soalan pelajar

Upload: wiseguy75

Post on 14-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 SOALAN PELAJAR

    1/4

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    TUGASAN PROJEK

    TAJUK PROGRAM : PGSR NAMA PELAJAR:

    NAMA KURSUS : APLIKASI MATEMATIKKOD KURSUS : MTE 3114

    SEMESTER : 8(AMBILAN NOVEMBER 2009 )

    TARIKHMULA:TUGASAN 1TUGASAN 2

    23 OKTOBER 20132 NOVEMBER 2013

    TARIKHHANTAR:TUGASAN 1TUGASAN 2

    23 NOVEMBER 20132 DISEMBER 2013

    HASIL PEMBELAJARAN :

    1) Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden

    2) Menyiasat matematik sebagai satu aktiviti budaya yang sedang berlaku dan

    berterusan

    3) Mendemonstrasi kefahaman terhadap sifat matematik dan aplikasinya

    4) Mengaplikasi pelbagai proses matematik dan teknik penyelesaian masalah

    dalam kehidupan sebenar

    Kerja kursus ini akan meliputi hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

    OBJEKTIF PROJEK

    Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

    1. Mengenal pasti, mengumpul dan membina bahan sejarah perkembangan ilmumatematik dengan bantuan alat berfikir dalam satu penghasilan projek bukumodel matematik.

    2. Meneroka aplikasi dan hubungan penggunaan ilmu matematik yang dipilih dalamsatu permodelan matematik dengan kaedah penyelesaian yang berkaitan.

    3. Menghasilkan satu penulisan reflektif dan kritikal berkaitan dengan tugasan.

    OBJEKTIF UMUM

    1. Menerapkan budaya pembelajaran melalui pembacaan , perbincangan danberkongsi maklumat dengan memperkembang kemahiran dalam membuat rujukandan mencapai maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat relevan danmenyusun secara sistematik dan bermakna.

  • 7/27/2019 SOALAN PELAJAR

    2/4

    2. Memulakan proses pembelajaran seiringan dengan pembangunan intelek,menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT, membina pemikiran individu danmelatih refleksi kendiri.

    3. Menghubungkan pengetahuan teori dengan pengetahuan praktikal dengan menerappengetahuan diperolehi daripada orang lain dengan pengetahuan melaluipengalaman dan refleksi kendiri dalam konteks sebenar.

    4. Menggunakan Sikap Pemikiran (Habits of Mind - HOMS) berikut semasamenyiapkan tugasan : ketekunan (persisting) menangani rintangan , berusaha kearah ketepatan ( striving for accuracy) ,menyoal dan mengenalpasti masalah (questioning and posing problem), berfikir dan saling bergantungan ( thinkinginterdependently) sesama ahli pasukan.

    5. Mencipta, mengimaginasi dan inovasi (creating, imagining and innovating) daribahan bacaan berkenaan pengiraan optimum (optimization calculations) dananalisis laluan kritikal (critical path analysis)

    A. TUGASAN PROJEK (100 % : WAJARAN 60 %) PROJEK BUKU SEJARAH

    MATEMATIK

    Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

    Tugasan ini terdiri daripada dua bahagian :

    1. TUGASAN 1 (40 % ) - Perkembangan idea utama bidang Matematik seperti

    kalkulus, algebra atau geometri.

    Tempoh : 23/10 - 23/11/2013

    Aplikasi Matematik adalah merupakan satu platform penggunaan ilmu Matematik

    dalam kepelbagaian bidang seperti kalkulus, algebra, geometri dan statistik. Sebagai

    seorang guru anda perlu mengenali asas perkembangan konsep sesuatu bidang

    matematik dengan lebih mendalam secara menganalisis salah satu bidang yang

    dipilih dengan mengambil beberapa contoh dari era awal seperti Archimedes dan

    Phytagoras sehingga ke era moden seperti Gauss dan Mc Laurin.

    Anda dikehendaki membuat penyiasatan dan rujukan sejarah perkembangan

    Matematik yang dipilih dengan membuat huraian sejarah perkembangan idea asas

    samada kalkulus, algebra atau geometri dari awal hingga ke era moden dengan

    menggunakan alat berfikir yang sesuai. Setiap huraian perlu disertakan bukti

    dengan mengenalpasti siapa ahli Matematik yang menjumpai atau

    memperkembangkan konsep , hukum, teori atau rumus yang terbina dengan

    melampirkan bahan bacaan berkaitan.

