e-fm - science.utm.my · cities of the world pada 2015. baguio pula merupakan kawasan tanah ......

5
e-FM JABATAN SAINS MATEMATIK UTM e-FM18.04 Shazirawati Tok Itam Sis Kekwat Hazzirah Hang See Pheng Taufiq Zarina fauzi Sekiranya anda mempunyai artikel menarik yang ingin dikongsikan, sila emel- kan kepada: [email protected] cc: [email protected] SIDANG REDAKSI e-FM Dr. Imran Ullah, graduan doktor falsafah di bawah seliaan PM Dr. Sharidan Shafie telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-60. Dr. Imran yang menjalankan kajian dalam bidang mekanik bendalir telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Imran Ullah dan PM Dr. Sharidan atas kejayaan yang cemerlang ini. Majlis Konvokesyen UTM ke-60 yang berlangsung pada 28-29 April 2018 ini turut menyaksikan seramai 27 graduan daripada Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM telah menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah berkenaan, 11 orang graduan adalah daripada Doctor of Philosophy, 4 gradu- an Master of Science (Mathematics), 6 graduan Master of Science (Specialization: Mathematics), 1 graduan Master of Science (Specialization: En- gineering Maths), 2 graduan Bachelor of Science (Mathematics) dan 3 gradu- an Bachelor of Science (Industrial Mathematics). Seramai 11 orang mahasiswa program SSCE JSM dengan diiringi oleh dua orang pensyarah telah menjalan- kan program Global Outreach selama tujuh hari ke Don Mariano Marcos Memorial State University, Philip- pines. Kita ikuti catatan perjalanan mereka sepanjang berada di sana. Pada 31 Mac 2018 sehingga 7 April 2018, delegasi dari Jabatan Sains Matematik yang terdiri daripada 11 orang pelajar 2SSCE dan dua orang pensyarah pengiring iaitu PM Dr. Normah Maan dan Dr. Nur Arina Bazilah Aziz te- lah menyertai Program Global Outreach ke Don Mariano Marcos Memorial State University-South La Union Cam- pus (DMMMSU-SLUC), Agoo, Filipina. Program ini ada- lah lanjutan daripada aktiviti yang dicadangkan di dalam Letter of Cooperation (LoC) yang telah ditandatangani semasa University President Forum (UPF) 2017 di antara UTM dan DMMMSU. Sepanjang tempoh delegasi UTM di sana, Prof. Milagros, Ketua Projek Khas dan Jaringan DMMMSU dan Prof. Delia, Ketua Jabatan Matematik telah merancang pel- bagai aktiviti termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik berdekatan La Union, sesi kolokium penyelidi- kan, persembahan kebudayaan serta perbincangan bagi mengadakan Memorandum of Agreement (MoA). Antara bandar yang dilawati ialah Bandar Vigan, Baguio dan Manila. Di Bandar Vigan, tarikan utama yang ter- dapat disini ialah The Heritage Village, di mana deretan bangunan lama yang dibina disini pada era Ko- lonial Sepanyol masih dikekalkan. Disebabkan nilai sejarah ini, Bandar Vigan telah dinobatkan sebagai New 7 Wonders Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah tinggi yang menjadi salah satu tarikan pelancong. Di sini pelancong dapat memetik strawberi dan sayur-sayuran yang ditanam di satu kawasan ladang. Tarikan lain yang ter- dapat di Baguio adalah Philip- pine Military Academy (PMA) iaitu satu institusi latihan ke- tenteraan bagi pasukan tentera Filipina. Keesokan harinya, delegasi UTM telah dibawa bertemu Prof. Raquel, Dekan Kolej Seni dan Sains dan Prof. Floribeth, Canselor DMMMSU-SLUC un- tuk sesi suai-kenal sebelum sesi kolokium penyelidikan bermula. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk sesi kolokium bagi berkongsi aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan oleh staf dan pelajar UTM serta DMMMSU-SLUC. Tiga wakil daripada UTM Bantay Bell Tower 1/5

Upload: doduong

Post on 15-Mar-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ... soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar

e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M

e-FM18.04

S h a z i r a w a t i

T o k I t a m

S i s K e k w a t

H a z z i r a h

H a n g S e e P h e n g

Taufiq

Z a r i n a

fauzi

Sekiranya anda

mempunyai artikel

menarik yang ingin

dikongsikan, sila emel-

kan kepada:

[email protected]

cc: [email protected]

SIDANG

REDAKSI

e-FM

Dr. Imran Ullah, graduan doktor falsafah di bawah seliaan PM Dr. Sharidan

Shafie telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor dalam Majlis

Konvokesyen UTM ke-60. Dr. Imran yang menjalankan kajian dalam bidang

mekanik bendalir telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam tempoh

kurang daripada tiga tahun. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan

tahniah kepada Dr. Imran Ullah dan PM Dr. Sharidan atas kejayaan yang

cemerlang ini.

