2015-soalan kbat buku exampler 2

29
YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 1 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan 1 Konstruk b a Menganalisis Konteks 9.1 (d) Imperialisme Barat a 10.2 Perkembangan Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang 11.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas b merdeka 11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan Aras kesukaran Sederhana-tinggi Pengetahuan sedia ada Imperialisme Barat Gerakan penentangan dan Kebangkitan Nasionalisme 1. Gambar menunjukkan perjuangan pemimpin yang mewakili dua zaman. a. Mengapakah kedua-dua pemimpin tersebut melaungkan ungkapan yang berbeza? Berikan penjelasan. [6 markah ] Anda mungkin menggunakan kata kunci seperti berikut dalam penjelasan anda: hak bangsa, campurtangan asing, kedaulatan bangsa, jati diri, keutuhan negara b. Sejauh manakah perjuangan kedua-dua pemimpin tersebut berjaya mencapai matlamat ? [4 markah ]

Upload: fadzlye-abdullah

Post on 12-Feb-2016

106 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kbat

TRANSCRIPT

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 1 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 1 Konstruk b

M

a Menganalisis

Konteks 9.1 (d) Imperialisme Barat a 10.2 Perkembangan Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang

Dunia Kedua 11.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas

b merdeka 11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan

Aras kesukaran Sederhana-tinggi Pengetahuan sedia ada

Imperialisme Barat Gerakan penentangan dan Kebangkitan Nasionalisme Sistem pemerintahan negara Rancangan Pembangunan 1. Gambar menunjukkan perjuangan pemimpin yang mewakili dua zaman.

a.

Mengapakah kedua-dua pemimpin tersebut melaungkan ungkapan yang berbeza? Berikan penjelasan. [6 markah ]

Anda mungkin menggunakan kata kunci seperti berikut dalam penjelasan anda:

hak bangsa, campurtangan asing, kedaulatan bangsa, jati diri, keutuhan negara b. Sejauh manakah perjuangan kedua-dua pemimpin tersebut berjaya mencapai

matlamat ? [4 markah ]

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 2 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

RUBRIK PENSKORAN

Soalan 1 Panduan Penskoran :

Soalan Respons yang dihasratkan Skor

1 (a) Menganalisis fakta sejarah dan membuat perkaitan dengan situasi sekarang / semasa. Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pemahaman yang mendalam serta berupaya menganalisis fakta sejarah dan menghubungkaitkannya dengan isu masa kini dengan tepat. ? Menghuraikan maklumat berdasarkan gambar / grafik dengan terperinci ? Membanding beza perjuangan pemimpin pada zaman berbeza dengan

tepat dan contoh yang sangat sesuai ? Menghubungkaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini dengan

tepat dan contoh yang sangat sesuai

Contoh: Mereka berada pada zaman yang berbeza : Pemimpin A berada zaman penjajahan manakala pemimpin B pada zaman selepas merdeka.

Matlamat perjuangan berbeza : Pemimpin A ingin menghapuskan penjajahan British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan. Di Perak mislanya, JWW Birch telah bertindak melampaui kuasanya sebagai penasihat sultan. Birch telah mengambil alih hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan sehingga

menyebabkan pembesar hilang kuasa dan punca ekonomi. Datuk Maharajalela telah menentang Birch di Pasir Salak.

6 0

Aras 3 Pemimpin B pula ingin memperkukuhkan perasaan cinta akan negara. Langkah ini dapat meningkatkan jati diri rakyat khususnya generasi muda supaya sanggup berkorban untuk negara tercinta demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju. Cabaran selepas merdeka lebih besar kerana kemerdekaan yang ada perlu dimanfaatkan untuk memajukan negara. Antara cabarannya ialah mengekalkan perpaduan rakyat, membina dan mengekalkan jati diri bangsa Malaysia dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Tun Dr Mahathir misalnya berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh. Jalur Gemilang adalah lambang negara yang perlu dihormati supaya kesetiaan dan jati diri rakyat tetap terpelihara. Rakyat yang setia dan mempunyai jati diri yang kuat dapat meningkatkan semangat patriotisme dan akan terus berjuang memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Perjuangan pemimpin A dan B sama pentingnya dalam sejarah negara. Semangat pemimpin sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat perlu untuk memastikan negara terus stabil dan maju. Kedua- dua pemimpin walaupun berbeza zaman, mempunyai visi dan misi yang sama iaitu untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa supaya hidup aman dan sejahtera serta mengekalkan kedaulatan negara daripada campur tangan asing.

