ara coaching nota recsam ju kbat sains

Upload: jaklias6524

Post on 14-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    1/27

    1

    COACHING

    & MENTORING

    Strategi Membangunkan

    Profesionalisme

    Disusun oleh

    Abdul Razak bin Alias

    Institut Aminuddin Baki, Genting [email protected]

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    2/27

    2

    PendahuluanApakah sebab seseorang boleh mencapai prestasi unggul? Apakah cara

    untuk seseorang boleh dibantu bagi membina dan mengekalkan prestasi

    unggul? Prestasi unggul yang berterusan berlaku, paling penting adalah

    kerana seseorang itu mempunyai komitmen untuk sentiasa melakukan di

    tahap terbaik. Coaching adalah satu strategi untuk membina komitmen

    tersebut.

    Kita boleh mengubah sistem organisasi, proses kerja, teknologi dan struktur.

    Kita boleh mengatur, membina dan mencipta semula organisasi. Kita

    boleh menyokong kepimpinan pemimpin, berkaitan cara berfikir. Kita

    boleh melibatkan seseorang atau memberi kuasa kepada mereka. Kita

    boleh menggunakan alternatif yang beraneka bagi meningkatkan

    prestasi. Tetapi, melainkan kita mencipta komitmen seseorang yang akan

    melaksanakan alternatif ini, tidak ada perubahan dalam budaya, sistem

    atau kepimpinan akan terjadi. Jika dikendalikan secara betul, coaching

    adalah antara strategi yang boleh mencipta komitmen berkenaan.

    Coaching adalah cara membangunkan profesionalisme seseorang, jadi,

    mereka boleh mencapai prestasi unggul dan komitmen mengekalkan

    pertumbuhan dan hubungan yang positif. Ia juga proses membantu

    seseorang mencari penyelesaian kreatif kepada situasi yang kompleks.

    Coaching menyediakan persekitaran yang selamat bagi mengenal pasti

    peluang dan membuatkannya realiti. Coaching adalah berdasarkan

    falsafah yang seseorang memiliki kefahaman yang mendalam,

    pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikeluarkan bagi membuat

    keputusan dan bergerak kepada yang ideal.

    Coaching adalah terlalu rapat dengan peningkatan prestasi. Ia telah

    dilihat cara melengkapkan seseorang untuk melaksanakan dan

    mendapat komitmen mereka untuk prestasi yang baik selagi seseorang

    membantu satu sama lain untuk melakukan yang terbaik.

    Coaching berfungsi di semua peringkat dan dalam semua hubungan

    organisasi. Ia berfungsi untuk meningkatkan prestasi individu (daripada

    pekerja kepada eksekutif), ia berfungsi untuk meningkatkan prestasi

    pasukan, dan akhirnya, ia berfungsi untuk meningkatkan prestasi

    keseluruhan organisasi. Ia berfungsi kerana ia mewujudkan satu faktor

    utama yang membawa kepada komitmen, ia menjelaskan matlamat dan

    keutamaan, ia membantu seseorang memahami apa yang penting dan

    apa yang tidak, ia membuka untuk seseorang menunjukkan kompetensi

    yang mempengaruhi prestasi dan kerjaya mereka, ia membantuseseorang untuk menyelesaikan masalah prestasi, ia mencabar seseorang,

    ia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seseorang perlu

    untuk melakukan yang terbaik, dan ia menyampaikan kepada orang lain

    betapa penting dan dihargai mereka.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    3/27

    3

    Coaching untuk KomitmenDefinisi Coaching:

    Coaching adalah perbualan penemuan kendiri yang diikuti tindakan dan

    membawa kepada prestasi unggul, komitmen kepada pertumbuhan yang

    mampan, dan hubungan yang positif.

