber kerana ingin mengulang kaji pelajaran. B. Rahim mengambil kepu tusan untuk ponteng kelas Matematik kerana tidak menghabiskan kerja rumahnya. C. Chan lebih seron ok menonton televis yen daripada mengemas biliknya. D. David mengambil keput usan untuk bermain mercun bersama rakan-rakannya sempena perayaan Krismas 3. Serena mengambil pil ecstasy kerana pengaruh rakannya. Apakah kesan yang mungkin dihadapi olehnya akibat tindakan tersebut? A. Dapat melupakan masalah yang dihadapinya. B. Boleh meningkatkan semangat untuk belajar. C. Boleh merosakkan sistem saraf dan menyebabkan penyakit mental. D. Dapat mengurangkan kebosanan yang dialaminya. 4. Keadaan di mana susah untuk membuat keputusan dipanggil… A. dilema. B. gelisah. C. masalah. D. gangguan perasaan. 5. Tabiat merokok akan memberi kesan berikut kepada kesihatan KECUALI A. memendekkan tempoh usia. B. menyebabkan penyakit bronkitis. C. menyebabkan kanser paru-paru. D. menyebabkan gangguan pada sistem pengh adaman. 6. Pilih tindakan yang bersifat prihatin terhadap orang lain. A. Merokok di perhentian b as. B. Bercakap panjang di telefon awam. C. Memakir kereta di petak khas orang kurang upaya. D. Memandu mengikut ha d kelajuan di jalan ra ya. 7. Antara berikut yang manakah menunjukkan tindakan yang bertanggungjawab? A. Membiarkan televisyen terpasang ketika sedang mandi. B. Menghabiskan makanan tanpa memikirkan anggota yang belum makan. C. Menggunakan pensel warna rakan dengan maksimum. D. Membersihkan kelas tanpa disuruh oleh guru. 8. Keputusan yang mana kah dikatakan keputusan yang bijak dan adil? A. Keputusan yang hanya mementingkan diri sendiri. B. Keputusan yang menguntungkan diri sendiri. C. Keputusan yang menga mbil kira kesan terhad ap diri dan orang lain. D. Keputusan yang memihak kepada individu yang disayangi. 9. Antara be rikut, individu manakah yang bijak me mbuat keputusan? I Zamri memohon jawatan wartawan kerana memiliki ijazah dalam bidang komunikasi. II Ganesh yang mahir dalam subjek Sejarah dan Pengajian Am memilih jurusan undang-undang. III Loh Kee Cheng yang mahir dalam jud o menyertai kumpulan kongsi gelap. IV Gerald menyertai kelas muzik kerana pandai bermain piano dan sitar. A. I dan III B. I, II dan III C. I, III dan IV D. I, II dan IV 10. Pilih keputusan dan kesan yang POSITIF Keputusan Kesan A Ponteng kelas Dapat bermain permainan video. B Hadir aktiviti Menambahkan ilmu C Meniru jawapan ujian Mendapat markah yang tinggi. D Menghisap rokok Mendapat vitamin yang cukup. 11. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab dalam  ___________ __ hubungan kekeluargaan. A. melekatkan B. memisahkan C. mengeratkan D. merenggangkan 12. Kecemerlangan dapat meningkatkan maruah diri dan  ___________ ______. A. jiran B. rakan C. saudara D. keluarga

Upload: noor-sham-yaakob

Post on 03-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

8/12/2019 Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-sivik-tingkatan-3-smkah 1/5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

1

1. Kita harus membuat keputusan yang bijak, adil serta

 ________________ apabila menghadapi situasi di mana

kita perlu membuat keputusan.

A. beremosi

B. bertoleransi

C. berat sebelahD. bertanggungjawab

2. Pilih keputusan yang bijak.

A. Sharlini enggan mengikut rakannya ke kafe siber kerana

ingin mengulang kaji pelajaran.

B. Rahim mengambil keputusan untuk ponteng kelas

Matematik kerana tidak menghabiskan kerja rumahnya.

C. Chan lebih seronok menonton televisyen daripada

mengemas biliknya.

D. David mengambil keputusan untuk bermain mercun

bersama rakan-rakannya sempena perayaan Krismas

3. Serena mengambil pil ecstasy kerana pengaruh

rakannya. Apakah kesan yang mungkin dihadapi olehnya

akibat tindakan tersebut?