5-6

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 3 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Pemahaman yang jelas terhadap fakta sejarah, menganalisis fakta sejarah dan membuat perkaitan dengan isu- isu masa kini dengan jelas.

Menerangkan maklumat berdasarkan gambar/ grafik yang jelas ? Membanding beza perjuangan pemimpin pada zaman yang berbeza

dengan jelas dan contoh yang sesuai ? Menghubungkait fakta sejarah dengan kehidupan masa kini dengan jelas

dan contoh yang sesuai.

Contoh: Mereka berada pada zaman yang berbeza: Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala Pemimpin B pada zaman selepas merdeka.

Aras 2 Matlamat perjuang

Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri Perak menjelaskan hak dan kuasa pembesar tempatan. Contohnya di Pasir Salak, Perak. Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana tindakan British mencampuri urusan pentadbiran di negeri Perak menjejaskan hak dan kuasa pembesar tempatan. Pemimipin B pula ingin memperkukuhkan perasaan cinta akan negara. Langkah ini dapat meningkatkan jati diri rakyat khususnya generasi muda supaya sanggup berkorban untuk negara tercinta. Tun Dr Mahathir misalnya berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh. Perjuangan pemimpin A dan B sama penting dalam sejarah negara. Semangat pemimpin sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat perlu untuk memastikan negara terus stabil dan maju.

3-4

Aras 1 Pernyataan umum berdasarkan gambar/ pengetahuan yang terhad. Menyatakan maklumat berdasarkan gambar/ grafik sahaja. Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum. Terdapat maklumat yang

kurang sesuai. Contoh : Kedua- dua pemimpin berada pada zaman yang berbeza. Pemimpin A berada zaman penjajahan British, manakala pemimpin B zaman selepas merdeka.

1-2

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 4 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan Respons yang dihasratkan Skor

1 (b) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat penilaian.

4

Aras 3 Tidak menjawab soalan/ respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam. Membuat penilaian terhadap kejayaan perjuangan tokoh- tokoh sebelum

merdeka yang selepas merdeka dengan tepat dan mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.

Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini berserta contoh yang tepat.

Contoh: Perjuangan kedua- dua tokoh berjaya: Pemimpin A berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan untuk menentang penjajah. Dol Said di Naning misalnya berjaya menewaskan British dalam serangan awal dan menyebabkan British tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Negeri- Negeri Melayu selama hampir 50 tahun. Pemimpin B mewakili pemimpin selepas merdeka. Mereka berjaya menyelamatkan negara daripada kekacauan pada peringkat awal kemerdekaan seperti Peristiwa 13 Mei. Perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan sehingga kini dan negara terus maju dalam pelbagai bidang ekonomi. Melalui Rancangan Pembangunan 5 tahun dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang, keseimbangan ekonomi antara kaum dapat diwujudkan. Atau

3-4

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 5 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas. ? Membuat penilaian perjuangan pemimpin sebelum dan selepas merdeka

dengan jelas berserta contoh yang sesuai. ? Berupaya menghubungkait fakta sejarah dengan kehidupan masa kini.

Contoh: Perjuangan mereka berjaya: Menewaskan British / penjajah seperti Naning. Semangat cinta akan Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat berjaya dipupuk. Kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan mendapat

Aras 2 sambutan ramai. Atau Perjuangan kedua- dua tokoh / kurang berjaya: Buktinya sebelum merdeka perjuangan tokoh tempatan dapat dipatahkan oleh British. Dalam perjuangan tokoh tempatan dapat dipatahkan oleh British. Dalam serangan kali kedua, British berjaya mengalahkan Dol Said. Selepas merdeka, masih dapat terdapat rakyat yang tidak menghormati Jalur Gemilang. Masih ramai yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena kempen bulan kemerdekaan.

