soalan pendidikan moral tingkatan 1

14
Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat 1. Sikap berdikari boleh ditunjukkan dengan I mengemaskan katil sendiri selepas bangun dari tidur II menjaga ibu yang sakit dengan penuh perhatian III menjaga adik yang masih kecil semasa ibu bapa tiada di rumah A. I , II ,III C. II , III B. I , II D. I 2. Antara berikut yang manakah bukan ciri pertuturan dan kelakuan yang sopan ? A. Bercakap dengan nada suara yang lembut B. Tidak menyinggung perasaan orang lain C. Bertegur sapa dengan sesiapa sahaja D. Tidak mempedulikan orang yang memanggilnya 3. Secara umumnya, orang yang mengamalkan nilai ramah mesra akan A. suka mengakui kesalahan diri dan cuba membaikinya B. sanggup menerima pendapat dan pandangan orang lain C. suka bergaduh dan membuli rakan lain. D. bertutur dengan lemah lembut dan bergaul dengan orang lain. 4. Orang Timur mengamalkan nilai ____________ dan bersantun ketika berbual dengan orang lain. A. Toleransi C. hidung tinggi B. hemah tinggi D. berdikari 5. Anda mempunyai seorang jiran yang cerewet. Dia suka menegur perbuatan anda tanpa mengambil kira perasaan anda. Apakah yang harus anda lakukan ? A. menasihatinya supaya menjaga perasaan orang lain 1

Upload: junior-celestinus

Post on 02-Feb-2016

74 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Asalada

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat

1. Sikap berdikari boleh ditunjukkan dengan

I mengemaskan katil sendiri selepas bangun dari tidurII menjaga ibu yang sakit dengan penuh perhatianIII menjaga adik yang masih kecil semasa ibu bapa tiada di rumah

A. I , II ,III C. II , IIIB. I , II D. I

2. Antara berikut yang manakah bukan ciri pertuturan dan kelakuan yang sopan ?A. Bercakap dengan nada suara yang lembutB. Tidak menyinggung perasaan orang lainC. Bertegur sapa dengan sesiapa sahajaD. Tidak mempedulikan orang yang memanggilnya

3. Secara umumnya, orang yang mengamalkan nilai ramah mesra akanA. suka mengakui kesalahan diri dan cuba membaikinyaB. sanggup menerima pendapat dan pandangan orang lainC. suka bergaduh dan membuli rakan lain.D. bertutur dengan lemah lembut dan bergaul dengan orang lain.

4. Orang Timur mengamalkan nilai ____________ dan bersantun ketika berbual dengan orang lain.

A. Toleransi C. hidung tinggiB. hemah tinggi D. berdikari

5. Anda mempunyai seorang jiran yang cerewet. Dia suka menegur perbuatan anda tanpa mengambil kira perasaan anda. Apakah yang harus anda lakukan ?

A. menasihatinya supaya menjaga perasaan orang lainB. memarahinya kerana suka campur tangan dalam hal orang lainC. memberitahu orang lain tentang sikap buruknyaD. tidak mempedulikan tegurannya sama sekali

6. Seorang pelajar baru telah diarahkan oleh guru untuk duduk di sebelah anda. Dia berasa segan dan tidak berani bercakap dengan anda. Apakah yang harus anda lakukan?

A. membiarkan dia begitu sahajaB. berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk memboikotnyaC. cuba mengajaknya bercakapD. memberitahu guru bahawa anda ingin tukar tempat duduk

1

Page 2: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

7. Jie Min secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan Hong Huat. Dia patut A. mendiamkan diriB. meminta maaf daripada Hong Huat dengan segera C. tidak berkawan dengannya lagiD. memutuskan persahabatan dengannya

8. Ibu anda memarahi anda kerana tidak menjaga adik dengan baik. Anda harusA. tidak bercakap dengan ibu selama semingguB. tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh ibuC. menyuruh ibu menjaga adik sendiriD. meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi

9.Yang manakah antara kelakuan yang berikut menggambarkan nilai kesopanan ?A. menjawab pertanyaan guru dengan sopanB. menengking adik-adik yang melakukan kesalahanC. mengejek perbuatan orang lainD. memakai pakaian yang menjolok mata dan jarang

10. Orang yang _____________ akan menghormati raja dan lambang-lambang kebesaran

negara.A. hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunanB. patuh kepada undang-undangC. hormat kepada raja dan negaraD. hormat dan taat kepada ibu bapa

11. Kita mesti menunjukkan rasa hormat kepada _________ kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman hidup berbanding dengan kita.