A. Dapat melupakan masalah yang dihadapinya.

B. Boleh meningkatkan semangat untuk belajar.

C. Boleh merosakkan sistem saraf dan menyebabkan

penyakit mental.

D. Dapat mengurangkan kebosanan yang dialaminya.

4. Keadaan di mana susah untuk membuat keputusandipanggil… 

A. dilema.

B. gelisah.

C. masalah.

D. gangguan perasaan.

5. Tabiat merokok akan memberi kesan berikut kepada

kesihatan KECUALI

A. memendekkan tempoh usia.

B. menyebabkan penyakit bronkitis.

C. menyebabkan kanser paru-paru.D. menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman.

6. Pilih tindakan yang bersifat prihatin terhadap orang lain.

A. Merokok di perhentian bas.

B. Bercakap panjang di telefon awam.

C. Memakir kereta di petak khas orang kurang upaya.

D. Memandu mengikut had kelajuan di jalan raya.

7. Antara berikut yang manakah menunjukkan tindakan

yang bertanggungjawab?

A. Membiarkan televisyen terpasang ketika sedang mandi.

B. Menghabiskan makanan tanpa memikirkan anggota yang

belum makan.

C. Menggunakan pensel warna rakan dengan maksimum.

D. Membersihkan kelas tanpa disuruh oleh guru.

8. Keputusan yang manakah dikatakan keputusan yang

bijak dan adil?A. Keputusan yang hanya mementingkan diri sendiri.

B. Keputusan yang menguntungkan diri sendiri.

C. Keputusan yang mengambil kira kesan terhadap diri dan

orang lain.

D. Keputusan yang memihak kepada individu yang

disayangi.

9. Antara berikut, individu manakah yang bijak membuat

keputusan?

I Zamri memohon jawatan wartawan kerana memiliki

ijazah dalam bidang komunikasi.II Ganesh yang mahir dalam subjek Sejarah dan Pengajian

Am memilih jurusan undang-undang.

III Loh Kee Cheng yang mahir dalam judo menyertai

kumpulan kongsi gelap.

IV Gerald menyertai kelas muzik kerana pandai bermain

piano dan sitar.

A. I dan III

B. I, II dan III

C. I, III dan IV

D. I, II dan IV

10. Pilih keputusan dan kesan yang POSITIF

Keputusan Kesan

A Ponteng kelas Dapat bermain permainan video.

B Hadir aktiviti Menambahkan ilmu

C Meniru jawapan ujian Mendapat markah yang tinggi.

D Menghisap rokok Mendapat vitamin yang cukup.

11. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab dalam

 _____________ hubungan kekeluargaan.

A. melekatkan

B. memisahkanC. mengeratkan

D. merenggangkan

12. Kecemerlangan dapat meningkatkan maruah diri dan

 _________________.

A. jiran

B. rakan

C. saudara

D. keluarga

Page 2: Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

8/12/2019 Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-sivik-tingkatan-3-smkah 2/5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

2

13. Yang manakah menggambarkan langkah keselamatan di

rumah?

A. Menyimpan ubat dalam peti kecemasan.

B. Meletakkan penyembur serangga di belakang pintu.

C. Tidur dengan membiarkan lampu terpasang.

D. Membiarkan adik menyediakan minuman sendiri.

14. Antara berikut, individu manakah yang menjaga maruah

diri dan keluarganya?

A. Zukhairi bercakap kuat dengan neneknya yang sudah

tua.

B. Melati tidak mengendahkan kakaknya yang cacat

penglihatan.

C. Danish tidak membuka pintu walaupun diketuk oleh

 jirannya beberapa kali.

D. Susmita berpakaian sopan ketika melawat datuknya di

hospital.

15. Kasih sayang merupakan _______________ yang lahir

dari dalam diri seseorang terhadap dirinya, orang lain dan

persekitaran.

A. impian

B. dilema

C. perasaan

D. tanggapan

16. Kasih sayang ibu bapa merupakan sesuatu yang

 _____________ kerana mereka melindungi dan menjagakeselamatan anak-anak mereka.

A. mulia

B. mahal

C. murah

D. dibentuk

17. Antara hari istimewa keluarga yang boleh diraikan

bersama ialah ____________

I hari ibu dan hari bapa.

II ulang tahun kelahiran.

III ulang tahun perkahwinan.

IV Hari Kebangsaan

A. I, II dan III

B . I, II dan IV

C. II, III dan IV

D. I, II, III, dan IV

18. Perbuatan yang manakah boleh menaikkan imej

keluarga?

A. Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.

B. Keluar dengan rakan pada waktu malam.

C. Melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram.

D. Berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.

19. Antara berikut individu manakah yang menjaga

pertuturan dan tingkah laku?

I. Jay Jay meminta maaf kepada ibunya kerana

memecahkan pasu bunga.

II. Fakri mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang

memasak makanan kegemarannya.III. Sarah tidur di atas sofa walaupun rakan ayahnya datang

ke rumah.

IV. Salman sentiasa memberi salam kepada orang yang

lebih dewasa.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II dan IV

20. Tindakan yang manakah tidak menunjukkan ibu bapa

yang prihatin terhadap anak-anaknya?A. Menyediakan segala kemudahan pembelajaran kepada

anak-anak.

B. Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-

anak.

C. Menumpukan perhatian kepada kerjaya tanpa

mengambil berat tentang ahli keluarga.

D. Sentiasa membawa anggota keluarga makan angin.

21. Memelihara kesejahteraan alam merupakan

tanggungjawab

A. kerajaanB. setiap individu

C . pemimpin

D. majlis perbandaran

22. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?

I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih

II Untuk menjaga imej negara

III Supaya kita dipuji oleh orang lain

IV Agar terhindar daripada penyakit

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

23. Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan

tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar?

A. Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan

pencemaran

B. Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa

C . Melakukan pembakaran secara terbuka

D. Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata

tempat.

Page 3: Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

8/12/2019 Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-sivik-tingkatan-3-smkah 3/5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

3

24. Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara

alam sekitar?

I Penanaman semula pokok

II Penebangan pokok secara berleluasa

III Membuang sampah di merata-rata tempat

IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitarA. I dan II

B. II dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

25. Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam

dan bencana alam KECUALI A. penanaman semula pokok

B. jerebu

C . tanah runtuh

D. kemarau panjang

26. Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita

I membuang sampah di tempat yang disediakan

II menanam pokok

III melakukan pembakaran terbuka

IV membuang sampah di merata-rata tempat

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

27. Antara berikut merupakan punca pencemaran

udara kecuali

A. asap-asap daripada kilang

B. asap-asap daripada kenderaan

C. tumpahan minyak daripada kapal

D . asap daripada pembakaran terbuka

28. Pencemaran air akan mengakibatkan

I kemusnahan habitat laut

II air berkelodak

III meningkatkan tahap kesihatan manusia

IV udara berdebu

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D II dan IV

29. Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil

oleh penduduk sesebuah bandar dalam usaha menghijaukan alam sekitar KECUALI A menanam pokok di kawasan sekitar

B menghalang penebangan pokok

C menanam bunga-bungaan di taman

D menebang pokok yang baru ditanam

30. Kemarau berpunca daripada

A. kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana

ketiadaan hujanB. berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu

saliran

C. letupan gunung berapi

D. ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi

31. Mengapakah setiap individu digalakkan untuk

mengembangkan potensi dirinya? 

A. Menimba ilmu pengetahuan 

B. Membina identiti diri yang positif  

C. Menonjolkan bakat dan kemahiran 

D. Mengenal pasti kekurangan pada diri 

32. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif

akan sentiasa 

A yakin terhadap kebolehan dirinya. 

B memupuk semangat kekitaan. 

C hidup aman dan sejahtera. 

D bersaing dengan orang lain.

33. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensidiri seseorang individu? 

I Bakat 

II Kebolehan 

III Kekuatan diri 

IV Keyakinan diri 

A. I, II, dan III

B . I, II, dan IV

C. I, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

34. Antara berikut, yang manakah merupakan cirri-ciri yang

terkandung di dalam perkembangan potensi jasmani? 

I Melakukan aktiviti riadah 

II Meningkatkan kualiti kehidupan 

III Mengembangkan kemahiran bakat 

IV Meningkatkan daya pengeluaran 

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV

C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

Page 4: Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

8/12/2019 Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-sivik-tingkatan-3-smkah 4/5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

4

35. Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat

dikecapi? 

A. Mengenal pasti potensi diri 

B. Mengembangkan potensi diri 

C. Menilai potensi diri 

D. Mengubah potensi diri

36. Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi

diri? 