2

Aras 1 Pernyataaan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Membuat penilaian secara ringkas/ umum tentang perjuangan tokoh sebelum dan selepas merdeka. Contoh:

1

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 6 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan 2 Konstruk Menganalisis Konteks 11.1 Kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa.

d) Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Aras kesukaran Tinggi Pengetahuan sedia ada

Pelaksanaan Malayan Union dan reaksi orang Melayu serta kaum imigran

2. Soalan 2 merujuk petikan ucapan Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 1951.

“…bagi mereka ( kaum lain ) yang mencintai dan berasa bahawa mereka mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya.”

http://ms.wikipedia.org

Apakah perkaitan petikan di atas dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka?

Berikan penjelasan anda. [ 4 markah ]

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 7 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan

2

Aras 3

Aras 2

Aras 1

Respons yang dihasratkan Menganalisis fakta sejarah serta menghubungkaitkan pengetahuan sejarah dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia.

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Menganalisis fakta Sejarah daripada pelbagai sumber dan menghubungkaitkan dengan isu masa kini dengan tepat dan releven.

? Menghuraikan perkaitan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia secara terperinci, tepat berserta contoh yang sangat sesuai.

? Membuat inferens yang tepat. Contoh:

Warganegara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur bagi menjamin masa depan negara Malaysia yang lebih gemilang. Warga negara yang cinta dan setia akan negara bersedia untuk menyumbung tenaga untuk menjadikan negara maju. Setiap warganegara perlu akur dan menghormati peruntukan dalam perlembagaan khususnya perkara 153 dan konteks sosial perkara 14-18 yang telah dipersetujui sebelum ini. Ini bagi membolehkan perpaduan dan usaha membangun negara dilaksanakan dengan lancar. Menganalisis fakta sejarah serta berupaya membuat perkaitan dengan isu- isu masa kini dengan jelas.

? Menerangkan perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia dengan jelas dan beserta contoh yang sesuai.

? Mengemukakan fakta Sejarah dengan tepat dan membuat inferens yang mudah / ringkas.

Contoh:

Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur. Penyataan umum berdasarkan petikan/ pengetahuan yang terhad.

? Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum tentang perkaitan petikan dan pembentukan negara dan bangs aMalaysia.

Contoh: Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara.

Skor

4

0 3-4

2

1

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 8 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 3

a Menilai Konstruk b Mencipta

c Menilai Konteks 11.3 Pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan

a v. Sukan untuk perpaduan Aras kesukaran Rendah- sederhana-tinggi Pengetahuan sedia ada

Maklumat berkaitan dengan Stadium Merdeka Pengisytiharan kemerdekaan negara Sukan untuk perpaduan Pengetahuan am 3. Gambar dan maklumat berikut merujuk salah satu binaan bersejarah di Malaysia

Stadium Merdeka Keluasan : 40387 meter persegi Tarikh Siap Bina : 30.8.1957 Hak Milik/ Tetuan : Permodenan Nasional Berhad (PNB) Lokasi : Kuala Lumpur Nilai Tanah Semasa : RM 400,000,000.00

Keluasan : 40387 meter persegi Tarikh siap dibina : 30.8.1957 Kapasiti : 45,000 orang Hak Milik / Tetuan : permodalan nasional Berhad ( PNB ) Lokasi : Kuala Lumpur Nilai Tanah Semasa : RM 400,000,000.00

a. Mengapakah stadium tersebut dianggap istimewa oleh rakyat Malaysia?

[ 4 markah ]

b. Apakah cadangan anda untuk memelihara dan memulihara stadium tersebut? Kemukakan alasan anda.

[ 6 markah ] c. Pihak berkuasa merancang untuk membangun kawasan tersebut sebagai pusat kegiatan

perdagangan moden. Wajarkah stadium tersebut dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan tersebut? Berikan alasan anda.

[ 10 markah ]

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 9 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan

3 (a)

Aras 3

Aras 2

Aras 1

Respons yang dihasratkan

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendal

am terhadap fakta dan membuat analisis serta penila

ian.

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam.