A. orang tua C. teman lelakiB. rakan D. negara

12. Antara berikut yang manakah menggambarkan sikap hormat kepada ibu bapa ?A. Bersikap seperti kacang lupakan kulitB. Bersopan santun ketika bercakap dengan merekaC. Meminta mereka memberikan wang lebih.D. Tidak mendengar nasihat mereka.

13. Gunalan tidak menggangu Mee Yin semasa dia sembahyang kerana hormat kepada ____________ nya.

A. kepercayaan C. kedudukanB. undang-undang D. kekuatan

14. Manakah antara berikut merupakan amalan menghargai tenaga pekerja ?A. memandang rendah terhadap pekerja kilangB. mengarah pembantu rumah membuat sesuatu kerja dengan suara yang kuatC. menyambut Hari Pekerja bersama-sama

2

Page 3: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

D. memandang tinggi terhadap golongan pekerja kolar putih

15. Long Hea selalu mencaci pemimpin negara. Sebagai kawan baiknya, anda harus

A. membiarkannyaB. berpura-pura tidak tahuC. mengikut samaD. menasihatinya supaya hormat kepada pemimpin yang telah berbakti kepada

negara

16. Rashid menghadiahkan sebatang pen kepada gurunya sempena “ Hari Guru ”. Sikap yang diamalkan olehnya ialah

A. hormat kepada pemimpin C. hormat kepada ibu bapaB. hormat kepada guru D. hormat kepada orang tua

17. Jasa tokoh-tokoh yang telah berbakti kepada negara perlu dikenang. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mengenang jasa tokoh-tokoh tersebut ?

A. meniru gaya percakapan tokoh berkenaan di depan rakan-rakanB. menulis karangan tentang riwayat hidup dan sumbangan tokoh tersebutC. memandang rendah terhadap sumbangan merekaD. memburuk-burukkan nama mereka di hadapan pelancong asing

18. Yang berikut merupakan kepentingan mematuhi undang-undang kecualiA. untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negaraB. melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang baikC. supaya kita sentiasa dikenang oleh orangD. untuk melicinkan perjalanan aktiviti oleh kerajaan

19. Semua yang berikut menunjukkan nilai kasih sayang kecualiA. memelihara alam sekitarB. menyayangi haiwanC. menghargai nyawaD. suka berperang

20. Orang yang cintakan negara akan selalu ________________.A. cuba mengharumkan nama negaraB. bergaul mesra dengan jiranC. bergaduh sesama sendiriD. mencaci pemimpin

21. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan orang yang mempunyai nilai kasih sayang kecuali,

A. mengambil berat dan menyayangi ahli keluargaB. Tidak mengabaikan kebersihan kawasan persekitaranC. mementingkan wang semata-mata daripada kesihatan.D. mengutamakan keamanan dan keharmonian hidup

3

Page 4: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

22. Kai Hen sering berlumba motosikal untuk melepaskan geramnya terhadap sesuatu perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya. Dia tidak mengamalkan sikap _____________.

A. cinta kepada negaraB. sayang kepada alam sekelilingC. cinta kepada keamanan dan keharmonianD. sayang kepada nyawa

23. Rakan anda ingin mengajar anda cara-cara memburu binatang di hutan. Anda harusA. segera mempelajari teknik-teknik memburu binatangB. memburu bersamanya dengan perasaan yang gembiraC. menolak cadangannya dan menasihatinya supaya bersikap kasih sayang kepada

binatangD. mengajak rakan-rakan lain ikut serta

24. Hui Hui selalu meludah dan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Sebagai kawan baik Hui Hui, anda harus

A. memberitahu kawan-kawan lain tentang sikapnya yang buruk ituB. memarahinya dengan suara yang kuat supaya semua orang tahu akan perkara ituC. meniru perbuatannya dan ikut samaD. menegur perbuatannya dan menasihatinya supaya menjaga kebersihan alam

sekitar

25. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan sekiranya dapat mengesan kegiatan-kegiatan pembalakan secara haram ?

A. membiarkan kegiatan-kegiatan ini terus berlakuB. mengenakan hukuman yang berat terhadap pihak-pihak yang terlibatC. memaafkan perbuatan mereka jika disogok dengan wangD. mengizinkan mereka meneruskan kegiatan pembalakan jika dibayar dengan

jumlah wang yang banyak.

