pengarah / konsultan utama mazibah mohd zin mazibah mohd zin.pdf · pekerja, pengrekrutan, latihan...

1
PASUKAN KAMI Pengarah / Konsultan Utama Mazibah Mohd Zin MAZIBAH MOHD ZIN adalah Pengarah dan konsultan utama untuk Synergy Active Trainn Bhd. Beliau adalah ‘Master Trainer’ yang bertauliah dalam ‘Certificate In Training Practice’ (CITP) dan beliau juga adalah konsultan yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang latihan-latihan korporat dan awam. Dari segi akademik Mazibah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang pengurusan dan perlakuan organisasi daripada Oregon State University, USA dan ijazah lanjutan (MBA) dalam pentadbiran perniagaan dan sijil lanjutan di dalam pentadbiran personel dan ‘Decision Support System’ dari New Hampshire College, Manchester, USA. Pada ketika ini, Mazibah sedang melanjutkan pelajaran beliau diperingkat Ijazah Doktor Falsafah dengan mengikuti program DBA anjuran Universiti Utara Malaysia. Mazibah pernah bekerja di Maktab Kerjasama Malaysia (CCM) sebagai pensyarah dan ditugaskan untuk menyelenggarakan pusat komputer di CCM. Beliau terlibat dalam reka bentuk dan pengendalian kursus bagi pakej aplikasi komputer, sistem pengkomputeran koperasi, kepimpinan, kemahiran penyeliaan dan perundangan koperasi. Beliau meninggalkan perkhidmatan awam dan menyertai sektor perkilangan di Canon Camera (M) Sdn Bhd dan selepas 2 tahun beliau berpindah pula ke Mattel (KL) Sdn Bhd dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau berpengalaman dalam Perhubungan Pekerja, Kebajikan Pekerja, Pengrekrutan, Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Semasa mengetuai Bahagian Latihan dan Pengrekrutan di Mattel (KL) Sdn Bhd, Mazibah pernah mengendalikan beberapa program latihan peringkat pertengahan pengurusan dan penyeliaan dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, Penyeliaan dan Pembangunan Pengurusan, ‘Domestic Inquiry’ dan pengendalian “Grievances” dan Proses Latihan Peningkatan Kualiti. Mazibah adalah perunding cara bagi beberapa pusat latihan seperti Quest Consulting Sdn. Bhd., Institut Pengurusan Johor (IPPJ), Institut Pembangunan Penyeliaan dan PUNB. Sebagai barisan hadapan Pelatih Korporat dan Perunding cara, Mazibah pernah mengendalikan beberapa Program Latihan seperti Program Pembangunan Pengurusan, Sikap Kerja Positif, Keperluan Latihan (TNA), Reka bentuk dan Perancangan Program Latihan, Melatih Para Pelatih, Penilaian Efektif Latihan, Bagaimana Mengambil Staf yang sesuai, Pengurusan Personel, Peningkatan Kemahiran Pengurusan, Program Keusahawanan, Pengurusan Masa, Kemahiran Kaunseling di Tempat Kerja dan lain-lain program pengurusan. Mazibah adalah ketua perunding cara untuk “Certificate in Training Practice” (CITP), iaitu suatu program kerjasama disenggarakan oleh Quest Consulting dan Institut Bahagian Personel, UK. Antara Pelanggan yang terbabit ialah Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), Kuala Lumpur City Canter (KLCC), Sindora (M) Sdn Bhd., Johor State Economic Development Corporation (JSEDC)., Sunrise Sdn Bhd., Permodalan Nasional Berhad (PNB)., Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya, Women Institute of Management (WIM), KEMUDA Brunei, Institut Perkhidmatan Awam Brunei, Institut Perdagangan Mara Kota Bharu, Minolta (M) Sdn Bhd, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Lion Clubs International, Sarawak dan lain-lain.

