2015-soalan kbat buku exampler.docx word

23
YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 1 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan 1 Konstruk a Menganalisis b Menilai Konteks a 9.1 (d) Imperialisme Barat 10.2 Perkembangan Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua b 11.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka 11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk Aras Sederhana-tinggi Pengetahu an sedia ada Imperialisme Barat Gerakan penentangan dan Kebangkitan Nasionalisme Sistem pemerintahan negara Rancangan Pembangunan 1. Gambar menunjukkan perjuangan pemimpin yang mewakili dua zaman. a) Mengapakah kedua-dua pemimpin tersebut melaungkan ungkapan yang berbeza? Berikan penjelasan. [6 markah ] Anda mungkin menggunakan kata kunci seperti berikut dalam penjelasan anda: b) Sejauh manakah perjuangan kedua-dua pemimpin tersebut berjaya mencapai matlamat ? [4 markah ] hak bangsa, campurtangan asing, kedaulatan bangsa, jati diri, keutuhan negara

Upload: nor-fazliena

Post on 10-Jul-2016

100 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kbat

TRANSCRIPT

Page 1: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 1 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 1

Konstruk a Menganalisisb Menilai

Konteks a9.1 (d) Imperialisme Barat10.2 Perkembangan Nasionalisme di Malaysia sehingga

Perang Dunia Kedua

b11.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara

selepas merdeka11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan

Aras kesukaran Sederhana-tinggi

Pengetahuan sedia ada

Imperialisme BaratGerakan penentangan dan Kebangkitan Nasionalisme Sistem pemerintahan negaraRancangan Pembangunan

1. Gambar menunjukkan perjuangan pemimpin yang mewakili dua zaman.

a)

Mengapakah kedua-dua pemimpin tersebut melaungkan ungkapan yang berbeza? Berikan penjelasan. [6 markah ]

Anda mungkin menggunakan kata kunci seperti berikut dalam penjelasan anda:

b) Sejauh manakah perjuangan kedua-dua pemimpin tersebut berjaya mencapai matlamat ? [4 markah ]

hak bangsa, campurtangan asing, kedaulatan bangsa, jati diri, keutuhan negara

Page 2: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 2 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

RUBRIK PENSKORAN

Soalan 1Panduan Penskoran :

Soalan Respons yang dihasratkan Skor1 (a) Menganalisis fakta sejarah dan membuat perkaitan dengan situasi sekarang /

semasa.6

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Pemahaman yang mendalam serta berupaya menganalisis fakta sejarah dan menghubungkaitkannya dengan isu masa kini dengan tepat. Menghuraikan maklumat berdasarkan gambar / grafik dengan terperinci Membanding beza perjuangan pemimpin pada zaman berbeza dengan

tepat dan contoh yang sangat sesuai Menghubungkaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini dengan

tepat dan contoh yang sangat sesuai

Contoh:Mereka berada pada zaman yang berbeza :Pemimpin A berada zaman penjajahan manakala pemimpin B pada zaman selepas merdeka.

Matlamat perjuangan berbeza :Pemimpin A ingin menghapuskan penjajahan British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan. Di Perak mislanya, JWW Birch telah bertindak melampaui kuasanya sebagai penasihat sultan. Birch telah mengambil alih hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan sehingga menyebabkan pembesar hilang kuasa dan punca ekonomi. Datuk Maharajalela telah menentang Birch di Pasir Salak.

Pemimpin B pula ingin memperkukuhkan perasaan cinta akan negara. Langkah ini dapat meningkatkan jati diri rakyat khususnya generasi muda supaya sanggup berkorban untuk negara tercinta demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju. Cabaran selepas merdeka lebih besar kerana kemerdekaan yang ada perlu dimanfaatkan untuk memajukan negara. Antara cabarannya ialah mengekalkan perpaduan rakyat, membina dan mengekalkan jati diri bangsa Malaysia dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Tun Dr Mahathir misalnya berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh.Jalur Gemilang adalah lambang negara yang perlu dihormati supaya kesetiaan dan jati diri rakyat tetap terpelihara. Rakyat yang setia dan mempunyai jati diri yang kuat dapat meningkatkan semangat patriotisme dan akan terus berjuang memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Perjuangan pemimpin A dan B sama pentingnya dalam sejarah negara. Semangat pemimpin sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat perlu untuk memastikan negara terus stabil dan maju. Kedua- dua pemimpin walaupun berbeza zaman, mempunyai visi dan misi yang sama iaitu untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa supaya hidup aman dan sejahtera serta mengekalkan kedaulatan negara daripada campur tangan asing.