26. Masyarakat yang cinta akan keamanan dan keharmonian hidup akan A. bersatupadu dan menjalinkan hubungan yang erat dengan orang lainB. selalu bergaduh dengan jiranC. menindas dan menghasut orang lainD. mengamalkan nilai tidak berperikemanusiaan

27. Rakan anda sering mendera binatang peliharaannya dan tidak memberinya makanan. Apakah yang harus anda lakukan ?

A. tidak mempedulikannya kerana bukan urusan andaB. menasihatinya supaya menyayangi binatang peliharaan yang juga merupakan

makhluk bernyawaC. menceritakan hal itu kepada orang lain.D. memukulnya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang kejam itu

4

Page 5: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

28. __________ bermaksud perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah.

A. Kebebasan C. KeadilanB. Kerajinan D. Toleransi

29. Antara berikut yang manakah merupakan amalan sikap keadilan ?A. tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum menuduh seseorangB. memihak kepada mana-mana pihak apabila mengambil sesuatu tindakanC. takut untuk menegakkan keadilanD. membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah

30. Antara berikut yang manakah bukan kepentingan keadilan dalam kehidupan ?A. mewujudkan suasana harmoniB. mewujudkan suasana yang tidak tenteramC. menjamin kesejahteraan kehidupanD. mengelakkan berlakunya keadaan kacau-bilau

31. Fatimah menyerahkan wang yang dijumpainya di dalam kelas kepada guru kelas. Dia seorang yang _________.

A. saksama C. jujurB. berat sebelah D. gigih

32. Sekolah anda akan mengadakan hari sukan pada hujung minggu ini, sebagai seorang pelajar anda patut,

A. Duduk di rumah dan berehat.B. Datang ke sekolah dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkanC. Menghabiskan masa hujung minggu dengan menonton televisyenD. Keluar melepak dengan rakan-rakan lain.

33. Encik Tan mempunyai 5 orang anak. Dia harusA. mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuanB. memberi layanan yang sama rata kepada merekaC. hanya mengambil berat terhadap anak yang disukai sahajaD. memberi perhatian kepada anak bongsu sahaja

34. Sebagai seorang majikan yang adil dan saksama, anda harus memberikan bonus tahunan kepada

A. pekerja yang pandai mengambil hati anda sahajaB. pekerja yang selalu belanja anda makanC. pekerja yang anda kenali sahajaD. semua pekerja yang telah memberi sumbangan kepada syarikat

5

Page 6: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

35. Untuk mencapai semangat kerajinan, seseorang itu perluA. berusaha dengan bersungguh-sungguh pada permulaan dan menghentikan

usahanya sekiranya menemui kegagalanB. membuat sesuatu tugas dengan usaha yang berterusan dan tabah hati sehingga

berjayaC. mengamanahkan sesuatu tugas kepada orang lain dan memastikan orang itu

menyiapkannyaD. membuat sesuatu tugas dengan sambil lewa.

36. Yang manakah antara cogan kata yang berikut menunjukkan semangat kerajinan ?A. Bersih, cekap dan amanahB. Rajin dan usaha tangga kejayaanC. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingD. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

37. Untuk berjaya dalam peperiksaan, seseorang itu perlu A. meniru jawapan kawan yang betulB. berusaha dengan tekun dan tidak membuang masaC. mendampingi kawan-kawan yang pandaiD. berbaik-baik dengan guru yang menyediakan soalan peperiksaan

38. Vijaya seorang pelajar yang cacat penglihatan. Namun demikian, dia berusaha bersungguh-sungguh dengan mempelajari tulisan Braille. Akhirnya, dia berjaya dalam peperiksaan. Nilai yang Vijaya amalkan ialah

A. BeraniB. Toleransi C. BaikhatiD. Kerajinan

39. Chun Wei ialah seorang pekerja yang rajin. Oleh sebab itu, majikannya telah menaikkan pangkatnya. Rakan sejawat yang lain cemburu akan kejayaan Chun Wei dan memulaukannya. Apakah yang harus dilakukannya ?

A. tidak mempedulikan merekaB. memberitahu majikannya supaya memecat merekaC. meletakkan jawatanD. memberitahu rakan sejawatnya bahawa kejayaannya merupakan hasil usaha dan

titik peluhnya

40. Anda telah diberi tempoh selama seminggu untuk menyiapkan Projek Sejarah oleh guru mata pelajaran tersebut. Anda sepatutnya

A. meminta kawan yang lain menyiapkan projek ituB. berusaha menyiapkan projek itu dalam tempoh masa yang diberikanC. melengah-lengahkan masaD. meminta guru memberikan lebih banyak masa untuk menyiapkan projek itu

6

Page 7: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Bahagian B (20 Markah)

Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.

