soalan latihan nilai murni

11
Soalan Latihan Latihan 3 Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan. 18 Febuari 2010 Persatuan kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah mengadakan lawatan ke Menara Condong. Apabila semua berkumpul di pintu pagar sekolah, guru pengiring telah memberi penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Kami mendengar penerangan yang disampaikan dengan teliti. Ketika di menara itu, kami memanjat 100 anak tangga untuk ke puncaknya dengan berhati-hati. Kami berasa bangga dapat melawat bangunan warisan negara yang masih ada di negara kita. Setelah penat, kami berehat dan solat zohor. Guru pengiring kami tidak kering gusi untuk menceritakan tentang sejarah pembinaan Menara Condong itu. Kami tidak menang tangan untuk mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru itu. Sebelum pulang, kami berkumpul dan bergambar di hadapan menara tersebut sebagai kenang-kenangan. Kami berterima kasih kepada guru pengiring kerana memberi peluang menyertai program yang bermakna ini. **************************** Latihan 4 Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan. Anak-anakku Ayunlah langkahmu segera Mendaki gunung cita-cita Biar lelah, biar merana Biar luka, biar cedera Biar beribu ranjau menimpa Namun jangan sekali-kali mengaku kalah

Upload: sein-d-hunter

Post on 04-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

LATIHAN TATABAHASA

TRANSCRIPT

Soalan Latihan

Latihan 3

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

18 Febuari 2010 Persatuan kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah mengadakan lawatan ke Menara Condong. Apabila semua berkumpul di pintu pagar sekolah, guru pengiring telah memberi penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Kami mendengar penerangan yang disampaikan dengan teliti. Ketika di menara itu, kami memanjat 100 anak tangga untuk ke puncaknya dengan berhati-hati. Kami berasa bangga dapat melawat bangunan warisan negara yang masih ada di negara kita. Setelah penat, kami berehat dan solat zohor. Guru pengiring kami tidak kering gusi untuk menceritakan tentang sejarah pembinaan Menara Condong itu. Kami tidak menang tangan untuk mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru itu. Sebelum pulang, kami berkumpul dan bergambar di hadapan menara tersebut sebagai kenang-kenangan. Kami berterima kasih kepada guru pengiring kerana memberi peluang menyertai program yang bermakna ini.

****************************

Latihan 4Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan. Anak-anakkuAyunlah langkahmu segeraMendaki gunung cita-citaBiar lelah, biar meranaBiar luka, biar cederaBiar beribu ranjau menimpaNamun jangan sekali-kali mengaku kalahJika engkau terjatuhAyuh, segera bangkit semula!Ayunlah langkah perkasamu semulaKerana perjalananmu masih jauhAnak-anakkuPerjalanan ini memang pahitTelanlah agar menjadi penawarKelak nanti...Pasti kau akan merasa manisnya.

*********************************Latihan 5Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Doris menangis teresak-esak. Giginya sakit lagi. Doris sangat suka makan gula-gula dan kek. Ibunya telah berkali-kali melarangnya namun Doris tidak pernah mengendahkan kata-kata ibunya itu. Duit belanja yang diberikan oleh ibunya setiap hari digunakan untuk membeli gula-gula dan kek. Doris juga tidak suka menggosok gigi. Kawan-kawannya juga menasihati Doris supaya tidak makan makanan yang manis. Tetapi kawan-kawannya pula akan dimarahi oleh Doris. Ibu Doris amat kasihan melihat keadaan Doris yang tidak berhenti-henti menangis. Ibu Doris pun membawa Doris ke klinik gigi. Setelah diperiksa didapati gigi Doris banyak yang rosak dan terpaksa dicabut. Sekarang gigi Doris sudah rongak dan tidak cantik lagi. Doktor menasihati Doris supaya rajin menggosok gigi dan mengurangkan makanan yang manis-manis. Doris berasa malu dan dia berjanji kepada doktor yang dia akan menggosok giginya setiap hari. Semenjak hari itu, Doris menjaga giginya dengan baik. Giginya sudah tidak sakit lagi. Kawan-kawan mula mahu mendekati Doris kerana giginya sudah tidak berbau busuk lagi.

****************************Latihan 6Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Sejak malam tadi Kasim dan ibunya tidak nyenyak tidur kerana kedua-dua orang adiknya demam. Jadi, pagi-pagi lagi, Kasim mengajak ibunya membawa adik-adiknya ke hospital. "Ke hospital? Tapi ibu tidak ada wang, nak,kata si ibu.Jangan risau. Semalam Pak Hassan bagi RM50 kerana menolongnya memetik dan menjual sayur di pasar tani. Ambilah untuk belanja perubatan adik, Kassim berkata kepada ibunya. Sepantas itu juga Kassim ke rumah Farid. Dia meminta Farid menghantar surat permohonan cutinya kepada guru kelasnya. Ayah Farid terdengar perbualan antara Farid dan Kassim. Jadi, dia segera menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Kassim amat berterima kasih atas pertolongan keluarga Farid.

