soalan kbat sains

7
SMK Taman Mount Austin Bahagian A Tugasan 1 : Pendekatan Sosio Saintifik RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Sains Kelas : 2 Adil Masa : 1.10 – 1.50 petang Bab/ Tajuk : Nutrisi Isu Sosio-Saintifik / Konteks : Sembelit Senario Masalah : Mengapakah bayi yang meminum susu ibu jarang menghidap sembelit berbanding bayi yang meminum susu tepung berformula? Pendekatan : Pendekatan sosio saintifik Tema : Penyengaraan dan Kesinambungan Hidup Bidang Pembelajaran : Penyerapan Semula Air dan Penyahtinjaan Objektif Pembelajaran : Memahami penyerapan semula air dan penyahtinjaan. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan bagaimana air diserap semula di dalam usus besar 2.Menerangkan penyahtinjaan 3.Mengaikan masalah penyahtinjaan dengan amalan pemakanan Pengetahuan sedia ada : Sembelit merupakan fenomena yang biasa dialami oleh setiap manusia jika tidak minum air secukupnya KBAT : Menganalisis Sikap Saintifik dan Nilai murni : Berfikiran krisis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (1) Rujukan : Buku Teks Sains Tingkatan Dua (2) Alat : Buku Teks (3) Bahan : Artikel dan gambar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Upload: nur-iryani-abdul-razak

Post on 23-Oct-2015

871 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SMK Taman Mount Austin

Bahagian A

Tugasan 1 : Pendekatan Sosio Saintifik

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Sains

Kelas : 2 Adil

Masa : 1.10 – 1.50 petang

Bab/ Tajuk : Nutrisi

Isu Sosio-Saintifik / Konteks

: Sembelit

Senario Masalah: Mengapakah bayi yang meminum susu ibu jarang menghidap

sembelit berbanding bayi yang meminum susu tepung berformula?

Pendekatan : Pendekatan sosio saintifik

Tema : Penyengaraan dan Kesinambungan Hidup

Bidang Pembelajaran : Penyerapan Semula Air dan Penyahtinjaan

Objektif Pembelajaran : Memahami penyerapan semula air dan penyahtinjaan.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan bagaimana air diserap semula di dalam usus besar

2. Menerangkan penyahtinjaan3. Mengaikan masalah penyahtinjaan dengan amalan

pemakanan

Pengetahuan sedia ada: Sembelit merupakan fenomena yang biasa dialami oleh setiap manusia jika tidak minum air secukupnya

KBAT : Menganalisis

Sikap Saintifik dan Nilai murni

: Berfikiran krisis

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

(1) Rujukan : Buku Teks Sains Tingkatan Dua

(2) Alat : Buku Teks

(3) Bahan : Artikel dan gambar

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

SMK Taman Mount Austin

Model rancangan pengajaran dan pembelajaran 3 fasa

Fasa/ Langkah/ Masa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Komunikasi dan Nota

Fasa 1- Permulaan

(Cetusan idea)

( 10 minit)

- Guru menunjukkan sekeping gambar( Lampiran 1)

- Murid diminta menyatakan apakah yang sedang dilakukan oleh bayi tersebut

Soalan :1. Apakah yang sedang dilakukan oleh bayi?

Jawapan : sedang meneran membuang najis

2. Mengapakah bayi yang meminum susu ibu jarang menghidap sembelit berbanding bayi yang meminum susu tepung berformula?

Jawapan : Susu ibu mengandungi protein dan lemak yang seimbang. Ia juga mengandungi hormone yang mampu mengatsi masalah usus (gastrousus). Oleh itu bayi akan mengeluarkan najis yang selalunya lembut walaupun bayi tidak membuang secara kerap. Jika bayi minum susu formula, mungkin bahan didalam formula tersebut tidak sesuai dengan bayi

Fasa 2 - Perkembangan

(Penstrukturan dan aplikasi

idea)

( 20 minit)

- Guru menerangkan tajuk pembelajaran

- Guru mengedarkan helaian artikel kepada setiap kumpulan.( Lampiran 2)

- Murid dikehendaki membaca petikan yang diberikan dengan teliti.

- Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.

Soalan :1. Bagaimana proses penyerapan semula air di dalam

usus besar berlaku?Jawapan : Penyerapan semula air ialah tugas utama usus besar. Bahan-bahan yang memasuki usus besar terdiri daripada air dan bahan-bahan tidak tercerna seperti selulosa daripada sayur-sayuran atau buah-buahan.

2. Bagaimana proses penyahtinjaan berlaku?Jawapan : Tinja yang sampai ke rektum mengandungi makanan tidak dicerna. Tinja akan disimpan di dalam rektum. Apabila rektum sudah dipenuhi tinja, tindakan peristalsis rektum akan menolak tinja supaya disingkirkan melalui dubur.

3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan masalah sembelit?

Jawapan: 1) Galakkan anak untuk lebih bergerak. Jika anak sudah pandai merangkak, biarkan anak merangkak dengan kerap. Jika anak anda masih belum merangkak, cuba urut bahagian kaki anak. Bila anak berbaring, gerakkan kaki anak dalam gerakan membulat seperti mengayuh basikal.

2) Urut perut bayi. Gunakan jari anda dengan lembut cuba urut perut bayi lebih kurang 3 cm dibawah pusat bayi. Tekan dengan lembut dan perlahan selama lebih kurang 3 minit.

3) Jika bayi minum susu formula, tanya doktor jika bayi perlu menukar susu formula. Sesetengah bayi kurang sembelit dengan susu formula berasaskan soya

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

SMK Taman Mount Austin

4) Tukar Cereal beras kepada cereal berasaskan barli atau oat, atau tambah puri buah atau sayur. Kurangkan makanan yang menyebabkan sembelit seperti beras, pisang, dan lobak merah. Cuba campurkan menu bayi dengan jus epal atau jus prun.

5) Tambah air dalam pemakanan harian bayi untuk mengekalkan najis yang lembut

Fasa 3- Penutup

(Refleksi)

( 10 minit)

- Guru mengemukakan soalan lisan untuk menguji hasil pembelajaran.

- Guru mengedarkan lampiran 3 kepada setiap kumpulan

Soalan :1. Daripada segi agama Islam, dalam Al-Quran

melalui surah Al-Baqarah, ayat 233, “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh…” Mengapa setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun?

2. Pada fikiran kamu, selain susu ibu dapat mengatasi sembelit pada bayi, apakah kelebihan susu ibu yang lain?

Jawapan: Kajian dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg,seorang pensyarah Universiti Lund, Sweeden, susu ibu mampu mencegah bayi dari mendapat kanser. Zat yang disebut alpha-lac (alphalatacbumin), yang terdapat dalam susu ibu mampu membunuh sel-sel kanser.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

James W. Anderson, ahli University Kentucky menyatakan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

SMK Taman Mount Austin

LAMPIRAN 1

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

SMK Taman Mount Austin

LAMPIRAN 2

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

SMK Taman Mount Austin

LAMPIRAN 3

Sumber : http://aleesalittlezone.blogspot.com/2013/05/khasiat-susu-ibu-menurut-al-quran.html

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013