    Anda coaching bila membantu coachee

    merapatkan jurang ketajaman fikiran, kepakaran, prestasi dankecekapan.

    membuat penemuan kendiri. mencari penyelesaian kreatif sendiri. menemukan cara berfikir yang baru. mencari cara mengekalkan atau menambahbaik prestasi mereka. memberi komitmen terhadap pembangunan personal dan

    menghargai kejayaan mereka.

    Hasil coaching

    A B

    PERBUALAN

    Keadaan

    IdealKeadaan

    Semasa

    Tindakan

    Ah ha!

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=P9IxWYStSJvDvM&tbnid=V5MRjHsasouOjM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.leading2learning.com/ah-ha-moments-when-learning-becomes-understanding/&ei=zgTdUbPLLcSHrQee7YDoDQ&psig=AFQjCNFqgB3vmJ5jy6OsADG9AvaDrBCCzQ&ust=1373525450523597http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=5XGJ6251ElcRuM&tbnid=XaKmRKX5L7pwpM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.mrmediatraining.com/2012/08/02/have-you-had-any-aha-moments-after-visiting-this-blog/&ei=fwTdUaehKciPrgewk4GACw&psig=AFQjCNFqgB3vmJ5jy6OsADG9AvaDrBCCzQ&ust=1373525450523597
  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    4/27

    4

    Komitmen merupakan satu strategi utama untuk mendapatkan keputusan

    organisasi yang luar biasa. Komitmen dicipta apabila orang-orang yang

    dicoach:

    Jelas mengenai nilai-nilai teras dan matlamat prestasi. Ada pengaruh atas apa yang mereka lakukan dan bagaimana

    mereka melakukannya. Mempunyai kecekapan untuk melaksanakan kerja-kerja yang

    diharapkan daripada mereka.

    Dihargai prestasi mereka.

    Peranan Coach

    Cara terbaik bagi membezakan peranan coach daripada pengurus,

    pengajar, dan mentor adalah oleh siapa yang memiliki apa dan

    bagaimana, komponen semasa interaksi.

    Pengurus memiliki apa, tidakbagaimana. Pengajar memiliki kedua-dua apa dan bagaimana. Mentor memiliki bagaimana, bukan apa. Coach tidak memiliki apa atau bagaimana. Ini adalah dimiliki oleh

    Coachee!

    Sumber: Coe. C., Zehnder & A., Kinlaw, D. (2007)

    KeputusanOutcomeHarapan

    Tingkah Laku

    Tindakan

    Kaedah

    Pengurus MentorPengajarApa dan Bagaimana

    Apa Bagaimana

    CoachTidak Menyatakan Apa

    dan Bagaimana

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    5/27

    5

    Semua empat peranan mempunyai tempat masing-masing dan nilai

    diberi berdasarkan kepada jenis dan keperluan perbualan. Matlamatnya

    bukan untuk menghapuskan peranan ini atau mengurangkannya, tetapi

    untuk meningkatkan kesedaran anda terhadap perubahan yang perlu

    berlaku kerana peralihan anda daripada pengurus, pengajar, atau

    mentor kepada peranan sebagai seorang coach.

    Bila melaksanakan Coach

    Peranan coach adalah lebih baik digunakan untuk interaksi yang

    menggerakkan coachee ke hadapan menggunakan semua idea dan

    penyelesaian daripadanya. Peranan coach adalah untuk membantu

    coachee mendapatkan gambaran dan kefahaman mengenai topik

    perbualan, bukan untuk menyelesaikan masalah untuk dia. Berfokuskan

    kepada penyelesaian.

    Berlaku Anjakan

    Membuat anjakan mental kepada peranan sebagai coach memerlukan

    anda

    Melepaskan kedua-dua apa dan bagaimana Hapuskan berat sebelah dan prasangka Menjadi kurang ego, dan Hapuskan kekusutan

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    6/27

    6

    Siapa Coach

    Coaching adalah untuk sesiapa yang mempunyai keinginan untuk

    membantu orang lain berjaya dan bagi mereka yang mempunyai

    pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja melalui

    proses perbualan, menggunakan pendekatan coaching.