? Menghuraikan keistimewaan stadium dengan terperinci, tepat

berserta contoh yang sangat sesuai dan dikaitkan dengan

simbol / lambang perpaduan dan pembangunan sukan dengan berkesan.

Contoh: Stadium merdeka merupakan tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersempena dengan kemerdekaan tersebutlah stadium merdeka mendapat namanya. Namanya menjadi tanda ingatan rakyat Malaysia terhadap tarikh keramat itu. Selain itu, stadium ini turut digunakan untuk Kejohanan Pesta Bola Merdeka dan menjadi saksi negara kita pernah muncul sebagai kuasa bola sepak di benua Asia. Stadium ini juga menjadi gelanggang aksi wira- wira bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang agak jelas.

? Menerangkan beberapa keistimewaan stadium dengan jelas dan disokong dengan beberapa contoh yang sesuai.

? Penjelasan berdasarkan pengetahuan sendiri yang jelas. Contoh: Stadium Merdeka siap pada tarikh negara mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Stadium Merdeka merupakan tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Penyataan umum berdasarkan gambar dan maklumat / pengetahuan terhad.

? Menyatakan keistimewaan stadium secara ringkas berdasarkan

maklumat yang dipelajari dan pengetahuan yang sangat terhad.

Contoh: Stadium Merdeka siap pada tarikh negara mencapai kemerdekaan. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Skor

4

0 3-4

2

1

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 10 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan

3 (b)

Aras 3

Aras 2

Aras 1

Respons yang dihasratkan

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendala

m terhadap fakta, menjana idea dan membuat perkaita

n dengan kehidupan masa kini. Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang

mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.

? Menghuraikan cadangan yang sangat releven dan praktikal berserta dengan penerangan yang mendalam, sangat tepat dan contoh yang sangat sesuai.

? Menghubungkaitkan pemeliharaan dan pemuliharaan stadium dengan kepentingan terhadap negara.

Contoh: Mewartakan Stadium Merdeka sebagai khazanah negara supaya dapat dikekalkan. Dengan pewartaan tersebut, bangunan stadium bukan sahaja dapat dikekalkan, malah kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas membaiki kerosakan dan juga melantik pihak pengurusan supaya dapat mengawal selia bangunan stadium. Pihak pengurusan seperti Perbadanan Stadium Nasional diwujudkan untuk mengawal selia stadium. Ini akan dapat mengekalkan khazanah warisan negara agar generasi muda tidak akan melupai peristiwa- peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.

? Menerangkan cadangan yang releven berserta dengan penerangan yang jelas.

Contoh: Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara supaya dapat dikekalkan dan dapat dilihat oleh generasi muda. Penyataan umum berdasarkan pengetahuan terhad.

Menyatakan cadangan secara ringkas/ umum/ terhad.

Contoh: Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara

Skor

6

0 5-6

3-4

1-2

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 11 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan

3 (c)

Aras 4

Respons yang dihasratkan Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat penilaian serta membuat inferens. Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat. ? Menghuraikan pendirian yang sangat jelas. ? Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. ? Menganalisis dan menilai kesan tindakan kerajaan terhadap

bangunan bersejarah dengan tepat. ? Membuat inferens yang tepat. ? Pengolahan sangat kemas dan menarik.

Contoh: Wajarkah dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah- tengah bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Pendapatan rakyat akan meningkat dan seterusnya meningkat pendapatan negara. Peningkatan pendapatan rakyat dapat mensejahterakan negara.

Namun begitu, kerajaan perlu memastikan projek tersebut memberi peluang seluas - luasnya kepada rakyat tempatan untuk mendapat ruang perniagaan. Apa yang berlaku sekarang, projek mewah hanya memberi ruang kepada warga yang kaya sahaja dan juga syarikat atau rakyat asing berniaga kerana mereka memiliki modal yang besar. Jika tidak, rakyat jati Malaysia hanya menjadi penonton projek mewah sahaja atau bekerja sebagai kuli dalam premis perniagaan yang dimiliki orang asing negara sendiri.