Majlis Konvokesyen UTM ke-60 yang berlangsung pada 28-29 April 2018 ini

turut menyaksikan seramai 27 graduan daripada Jabatan Sains Matematik,

Fakulti Sains, UTM telah menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah

berkenaan, 11 orang graduan adalah daripada Doctor of Philosophy, 4 gradu-

an Master of Science (Mathematics), 6 graduan Master of Science

(Specialization: Mathematics), 1 graduan Master of Science (Specialization: En-

gineering Maths), 2 graduan Bachelor of Science (Mathematics) dan 3 gradu-

an Bachelor of Science (Industrial Mathematics).

Seramai 11 orang mahasiswa program SSCE JSM dengan diiringi oleh dua orang pensyarah telah menjalan-

kan program Global Outreach selama tujuh hari ke Don Mariano Marcos Memorial State University, Philip-

pines. Kita ikuti catatan perjalanan mereka sepanjang berada di sana.

Pada 31 Mac 2018 sehingga 7 April 2018, delegasi dari

Jabatan Sains Matematik yang terdiri daripada 11 orang

pelajar 2SSCE dan dua orang pensyarah pengiring iaitu

PM Dr. Normah Maan dan Dr. Nur Arina Bazilah Aziz te-

lah menyertai Program Global Outreach ke Don Mariano

Marcos Memorial State University-South La Union Cam-

pus (DMMMSU-SLUC), Agoo, Filipina. Program ini ada-

lah lanjutan daripada aktiviti yang dicadangkan di dalam

Letter of Cooperation (LoC) yang telah ditandatangani

semasa University President Forum (UPF) 2017 di antara

UTM dan DMMMSU.

Sepanjang tempoh delegasi UTM di sana, Prof. Milagros,

Ketua Projek Khas dan Jaringan DMMMSU dan Prof.

Delia, Ketua Jabatan Matematik telah merancang pel-

bagai aktiviti termasuk lawatan ke tempat-tempat

menarik berdekatan La Union, sesi kolokium penyelidi-

kan, persembahan kebudayaan serta perbincangan bagi

mengadakan Memorandum of Agreement (MoA).

Antara bandar yang dilawati ialah Bandar Vigan, Baguio

dan Manila. Di Bandar Vigan, tarikan utama yang ter-

dapat disini ialah The Heritage Village, di mana deretan

bangunan lama yang dibina disini pada era Ko-

lonial Sepanyol masih dikekalkan. Disebabkan

nilai sejarah ini, Bandar Vigan telah dinobatkan sebagai New 7 Wonders

Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah

tinggi yang menjadi salah satu tarikan pelancong. Di sini pelancong dapat

memetik strawberi dan sayur-sayuran yang ditanam di satu kawasan

ladang. Tarikan lain yang ter-

dapat di Baguio adalah Philip-

pine Military Academy (PMA)

iaitu satu institusi latihan ke-

tenteraan bagi pasukan tentera

Filipina.

Keesokan harinya, delegasi

UTM telah dibawa bertemu

Prof. Raquel, Dekan Kolej Seni

dan Sains dan Prof. Floribeth,

Canselor DMMMSU-SLUC un-

tuk sesi suai-kenal sebelum sesi

kolokium penyelidikan bermula. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk

sesi kolokium bagi berkongsi aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan

oleh staf dan pelajar UTM serta DMMMSU-SLUC. Tiga wakil daripada UTM

Bantay Bell Tower

1/5

Page 2: e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ... soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar

2/5

dan tiga wakil daripada DMMMSU telah membentangkan hasil

penyelidikan masing-masing. Sebelah petangnya, kedua-dua

universiti telah membuat persembahan kebudayaan. Pelajar UTM

telah mempersembahkan dikir barat dan pertunjukan fesyen pa-

kaian kebangsaan Malaysia manakala pelajar DMMMSU mem-

persembahkan nyanyian, tarian serta muzikal angklung.

