soalan latihan untuk bahagian ii math

6
Soalan latihan untuk Bahagian II: Aplikasi Peratusan (SV2) 1. 102 % ditukar kepada perpuluhan adalah __________. A) 10.20 B) 1.02 C) 0.0102 D) 0.00102 E) Tiada jawapan di atas. Jawapan:B Gerakkan dua tempat perpuluhan ke kiri untuk menukarkan peratus kepada perpuluhan . 2. Kolej Kita mempunyai 1,200 orang pelajar perempuan. Bilangan ini mewakili 40% daripada jumlah pelajar. Bilangan pelajar lelaki di kolej tersebut ialah __________. A) 700 B) 500 C) 480 D) 710 E) Tiada jawapan di atas. Jawapan: E Darab silang bahagi 1200 0.4 0.6 0.6 x 1200 bahagi 0.4 = 1,800 3. Li, pengurus pasukan bola sepak FMA, cuba mendapatkan peratusan kekalahan pasukannya dalam musim ini. Catatan pasukannya ialah 30 kemenangan dan 10 kerugian.

Upload: noor-jasslina

Post on 17-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Soalan latihan untuk Bahagian II: Aplikasi Peratusan (SV2)1. 102 % ditukar kepada perpuluhan adalah __________.A) 10.20B) 1.02C) 0.0102D) 0.00102E) Tiada jawapan di atas.Jawapan:BGerakkan dua tempat perpuluhan ke kiri untuk menukarkan peratus kepada perpuluhan .2. Kolej Kita mempunyai 1,200 orang pelajar perempuan. Bilangan ini mewakili 40%daripada jumlah pelajar. Bilangan pelajar lelaki di kolej tersebut ialah __________.A) 700B) 500C) 480D) 710E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: EDarab silang bahagi1200 0.4

0.60.6 x 1200 bahagi 0.4 = 1,8003. Li, pengurus pasukan bola sepak FMA, cuba mendapatkan peratusan kekalahanpasukannya dalam musim ini. Catatan pasukannya ialah 30 kemenangan dan 10 kerugian.Kirakan peratus kekalahan pasukan Li.A) 20%B) 75%C) 80%D) 25%E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: DTambahkan jumlah kemenangan dan kekalahan untuk mendapatkan sejumlah 40 permainan.Kemudian bahagikan bilangan kekalahan (10) dengan jumlah keseluruhan (40) untukmendapatkan 0.25 atau 25% .4. 1,620 ialah 120% daripada __________.A) 13B) 135C) 1,350D) 13,500E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: CDarab silang bahagi1620 1.2

11 x 1620 bahagi 1.2 = 1,3505. Syarikat Ford Motor menjual Fusion SES untuk $24,400. Fusion Hibrid dijual untuk$29,975. Berapakah peningkatan peratusan dalam harga Hibrid berbanding Fusion SES?(Bundarkan kepada persepuluh.)A) 1.23%B) 122.9%C) 22.8%D) 22%E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: CKadar = Bahagian/AsasBahagian = $29,975 - $24,400 = $5,575Kadar = $5,575/$24,400 = 0.2284 atau 22.84%.Soalan minta bundarkan kepada persepuluh.Langkah 1: Tentukan kedudukan digit yang anda hendak bundarkan. Persepuluh atau 10,ada satu 0, maka kedudukan adalah satu tempat ke sebelah kanan titik perpuluhan, iaitu 8.Langkah 2: Kenal pasti angka ke sebelah kanan 8. Jika 5 atau lebih, tingkatkan angka yangdikenal pasti oleh 1. Jika kurang daripada 5, angka tersebut tidak berubah. Memandangkanangka ke sebelah kanan 8 ialah 4, dan 4 < 5, maka 8 tidak berubah.Langkah 3: Gugurkan semua angka di sebelah kanan angka yang dikenal pasti (8). Maka,jawapannya ialah 22.8%.6. JC Penney di Boston menjual peralatan pejabat kepada Lee di San Diego untuk $12,000.Terma/syarat jualan itu ialah 3/10, n/30 FOB Boston. J.C. Penney telah bersetuju untukprabayar pengankutan sebanyak $300. Jika Lee membayar dalam tempoh diskaun, berapabanyak yang akan Lee bayar kepada JC Penney?A) $11,640B) $8,544C) $8,644D) $11,940E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: D$12,000 x 0.97 = $11,640. Ingat tambah balik kos pengangkutan $300 selepas pengiraandiskaun untuk mendapatkan jumlah bayaran = $11,940.7. Seorang pengilang ski menawarkan diskaun rantai 10/5/4 untuk pelanggannya. Joemenempah ski yang mempunyai jumlah harga senarai sebanyak $149,500. Jumlah diskaunperdagangan ialah __________.A) $122,709.60B) $26,970.40C) $26,790.40D) $122,907.69E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: CDiskaun ini adalah hasil pendaraban jumlah harga senarai dengan 0.9 x 0.95 x 0.96 danmenolak jumlah ini daripada harga senarai.8. Satu set sofa dijual untuk $12,000 dan diberikan diskaun perdagangan sebanyak 30%. Kospengangkutan (FOB shipping point) sebanyak $150 bukan sebahagian daripada harga senarai.Kirakan harga termasuk penghantaran untuk set sofa tersebut. Andaikan diskaun tunaisebanyak 2% .A) $8,232B) $8,382C) $8,385D) $8,832E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: B$12,000 x 0.7 x 0.98 = $8,232; kemudian tambah kos pengankutan $150 semula untukmendapatkan jumlah harga termasuk penghantaran = $8,38 .9. Satu invois bertarikh 12 Mac dengan jumlah sebanyak $50,000 diterima oleh RelianceCorporation pada 16 Mac. Terma diskaun tunai yang tertera pada invois ialah 3/10, n/30. Pada16 Mac Reliance kirimkan cek berjumlah $8,000 sebagai bayaran separa invois tersebut. Bakitertunggak yang belum dijelaskan pada invois itu ialah __________.A) $8,247.42B) $41,752.58C) $8,240.00D) $41,760.00E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: BBahagikan pembayaran separa sebanyak $8,000 oleh pelengkap kadar diskaun, iaitu97%/0.97 untuk mendapatkan $8247.42 . Tolak jumlah ini daripada invois $50,000 untukmendapatkan baki sebanyak $41,752.58.

10. Kadar setara harga bersih untuk 3/7/13 ialah __________.A) 0.0273B) 0.7848C) 0.4882D) 0.2152E) Tiada jawapan di atas.Jawapan: BTolak setiap kadar diskaun rantai daripada 100% dan tukarkan setiap peratusan kepadaperpuluhan. Darabkan perpuluhan tersebut.0.97 x 0.93 x 0.87 = 0.7848