Atau

Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai dirobohkan hilanglah warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Keadaan ini akan menjejaskan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Ingatan terhadap sejarah negara akan luntur dan boleh menjejaskan kestabilan politik.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan khazanah ini dipelihara sebagai lambang sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia yang berdaulat. Khazanah bangsa ini pasti akan menjadi rujukan generasi akan datang untuk mengkaji sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang ada sekarang.

Sumbangan kepada faktor pelancongan juga tidak boleh dinafikan. Bangunan sejarah peninggalan Rom di banyak negara kini menjadi aset pelancongan yang sangat bernilai. Jutaan pelancongan berkunjung ke bangunan sejarah di merata dunia dan memberikan impak kepada peningkatan pendapatan negara dan rakyat negara berkenaan.

Jika dimusnahkan, tiada apa yang generasi akan datang dapat berbicara tentang sejarah bangsa mereka.

Skor

10

0 9-10

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 12 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat infrens.

? Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat dan mendalam.

? Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. ? Menganalisis dan menilai fakta. ? Membuat inferens. ? Pengolahan kemas.

Contoh:

Aras 3 Wajar dirobohk

tengah- tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kadar pengangguran. Atau Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai dirobohkan hilanglah warisan khazanah negara tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Generasi yang melupai sejarah akan hilang arah kehidupan.

6-8

Aras 2 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam. Menerangkan pendirian dengan alasan yang jelas dan tepat dan

contoh yang sesuai. Contoh: Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah- tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Antaranya seperti kompleks membeli- belah mewah.

3-5

Aras 1

Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Menyatakan pendirian secara umum. Penerangan sangat ringkas. Contoh: Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan. Atau

1-2

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 13 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 4 Konstruk a Menganalisi

b Menilai Konteks 9.2 Dasar British dan kesannya terhadap ekonomi negara Aras kesukaran Sederhana- Tinggi Pengetahuan sedia ada

Kedatangan kaum imigran Pengetahuan am dan semasa

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan pekerja asing di Malaysia.

KAWAL KEBANJIRAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah tidak

PENGHANTARAN PULANG PEKERJA ASING AKAN LUMPUHKAN INDUSTRI- MBAM

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Matthew Tee mengeluh

berkesudahan. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun lepas mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan

bahawa industri sudah menghadapi kekurangan lebih 100,000 pekerja di seluruh negara, sambil menambah kehilangan sebahagian besar tenaga kerja

berjumlah 6.7 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 2.1 juta orang yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.

Bernama 10 Mac 2015

asing yang sudah terlatih akan memberi kesan yang amat buruk. www.mstar.com.my 16 Disember 2014

SUMBER A SUMBER B a. Mengapakah situasi di Sumber A dan Sumber B berlaku di Malaysia?

Huraikan dengan contoh. [ 6 markah]

b. Sejauh manakah situasi di Sumber A dan Sumber B memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan keselamatan negara?

Berikan hujah anda. [10 markah]

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 14 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan

4 (a)

Aras 3

Respons yang dihasratkan Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis yang tepat. Mampu menghubungkait isu semasa dengan fakta sejarah. Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.

? Menghuraikan fakta yang sangat jelas, mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.

? Menghubungkait fakta sejarah dengan isu masa kini dengan jelas dan tepat.

? Membuat inferens yang tepat, munasabah serta relevan dengan isu yang dikemukakan.

Contoh: Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang luas di negara kita berbanding dengan negara mereka dalam sektor perladangan dan pembinaan. Ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka. Sebelum merdeka pun, British membawa masuk buruh asing untuk bekerja di ladang getah, lombong bijih timah dan pembinaan jalan raya serta landasan kereta api. Wujudnya permintaan yang tinggi terhadap pekerja asing oleh majikan dan industri tempatan. Sebahagian majikan gemar mengambil pekerja asing yang mahir dengan bayaran upah yang rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Kawalan pintu masuk negara mungkin longgar memandangkan ramai warga asing masuk secara haram. Seolah- olah tidak terkawal. Ramai pendatang mendarat di kawasan pantai dan mereka ini ada yang terlepas dan sedang bergerak bebas dalam negara ini.