Persembahan dikir barat telah mendapat sambutan yang meng-

galakkan dan pelajar DMMMSU telah meminta agar diadakan

persembahan kali kedua. Sebagai penutup, kedua-dua wakil

pelajar bagi setiap universiti berkongsi pengalaman mereka bela-

jar di universiti masing-masing.

Untuk agenda se-

terusnya, delegasi UTM

telah dibawa ke kampus

utara DMMMSU di Bac-

notan bagi bertemu Pres-

iden DMMMSU, Atty.

Benjamin bagi

berbincang mengenai

Memorandum of Agree-

ment (MoA). Antara aktiviti yang dicadangkan untuk MoA ini

adalah untuk mengadakan program joint-degree, anjuran per-

sidangan bersama, program pertukaran pelajar, dan penyeliaan

bersama untuk Projek Sarjana Muda. Kami juga dibawa ke kam-

pus tengah DMMMSU di San Fernando untuk bertemu Dr. Pau-

lito, Canselor DMMMSU-MLUC.

Pada hari terakhir di Agoo, pelajar UTM diberikan peluang untuk

menyertai kelas pelajar DMMMSU-SLUC. Mereka dibawa me-

nyertai kelas English, Pembolehubah Kompleks, dan Analisis Ber-

nombor. Di dalam kelas Analisis Bernombor, pelajar telah diajar

menggunakan perisian Silab untuk menyelesaikan sistem persa-

maan linear menggunakan kaedah Gauss-Seidel.

Terdapat pelbagai

pengalaman baru

yang dilalui oleh dele-

gasi daripada UTM

seperti perjalanan

yang jauh, belajar un-

tuk bertoleransi, kesu-

karan mencari ma-

kanan halal dan keti-

adaan tempat solat

sepanjang perjalanan.

Tetapi semua cabaran tersebut seolah-olah hilang apabila melihat

layanan yang diberikan oleh pihak DMMMSU-SLUC terhadap

delegasi UTM. Terserlah keikhlasan mereka dalam dalam meneri-

ma kedatangan delegasi UTM ke tempat mereka dan ini benar-

benar membuatkan kami berasa terharu. Pengalaman berharga

ini juga telah berjaya membina hubungan antarabangsa di antara

dua universiti dalam perkongsian ilmu dan budaya di kalangan

pelajar dan staf kedua-dua universiti. Selain itu, ia juga telah

membuka mata dan minda pelajar UTM tentang budaya pem-

belajaran dan penyelidikan yang berbeza daripada UTM.

Diharapkan program mobiliti sebegini dapat diteruskan dalam

usaha untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan

dan seimbang.

NABA

Cahaya mata. Dr. Syarifah Zyurina Nordin telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 22 April 2018 di Hospital Shah

Alam. Tahniah diucapkan.

Lantikan Task Force Program STEM Cuti Sekolah, Fakulti Sains. Tarikh kuat kuasa: 11 April 2018 sehingga selesai. Staf terlibat: Dr.

Zaiton Mat Isa (Ketua), Dr. Niki Anis Ab Karim, dan Dr. Hang See Pheng.

PM. Dr. Yudariah Mohammad Yusof telah menghadiri bengkel Training of Trainers in OBE-SCL for MOHE Afghanistan Champions

pada 1 hingga 16 April 2018, bertempat di Bilik Seminar, PRZS.

Dr. Fuaada Mohd Siam telah menghadiri Kursus Auditor Akademik Dalaman UTM pada 3 April 2018 di Rumah Alumni UTM.

Persembahan dikir barat

Perbincangan Memorandum of Agree-

ment (MoA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Susah juga jadi ahli statistik dalam musim pili-

hanraya. Kerap saja Tok Itam dihujani dengan

soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-

kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar de-

wasa. Kalau yang bertanding itu dua parti dan

setiap kawasan parlimen itu serupa, mudah saja

Tok Itam buat ramalan. Guna saja taburan Bino-

mial dengan andaian setiap kawasan parlimen

itu sama cirinya dan kadar pengundi memilih

sesuatu parti seperti macam pilihanraya dahulu, lalu dapatlah

kebarangkalian sesuatu parti itu menang.