    Manfaat Coaching

    Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?

    Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, dengan coaching?

    Sumber: Effects on Productivity in a Public Agency, Public Personnel

    Management, Winter 1997;

    Neil Rackham, The Coaching Controversy,

    Training and Development Journal, November 1979.

    Masa

    Tingkah Laku Baru

    Keputusan

    LATIHAN

    Pe

    nambahbaikan

    Masa

    Tingkah Laku Baru

    Keputusan

    LATIHAN

    Penambahbaikan

    COACHING

    COACHING

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    7/27

    7

    Hubungan antara kompetensi dengan pengalaman mentor dan mentee.

    Kedudukan nilai coaching adalah mengesankan. Coaching menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu

    dan pasukan berprestasi tinggi.

    Di akhir coaching, coachee

    Berasa berkuasa dan bermotivasi untuk bertindak dengan caralebih produktif dan bertanggungjawab dengan memiliki situasi,

    tingkahlaku dan hasil yang difahami.

    Bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap apayang perlu berlaku dan bagaimana untuk berlaku.

    Memperkembangkan kemahiran yang ada dan membinanyaberdasarkan kekuatan.

    Perspektif Seorang Coach

    Fokus terhadap coachee Fokus terhadap proses Fokus terhadap jurang Fokos terhadap masa depan

    Tahu Bila Tidak Menjalankan Kerja Coach

    Coaching bukanlah kaunseling Coaching bukanlah konsultan Coaching bukanlah coaching berkaitan sukan

    Tidak Boleh Dicoach

    Secara berterusan menyalahkan orang lain, proses, prosedur ataupersekitaran ke atas prestasi atau tingkahlaku yang buruk.

    Tidak mengambil kebertanggungjawaban personal. Tidak mengambil tanggungjawab tambahan. Jarang menyempurnakan tugas yang diberi. Sentiasa mempertahankan diri.

    Mentor Mentor

    Pengalaman Pengalaman

    Kompetensi

    Kompetensi

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    8/27

    8

    Secara berterusan marah dan geram. Sentiasa main peranan sebagai mangsa. Berulangkali menolak untuk dicoach atau menyatakan yang ia

    tidak berminat dalam coaching atau pelan pembangunan.

    Enggan terlibat dalam proses kajian semula prestasi. Secara berterusan mencipta masalah dalam pasukan. Sentiasa menentang. Secara berterusan mengacau. Berterusan tidak berlaku komunikasi. Tidak menghormati rakan sekerja atau anda. Berterusan meminta maklumbalas, namun tetap bertindak balas

    bila diberi.

    Berterusan tidak dapat dihubungi atau tidak hadir bekerja. Mempunyai keupayaan berfikir yang rendah untuk memberi

    alasan dan memproses maklumat.

    Bagaimanakah berurusan dengan orang tidak boleh dicoach?

    Main peranan sebagai pengurus yang tegas. Ambil kebertanggungjawaban terhadap hubungan coaching

    dan secara serius lihat tahap kepercayaan coach / coachee.

    Dicadangkan untuk program bantuan, ahli terapi atau kaunseling. Berusaha untuk kurangkan ego dan kekalkan objektif, menjaga

    emosi anda.

    Upah coach luar. Dapatkan coachee untuk memilih coach yang betul.

    Bagaimana Coaching Digunakan

    Situasi 1

    Membina

    KepercayaanTemu Bual

    Konteks 1

    Pemerhatian

    1Tembu Bual

    Konteks 2

    Pelaksanaan

    Pemerhatian

    2Maklum BalasPenilaian

    Latihan /

    Terapi dll.