Jelaslah bahawa faktor ekonomi dan politik tempatan berkait rapat dengan pertambahan kedatangan warga asing di Malaysia.

Skor

6

0 5-6

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 15 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.

? Menerangkan fakta dengan jelas beserta contoh yang sesuai. ? Menganalisis fakta dan membuat inferens yang ringkas / mudah.

Aras 2 3-4 Contoh: Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak di negara kita terutamanya dalam bidang perladangan. Bidang ini banyak menggunakan tenaga manusia terutamanya sebagai buruh kasar. Faktor ekonomi adalah faktor penarik utama kebanjiran pekerja asing di Malaysia.

Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Menyatakan faktor secara ringkas dan / umum.

Aras 1 Contoh: Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak negara kita terutamanya dalam bidang pembinaan.

1-2

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 16 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan

4 (b)

Aras 4

Respons yang dihasratkan

Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta, dan membuat analisis serta penilaian secara berkesan dari aspek ekonomi dan keselamatan negara.

Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat.

? Membuat pertimbangan secara kritis dan rasional tentang kesan dengan sangat jelas, tepat dan matang.

? Mengemukakan contoh yang sangat sesuai dan relevan berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

? Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat dari pelbagai sumber.

? Membuat inferens yang tepat. ? Pengolahan sangat kemas dan menarik. Contoh: Sebenarnya kebanjiran pekerja asing di Malaysia ada membawa rahmatnya. Pekerja asing ini menyediakan bekalan tenaga kerja yang berterusan kepada majikan dan industri tempatan. Ekonomi Malaysia berkembang dengan pesat dan lancar. Banyak bandar- bandar baru diwujudkan di luar bandar apabila industri baru dibuka di kampung- kampung seperti industri berasaskan sumber pertanian, perladangan, perikanan, dan pembinaan. Permintaan pekerja asing terhadap barang dan perkhidmatan tempatan juga meningkatkan sehingga peniaga tempatan mendapat keuntungan.

Tetapi kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam sektor ekonomi.

Ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di Kuala Lumpur. Jika keadaan ini berterusan, pengaliran keluar mata wang negara turut meningkat kerana warga asing ini akan menghantar hasil pendapatan mereka ke negara asal mereka. Mata wang Malaysia akan susut nilai kerana banyak pasaran. Ini menjadikan kuasa beli rakyat Malaysia rendah dan menjejaskan kehidupan mereka. Ibarat itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.

Kebergantungan berlebihan terhadap pekerja asing boleh menggugat kestabilan ekonomi Malaysia untuk jangka panjang apabila tiba masanya mereka bertindak secara kolektif pulang ke negara asal.

Skor 10

0 9-10

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 17 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Terdapat dalam kalangan pekerja asing adalah penjenayah yang mengambil kesempatan masuk ke Malaysia. Wujud sindiket yang jahat terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan, peras ugut serta menjadikan pekerja asing ini sebagai hamba abdi zaman moden. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Peningkatan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing telah menimbulkan kegelisahan awam dan menggugat keselamatan negara.

Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang- undang dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya dipertingkatkan.

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.

? Membuat pertimbangan secara kritis tentang kesan dengan sangat jelas, tepat dan relevan.

? Mengemukakan contoh yang sesuai. ? Menganalisis dan menilai fakta daripada beberapa sumber. ? Membuat inferens. ? Pengolahan kemas.

Contoh: Tetapi kemasukan pekerja asing di Malaysia berjaya membantu merancakkan aktiviti ekonomi dengan lancar. Sektor perindustrian, pembinaan dan pertanian berkembang pesat dengan bantuan pekerja

Aras 3 asing yang mahir dan separa. Kemasukan warga asing yang tidak

6-8

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 18 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam.

? Menerangkan kesan dengan alasan yang jelas, tepat dan contoh yang sesuai dengan isu yang dikemukakan .

Aras 2 Contoh:

Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi. Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Wujud juga perlakuan jenayah seperti rompakan, bunuh, dan penculikan yang disebabkan oleh pekerja asing sehingga menimbulkan ketegangan dan kemarahan masyarakat tempatan.