Tetapi setiap kawasan parlimen itu unik dari segi saiz, bilangan

pengundinya dan kecenderungan undi mereka. Tambahan lagi

dengan terdapat kira-kira 170 kerusi parlimen ditandingi tiga

penjuru maka model Binomial bukan model yang sesuai. Model

multinomial pun tidak sesuai kerana kecenderungan pengundi

berbeza dari kawasan parlimen ke kawasan parlimen yang lain.

Sila rujuk modul Engineering Statistics atau mana-mana buku

statistik untuk mengetahui lanjut mengenai taburan Binomial dan

multinomial.

Jadi apa jawapan Tok Itam kepada soalan ‘Siapa bakal menang?’

Dengan pertandingan tiga penjuru itu mungkin sudah memper-

lihatkan siapa yang bakal menang. Apa-apa pun, keputusannya

nanti adalah pilihan pengundi. Selamat mengundi.

Tok Itam

Page 3: e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ... soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar

3/5

4IR SERIES

Challenges of 4th Industrial Revolution

The industrial revolutions which were started in order to enhance

industrial workers’ conditions since 18th century has been a cru-

cial element in shaping the world that we are living today. Rapid

changes in the current Fourth Industrial Revolution (4IR) are for-

cing us to be vigorous in order to harmonize with contemporary

transformations. There is no doubt that the synergy of digital,

physical and biological systems which has been embedded in this

4IR leads to many benefits. However, there are some challenges

that we need to tackle to make sure that we will not threaten our

well-being while exploiting the opportunities offered by this 4IR.

Artificial Intelligence (AI) is one of the key components in the 4IR.

One of the challenges in handling the AI is to control the com-

plexity of AI software especially in the high-stakes roles such as

controlling automobile, surgical robots and weapon systems. An

accident involving a self-drive car in Arizona is one of the sign

that more efforts are needed in strengthening the existing tech-

nology. Another challenge of AI is their vulnerability to cyberat-

tack. Although cyberattack seems to be very common and trivial,

cyberattack on AI can be destructive since AI is currently used in

critical tasks.

Another challenge that we have to face is to ensure that the e-

thics of innovations are taken seriously and responsibly. With

numerous recent technologies where genome editing and ‘mind-

reading’ technology is not only available in sci-fi films but co-

ming to real life, human-right might be harmed without these

ethics. In addition, threats to transparency and accountability are

also worsen in this new era. The questions are, who will be the

one taking care about this, and how?

Several discussions on the challenges of 4IR highlighted educa-

tion system as one way to encounter the challenges. Education

and training systems should not be static anymore as the busi-

ness models in all other sectors are shifting drastically. Explicitly,

the role of education system seems to be in the production of

highly skilled workforce to cater the industry needs. However,

the educators or academia actually have tougher challenge which

is to make sure that the future generations are not only excellent

workers but also outstanding as humans. This is very important

in order to avoid illegitimate exploitations of all technologies and

innovations. Hence, the reinforcement of soft skills in the current

education system to complement learning and thinking skills is

one of the best approach. As said by Aristotle, educating the

mind without educating the heart is no education at all.

References:

1. https://www.weforum.org/agenda/2017/12/5-challenges-

facing-civil-society-in-the-fourth-industrial-revolution/

2. http://www.brinknews.com/stepping-up-to-the-challenges-

of-the-fourth-industrial-revolution/

Next Series : Mathematics in 4IR

Prepared by: Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim & Dr. Hang See Pheng

“Technology is not an exogenous force over which we have no

control. We are not constrained by a binary choice between

‘accept and live with it’ and ‘reject and live without it’. Instead,

take dramatic technological change as an invitation to reflect

about who we are and how we see the world.”

Klaus Schwab

Founder of the World Economic Forum

Tarikh: 2 April 2018. Tempat: Makmal Kompu-

ter UTM CIAM. Staf terlibat: Prof. Dr. Zainal

Abd. Aziz, Dr. Arifah Bahar dan Pn. Noraslinda

Mohd Ismail

Statistical Modeling Research Group Aca-demic Writing Workshop

Tarikh: 6-7 April 2018. Tempat: SMKA Segamat. Staf

terlibat: Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim dan En. Mu-

hamad Najib bin Zakaria

Promosi STEM di Minggu Sains Negara

Tarikh: 27 April 2018. Tempat: Dataran Fakulti Sains.