***************************Latihan 7

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Azizan kasihan melihat Mak Bedah terketar-ketar membawa bakul berisi sayur. Dengan segera, dia menyapa Mak Bedah dengan melafazkan dengan ucapan salam.Kemudian dia menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah. Mak Bedah memberikan bakul tersebut kepada Azizan. Setelah kenderaan agak lenggang, barulah Azizan memimpin tangan Mak Bedah melintas jalan. Mak Bedah amat berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah menghulurkan wang RM 5.00 kepada Azizan. Walau bagaimanapun, Azizan menolaknya dengan sopan. Dia hanya mahu menolong Mak Bedah. Setelah Mak Bedah sampai di rumah, barulah Azizan meneruskan niatnya menziarahi rakannya yang sakit.

***************************Latihan 8Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan. Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Ibunya mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebgai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga suka membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran. Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari tidak ke sekolah, cikgu Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang menimpa mila sekeluarga. Cikgu Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.

***************************Latihan 9

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Halim murid tahun enam. Setiap hari dia ke sekolah dengan berjalan kaki. Lagi pun jarak rumah dengan sekolah hanya 2 kilometer sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan ayah dan ibunya. Dia berpendapat dengan berjalan kaki dapat menyihatkan badan. Suatu hari semasa pulang dari sekolah, Halim ternampak akan kepulan asap keluar dari belakang kadai Pak Shuib. Melihat keadaan itu, Halim terus menjerit untuk meminta bantuan. Orang kampung yang terdengar jeritan Halim, terus datang memberikan bantuan. Mereka menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam kedai itu, dan mencuba untuk memadamkan api. Berkat kesungguhan orang-oranmg kampung, akhirnya api dapat dipadamkan. Pak Shuib mengucapkan terima kasih kepada Halim dan orang-orang kampung yang telah membantunya. Pak Shuib pula memberikan saguhati kepada halim atas pertolongannya. Namun Halim menolak dengan baik dan mengatakan bahawa dia ikhlas membantu Pak Shuib.

***************************Latihan 10Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Siti Haida sentiasa bangun awal setiap pagi. Dia selalu memastikan tempat tidurnya sentiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik dan tinggi budi pekertinya serta berpelajaran. Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa menjaga keselamatannya ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti haida akan menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

**************************Latihan 11

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar, Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

************************Latihan 12Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Berjalan-jalan ke kuala kubuPenat berjalan duduk bersembangRingan tulang pada yang perluPasti hidup akan dikenang

Pergi membeli ikan tenggiriBeli juga ikan gelamaJangan suka meninggi diriKelak diri akan binasa

Gelang emas gelang suasaCincin berlian indah sekaliJangan suka membuang masaNanti rugi diri sendiri

Pagi-pagi menyapu sampahSambil berehat makan kuiniCakap ibu jangan dibantahPerintah bapa mesti turuti

Mari menanam pokok pegagaTanam sama sebaris ciliOrang berbudi kita berbahasaJasa dikenang hingga ke mati

************************Latihan 13Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pada setiap hari Rabu, sekolah Aiman mengadakan perjumpaan untuk aktiviti persatuan. Aktiviti itu bermula pada pukul 4.00 petang. Cikgu Zainuddin selalu berpesan kepada murid-muridnya supaya datang awal. Petang itu, Aiman segera bersiap-siap dan mengayuh basikal kesayangannya menuju ke sekolah. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah, dia sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Apabila sampai di sekolah, Aiman menuntun basikalnya untuk diletakkan di tempat yang disediakan. Semasa berjumpa dengan guru, Aiman bersalam dengan gurunya dan melakukan apa-apa yang diarahkan. Apabila gurunya memberi penerangan tentang cara-cara membuat buku skrap, Aiman akan mendengarnya dengan teliti. Dia tidak mahu melakukan kesilapan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Aiman gembira kerana dapat menyertai setiap aktiviti yang diadakan disekolahnya.

************************Latihan 14

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Anak-anakkuAyuh melangkah segeraMendaki gunung cita-citaBiar lelah biar meranaBiar luka biar cederaBiar seribu sengsaraBiar seribu ranjau mendugaNamun jangan sekali-kali mengalah

Jika engkau terjatuhAyuh, segera bangun semulaAyunkan langkah perkasamuKerana perjalanan belum selesai

Anak-anakkuLiku-liku kehidupan memang pahitTempuhi keperitanLalui lorong onak berduriTelanlah agar menjadi penawarKelak nantiPasti kau merasai manisnya