3-5

Aras 1 Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Menyatakan kesan secara umum. Penerangan sangat ringkas. Contoh: Kemasukan warga asing yang tidak terkawal menyebabkan

1-2

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 19 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Soalan 5

Konstruk a Menganalisis b Menilai

Konteks 8.3 Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangan Aras kesukaran Sederhana- Tinggi Pengetahuan sedia ada

Ciri – ciri dan tugas Khalifah Sumbangan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq

“…. sejarah Islam pernah menyaksikan bagaimana pada hari kewafatan Rasulullah SAW iaitu pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah , maka pada hari tersebut jugalah umat Islam sibuk dalam menyelesaikan masalah pelantikan Khalifah.”

Sumber : http://ekhutbah.wordpress.com

a. Mengapakah umat Islam mengutamakan pelantikan khalifah sebaik sahaja selepas

kewafatan Nabi Muhammad SAW? [ 4 markah ]

“Wahai manusia . sesungguhnya aku telah dilantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku….” Pidato Khalifah Abu Bakar sewaktu pelantikan jawatan Khalifah.

Sumber : Ibn Katsir, Al-Bidayah wa al-Nihayah

b. Ulaskan petikan tersebut dalam konteks kepimpinan berkualiti bagi membentuk sebuah negara dan bangsa yang sejahtera.

[ 10 markah ]

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 20 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan Respons yang dihasratkan Skor

5 (a) Men

terhadap fakta dan membuat analisis . 4

Aras 3 Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Menganalisis fakta Sejarah dengan tepat serta berupaya membuat perkaitan dengan isu yang dikemukakan dengan lebih terperinci. Menghuraikan sebab dengan jelas, terperinci berserta contoh

yang sesuai. Membuat inferens yang tepat dan relevan. Contoh: Memilih pemimpin untuk menggantikan tugas Rasulullah SAW.

3-4

Menganalisis fakta Sejarah serta berupaya membuat perkaitan denagn isu yang dikemukakan dengan jelas.

? Menerangkan sebab dengan jelas. Aras 2 Contoh:

Memilih pemimpin untuk menggantikan tugas Rasulullah SAW. Kepimpinan merupakan perkara penting dalam sesebuah negara dan tonggak utama dalam menyatupadukan umat Islam. Menyegerakan pelantikan khalifah berjaya menghalang perpecahan umat Islam.

2

Aras 1 Penyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Menyatakan sebab secara umum / ringkas. Pengetahuan dan pemahaman terhadap fakta sangat terhad. Contoh:

1

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 21 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH Soalan Respons yang dihasratkan Skor

5 (b) Men

terhadap fakta dan menjana idea. 10

Aras 4 Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan. 0

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat secara menjana idea. Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan idea yang bernas dan matang. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat dan kritis. Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik. Contoh: Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik/ minta disokong jika betul/ ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi

9-10

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.

? Menghuraikan petikan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. ? Mengemukakan beberapa idea yang relevan. ? Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.

Aras 3 ? Menganalisis dan menilai fakta secara kritis. ? Membuat inferens. ? Pengolahan kemas.

6-8

YUSUFF B AHMAD @ HARUN ~ 22 ~ SMK SULTAN AZLAN SHAH

Contoh: Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik / minta disokong jika betul / ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi kesejahteraan ummah. Pemimpin mesti sanggup menerima teguran dengan hati yang terbuka dan mengatasi masalah secara bijaksana dengan perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah supaya hubungan antara pemimpin dengan rakyat harmonis hingga kiamat.

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas dan agak mendalam serta membuat inferens yang mudah.

? Mengulas maksud petikan dari aspek tersurat dan tersirat. Aras 2 C

ontoh:

Khalifah mengaku dia bukan yang terbaik / minta disokong jika betul / ditegur sekiranya berbuat kesilapan. Maksudnya secara merendah diri khalifah mengakui beliau bukanlah manusia yang sempurna, bahkan mungkin mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sokongan rakyat dan para sahabat dalam melaksanakan tugas sangat diperlukan demi kesejahteraan ummah.

3-5

Aras 1 Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Membuat ulasan secara ringkas / umum. Membuat ulasan yang tersurat dalam petikan. Contoh:

1-2