1. Sekiranya kita diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga barang kepunyaannya, kita boleh meminjamkan barang tersebut kepada orang lain dengan syarat dipulangkan segera. ( )

2. Amalan nilai toleransi akan menjadikan kita disegani ramai. ( )

3. Hak kanak-kanak tidak perlu dilindungi kerana mereka masih kecil lagi. ( )

4. Jacky gemar menghabiskan wang simpanannya dengan membeli-belah di pusat beli-belah yang berprestij dan mewah. ( )

5. Pemakanan yang seimbang dan mencukupi amat diperlukan oleh manusia untuk tumbesaran yang sempurna. ( )

6. Pugal ponteng sekolah kerana ingin melepak dengan rakan-rakannya. ( )

7. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan asas untuk kanak-kanak. ( )

8. Asap dari kenderaan dan kilang akan menyebabkan pencemaran udara serta cuaca bumi akan menjadi semakin panas. ( )

9. Bendera negeri Selangor terdiri daripada dua warna. ( )

10. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita hidup dengan tenang. ( )

(20 markah)

7

Page 8: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Bahagian C (20 Markah)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

1. Hutan tidak seharusnya dimusnahkan kerana selain menjadi _____________________ kepada haiwan, hutan juga membekalkan ubat-ubatan tradisional kepada kita.

2. Kita perlulah _____________________ sebelum menggunakan peralatan orang lain.

3. Orang yang mengamalkan toleransi akan lebih _____________________ dan empati terhadap kesusahan dan kesulitan hidup yang dialami orang lain.

4. Mengamalkan nilai berdikari membantu kita mempunyai ___________________ diri.

5. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah menjadikan kejayaan tersebut sebagai _____________________ untuk kita pula berusaha mencapai kejayaan.

6. Sekiranya ibu bapa kita tidak mampu memberikan sesuatu dengan sama rata, anak-anak haruslah _____________________ secara adil.

7. Sikap bersederhana dalam pemakanan amat penting kerana makan secara berlebihan akan mendatangkan _____________________ kepada kita.

8. Salah satu peranan penting hutan adalah mengekalkan keseimbangan __________________.

9. Penggunaan minyak tanpa _____________________ pada kenderaan akan mengurangkan pencemaran udara.

10. Kempen _____________________ yang dilaksanakan dapat mengurangkan pembuangan sampah.

(20 markah)

kitar semula penyakitberkongsi habitatmeminta kebenaran pendorongekologi plumbumkeyakinan bersimpati

8

Page 9: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Bahagian D (20 Markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan nilai-nilai yang sesuai.

1. Encik Abu ialah seorang majikan yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Dia bertanggungjawab terhadap setiap tindakan untuk kesejahteraan perkerja dan diri sendiri. Selain itu beliau juga mengambil berat tentang tanggungjawab setiap individu bagi mewujudkankan persekitaran yang harmoni.

a) Apakah nilai yang diamalkan Encik Abu?____________________________________________________________________________________________________________________________________

(2 markah)b) Nyatakan 2 cara Encik Abu mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap para pekerjanya.i) _______________________________________________________________ii) _______________________________________________________________

(2markah)c) Nyatakan 3 cara Encik Abu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. i) _______________________________________________________________ii) _______________________________________________________________iii) _______________________________________________________________

(6 Markah)

2. Berikut ialah rutin harian Ah Moy, Ganesan dan Rahim di rumah.

Ah Moy - Mengemaskan tempat tidurnya setiap pagi.Ganesan - Rajin membaca buku-buku cerita untuk menguasai bahasa Melayu.Rahim - Selalu bersolat lima waktu di rumah.

(a) Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Ah Moy,Ganesan dan Rahim. Ah Moy : ________________________________________________________ Ganesan : ________________________________________________________ Rahim : ________________________________________________________

(3 markah) (b) Selain daripada nilai di atas nyatakan satu nilai yang ada pada ketiga-tiga murid di atas._________________________________________________________________

(3 markah) (c) Nyatakan empat amalan baik yang boleh dilakukan oleh murid dalam kehidupan harian terhadap keluarga, rakan dan tempat tinggal.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

9

Page 10: Soalan Pendidikan Moral Tingkatan 1

(4 Markah)

10