soalan pentaksiran penilaian bmm3103 (1)

Upload: siti-aishah-latip

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    1/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    Nama : ____________________________

    BAHAGIAN A

    25 markah

    Jawab semua soalan berikut dengan membulatkan jawapan yang betul

    1. Pilih penyataan yang betul tentang konsep pentaksiran

    (A) Pentaksiran ialah satu alat untuk mendapatkan maklumat

    (B) Pentaksiran ialah satu proses yang menggunakan alat atau benda untuk dibezakan

    (C) Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk

    membuat pertimbangan

    (D) Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

    penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

    2. Pengujian ialah

    (A) Cara mengukur prestasi murid dalam kelas

    (B) Prosedur menguji kefahaman murid dalam kelas

    (C) Sesuatu sistem untuk menentukan kemajuan murid

    (D) Proses yang siatematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid

    3.

    1

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    2/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    Objektif pelajaran

    Pengajaran danpentaksiran danpembela jaran

    penilaian

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, gambar di atas membawa maksud

    (A) Penilaian adalah satu proses sampingan

    (B) Penilaian bergantung kepada objektif pelajaran

    (C) Penilaian adalah satu proses penting dalam pengajaran

    (D) Penilaian berdasarkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

    4. Jadual Penentuan Ujian (JPU) mempunyai maklumat yang berikut kecuali

    (A) kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran

    (B) aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan

    (C) bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran

    (D) pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah tajuk yang

    diajar

    5. Berikut ialah kepentingan Jadual Penentuan Ujian. Pilih penyataan yang betul tentang JPU

    I Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian

    II Memberikan panduan untuk membentuk format ujian

    III memberikan panduan untuk membentuk item

    IV Mengelakkan daripada membuat ujian secara sembarangan

    V Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu tajuk

    (A) I, II dan III sahaja

    (B) I,II,III dan IV sahaja

    2

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    3/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    (C) I,II,III dan V sahaja

    (D) Semua di atas

    6. Kenal pasti kepentingan JPU daripada senarai jawapan di bawah ini

    I. Membina ujian mengikut pencapaian murid

    II. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian

    III. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian

    IV. Menentukan jumlah soalan mengikut tajuk-tajuk yang dipilih oleh guru

    (A) I dan II sahaja

    (B) II dan III sahaja

    (C) I, II dan III sahaja

    (D) II, III dan IV sahaja

    3

    7. Kelebihan UTAMA dengan menggunakan ujian objektif dalam kelas ialah

    (A) Kertas jawapan mudah diperiksa

    (B) Setiap item menguji perkara yang spesifik

    (C) Calon hanya menjawab soalan secara ringkas

    (D) Boleh menguji banyak perkara dalam masa yang singkat

    8. Item jenis esei boleh dibina mengikut Tindak Balas Terbatas (TBT) dan Tindak BalasLanjutan (TBL). Apakah yang dimaksudkan dengan Tindak Balas Lanjutan (TBL)?

    (A) Isi dihadkan kepada skop atau topik tertentu.

    (B) Calon menjawab dalam bentuk karangan secara perbicaraan.

    (C) Menulis karangan berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan.

    (D) Satu siri soalan yang berkaitan dengan proses yang dikemukakan satu demi satu.

    3

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    4/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    9. Berikut ialah kelemahan teknik pemarkahan karangan bertulis berbentuk holistik kecuali

    (A) murid mempunyai kebebasan untuk menulis

    (B) guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa

    (C) moderasi sukar dilaksana kerana ramai guru yang memeriksa

    (D) murid tidak dapat melihat kekuatan dan kelemahan karangan mereka

    10. Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas

    yang sama

    Penyataan di atas merujuk kepada ujian jenis

    (A) Objektif

    (B) Formatif

    (C) Sumatif

    (D) Subjektif

    11. Pilih ciri-ciri ujian objektif dengan tepat

    I Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan

    II Banyak masa ditumpukan untuk membaca dan menulis

    III Kualiti ujian bergantung kepada kemahiran dan kebolehan membina item

    IV Murid perlu berkebolehan menggunakan bahasa yang baik

    V Dapat menerangkan dengan tepat maklum balas yang diharapkan daripada pelajar

    (A) I,II dan III sahaja

    (B) I, II dan IV sahaja

    4

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    5/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    (C) I, III dan V sahaja

    (D) III, IV dan V sahaja

    12.

