soalan kuiz kbat matematik

12
Cikgu Aaron memberi sehelai reben sepanjang 60 cm kepada Rafeah. Rafeah diarah oleh gurunya agar menggunakan 0.5m daripada reben itu untuk mengikat satu hadiah. Rafeah : Setengah m sama dengan berapa cm cikgu? Cikgu Aaron : 50 cm lah Rafeah.

Upload: hairoldin

Post on 11-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

contoh soalan kbat matematik sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Cikgu Aaron memberi sehelai reben sepanjang 60 cm

kepada Rafeah. Rafeah diarah oleh gurunya agar

menggunakan 0.5m daripada reben itu untuk mengikat satu

hadiah.

Rafeah : Setengah m sama dengan berapa cm cikgu?

Cikgu Aaron : 50 cm lah Rafeah.

Cikgu Aaron memberi lagi 6 helai reben yang sama untuk

mengikat 6 kotak hadiah yang serupa. Hitung baki, dalam

cm, panjang reben itu.

Page 2: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Dalam satu karnival yang dianjurkan oleh Belia 4B daerah Besut, berbagai aktiviti telah dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan menjawab 20 soalan Matematik. Hadiah yang ditawarkan adalah amat lumayan. Jumlah hadiah pertandingan matematik yang disediakan itu ialah sebanyak RM490. Pemenang tempat ketiga menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang tempat kedua!!! Pemenang tempat kedua menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang tempat pertama!!! Hitung jumlah hadiah yang bakal diterima oleh johan dalam pertandingan itu.

Page 3: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Pak Mat Tempe naik dari tingkat 2 ke tingkat 6. Kemudian dia turun ke tingkat 3. Dia naik lagi ke tingkat 5 dan turun semula ke tingkat 4. Jarak antara satu tingkat ialah 6 m. Hitung jarakn dilalui, dalam m?

Page 4: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Terdapat dua jenis haiwan ternakan iaitu ayam dan kambing di dalam satu kawasan. Sekiranya terdapat 30 kepala dan 86 kaki haiwan ternakan, Berapa bilangan ayam dan kambing di dalam kawasan itu?

Page 5: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24cm untuk membentuk satu rangka segi empat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Ali telah membeli sebuah basikal dan

Page 6: Soalan Kuiz Kbat Matematik

kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?

Page 7: Soalan Kuiz Kbat Matematik

Bagaimanakah cara membahagikan segi empat sama di atas kepada empat bahagian yang sama saiz. Ada berapakah cara yang anda jumpa?