5-6

Page 3: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 3 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Aras 2

Pemahaman yang jelas terhadap fakta sejarah, menganalisis fakta sejarah dan membuat perkaitan dengan isu- isu masa kini dengan jelas.

Menerangkan maklumat berdasarkan gambar/ grafik yang jelas Membanding beza perjuangan pemimpin pada zaman yang berbeza

dengan jelas dan contoh yang sesuai Menghubungkait fakta sejarah dengan kehidupan masa kini dengan jelas

dan contoh yang sesuai.

Contoh:Mereka berada pada zaman yang berbeza:Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala Pemimpin B pada zaman selepas merdeka.

Matlamat perjuangan yang berbeza:Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri Perak menjelaskan hak dan kuasa pembesar tempatan. Contohnya di Pasir Salak, Perak. Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana tindakan British mencampuri urusan pentadbiran di negeri Perak menjejaskan hak dan kuasa pembesar tempatan.

Pemimipin B pula ingin memperkukuhkan perasaan cinta akan negara. Langkah ini dapat meningkatkan jati diri rakyat khususnya generasi muda supaya sanggup berkorban untuk negara tercinta. Tun Dr Mahathir misalnya berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh.

Perjuangan pemimpin A dan B sama penting dalam sejarah negara. Semangat pemimpin sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat perlu untuk memastikan negara terus stabil dan maju.

3-4

Aras 1

Pernyataan umum berdasarkan gambar/ pengetahuan yang terhad.

Menyatakan maklumat berdasarkan gambar/ grafik sahaja. Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum. Terdapat maklumat

yang kurang sesuai.

Contoh :Kedua- dua pemimpin berada pada zaman yang berbeza.Pemimpin A berada zaman penjajahan British, manakala pemimpin B zaman selepas merdeka. 1-2

Page 4: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 4 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

1 (b) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat penilaian. 4

Tidak menjawab soalan/ respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam.

Membuat penilaian terhadap kejayaan perjuangan tokoh- tokoh sebelum merdeka yang selepas merdeka dengan tepat dan mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.

Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini berserta contoh yang tepat.

Contoh:Perjuangan kedua- dua tokoh berjaya:Pemimpin A berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan untuk menentang penjajah. Dol Said di Naning misalnya berjaya menewaskan British dalam serangan awal dan menyebabkan British tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Negeri- Negeri Melayu selama hampir 50 tahun.

Pemimpin B mewakili pemimpin selepas merdeka. Mereka berjaya menyelamatkan negara daripada kekacauan pada peringkat awal kemerdekaan seperti Peristiwa 13 Mei. Perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan sehingga kini dan negara terus maju dalam pelbagai bidang ekonomi.

Melalui Rancangan Pembangunan 5 tahun dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang, keseimbangan ekonomi antara kaum dapat diwujudkan.

Atau

Perjuangan kedua- dua tokoh tidak/ kurang berjaya:Perjuangan Pemimpin A berjaya dipatahkan. Pejuang- pejuang tempatan seperti Dol Said, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dijatuhkan hukuman. Perjuangan yang mereka rintis tidak diteruskan oleh anak- anak buah mereka.

Matlamat Pemimpin B untuk menanam semangat cinta akan negara gagal kerana sikap generasi masa kini yang tidak menjiwai erti kemerdekaan. Kini ramai generasi baru terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh mengancam keselamatan negara. Gaya hidup bebas misalnya menjadi trend masa kini. Keadaan ini akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.

3-4

Page 5: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 5 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.

Membuat penilaian perjuangan pemimpin sebelum dan selepas merdeka dengan jelas berserta contoh yang sesuai.

Berupaya menghubungkait fakta sejarah dengan kehidupan masa kini.

Contoh:Perjuangan mereka berjaya:Menewaskan British / penjajah seperti Naning.Semangat cinta akan Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat berjaya dipupuk. Kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan mendapat sambutan ramai.