    Perkataan yang sesuai mengisi tempat kosong dalam ayat,____________ sakitnya kaki saya,

    ialah

    (A) Hai!(B) Wah!(C) Aduh!(D) Amboi!

    Berdasarkan penyataan di atas, tentukan aras soalan tersebut

    (A) Aplikasi

    (B) Analisis

    (C) Kefahaman

    (D) Pengetahuan

    13. Cikgu A telah menjalankan ujian untuk mengukur kebolehan murid-murid nya membina

    ayat majmuk. Apakah jenis ujian yang cikgu itu gunakan?

    (A) Ujian Sumatif

    (B) Ujian Formatif

    (C) Ujian Prestasi

    (D) Ujian Pencapaian

    14.

    Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikutiempat pasang perkataan. Pilih pasangan yang

    5

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    6/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.

    hitam : putih

    (A) kain : merah(B) merah : tua(C) merah : hijau

    (D) merah : jambu

    Penyataan di atas menunjukkan satu contoh jenis item aneka pilihan. Pilih jawapan yang betulmenunjukkan item jenis aneka pilihan tersebut

    (A) Jenis negatif

    (B) Jenis analogi

    (C) Jenis antonim

    (D) Jenis jawapan terbaik

    15. Bilakah Ujian Formatif sesuai digunakan?

    I. Selepas mengajar satu kemahiran

    II. Selepas mengajar satu unit pembelajaran

    III. Selepas murid menguasai tajuk-tajuk pelajaran

    IV. Selepas mengajar beberapa kemahiran yang berkaitan

    (A) I dan II sahaja

    (B) II dan III sahaja

    (C) I, dan IV sahaja

    (D) II, dan IV sahaja

    16. Perbezaan yang jelas antara ujian sumatif dengan ujian formatif adalah dari segi

    (A) kumpulan sasaran

    (B) kedudukan sekolah

    (C) tahap kebolehan pelajar 6

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    7/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    (D) masa mengendalikannya

    17. Ujian diagnostik ialah ujian

    (A) yang dijalankan secara rasmi

    (B) yang dijalankan secara berkala

    (C) untuk membuat perbandingan tahap antara pelajar

    (D) untuk mengesan kelemahan dalam pembelajaran bahasa

    18. Semasa pembinaan item aneka pilihan, beberapa aspekdiberi perhatian. Aspek tersebut

    Ialah

    (A) Stimulus, stem, jawapan

    (B) Stimulus, jawapan, pengganggu

    (C) Stimulus, stem, jawapan, pengganggu

    (D) Stimulus, stem, pilihan, kunci, pengganggu

    19. Portfolio merupakan kaedah yang sesuai untuk melihat pencapaian pelajar dalam bidangbahasa. Pilih pernyataan yang tepat berkaitan kegunaan portfolio

    I Menilai secara formatif pembelajaran

    II Menilai secara sumatif pembelajaran

    III Menilai perkembangan dalam satu tempoh

    IV Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

    (A) I,II dan III sahaja

    (B) I,II dan IV sahaja

    (C) II, III IV sahaja

    (D) I,II, III dan IV sahaja

    20. Penilaian yang dilakukan secara pemerhatian, pemerhati sebaik-baiknya mempunyai nilai

    I Rigid

    7

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    8/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    II Amanah

    III Fleksibel

    IV Berdisiplin

    (A) I dan II sahaja

    (B) II dan III sahaja

    (C) II dan IV sahaja

    (D) II, III dan IV sahaja

    21. Antara yang berikut ialah fungsi pemerhatian yang dijalankan oleh guru kecuali

    (A) Mengenal pasti dan merekod apa yang diperhatikan

    (B) Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

    (C) Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses

    pembelajaran

    (D) Dilakukan oleh pelajar untuk melihat pencapaian sendiri atau rakan seaya dalam

    sesuatu pembelajaran

    22. Nyatakan pengisian yang dinilai dalam portfolio dokumen

    (A) Koleksi hasil kerja harian murid

    (B) Mengandungi catatan, lakaran, draf awal, hasil akhir

    (C) Koleksi kerja murid yang dikumpulkan khusus untuk penilaian

    (D) Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang

    atau kumpulan murid

    23.

    8

    Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangkawaktu yang diperlukan/ ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    9/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    Jadi, pemerhatian itu boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai ataudiperhati , iaitu

    (A) memerhati mengikut sekuen dalam jangka waktu singkat

    (B) memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dantanggapan (judgement)

    (C) pemerhatian berpandukan jawapan- jawapan untuk soalan soal selidik

    (D) pemerhatian dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuanpemerhatian

    24. Penilaian projek merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat

    tunjuk cara pengetahuan atau kemahiran.