*************************Latihan 15Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan alat pengukur prestasi sesebuah sekolah. Lantaran itu, Sekolahku Rumahku amat sesuai dihayati dan diaplikasikan oleh semua murid agar dapat menjamin kebersihan kawasan sekolah. Ini kerana sekolah yang ceria dapat menjamin suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, barulah kecemerlangan sesebuah sekolah tercapai. Untuk merealisasikannya, budaya bergotong-royong hendaklah menjadi amalan di setiap sekolah. Maka fenomena wabak denggi yang melanda negara dapat diatasi. Selain itu, amalan bergotong-royong adalah baik untuk pembentukkan sahsiah murid. Mereka akan bersama-sama melakukan tugasan walaupun dari latar belakang keluarga yang berbeza. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa. Sekolah yang cemerlang juga bermula daripada kelas yang bersih. Lantaran itu, pertandingan kecerian kelas di sekolah adalah amat wajar. Sudut-sudut pembelajaran yang terdapat di dalam kelas dapat menjana minda murid-murid ke arah kecemerlangan. Begitu juga sudut bacaan pula dapat menggalakkan minat murid untuk membaca. Minda akan terangsang untuk membaca pelbagai bahan bacaan yang disediakan. Maka mereka boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Justeru, melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bertepatan. Hal ini demikian, murid-murid perlu mematuhi jadual tugasan yang disediakan. Mereka juga perlu datang awal pagi untuk memastikan kebersihan kelas sentiasa terjamin. Kesimpulannya, semua warga sekolah perlu menitikberatkan faktor kebersihan dan keceriaan sesebuah sekolah.

***********************Latihan 16

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

**********************Latihan 17Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pak Utih tinggal sebatang kara di kampung Layar Patah. Isteri dan anak tunggalnya telah meninggal dunia. Pak Utih melakukan apa sahaja pekerjaan yang diminta oleh penduduk. Antara pekerjaan yang biasa beliau lakukan seperti membersih kebun, memotong rumput, memanjat pokok kelapa, membaikli bumbung rumah yang bocor. Walau pun semakin dimamah usia, beliau masih ligat mencari rezeki untuk menampung hidupnya. Beliau tidak mahu menagih simpati dari jiran tetangga. Selagi terdaya beliau tetap bekerja. Ada juga jiran tetangganya yang bermurah hati menghulurkan makanan kepadanya. Beliau terpaksa menerima untuk mengambil hati jiranya. Pak utih suka melayan kanak-kanak. Sebab itulah kanak-kanak suka pergi ke rumah Pak Utih untuk mendengar cerita daripada Pak Utih. PaK Utih juga secara sukarela mengajar kanak-kanak kampung itu mengaji Al-Quran. Budi baik Pak Utih itu tidak terbalas oleh penduduk kampung Layar Patah. Pada waktu petang Pak utih bercucuk tanam sayur-sayuran di sekitar rumahnya untuk kegunaan sendiri. Selebihnya beliau menjual kepada penduduk kampung itu. Wang itu dapat digunakan untuk membeli keperluan hariannya dan selebihnya disimpan untuk kegunaan sakit peningnya.

********************Latihan 18Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hati Puan Zubaidah resah kerana Irfan belumlagi pulang. Jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam. Puan Zubaidah mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Belaiu khuatir Irfan ditimpa malapetaka. Suaminya yang keluar mencari Irfan belum juga pulang. Sejam kemudian Irfan terjenguk di muka pintu. Puan Zubaidah menerpa ke arah Irfan. Irfan menceritakan segala peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Puan Zubaidah bangga mempunyai anak seperrti Irfan. Irfan meminta maaf kerana tidak menelefon ibunya terlebih dahulu. Dia berjanji akan menelefon ibunya jika dia terlambat pulang ke rumah. Pagi esoknya, Irfan membawa ibunya ke hospital melawat orang tua yang ditolongnya. Orang tua itu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Irfan itu. Jika Irfan tidak tolong mungkin beliau telah meninggal dunia. Selama satu jam Irfan dan ibunya berasda di hospital. Selepas itu mereka pun pulang ke rumah.

**********************Latihan 19Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hari ini Hakimi terlambat ke sekolah kerana menyediakan keperluan kepada ibunya yang sakit. Apabila semuanya selesai, dia pun pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Hakimi terpaksa berlari anak untuk sampai ke sekolah. Sebuah kereta berhjenti di hadapannya, pemandu kereta mengajak Hakimi menaiki keretanya. Tanpa membuang masa Hakimi pun memasuki ikereta tersebut. Hakimi terkejut kerana pemandu kereta itu adalah guru besar sekolahnya. Hakimi terpaksa mencerita segalanya kepada guru besar sebab dia lewat ke sekolah. Guru besar memuji sikap mulia Hakimi itu. Keesokkannya guru besar melawat ibu Hakimi. Beliau merasa terkejut kerana sakit ibu Hakimi teruk. Beliau membawa ibu Haklimi ke hospital untuk mendapat rawatan. Hakimi mengucapkan terima kasih atas pertolongan guru besar itu. Hakimi bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi seorang doctor tercapai agar dia dapat merawat ibunya suatu hari nanti.