soalan no: 28 pertanyaan: lisan soalan: manusia … · sumber manusia berhad dan jabatan tenaga...

4
SOALAN NO: 28 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: YB TUAN M. KULASEGARAN TARIKH: 20 OKTOBER 2016 SOALAN: Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja yang telah diberhentikan atau dipecat untuk tahun 2015, dan 2016, dari jumlah diatas, berapa ramaikah orang pekerja yang ditawarkan untuk kembali bekerja dan diberi pampasan perberhentian kerja (rentrenchment benefits). PR-1343-L75972 JAWAPAN Tuan Yang Di Pertua, 1. Tindakan pemberhentian pekerja boleh dikategorikan kepada pemberhentian biasa dan pemberhentian secara sukarela (VSS). Pemberhentian biasa adalah tindakan penamatan kontrak oleh majikan kerana syarikat mengalami masalah kewangan ataupun perubahan struktur perniagaan yang disusun semula mengakibatkan 1

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN NO: 28 PERTANYAAN: LISAN SOALAN: MANUSIA … · Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) amat menggalakkan pekerja-pekerja yang dihentikan kerja mendaftar dalam

SOALAN NO: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KETIGA BELAS,

MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: YB TUAN M. KULASEGARAN

TARIKH: 20 OKTOBER 2016

SOALAN:

Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja yang telah diberhentikan atau

dipecat untuk tahun 2015, dan 2016, dari jumlah diatas, berapa

ramaikah orang pekerja yang ditawarkan untuk kembali bekerja dan

diberi pampasan perberhentian kerja (rentrenchment benefits). PR-1343-L75972

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Tindakan pemberhentian pekerja boleh dikategorikan kepada

pemberhentian biasa dan pemberhentian secara sukarela (VSS).

Pemberhentian biasa adalah tindakan penamatan kontrak oleh

majikan kerana syarikat mengalami masalah kewangan ataupun

perubahan struktur perniagaan yang disusun semula mengakibatkan

1

Page 2: SOALAN NO: 28 PERTANYAAN: LISAN SOALAN: MANUSIA … · Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) amat menggalakkan pekerja-pekerja yang dihentikan kerja mendaftar dalam

berlaku lebihan tenaga kerja. Pekerja yang dihentikan akan dibayar

faedah penamatan sekurang-kurangnya mengikut Akta Kerja 1955

atau perjanjian bersama (Collective Agreement). Manakala

pemberhentian secara VSS adalah tindakan alternatif kepada

pemberhentian biasa di mana pekerja sendiri menawarkan diri dan

bersetuju untuk ditamatkan pekerjaan oleh majikan dengan syarat

majikan membayar faedah penamatan ataupun pampasan yang lebih

baik daripada peruntukan undang-undang.

2. Untuk makluman Dewan yang mulia, pada tahun 2015 seramai

38,499 pekerja telah diberhentikan. Daripada jumlah itu seramai

18,608 (48.33%) pekerja terlibat dalam pemberhentian biasa,

manakala seramai 19,891 (51.67o/o) pekerja terlibat dalam

pemberhentian secara sukarela (VSS). Sehingga September 2~16

seramai 31,476 pekerja yang terlibat dalam pemberhentian, iaitu

seramai 17,051 (54.2%) pekerja terlibat dalam pemberhentian biasa,

manakala seramai 14,425 (45.8%) pekerja terlibat dalam

pemberhentian secara sukarela(VSS).

Tuan Yang Di Pertua,

3. Berdasarkan rekod dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terdapat

beberapa sebab yang mendorong pihak majikan mengambil tindakan

pemberhentian pekerja. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

(i) ketidakstabilan pasaran ekonomi nasional dan global;

(ii) tiada permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan;

2

Page 3: SOALAN NO: 28 PERTANYAAN: LISAN SOALAN: MANUSIA … · Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) amat menggalakkan pekerja-pekerja yang dihentikan kerja mendaftar dalam

(iii) pemaksimaan teknologi maklumat dan komunikasi;

(iv) penutupan perniagaan sepenuhnya/sebahagian;

(v) pengecilan tenaga kerja;

(vi) pengambilalihan syarikat;

(vii) penstrukturan semula organisasi; dan

(viii) penggabungan syarikat.

4. Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pembangunan

Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) amat

menggalakkan pekerja-pekerja yang dihentikan kerja mendaftar

dalam 1 Malaysia Outplacement Centre (1 MOC) dan Portal

JobsMalaysia bagi memudahkan proses latihan semula dan

penempatan pekerjaan dijalankan.

5. Perincian bagi pemberhentian pekerja, penempatan pekerjaan

dan penerimaan pampasan pemberhentian kerja adalah seperti

berikut:

2015 38,499 1,360 733 Belum dilancarkan 617,514,526.70

Sept. 2016 31,476 1,178 334 803 359 88 583,282, 173.90

Sumber: JTKSM dan PSMB

3

Page 4: SOALAN NO: 28 PERTANYAAN: LISAN SOALAN: MANUSIA … · Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) amat menggalakkan pekerja-pekerja yang dihentikan kerja mendaftar dalam

6. Selain itu, 1 MOC telah mengadakan sesi libat urus dengan 34

syarikat yang terlibat dalam pemberhentian pekerja untuk memberi

khidmat nasihat dan memperkenalkan perkhidmatan 1 MOC.

Manakala JTKSM menjalankan Program Penempatan Pekerjaan (3P)

dengan melibatkan beberapa aktiviti khusus seperti karnival kerjaya,

temuduga terbuka, kembara kerjaya, kerjasama dengan agensi lain

dan Program Penyesuaian Kerjaya.

4

4A