A. Menonjolkan kemahiran dan bakat 

B. Mencapai kejayaan dalam kehidupan 

C. Menyumbang kepada masyarakat dan negara 

D. Melibatkan diri dalam pelbagai bidang

37. Pilih situasi yang menunjukkan usaha untukmeningkatkan kecemerlangan diri. 

A. Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia

merupakan pekerjaan bergaji tinggi 

B. Woon Yong gigih berlatih badminton setelah ditegur

oleh ayahnya. 

C. Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan

keperibadian diri. 

D. Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya

menjadi lebih popular.

38. Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh

seseorang yang bercita-cita menjadi peguam? 

A. Daya kreativiti yang tinggi 

B. Lemah-lembut dan mesra 

C. Pandai berpidato dan bersyarah 

D. menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

39. Keperibadian seseorang individu merujuk kepada 

I perlakuan 

II pergaulan 

III perwatakan 

IV penampilan 

A. I, dan II

B. I , dan III

C. II, dan IV

D. III, dan IV

40. Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam

persekolahan? 

I Bakat II Pendidikan 

III Latihan yang berterusan 

IV aktiviti kokurikulum 

A. I, II, dan III

B . I, II, dan IV

C . I, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

41. Pilih cara untuk menangani ancaman dalaman. 

I Kaunseling 

II Pemulauan 

III Didikan agama 

IV Didikan akademik 

A . I, II, dan III 

B I, II, dan IV 

C I, III, dan IV 

D II, III, dan IV

42 . Pernyataan di atas berkaitan dengan 

A. Badan Pencegah Rasuah 

B. Badan Perundangan 

C. Badan Eksekutif  

D. Badan Kehakiman

43. Antara berikut yang manakah merupakan perkarayang boleh membawa kepada perselisihan faham antara

kaum? 

I Tidak menghormati antara satu sama lain 

II Mempunyai sikap kerjasama yang utuh 

III Mempunyai sikap mementingkan diri sendiri 

IV Tidak menghormati adat resam dan cara hidup kaum lain 

 A. I, II dan III 

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV 

D. II, III dan IV

44. Faktor yang membawa kepada penghijrahan

pendatang asing ke Malaysia ialah 

I peluang pekerjaan 

II peperangan di negara asal 

III gaji yang lumayan 

IV pengajian 

A. I, II dan III 

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV 

D. Semua di atas 

Menggubal dasar kerajaan 

Page 5: Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

8/12/2019 Soalan Peperiksaan Sivik Tingkatan 3 Smkah

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-peperiksaan-sivik-tingkatan-3-smkah 5/5

SIVIK DAN KENEGARAAN TINGKATAN 3 SMK AYER HANGAT LANGKAWI

5

45. Antara berikut yang manakah merupakan kesan

kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini? 

I Keadaan negara bertambah harmoni 

II Meningkatkan kadar jenayah 

III Menghuru-harakan masyarakat 

IV Menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan A I, II dan III 

B I, II dam IV

C I, III dan IV 

D II, III dan IV

46. Berikut merupakan cara untuk kita menjaga keamanan

negara Malaysia KECUALI 

A. berprasangka antara satu sama lain 

B. menolak sebarang bentuk keganasan 

C. berbaik-baik antara satu sama lain 

D. saling memahami

47. Apakah peranan Kementerian Pengajian Tinggi? 

A. Menguruskan projek-projek pembangunan 

B . Mengawasi pembangunan serta pergerakan kesatuan

kerja 

C. Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten 

D. Menyelidik dan mengawal aktiviti perniagaan dalam

negeri 

48. Apakah sistem pemerintahan negara kita? 

A. Kuku besi B. Demokrasi

C. Komunisme 

D. Republik 

- Bertolak ansur antara satu sama lain 

- Bergaul mesra tanpa prasangka 

49. Pernyataan di atas akan mewujudkan 

A. masyarakat yang mementingkan semangat

perkauman

B. masyarakat yang bersatu padu dan harmoni 

C. masyarakat yang mementingkan kuasa 

D. masyarakat yang ingin menjatuhkan negara

50. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa bertujuan

untuk melindungi hak orang awam seperti 

I wanita 

II kanak-kanak 

III tentera 

IV orang tua A I, II dan III 

B I, II dan IV

C I, III dan IV 

D II, III dan IV 

Soalan 51 dan 52. Warnakan dengan cantik dan kemas.

Sila guna pensil warna dan gunakan warna yang tepat.

Bendera Negara

(5M)

Bunga Kebangsaan

(5M)

KERTAS SOALAN TAMAT