Atau

Perjuangan kedua- dua tokoh / kurang berjaya:Buktinya sebelum merdeka perjuangan tokoh tempatan dapat dipatahkan oleh British. Dalam perjuangan tokoh tempatan dapat dipatahkan oleh British. Dalam serangan kali kedua, British berjaya mengalahkan Dol Said.

Selepas merdeka, masih dapat terdapat rakyat yang tidak menghormati Jalur Gemilang. Masih ramai yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena kempen bulan kemerdekaan.

2

Aras 1

Pernyataaan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Membuat penilaian secara ringkas/ umum tentang perjuangan tokoh sebelum dan selepas merdeka.

Contoh:Perjuangan mereka berjaya/ kurang berjaya/ tidak berjaya.

1

Page 6: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 6 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 2

Konstruk Menganalisis

Konteks 11.1 Kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa.d) Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Aras kesukaran TinggiPengetahuan sedia ada

Pelaksanaan Malayan Union dan reaksi orang Melayu serta kaum imigran

2. Soalan 2 merujuk petikan ucapan Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 1951.

Apakah perkaitan petikan di atas dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka?

Berikan penjelasan anda.[ 4 markah ]

“…bagi mereka ( kaum lain ) yang mencintai dan berasa bahawa mereka mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya.”

http://ms.wikipedia.org

Page 7: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 7 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

2 Menganalisis fakta sejarah serta menghubungkaitkan pengetahuan sejarah dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia. 4

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Menganalisis fakta Sejarah daripada pelbagai sumber dan menghubungkaitkan dengan isu masa kini dengan tepat dan releven.

Menghuraikan perkaitan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia secara terperinci, tepat berserta contoh yang sangat sesuai.

Membuat inferens yang tepat.

Contoh:

Warganegara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur bagi menjamin masa depan negara Malaysia yang lebih gemilang. Warga negara yang cinta dan setia akan negara bersedia untuk menyumbung tenaga untuk menjadikan negara maju. Setiap warganegara perlu akur dan menghormati peruntukan dalam perlembagaan khususnya perkara 153 dan konteks sosial perkara14-18 yang telah dipersetujui sebelum ini. Ini bagi membolehkan perpaduan dan usaha membangun negara dilaksanakan dengan lancar.

3-4

Aras 2

Menganalisis fakta sejarah serta berupaya membuat perkaitan dengan isu- isu masa kini dengan jelas.

Menerangkan perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia dengan jelas dan beserta contoh yang sesuai.

Mengemukakan fakta Sejarah dengan tepat dan membuat inferens yang mudah / ringkas.

Contoh:

Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur.

2

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan petikan/ pengetahuan yang terhad.

Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum tentang perkaitan petikan dan pembentukan negara dan bangs aMalaysia.

Contoh:Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara.

1

Page 8: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

Keluasan : 40387 meter persegi Tarikh Siap Bina : 30.8.1957Hak Milik/ Tetuan : Permodenan Nasional Berhad (PNB) Lokasi : Kuala LumpurNilai Tanah Semasa : RM 400,000,000.00

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 8 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 3

Konstruka Menilaib Menciptac Menilai

Konteks a 11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraanv. Sukan untuk perpaduan

Aras kesukaran Rendah- sederhana-tinggi

Pengetahuan sedia ada

Maklumat berkaitan dengan Stadium Merdeka Pengisytiharan kemerdekaan negaraSukan untuk perpaduan Pengetahuan am

3. Gambar dan maklumat berikut merujuk salah satu binaan bersejarah di Malaysia

a. Mengapakah stadium tersebut dianggap istimewa oleh rakyat Malaysia?[ 4 markah ]

b. Apakah cadangan anda untuk memelihara dan memulihara stadium tersebut? Kemukakan alasan anda.

[ 6 markah ]

c. Pihak berkuasa merancang untuk membangun kawasan tersebut sebagai pusat kegiatan perdagangan moden. Wajarkah stadium tersebut dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan tersebut?Berikan alasan anda.

[ 10 markah ]

40387 meter persegi30.8.195745,000 orangpermodalan nasional Berhad ( PNB ) Kuala LumpurRM 400,000,000.00

Keluasan :Tarikh siap dibina :Kapasiti :Hak Milik / Tetuan :Lokasi :Nilai Tanah Semasa :

Stadium Merdeka

Page 9: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 9 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

3 (a) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian. 4

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam.

