soalan kerja kursus pendidikan seni visual spm 2011

11
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 TUGASAN 1 BIDANG : REKA BENTUK TAJUK : HIASAN DALAMAN PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK SITUASI Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman untuk ruang bacaan. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai. Folio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan. 2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai. 3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala. 4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih. 5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih. 6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih. 7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala. 8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik. 9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Upload: akuali-penang-my

Post on 29-Jun-2015

9.663 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan kerja kursus pendidikan seni visual spm 2011 Kertas 3 (2611/3)

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAJIAN REKAAN SENI VISUALKERJA KURSUS

Kertas 3

TUGASAN 1BIDANG : REKA BENTUKTAJUK : HIASAN DALAMANPRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAKSITUASISebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalamanuntuk ruang bacaan.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untukkanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan.2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai.3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala.4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih.5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih.7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala.8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar.10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:Bahan : BebasUkuran minimum :Panjang - 40 cm

Lebar - 30 cmTinggi - 20 cm

Page 2: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

Nota:1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

TUGASAN 2BIDANG : SENI HALUSTAJUK : ARCAPRODUK : ARCA ASEMBLAJSITUASISebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempatanda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikutspesifikasi berikut:Bahan : BebasUkuran minimum :Panjang - mengikut kesesuaian

Lebar - mengikut kesesuaian

Tinggi - 40 cm

Warna : BebasTema : PerkapalanTeknik : Arca AsemblajNota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

Page 3: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

TUGASAN 3BIDANG : KOMUNIKASI VISUALTAJUK : ILUSTRASIPRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDARSITUASISebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yangbermotifkan fauna di Malaysia.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai topi keledar.2. Koleksi gambar pelbagai fauna di Malaysia sebagai sumber ilham.3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.4. Lakaran reka bentuk topi keledar.5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.6. Lakaran olahan fauna yang dipilih.7. Lakaran reka letak ilustrasi yang dipilih.8. Kajian warna pada lakaran reka letak yang dipilih.9. Lukisan sebenar hasil karya dari tiga sudut pandangan berbeza.10. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil ilustrasi topi keledar hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : BebasBilangan warna : BebasMotif : Fauna di MalaysiaTeknik : Bebas kecuali kolajNota:

1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.

TUGASAN 4BIDANG : KRAFTAJUK : TEMBIKAR

Page 4: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

PRODUK : LAMPU HIASANSITUASISeorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang boleh diletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk moden dan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : Tanah liatUkuran minimum :Panjang - 10 cm

Lebar - 10 cm

Tinggi - 30 cm

Bilangan warna : BebasMotif : TradisionalTeknik : Teknik lingkaran, kepingan dan picitReka bentuk : Moden dan futuristikNota:1. Hasil kerja hendaklah dibakar.2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.

TUGASAN 5BIDANG : KOMUNIKASI VISUALTAJUK : KAD UCAPANPRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSISITUASI

Page 5: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi pelbagai kad ucapan tiga dimensi.2. Koleksi gambar berkaitan flora dan fauna.3. Koleksi muka taip.4. Lakaran reka bentuk kad ucapan.5. Lukisan realistik motif yang dipilih.6. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.7. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.9. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.10. Lukisan tiga dimensi kad ucapan.11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.TERHAD 12 2611/32611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHADBerdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : KertasUkuran minimum :Panjang - 30 cm

Lebar - 22 cm

Bilangan warna : BebasMedia : BebasTeknik : CatanKapsyen : Sesuai dengan situasiNota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

TUGASAN 6BIDANG : REKA BENTUKTAJUK : PEMBUNGKUSANPRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANANSITUASISyarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu. Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.TUGASAN

Page 6: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan kerepek ubi kayu tersebut.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.2. Koleksi muka taip.3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.6. Lukisan realistik motif yang dipilih.7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pembungkusan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : BebasUkuran minimum :Panjang - mengikut kesesuaian

Lebar - mengikut kesesuaian

Tinggi - 30 cm

Bilangan warna : BebasTeknik : CatanKapsyen : SuciNota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

TUGASAN 7BIDANG : KOMUNIKASI VISUALTAJUK : REKA BENTUK PENERBITANPRODUK : PAPAN CERITASITUASISebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbaru kecantikan wanita.TUGASAN

Page 7: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkai untuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi pelbagai iklan produk kecantikan sebagai sumber ilham.2. Koleksi gambar pelbagai produk kecantikan wanita.3. Lukisan realistik produk kecantikan yang dipilih.4. Lakaran pelbagai bentuk figura manusia atau yang berkaitan.5. Lakaran kenit olahan idea papan cerita berserta catatan.6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilih dan catatan.7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.9. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : KertasUkuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkaiBilangan warna : BebasTeknik : CatanNota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.

TUGASAN 8BIDANG : KOMUNIKASI VISUALTAJUK : REKA CORAKPRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUKSITUASISebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai jenis cawan dan piring.2. Koleksi gambar flora dan fauna sebagai sumber ilham.3. Lakaran reka bentuk cawan dan piring.4. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.5. Lakaran olahan motif flora dan fauna.6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.7. Kajian warna pada reka letak.8. Lukisan sebenar cawan dan piring.9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

Page 8: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : BebasUkuran minimum :Piring - diameter antara 13 cm – 15 cm

Cawan - tinggi : antara 6 cm – 8 cm- lebar : antara 6 cm – 8 cm

Bilangan warna : BebasTeknik : Catan

Nota:1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.

TUGASAN 9BIDANG : SENI HALUSTAJUK : CETAKANPRODUK : CETAKAN SARINGSITUASISebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.TUGASANAnda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yang menggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.Folio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.2. Koleksi gambar alat muzik tradisional.3. Lukisan realistik tiga alat tradisional.4. Olahan motif berdasarkan sumber ilham.5. Lakaran reka letak motif.6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.7. Kajian warna.8. Lukisan sebenar cetakan.9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.12. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut turutan.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:Bahan : Blok cetakan saring

Page 9: Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Spm  2011

Ukuran : 30 cm × 30 cmBilangan warna : BebasMotif : Alat muzik tradisional

Nota:1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.

TUGASAN TAMAT(UNTUK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR PRODUK, SILA LIHAT DI

LAMAN WEB LPM)