Staf terlibat: Dr. Muhammad Fauzee Hamdan, Dr.

Anati Ali, dan Dr. Haliza Abd. Rahman

Revive to Survive (FYE Tahun 1)

AKTIVITI BERGAMBAR

Page 4: e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ... soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar

4/5

Sudah minggu ke 12 kuliah. Hanya berbaki

dua minggu sahaja sebelum peperiksaan

akhir semester. Bagi pelajar tahun 1, mere-

ka bukan lagi freshies. Yang tahun 4 dan

tiada subjek ulangan, bermakna sebelah

kaki sudah ‘grad’. Diharapkan pemikiran

juga semakin matang dan serius untuk

melakar halatuju selepas ini. Betul-betul

merdeka dalam erti kata tidak perlu

sesiapa menegur, mengambil tahu atau

peduli dengan prestasi akademik masing-

masing. Segala peluang telah dibuka sebe-

lum ini untuk menambah sebanyak mung-

kin pengalaman dalam kampus sebagai

seorang mahasiswa agar dapat memper-

siapkan diri dalam menghadapi cabaran di

luar sana.

Satu cabaran bagi pelajar tahun akhir ada-

lah Projek Sarjana Muda (PSM). Projek ini

benar-benar menguji kemahiran pelajar

dalam menghadapi cabaran untuk mener-

oka pengetahuan baru. Dalam penerokaan

pengetahuan baru, segala yang dipelajari

dan juga pengalaman dalam penyelesaian

masalah sepanjang bergelar mahasiswa

UTM akan diguna pakai. Di sinilah pelajar

belajar untuk membuat keputusan. Jika

sesuatu permasalahan dianggap remeh

kerana percaya ‘mesti lecturer akan to-

long’, maka kesannya mungkin akan me-

makan diri. Ada yang sambil lewa se-

dangkan projek ini dibuat dalam 2 se-

mester. Jika buntu sekalipun, pastikan ada

usaha dan tindakan susulan. Bukan hanya

menunggu untuk disuruh. Kemahiran

bekerja sendiri perlu ada dan bukan hanya

mengharap pada bantuan dan talian hayat

yang ada sahaja tanpa usaha.

Sis juga kecewa dengan sikap sesetengah

pelajar. Dateline setiap peringkat projek ini

telah pun dihebahkan dan sepatutnya da-

lam pengetahuan setiap pelajar yang se-

dang melaksanakan PSM ini. Bukan hanya

bergantung kepada penyelia semata. Ya,

dulu mungkin ada yang masih bersimpati

tetapi pelajar kini seolah tiada sensitiviti

terhadap pentingnya untuk struggle dalam

menyiapkan projek ini. Sebaliknya penyelia

yang cukup berdebar dan risau dengan

dateline. Dari awal semester 1 lagi sudah

diingatkan, tetapi begitulah. Sekali

‘diketuk’, sekali jalan, selepas itu, diam

semula. Masuk ke semester 2 diingatkan

lagi, tetapi ada yang datang dengan masa-

lah yang sama seperti di semester 1.

Seorang yang berjaya bukan atas sebab dia

pandai semata-mata terhadap sesuatu

perkara, sebaliknya adalah usaha dan tin-

dakan yang dibuat.

Sis punya pengalaman dengan pelbagai

peringkat pelajar. Ada yang kurang mahir

tetapi berani mengambil risiko. Oleh sebab

tidak berapa mahir dengan sesuatu yang

perlu dalam projek PSM nya, dia berusaha

gigih. Bukan last minute. Pelajar ini punya

latar belakang yang sederhana. Sudah ke-

matian bapa dan segalanya ditanggung

oleh ibu dan kakaknya. Jadi dia sehabis

daya usaha untuk grad on time dan sudah

ada matlamat selepas grad.

Ada juga yang pandai dan berkemahiran

tetapi sayangnya mempunyai sikap sambil

lewa. Punya masalah, tetapi tidak punya

tindakan segera untuk overcome the prob-

lem.

Sis sering mengingatkan pelajar-pelajar

bahawa PSM ini umpama latihan untuk

membentuk pelajar pandai bekerja sendiri.