Menghuraikan keistimewaan stadium dengan terperinci, tepat berserta contoh yang sangat sesuai dan dikaitkan dengan simbol / lambang perpaduan dan pembangunan sukan dengan berkesan.

Contoh:Stadium merdeka merupakan tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersempena dengan kemerdekaan tersebutlah stadium merdeka mendapat namanya. Namanya menjadi tanda ingatan rakyat Malaysia terhadap tarikh keramat itu. Selain itu, stadium ini turut digunakan untuk Kejohanan Pesta Bola Merdeka dan menjadi saksi negara kita pernah muncul sebagai kuasa bola sepak di benua Asia. Stadium ini juga menjadi gelanggang aksi wira- wira bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh.

3-4

Aras 2

Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang agak jelas.

Menerangkan beberapa keistimewaan stadium dengan jelas dan disokong dengan beberapa contoh yang sesuai.

Penjelasan berdasarkan pengetahuan sendiri yang jelas.

Contoh:Stadium Merdeka siap pada tarikh negara mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Stadium Merdeka merupakan tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

2

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan gambar dan maklumat / pengetahuan terhad.

Menyatakan keistimewaan stadium secara ringkas berdasarkan maklumat yang dipelajari dan pengetahuan yang sangat terhad.

Contoh:Stadium Merdeka siap pada tarikh negara mencapai kemerdekaan. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

1

Page 10: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 10 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

3 (b)

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta, menjana idea dan membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini. 6

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.

Menghuraikan cadangan yang sangat releven dan praktikal berserta dengan penerangan yang mendalam, sangat tepat dan contoh yang sangat sesuai.

Menghubungkaitkan pemeliharaan dan pemuliharaan stadium dengan kepentingan terhadap negara.

Contoh:Mewartakan Stadium Merdeka sebagai khazanah negara supaya dapat dikekalkan. Dengan pewartaan tersebut, bangunan stadium bukan sahaja dapat dikekalkan, malah kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas membaiki kerosakan dan juga melantik pihak pengurusan supaya dapat mengawal selia bangunan stadium. Pihak pengurusan seperti Perbadanan Stadium Nasional diwujudkan untuk mengawal selia stadium. Ini akan dapat mengekalkan khazanah warisan negara agar generasi muda tidak akan melupai peristiwa- peristiwa penting yang berlaku di negara kita.

5-6

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.

Menerangkan cadangan yang releven berserta dengan penerangan yang jelas.

Contoh:Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara supaya dapat dikekalkan dan dapat dilihat oleh generasi muda.

3-4

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan pengetahuan terhad.

Menyatakan cadangan secara ringkas/ umum/ terhad.

Contoh:Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara 1-2

Page 11: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 11 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

3 (c) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat penilaian serta membuat inferens. 10

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 4

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat. Menghuraikan pendirian yang sangat jelas. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai kesan tindakan kerajaan terhadap

bangunan bersejarah dengan tepat. Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik.

Contoh:Wajarkah dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah- tengah bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Pendapatan rakyat akan meningkat dan seterusnya meningkat pendapatan negara. Peningkatan pendapatan rakyat dapat mensejahterakan negara.

Namun begitu, kerajaan perlu memastikan projek tersebut memberi peluang seluas - luasnya kepada rakyat tempatan untuk mendapat ruang perniagaan. Apa yang berlaku sekarang, projek mewah hanya memberi ruang kepada warga yang kaya sahaja dan juga syarikat atau rakyat asing berniaga kerana mereka memiliki modal yang besar. Jika tidak, rakyat jati Malaysia hanya menjadi penonton projek mewah sahaja atau bekerja sebagai kuli dalam premis perniagaan yang dimiliki orang asing negara sendiri.

Atau

Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai dirobohkan hilanglah warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Keadaan ini akan menjejaskan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Ingatan terhadap sejarah negara akan luntur dan boleh menjejaskan kestabilan politik.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan khazanah ini dipelihara sebagai lambang sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia yang berdaulat. Khazanah bangsa ini pasti akan menjadi rujukan generasi akan datang untuk mengkaji sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang ada sekarang.