    Pilih penyataan yang tidak menunjukkan jenis-jenis penilaian projek

    (A) Menulis puisi dan membina model

    (B) Latihan dan soalan serta ujian imlak

    (C) Koleksi tugasan berdasarkan prestasi

    (D) Tugasan prestasi, drama, lakonan, dan poster

    25. Pemerhatian yang dirancang oleh guru boleh membantu guru untuk melaksanakanpenilaian. Pilih penyataan di bawah yang bertujuan untuk membantu guru

    I Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

    II Mengesan kemampuan dan tahap pemikiran pelajar

    III Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

    IV Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan

    sebaya dan diri sendiri

    (A) I dan III sahaja

    (B) I, II dan IV sahaja

    (C) II, III dan IV sahaja

    9

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    10/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    (D) I,II,III dan IV sahaja

    BAHAGIAN B

    40 markah

    Jawab semua soalan berikut pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

    1. Ujian objektif ialah satu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang

    memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda,membulat

    atau menggaris gerak balas yang tepat. Satu daripadajenis ujian

    objektif ialah item aneka pilihan.

    a) Berikan EMPAT ciri item objektif aneka pilihan ini. (4 markah)

    b) Bina satu soalan objektif aneka pilihan jenis cantuman (4 markah)

    2. Pengujian menjadi satu cara guru dan pelajar mengetahui sama ada pembelajaran berlakudi dalam bilik darjah mengikut perancangan guru, sekali gus menentukan pencapaianobjektif yang ditetapkan.

    (a) Jelaskan dua tujuan ujian dilaksanakan dalam sistem pendidikan. (4 markah)

    (b) Ujian objektif sesuai dilaksanakan kerana kelebihan tertentu. Beri dua ulasaan andamengenai kelebihan ujian objektif. (4 markah)

    10

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    11/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    3. Berikan perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif dari segi konsep, tujuan, cakupan

    kandungan dan masa dinilai (8 markah)

    4. Penilaian portfolio merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk melihat

    pencapaian murid dalam kemahiran bahasa Melayu

    (a) Nyatakan dua jenis penilaian portfolio (2 markah)

    (b) Huraikan tiga kepentingan penilaian portfolio. (6 markah)

    5. Guru bahasa Melayu menilai karangan murid dengan beberapa kaedah. Antaranya secaraholistik.

    (a) Nyatakan dua faedah menilai karangan mengikut kaedah holistik.

    (2 markah)

    (b) Terangkan tiga langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru semasa memeriksa

    karangan murid secara holistik. (6 markah)

    BAHAGIAN C

    40 markah

    Jawab DUA soalan sahaja.

    1. Penilaian adalah satu aktiviti atau proses yang sistematik bagi mendapatkan maklumat

    yang berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan

    pembelajaran.

    Huraikan lima jenis ujian serta tujuan ujian ini dijalankan di dalam bilik darjah.11

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    12/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    (20 markah)

    2. Sebagai Ketua Panitia bahasa Melayu tahun 4, cikgu Arni perlu menyediakan Jadual

    Penentuan Ujian sebelum membina 30 item objektif untuk ujian tersebut.

    (a) Sediakan JPU tersebut dengan lengkap berpandukan jumlah waktu mengajar

    sebanyak 60 waktu.

    (15 markah)

    (b) Nyatakan 5 kepentingan JSU kepada guru.

    (5 markah)

    3. Sebagai seorang guru mata pelajaran bahasa Melayau, anda ingin melaksanakanpengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan

    ujian dan penilaian kepada murid-murid.

    (a) Huraikan lima aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menyediakan sesuatu ujian

    dan penilaian diadakan.

    (10 markah)

    (b) Anda sedang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    Berpandukan teks yang diberi bina lima soalan menggunakan sekurang-kurangnya

    tiga daripada enam aras soalan Taksonomi Bloom

    (10 markah)

    12

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    13/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak

    sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas

    pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada SangMonyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

    Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau

    engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan

    sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu

    dengan sebatang kayu kecil.

    Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang

    Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil

    pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.

    "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam

    apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah

    jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai

    sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya.

    Sang Monyet berasa malu.

    Selamat menjawab !

    AMN 2011

    13

  • 7/29/2019 SOALAN Pentaksiran Penilaian BMM3103 (1)

    14/14

    PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

    14