set soalan pendidikan moral

20
10 BAHAGIAN B PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Upload: princess-vani

Post on 10-Jul-2016

188 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Moral assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Set Soalan Pendidikan Moral

BAHAGIAN BPEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN

DALAM PENDIDIKAN MORAL

Page 2: Set Soalan Pendidikan Moral

BAHAGIAN A

Bagi Soalan 1-5, Bulatkan Jawapan Yang Betul.

1. Kitab suci agama Hindu adalah ……………….

A. Al-Quran

B. Bible

C. Bhagavath Githa

D. Konfucius

2. Upacara keagmaan sesuatu kaum perlulah difahami dan ………………….. oleh

penganut agama lain untuk mewujudkan keharmonian dalam masyrakat.

A. Dikeji

B. Dihormati

C. Dihina

D. Dibuli

3. Ketekunan dan ............................. perlulah diamalkan dalam diri setiap individu agar

setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna?

A. Kemalasan

B. Kegigihan

C. Keupayaan

D. Keselesaan

4. Hargailah segala jasa pejuang-pejuang negara yang sanggup

mengorbankan .................... dan raga untuk mempertahankan negara.

A. Wang

B. Tenaga

C. Jiwa

D. Keluarga

Page 3: Set Soalan Pendidikan Moral

5. Kita perlulah menjaga maruah agar ______________ tidak tercalar dan dapat dipelihara

dengan sebaik-baiknya.

A. harga barang

B. harga murah

C. harga lelong

D. harga diri

Page 4: Set Soalan Pendidikan Moral

BAHAGIAN BJAWAB SEMUA SOALAN.

6. Apakah nilai yang harus diamalkan oleh Fauzi dan rakan-rakannya?

(1 Markah)

7. Jelaskan nilai yang diberi pada soalan 6.

(2 Markah)

Fauzi dan rakan-rakannya bermain bola sepak di padang. Tiba-tiba bola yang ditendang

oleh Fauzi memecahkan cermin kereta yang berada berhampiran dengan padang. Dengan

rasa ketakutan Fauzi dan rakan-rakannya lari dari situ dengan segera.

Page 5: Set Soalan Pendidikan Moral

Masyarakat Kampung Bahagia bergotong-royong membersihkan tempat tinggal bagi mengelakkan penduduknya di situ tidak dijangkiti apa-apa penyakit.

8. Nyatakan nilai dan definisinya yang sesuai dengan gambar di atas.

(3 Markah)

9. Terangkan kebaikan-kebaikkan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

(2 Markah)

10. Pada pendapat anda, apakah aktiviti lain yang dapat mengeratkan hubungan antara

masyarakat setempat. Jelaskan rasionalnya.

(2 Markah)

Page 6: Set Soalan Pendidikan Moral

Bahagian CJawab semua soalan.

11. Bincangkan tiga jenis perayaan yang disambut oleh masyarakat di negara ini.

(10 Markah)

12. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh penduduk Kampung Seri Maju. Terangkan cara-

cara yang dapat kita lakukan untuk menghargai jasa tokoh setempat.

(10 markah)

Encik Arun dan keluarganya tinggal di sebuah perkampungan Melayu. Pada musim

perayaan, Encik.Arun dan keluarganya memakai pakaian tradisional Melayu dan

menziarahi rumah jiran-jirannya.

Encik.Hamizan ialah penghulu Kampung Seri Maju. Beliau sentiasa menjaga kebajikan

penduduk kampung tersebut. Selepas kematian beliau penduduk kampung tersebut

membina sebuah dewan kecil dan memberikannya nama Encik.Hamizan.

Page 7: Set Soalan Pendidikan Moral

LEMBARAN KERJAPENDIDIKAN MORAL

TAHAP 1

Page 8: Set Soalan Pendidikan Moral

NAMA:

KELAS:

NILAI: KERJASAMA

Tandakan (√) pada gambar yang menunjukkan nilai kerjasama.

Page 9: Set Soalan Pendidikan Moral

Nama:

Kelas:

Nilai: Hemah Tinggi

Padankan gambar dengan tindakkan yang sesuai.

Tidak terpengaruh dengan

ajakkan rakan untuk

melakukan kejahatan.

Memberitahu ibubapa

mengenai perbuatan abang

menghisap rokok di sekolah.

Menegur jiran yang

memasang radio terlalu kuat

semasa belajar.

Meminta maaf sekiranya

melalukan kesilapan.