Sumbangan kepada faktor pelancongan juga tidak boleh dinafikan. Bangunan sejarah peninggalan Rom di banyak negara kini menjadi aset pelancongan yang sangat bernilai. Jutaan pelancongan berkunjung ke bangunan sejarah di merata dunia dan memberikan impak kepada peningkatan pendapatan negara dan rakyat negara berkenaan.

Jika dimusnahkan, tiada apa yang generasi akan datang dapat berbicara tentang sejarah bangsa mereka.

9-10

Page 12: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 12 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat infrens.

Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat dan mendalam.

Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta. Membuat inferens. Pengolahan kemas.

Contoh:Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah- tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kadar pengangguran.

Atau

Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai dirobohkan hilanglah warisan khazanah negara tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Generasi yang melupai sejarah akan hilang arah kehidupan.

6-8

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam. Menerangkan pendirian dengan alasan yang jelas dan tepat dan

contoh yang sesuai.

Contoh:Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah- tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Antaranya seperti kompleks membeli- belah mewah.

Atau

Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Stadium ini pernah menyaksikan perristiwa pengisytiharan kemerdekaan negara.

3-5

Aras 1

Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan pendirian secara umum. Penerangan sangat ringkas.

Contoh:Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan.

Atau

Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan.

1-2

Page 13: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 13 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 4

Konstruka Menganalisib Menilai

Konteks 9.2 Dasar British dan kesannya terhadap ekonomi negaraAras kesukaran Sederhana- TinggiPengetahuan sedia ada

Kedatangan kaum imigran Pengetahuan am dan semasa

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan pekerja asing di Malaysia.

SUMBER A SUMBER B

a. Mengapakah situasi di Sumber A dan Sumber B berlaku di Malaysia? Huraikan dengan contoh.

b. Sejauh manakah situasi di Sumber A dan Sumber B memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan keselamatan negara?Berikan hujah anda.

[ 6 markah]

[10 markah]

KAWAL KEBANJIRAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di

negara ini menjadi masalah tidak berkesudahan. Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun lepas mendedahkan,

pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang. Daripada

jumlah itu hanya 2.1 juta orang yang mempunyai permit sah dan berdaftar

dengan Jabatan Imigresen.

Bernama 10 Mac 2015www.mstar.com.my 16 Disember 2014

PENGHANTARAN PULANGPEKERJA ASING AKAN

LUMPUHKAN INDUSTRI- MBAMPresiden Persatuan Kontraktor Binaan

Malaysia (MBAM), Matthew Tee mengeluh bahawa industri sudah menghadapi kekurangan lebih 100,000 pekerja di seluruh negara, sambil menambah

kehilangan sebahagian besar tenaga kerja asing yang sudah terlatih akan memberi

kesan yang amat buruk.

Page 14: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 14 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

4 (a)Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis yang tepat. Mampu menghubungkait isu semasa dengan fakta sejarah.

6

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.

Menghuraikan fakta yang sangat jelas, mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.

Menghubungkait fakta sejarah dengan isu masa kini dengan jelas dan tepat.

Membuat inferens yang tepat, munasabah serta relevan dengan isu yang dikemukakan.

Contoh:Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang luas di negara kita berbanding dengan negara mereka dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka. Sebelum merdeka pun, British membawa masuk buruh asing untuk bekerja di ladang getah, lombong bijih timah dan pembinaan jalan raya serta landasan kereta api.

Wujudnya permintaan yang tinggi terhadap pekerja asing oleh majikan dan industri tempatan. Sebahagian majikan gemar mengambil pekerja asing yang mahir dengan bayaran upah yang rendah berbanding dengan pekerja tempatan.

Kawalan pintu masuk negara mungkin longgar memandangkan ramai warga asing masuk secara haram. Seolah- olah tidak terkawal. Ramai pendatang mendarat di kawasan pantai dan mereka ini ada yang terlepas dan sedang bergerak bebas dalam negara ini.

Jelaslah bahawa faktor ekonomi dan politik tempatan berkait rapat dengan pertambahan kedatangan warga asing di Malaysia.

5-6

Page 15: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 15 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.

Menerangkan fakta dengan jelas beserta contoh yang sesuai. Menganalisis fakta dan membuat inferens yang ringkas / mudah.