Upload: votruc

Post on 17-Mar-2018

266 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengarah / Konsultan Utama Mazibah Mohd Zin Mazibah Mohd Zin.pdf · Pekerja, Pengrekrutan, Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Semasa mengetuai Bahagian Latihan dan Pengrekrutan

P

AS

UK

AN

KA

MI

Pengarah / Konsultan Utama Mazibah Mohd Zin

MAZIBAH MOHD ZIN adalah Pengarah dan konsultan utama untuk Synergy Active Trainn Bhd. Beliau adalah ‘Master Trainer’ yang bertauliah dalam ‘Certificate In Training Practice’ (CITP) dan beliau juga adalah konsultan yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang latihan-latihan korporat dan awam. Dari segi akademik Mazibah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang pengurusan dan perlakuan organisasi daripada Oregon State University, USA dan ijazah lanjutan (MBA) dalam pentadbiran perniagaan dan sijil lanjutan di dalam pentadbiran personel dan ‘Decision Support System’ dari New Hampshire College, Manchester, USA. Pada ketika ini, Mazibah sedang melanjutkan pelajaran beliau diperingkat Ijazah Doktor Falsafah dengan mengikuti program DBA anjuran Universiti Utara Malaysia.

Mazibah pernah bekerja di Maktab Kerjasama Malaysia (CCM) sebagai pensyarah dan ditugaskan untuk menyelenggarakan pusat komputer di CCM. Beliau terlibat dalam reka bentuk dan pengendalian kursus bagi pakej aplikasi komputer, sistem pengkomputeran koperasi, kepimpinan, kemahiran penyeliaan dan perundangan koperasi. Beliau meninggalkan perkhidmatan awam dan menyertai sektor perkilangan di Canon Camera (M) Sdn Bhd dan selepas 2 tahun beliau berpindah pula ke Mattel (KL) Sdn Bhd dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau berpengalaman dalam Perhubungan Pekerja, Kebajikan Pekerja, Pengrekrutan, Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Semasa mengetuai Bahagian Latihan dan Pengrekrutan di Mattel (KL) Sdn Bhd, Mazibah pernah mengendalikan beberapa program latihan peringkat pertengahan pengurusan dan penyeliaan dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, Penyeliaan dan Pembangunan Pengurusan, ‘Domestic Inquiry’ dan pengendalian “Grievances” dan Proses Latihan Peningkatan Kualiti. Mazibah adalah perunding cara bagi beberapa pusat latihan seperti Quest Consulting Sdn. Bhd., Institut Pengurusan Johor (IPPJ), Institut Pembangunan Penyeliaan dan PUNB. Sebagai barisan hadapan Pelatih Korporat dan Perunding cara, Mazibah pernah mengendalikan beberapa Program Latihan seperti Program Pembangunan Pengurusan, Sikap Kerja Positif, Keperluan Latihan (TNA), Reka bentuk dan Perancangan Program Latihan, Melatih Para Pelatih, Penilaian Efektif Latihan, Bagaimana Mengambil Staf yang sesuai, Pengurusan Personel, Peningkatan Kemahiran Pengurusan, Program Keusahawanan, Pengurusan Masa, Kemahiran Kaunseling di Tempat Kerja dan lain-lain program pengurusan. Mazibah adalah ketua perunding cara untuk “Certificate in Training Practice” (CITP), iaitu suatu program kerjasama disenggarakan oleh Quest Consulting dan Institut Bahagian Personel, UK. Antara Pelanggan yang terbabit ialah Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), Kuala Lumpur City Canter (KLCC), Sindora (M) Sdn Bhd., Johor State Economic Development Corporation (JSEDC)., Sunrise Sdn Bhd., Permodalan Nasional Berhad (PNB)., Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya, Women Institute of Management (WIM), KEMUDA Brunei, Institut Perkhidmatan Awam Brunei, Institut Perdagangan Mara Kota Bharu, Minolta (M) Sdn Bhd, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Lion Clubs International, Sarawak dan lain-lain.