  • 7/27/2019 SOALAN PELAJAR

    3/4

    2. TUGASAN 2 (50 %) - Aplikasi model matematik untuk menyelesaikan

    masalah dunia sebenar

    Tempoh : 2/11 2/12/2013

    Sesuatu permodelan matematik dari idea utama matematik dapat membantu

    menghuraikan tingkahlaku sesuatu sistem dan boleh digunakan untuk mengkaji dan

    meramal kesan pelbagai komponen dalam sesuatu sistem. Pendekatan permodelan

    berstruktur (Galbraith, 1989) menggunakan situasi kehidupan sebenar dan proses

    permodelan yang sepenuhnya dari peringkat 1 hingga 7 boleh digunakan sebagai

    panduan awal.

    Anda dikehendaki memilih satu masalah yang sesuai untuk menghasilkan satu

    contoh model matematik daripada Tugasan 1 dengan memberikan contoh konsep ,

    hukum, teori atau rumus yang terbina dengan kaedah penyelesaian yang berkaitan

    dengan menggunakan Proses Permodelan Matematik oleh Galbraiths(1989) yang

    melibatkan :

    i. Masalah dunia sebenar

    ii. Membuat andaian

    iii. Merumuskan masalah matematik

    iv. Menyelesaikan masalah matematik

    v. Menterjemahkan masalah

    vi. Mengesahkan model yang dibina

    vii. Melapor, menerang dan meramal

    Anda boleh merujuk kepada rencana Curriculum K-12 Directorate, NSW Department

    of Education and Training

    (http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/p

    df/currsuppart/scmodel.pdf)

    B. PENULISAN REFLEKTIF DAN KRITIKAL 10 %

    Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi aspek-aspek

    berikut :

    1. Menganalisis pengalaman anda sendiri dalam memperkembangkan idea utama

    bidang matematik yang anda kaji secara menyeluruh.

    2. Secara sintesis anda dikehendaki membuat hubungkait penghasilan model

    matematik dengan pengalaman daripada pemerhatian anda sendiri.

    C. PANDUAN PERLAKSANAAN KERJA KURSUS PROJEK

    1. Tugasan 1 dan 2 ini adalah tugasan secara berpasangan dan penulisan reflektif

    secara individu.

    2. Format penulisan tugasan adalah dengan menggunakan font Arial bersaiz 12

    dan langkau satu setengah baris

    http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdfhttp://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdfhttp://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdfhttp://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdfhttp://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdfhttp://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/secondary/mathematics/asset/pdf/currsuppart/scmodel.pdf
  • 7/27/2019 SOALAN PELAJAR

    4/4

    3. Panjang tugasan tidak melebihi 25 mukasurat dengan susunan seperti berikut :

    i. Indeks kandungan tugasan

    ii. Profile pelajar.

    iii. Organisasi alat grafik seperti garisan masa.

    iv. Laporan Tugasan 1 dan Laporan Tugasan 2

    v. Refleksi penghasilan tugasan secara menyeluruh .

    vi. Slaid persembahan ( bercetak dengan 4 slaid pada setiap mukasurat)

    vii. Senarai rujukan seperti format APA.

    viii. Bukti bahan rujukan bercetak.

    D. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

    1. Fakta lebih spesifik dan jelas mengikut urutan yang koheren serta dapat

    menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

    2. Laporan yang menyeluruh dan terperinci dengan bukti bahan rujukan yang

    dapat menyokong hujah dalam contoh yang diberi .3. Keaslian jelas ada pada contoh yang dihasilkan dalam permodelan

    matematik dengan penggunaan data yang sebenar .

    4. Format dan organisasi laporan perlu jelas menepati spesifikasi tugasan yang

    dikehendaki

    5. Olahan dapat dikelolakan dengan baik dan boleh mengemukakan pendapat

    sendiri yang baik .

    6. Penulisan adalah berbentuk ilmiah dengan rujukan yang jelas dan menepati

    hujah yang dihuraikan .

    Tugasan disediakan oleh Disemak dan disahkan olehPn Siti Khadzimah Sallip Pn Wan Noor Adzmin Mohd Sabri

    Tarikh : Tarikh :