Contoh:Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak di negara kita terutamanya dalam bidang perladangan. Bidang ini banyak menggunakan tenaga manusia terutamanya sebagai buruh kasar. Faktor ekonomi adalah faktor penarik utama kebanjiran pekerja asing di Malaysia.

3-4

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan faktor secara ringkas dan / umum.

Contoh:Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak negara kita terutamanya dalam bidang pembinaan.

1-2

Page 16: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 16 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

4 (b)Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta, dan membuat analisis serta penilaian secara berkesan dari aspek ekonomi dan keselamatan negara.

10

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 4

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat.

Membuat pertimbangan secara kritis dan rasional tentang kesan dengan sangat jelas, tepat dan matang.

Mengemukakan contoh yang sangat sesuai dan relevan berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat dari pelbagai sumber.

Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik.

Contoh:Sebenarnya kebanjiran pekerja asing di Malaysia ada membawa rahmatnya. Pekerja asing ini menyediakan bekalan tenaga kerja yang berterusan kepada majikan dan industri tempatan. Ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat dan lancar. Banyak bandar- bandar baru diwujudkan di luar bandar apabila industri baru dibuka di kampung- kampung seperti industri berasaskan sumber pertanian, perladangan, perikanan, dan pembinaan. Permintaan pekerja asing terhadap barang dan perkhidmatan tempatan juga meningkatkan sehingga peniaga tempatan mendapat keuntungan.

Tetapi kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam sektor ekonomi.

Ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di Kuala Lumpur.

Jika keadaan ini berterusan, pengaliran keluar mata wang negara turut meningkat kerana warga asing ini akan menghantar hasil pendapatan mereka ke negara asal mereka. Mata wang Malaysia akan susut nilai kerana banyak pasaran. Ini menjadikan kuasa beli rakyat Malaysia rendah dan menjejaskan kehidupan mereka. Ibarat itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.

Kebergantungan berlebihan terhadap pekerja asing boleh menggugat kestabilan ekonomi Malaysia untuk jangka panjang apabila tiba masanya mereka bertindak secara kolektif pulang ke negara asal.

9-10

Page 17: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 17 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Terdapat dalam kalangan pekerja asing adalah penjenayah yang mengambil kesempatan masuk ke Malaysia. Wujud sindiket yang jahat terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan, peras ugut serta menjadikan pekerja asing ini sebagai hamba abdi zaman moden. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Peningkatan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing telah menimbulkan kegelisahan awam dan menggugat keselamatan negara.

Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang- undang dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya dipertingkatkan.

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.

Membuat pertimbangan secara kritis tentang kesan dengan sangat jelas, tepat dan relevan.

Mengemukakan contoh yang sesuai. Menganalisis dan menilai fakta daripada beberapa sumber. Membuat inferens. Pengolahan kemas.

Contoh:Tetapi kemasukan pekerja asing di Malaysia berjaya membantu merancakkan aktiviti ekonomi dengan lancar. Sektor perindustrian, pembinaan dan pertanian berkembang pesat dengan bantuan pekerja asing yang mahir dan separa. Kemasukan warga asing yang tidak terkawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Terdapat sindiket yang mengambil kesempatan menyeludup pekerja asing untuk dibekalkan kepada majikan tempatan. Aktiviti jenayah juga meningkatkan. Aktiviti pemalsuan dokumen, penculikan dan rompakan yang dilakukan oleh pekerja asing juga semakin bertambah. Ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di Kuala Lumpur.Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya dipertingkatkan.

6-8

Page 18: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 18 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam.

Menerangkan kesan dengan alasan yang jelas, tepat dan contoh yang sesuai dengan isu yang dikemukakan .

Contoh:Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi. Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Wujud juga perlakuan jenayah seperti rompakan, bunuh, dan penculikan yang disebabkan oleh pekerja asing sehingga menimbulkan ketegangan dan kemarahan masyarakat tempatan.

3-5

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan kesan secara umum. Penerangan sangat ringkas.

Contoh:Kemasukan warga asing yang tidak terkawal menyebabkan keselamatan negara terancam. Peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan berkurangan.

1-2

Page 19: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 19 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 5

Konstruka Menganalisisb Menilai

Konteks 8.3 Pembentukan Kerajaan Islam dan SumbanganAras kesukaran Sederhana- TinggiPengetahuan sedia ada

Ciri – ciri dan tugas KhalifahSumbangan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq

a. Mengapakah umat Islam mengutamakan pelantikan khalifah sebaik sahaja selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW?