Menolak pelawaan kawan untuk memakai pakai yang kurang sopan ke majlis hari

jadinya.

Page 10: Set Soalan Pendidikan Moral

Nama:

Kelas:

Tulis (ADIL) bagi pernyataan yang adil dan (TIDAK ADIL) bagi perbuatan yang tidak adil.

1. Bapa memberi hukuman kepada abang kerana menolak adik.

2. Adik perlu mengangkat kotak yang besar manakala kakak mengangkat kotak yang kecil.

3. Setiap ahli keluarga bekerjasama bergotong-royong membersihkan rumahnya.

4. Gina menghabiskan keseluruhan kek milik adiknya.

5. Mahima menonton televisyen manakala ibunya membuat kerja di dapur.

6. Ah Man menjaga datuknya yang sakit kerana bapanya pergi ke kerja.

7. Devi mendapat pakaian baru daripada neneknya kerana berjaya dalam pertandingan bercerita.

8. Dina berkongsi anak patung dengan adiknya yang kehilangan anak patung.

Page 11: Set Soalan Pendidikan Moral

BAHAGIAN CLAPORAN

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Page 12: Set Soalan Pendidikan Moral

Apa itu Taksonomi Bloom? Menurut Kamaruzaman Moidunny dalam artikelnya bertajuk

Taksonomi Bloom:Perubahan Yang Diperlukan, menyatakan bahawa pengelasan objektif

domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan

hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom

(lampiran 1). Pada asalnya, perkataan taksonomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu

“taxis” yang bermaksud pengaturan dan “nomos” bermaksud ilmu pengetahuan. Taksonomi

merupakan suatu jenis sistem klasifikasi yang berdasarkan data penelitian ilmiah mengenai hal-

hal yang digolongkan dalam sistem tersebut.

Taksonomo Bloom dikembangkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom, seorang

psikologi bidang pendidikan bersama dengan kawan-kawannya. Terdapat enam peringkat

dalam Taksonomi Bloom. Rajah berikut menerangkan enam peringkat Taksonomi Bloom.

RAJAH 1

MENCIPTAMENILAI

MENGANALISIS

MENGAPLIKASI

MEMAHAMI

MENGINGAT

Page 13: Set Soalan Pendidikan Moral

Mengingat mencakupi ingatan akan hal-hal yang pernah dipelajari dan disimpan dalam

ingatan. Pengetahuan yang disimpan dalam ingatan, diingat kembali dan menngenal

kembalinya. Kemampuan untuk mengenali dan mengingat istilah, definisi, fakta, pola, urutan,

metodologi, prinsip dan dasar. Kenalpasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, adalah frasa-frasa

yang digunakan untuk membina soalan bagi aras mengingat. Aras memahami pula

membolehkan murid Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui

menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens,

membanding dan menjelaskan. Antara perkataan yang digunakan bagi aras memahami ialah

Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat parafrasa. Kedua-kedua aras ini

dikategorikan dalam aras rendah.

Seterusnya ialah aras mengaplikasi. Aras ini menyediakan murid untuk Menggunakan

prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu. Antara kata kunci yang digunakan bagi

aras ini ialah dengan menggunakan, laksanakan, hitungkan. Aras menganalisis pula

membolehkan murid Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana

bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan

umum melalui perbandingan dan menyusun atur. Frasa yang digunakan untuk membina soalan

aras ini adalah bandingkan, susun atur, susun semula. Aras mengaplikasi dan menganalisis

adalah dikategorikan di bawah aras sederhana.

Aras yang keempat ialah aras menilai. Bagi soalan aras ini murid dapat Membuat

penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Berikan hujah

anda, kritik, sokong adalah kata kunci untuk membina soalan bagi aras menilai. Aras yang

tertinggi adalah mencipta. Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum

yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui

penjanaan, perancangan dan penghasilan adalah tujuan soalan aras ini. Rekakan, Binakan,

Rancangkan, Hasilkan adalah perkataan bagi membina soalan aras mencipta. Aras menilai dan

mencipta dalag dikategorikan di bawah aras tinggi dan soalan kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) juga dibina dengan menggunakan kedua-dua aras ini.