Explore ilmu yang tidak diajar atau extend

dari apa yang dipelajari sebelum ini.

Penyelia tidak punya jawapan yang pasti,

kerana inilah penerokaan ilmu. Begitulah

juga nanti di alam pekerjaan, kita akan

membuat sesuatu yang bukan kita pernah

belajar pun semasa di kampus. Jadi, kita

perlu mencari solusinya. Semua ini kema-

hiran. Kemahiran menyelesaikan masalah.

Bukan pendam, sorok, dan biarkan.

Perbincangan demi perbincangan dengan

orang yang berpengalaman dan arif sangat

membantu. Itulah proses yang sepatutnya

berlaku dalam PSM. Datang berbincang

dengan penyelia. Selitkan masa untuk ber-

temu dengan penyelia. Letakkan dateline

untuk setiap task dalam projek kita. Cukup

masa, jika masih tidak berjaya, datang dan

berbincang. Jika sesibuk macam mana pun,

kena urus masa dengan baik. Antara ciri

orang yang berjaya juga adalah mereka

yang boleh menguruskan masa dengan

baik.

Apapun, semuanya atas pelajar. Jika ama-

ran telah diberi tetapi tiada tindakan susu-

lan, apa pun tidak berguna. Apa pun yang

berlaku natijah atas ketidakbijaksanaan

yang dibuat, kenalah tanggung sendiri.

Diharapkan tidaklah menyalahkan penyelia

semata. Mungkin juga pelajar tidak rasa

PSM ini cabaran dalam diri sendiri

sebenarnya. Bagaimana nak buang sifat

malas, sifat suka bertangguh, sikap sambil

lewa kerana ini merupakan cabaran

terbesar diri kita sendiri. Tiada siapa boleh

mengubahnya melainkan diri sendiri.

Jadi, fikirlah. Yang nak grad pun adalah

pelajar. Tekanan ada di mana-mana. Tapi

percayalah tekanan jika di fikir secara posi-

tif sebenarnya merupakan pendorong un-

tuk kita terus melangkah.

Good luck semua!

ISMI-ICTAS18

International Seminar on Mathematics in Industry & International Conference on Theoretical and Applied Statistics 2018.

Kuala Lumpur, 4-6 September 2018

Abstract Deadline: 15 May 2018

Details at: https://science.utm.my/ismi-ictas-2018/

__________________________________________________________

SKSM 2018

26th National Symposium on Mathematical Science 2018

Kota Kinabalu, Sabah, 28-29 November 2018

Abstract Deadline: 28 May 2018

Details at: http://www.ums.edu.my/fssa/index.php/en/sksm26

Call For Papers

Page 5: e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ... soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar

e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM 5/5

Assalamualaikum wbt,…

Alhamdulillah kurang lebih dua minggu lagi umat Islam akan

menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan

kebaikan bagi mereka. Bulan yang dilimpahkan oleh Allah SWT

peluang untuk menjana pahala yang berganda-ganda, bulan yang

mendidik kesabaran dan nafsu. Bulan yang digelar penghulu sekal-

ian bulan yang di dalamnya ada ibadah puasa selama sebulan

penuh, zakat fitrah, solat terawih, lailatul qadar, nuzul al-quran,

tadarus al-quran, sedekah, qiamullail dan lain-lain lagi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Rasulullah SAW bersabda bahawa:

Antara kelebihan bulan ramadhan ialah pahala amalan yang dil-

akukan pada bulan ramadhan akan digandakan Allah SWT. Amalan

sunat akan diberi pahala seperti mana amalan fardhu manakala

amalan fardhu akan digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda.

Bau busuk yang keluar daripada mulut orang yang berpuasa wangi

seperti kasturi disisi Allah SWT, tidurnya seorang yang berpuasa

disiang hari bulan ramadhan dianggap ibadah.

Syaitan-syaitan yang jahat akan dirantai dan diikat sepanjang bulan

ramadhan. Tetapi mungkin ada persoalan yang timbul kenapa da-

lam bulan ramadhan masih lagi berlaku maksiat. Contoh: masih ada

orang yang minum arak, pergi ke pusat-pusat hiburan, berkhalwat,

berlaku pembunuhan dan bermacam lagi dosa dan kemungkaran

walaupun syaitan telah diikat…? Antara penjelasan ulama ialah sela-

ma 11 bulan seseorang itu telah ditarbiyah oleh nafsu dan syaitan

maka dirinya telah sebati dengan amalan tersebut dan walaupun

syaitan telah diikat maka 1 bulan tersebut tidak memberi apa-apa

makna atau kesan yang baik terhadap individu tersebut. Moga Allah

SWT melindungi kita.