[ 4 markah ]

b. Ulaskan petikan tersebut dalam konteks kepimpinan berkualiti bagi membentuk sebuah negara dan bangsa yang sejahtera.

[ 10 markah ]

“…. sejarah Islam pernah menyaksikan bagaimana pada hari kewafatan Rasulullah SAW iaitu pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah , maka pada hari tersebut jugalah umat Islam sibuk dalam menyelesaikan masalah pelantikan Khalifah.”

Sumber : http://ekhutbah.wordpress.com

“Wahai manusia . sesungguhnya aku telah dilantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku….” Pidato Khalifah Abu Bakar sewaktu pelantikan jawatan Khalifah.

Sumber : Ibn Katsir, Al-Bidayah wa al-Nihayah

Page 20: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 20 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

5 (a) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis . 4

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 3

Menganalisis fakta Sejarah dengan tepat serta berupaya membuat perkaitan dengan isu yang dikemukakan dengan lebih terperinci.

Menghuraikan sebab dengan jelas, terperinci berserta contoh yang sesuai.

Membuat inferens yang tepat dan relevan.

Contoh:Memilih pemimpin untuk menggantikan tugas Rasulullah SAW. Kepimpinan merupakan perkara penting dalam sesebuah negara demi penyatuan ummah dan negara. Sebelum Islam berkembang di Madinah masyarakatnya berpecah- belah dan tidak aman. Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan memimpin penduduk Madinah ke arah penyatuan dan keamanan.

3-4

Aras 2

Menganalisis fakta Sejarah serta berupaya membuat perkaitan denagn isu yang dikemukakan dengan jelas.

Menerangkan sebab dengan jelas.

Contoh:Memilih pemimpin untuk menggantikan tugas Rasulullah SAW. Kepimpinan merupakan perkara penting dalam sesebuah negara dan tonggak utama dalam menyatupadukan umat Islam. Menyegerakan pelantikan khalifah berjaya menghalang perpecahan umat Islam.

2

Aras 1

Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan sebab secara umum / ringkas. Pengetahuan dan pemahaman terhadap fakta sangat terhad.

Contoh:Memilih pemimpin untuk menggantikan tugas Rasulullah SAW.

1

Page 21: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 21 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

5 (b) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan menjana idea. 10

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Aras 4

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat secara menjana idea.

Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan idea yang bernas dan matang. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat dan kritis. Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik.

Contoh:Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik/ minta disokong jika betul/ ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi kesejahteraan ummah. Pemimpin mesti sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan mengatasi masalah secara bijaksana dengan perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah supaya hubungan antara pemimpin dengan rakyat harmonis hingga kiamat. Pemimpin mestilah amanah dan bijaksana serta mempunyai intergriti yang tinggi seperti tidak terlibat dengan gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan mengkhianati rakyat. Rakyat pula mestilah taat kepada pemimpin, bersatu dan berganding bahu dalam membangun negara. Jika wujud sebarang masalah hendaklah diselesaikan dengan cara musyawarah dan bukannya secara negatif seperti menyebarkan fitnah dalam laman sosial dan demonstrasi jalanan kerana ia boleh memusnahkan negara.

9-10

Aras 3

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.

Menghuraikan petikan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan beberapa idea yang relevan. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta secara kritis. Membuat inferens. Pengolahan kemas.

6-8

Page 22: 2015-Soalan Kbat Buku Exampler.docx Word

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 22 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Contoh:Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik / minta disokong jika betul / ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi kesejahteraan ummah. Pemimpin mesti sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan mengatasi masalah secara bijaksana dengan perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah supaya hubungan antara pemimpin dengan rakyat harmonis hingga kiamat.

Aras 2

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam serta membuat inferens yang mudah.

Mengulas maksud petikan dari aspek tersurat dan tersirat.

Contoh:Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik / minta disokong jika betul / ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi kesejahteraan ummah.

3-5

Aras 1

Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Membuat ulasan secara ringkas / umum. Membuat ulasan yang tersurat dalam petikan.

Contoh:Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik / minta disokong jika betul / ditegur sekiranya berbuat kesilapan.

1-2