Kini, Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga diberi keutamaan dalam konteks

pendidikan. Definisi KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan

nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam

Page 14: Set Soalan Pendidikan Moral

bilik darjah. Guru dan murid menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan

aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru berperanan

mengajar dan murid belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah. Apabila aras

pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi, guru berperanan sebagai pemudah cara semasa

murid belajar. KBAT juga dikenali sebagai “High order thinking skills” (HOTS). KBAT

memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat, fakta, idea yang diterima dengan

memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Selain itu,

mesti memahaminya menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain,

mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman

baru. Ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat digunakannya seperti mana kita sentiasa

mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan atau peristiwa baru.

Gambar Rajah berikut menjelaskan ciri-ciri item KBAT:

Rajah 2

CIRI-CIRI KBAT

Skop Yang Luas

-Pengetahuan asas sebagai

keperluan

Fakta

-Tidak spesifik dan merentasi

kurikulum.-kandungan yang bebas

atau berhubungkait

Bermakna-Boleh ditafsir

dan mencabar.

Stimulus-situasi baru-tidak lazim bagi murid.-Memberi maklumat

secukupnya kepada calon.

Respons Murid-kepelbagaian

-Boleh melibatkan

lebih daripada satu jawapan.

Page 15: Set Soalan Pendidikan Moral

Item jenis struktur boleh dibahagi kepada tiga. Antaranya, item berstruktur, item respons

terhad dan item respons terbuka. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ketiga-tiga

jenis item struktur ini.

JENIS ITEM DESKRPSI

Item respons terhad

Mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis

jawapan secara ringkas.

Respons yang memerlukan jawapan yang faktual serta

terhad kepada skop soalan dan markah yang

diperuntukan.

Respons dibina berdasarkan stimulus dan tugasan

item.

Item respons terbuka

Mengandungi soalan yang memerlukan pelajar

memberi jawapan dalam satu atau beberapa

perenggan.

Mengundang pelbagai kemungkinan respons.

Darjah kebebasan tertakluk kepada stimulus dan

tugasan item.

Sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang

memerlukan beberapa kombinasi aras Taksonomi

Bloom.

Item Berstruktur

Mengandungi satu siri soalan yang berkaitan dengan

sesuatu isu yang dikemukan satu demi satu.

Jawapan yang diberikan merupakan satu

penyelesaian kepada isu yang dikemukakan.

JADUAL 1

Page 16: Set Soalan Pendidikan Moral

Pembinaan Item struktur ini menjadi taksonomi bloom dan KBAT sebagai panduan.

Setiap soalan yang dibina perlulah berdasrarkan aras yang dipilih dan seperti yang ditetapkan

dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Item struktur lebih senang dibina berbanding item

objektif. Namun, setiap soalan yang dibina perlu menepati aras yang dipilih. Ini kerana,

ketidaktepatan aras tidak dapat menguji murid dengan betul. Masalah ini juga akan

menimbulkan isu kebolehpercayaan dan kesahan item ujian.

Pertama sekali Jadual spesifikasi ujian perlu dibina mengikut nisbah kesukaran. Soalan

bagi setiap aras perlu ditetapkan bagi membina item dengan senang. Semasa membina item

stimulus atau rangsangan perlu dibina dengan betul supaya ia menjadi satu rangsangan

kepada murid untuk menjawab soalan tersebut. Stimulus adalah maklumat khusus di mana

sesuatu soalan itu didasarkan. Seterusnya ialah stem atau tugasan. Stem adalah pernyataan

tentang apa yang dipersembahkan sebagai respons. Bagi menyediakan item struktur terdapat

beberapa panduan. Panduannya seperti berikut:

i. Penggubal soalan perlu menetapkan jumlah item mengikut tahap Taksonomi Bloom

yang telah ditetapkan.

ii. Pastikan idea dan konstruk yang hendak diuji.

iii. Gunakan stimulus (senario) sebenar dalam membentuk soalan esei.

iv. Tuliskan tugasan esei dengan jelas, spesifik dan berfokus.

v. Stimulus jika digunakan hendaklah relevan dan mudah difahami.

vi. Gunakan bahasa yang jelas dan sesuai dengan tahap pelajar.

vii. Tiada window dressing (senario yang tidak berkaitan).

viii. Item memenuhi wajaran pemarkahan.

ix. Menyediakan skema jawapan dan Peraturan Memberi Markah (PMM).

Setiap panduan ini perlu dipatuhi supaya dapat menghasilkan satu item struktur yang berkualiti

dan mempunyai ciri kebolehpercayaan serta kesahan.

Page 17: Set Soalan Pendidikan Moral

L

A

M

PI