Ulama terdahulu sangat menggunakan peluang beramal yang

didapati sepanjang Ramadhan.

Imam Ahmad semenjak hari pertama ramadhan akan beriktikaf di

dalam masjid dengan menghidupkan amalan dengan memperban-

yakkan tasbih, istighfar memuji Allah SWT dan memohon keam-

punan daripadaNya. Beliau sentiasa memperbaharui wudhu’ dan

banyak menghabiskan waktu di dalam masjid ketika ramadhan.

Siapa yang tidak maklum dengan amalan Imam As Syafie sewaktu

Ramadhan…? Beliau menggandakan amalan dengan membaca al

Quran sebanyak 2 kali khatam sehari sebagaimana Al-Khatib al-

Baghdadi dalam kitab Tarikh Baghdad, dilaporkan daripada al-Rabi’

bin Sulaiman, beliau berkata:

“Adapun Muhammad bin Idris al-Shafie mengkhatamkan 60 kali al-

Quran dalam sebulan Ramadhan di dalam solatnya”.

Sebagai seorang Imam Mazhab bertaraf mujtahid yang hidupnya

penuh dengan karamah dan keberkatan, ianya boleh berlaku

dengan izin Allah SWT.

Kita yang penuh kekurangan ini, sekurang-kurangnya berazamlah

untuk paling sedikit SEKALI khatam al-Quran di sepanjang rama-

dhan…iaitu dengan membaca 2 helai setiap kali selepas solat lima

waktu. Bayangkan jika membaca al-Quran 1 huruf itu mendapat 10

hasanah apatah lagi dengan sebanyak kurang lebih 1 027 000 huruf

didarabkan dengan pahala 1 amalan fardhu x 10 hasanah…tidak

terkira ganjaran yang Allah SWT sediakan, belum lagi termasuk gan-

jaran amalan lain apatah lagi jika amalan itu terkena tepat pula pa-

da waktu LAILATULQADAR. Seorang yang beribadat di malam

lailatulqadar menyamai beramal 1000 bulan yang hampir kepada 83

tahun beribadat. SUBHANALLAH Maha Pemurah Allah SWT Yang

Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang kepada hamba-

hambaNya.

Selain membaca al-Quran, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan

dalam bulan ramadhan. 7 amalan sunnah yang dianjurkan di bulan

ramadhan:

Bersahur

Memperbanyakkan doa

Bersedekah/memberi makan kepada orang yang ber-

buka

Menyegerakan berbuka

Saling mengingatkan kepada kebaikan

Menahan kemarahan

Menghidupkan 2/3 malam

Mafthum sabda Baginda SAW:

“Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan

orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-

sama aku” (HR at-Tirmidzi)

Kita juga mesti mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara

yang merosakkan pahala puasa dan pahala amalan kebaikan yang

lain supaya amalan kita tidak sia-sia yakni “kantung amalan tidak

bocor”.

Mafthum hadith Nabi SAW:

“Enam perkara yang boleh melebur amal kebaikan: sibuk mencari

keburukan/aib orang lain, keras hati, terlalu cinta dunia, sedikit rasa

malu, panjang angan-angan, dan kezaliman yang tidak pernah ber-

henti,” (HR Ad Dailami dari Adi bin Hatim)

Moga Allah SWT memberi hidayah dan taufik kepada kita semua

untuk memperbanyakkan dan memperbaiki kualiti amalan kita serta

memelihara amalan kita daripada menjadi sia-sia. Moga Allah SWT

membantu kita, insyaaAllah. Wallahualam bissawab.

Bulan Ramadhan Kembali Lagi…Kelebihan dan Pengisian

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas

kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-

orang yang terdahulu daripada daripada kamu, mudah-

mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan

Ramadhan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun

itu adalah ramadhan”

(HR At Thabarani, Inbu Khuzimah, dan Al-Baihaqi dari Abu

Mas’ud al-Ghifari)