    Jika Perlu

    Jika Perlu

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    9/27

    9

    Situasi 2

    Coaching Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    Persetujuan

    Rakan kongsi coaching diwujudkan dalam rangka kerja

    yang diguna pakai oleh sekolah, sebagaimana yangsesuai mengikut fokus yang dikehendaki. Perjumpaan

    ringkas di antara coach dan coachee diadakan bagi

    mendapat persetujuan terhadap jadual melaksanakan

    sesi coaching. Jika fokus coaching adalah pengajaran

    dan pembelajaran ia selalunya akan menjadi lebih

    produktif untuk coach melihat pengajaran. Selaraskan

    perjumpaan coaching dan fokus pengajaran perlu

    dipersetujui dan masa dilindungi jika diperlukan.

    2

    Sesi CoachingSebelum Pengajaran

    Coach dan coachee berjumpa untuk membincangkan

    fokus sesi coaching. Peranan coach adalah untukmeneroka bersama coachee keputusan yang coachee

    buat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran,

    dan di manakah secara spesifik pelajaran sesuai dilihat.

    Coach harus membantu coachee untuk meneroka

    beberapa pengaruh ke atas keputusan ini. Sokongan dan

    nasihat untuk perancangan boleh diminta oleh coachee.

    3

    Pelajaran yang Diajar dan Bukti Amalan yang Dikumpul

    Sebagaimana yang sesuai dengan pelajaran yang diajar

    oleh coachee. Ini memberi peluang bukti amalan yang

    dapat dikumpul. Sering kali ianya melalui coach yang

    menjalankan pencerapan pengajaran di bawah kriteria

    yang dipersetujui. Penggunaan video untuk merakampengajaran boleh menjadi satu kelebihan. Bukti baru

    mungkin muncul semasa coachee membuat refleksi diri

    dan juga berdasarkan kerja murid.

    4

    Sesi CoachingSelepas Pengajaran

    Coach dan coachee berjumpa untuk membincangkan

    berkaitan dengan pelajaran, dan pengalaman

    pengajaran dan pembelajaran serta hasil. Ini adalah satu

    peluang untuk membuat refleksi berkaitan dengan

    amalan pengajaran coachee. Ia boleh dipertingkatkan

    melalui penerokaan bukti yang objektif (seperti yang

    disediakan oleh video). Coach menggalakkan coacheemembuat refleksi dan menyokong menyelesaikan

    masalah, dan mengenal pasti tindakan baru. Maklum

    balas dan sokongan boleh dicari oleh coachee itu.

    Dalam sesi ini, ia mungkin berguna untuk merancang

    bagi melaksanakan sesi coaching berikutnya.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    10/27

    10

    Proses Coaching

    Ada empat komponen utama dalam coaching:

    1. Membina Kepercayaan2. Model Coaching3. Kemahiran Coaching4. Perbualan Coaching

    Coe. C., Zehnder, A. & Kinlaw, D. (2007)

    Membina Kepercayaan

    Kepercayaan adalah pemangkin dan perkara

    yang utama dalam perbualan coaching.

    Kepercayaan antara anda dan coachee perlu

    diwujudkan dan dikekalkan sepanjang proses

    coaching. Kepercayaan adalah asas untuk mula

    berlakunya perbualan coaching.

    Dalam usaha mewujudkan dan mengekalkan kepercayaan, seorang

    coach mestijujur, boleh dipercayai, hormat dan bertanggungjawab

    apabila berurusan dengan orang lain.

    Model Coaching

    Semua perbualan coaching menurut model yang ditetapkan, walaupun

    ia mungkin tidak kelihatan bagi yang tidak terlatih. Model coaching

    menyediakan struktur untuk perbualan coaching. Perbualan coaching

    yang baik harus berasa seperti perbualan bersahaja atau biasa,

    walaupun ia merupakan suatu proses yang bertujuan. Tidak kira berapalama atau singkat perbualan coaching, sedar dan bergerak melalui

    peringkat yang ditetapkan.

    Mengikuti model coaching adalah penting untuk menjadi seorang coach

    yang mahir. Coach menggunakan model coaching dan mengikuti

    langkah-langkah ditetapkan bagi membantu coachee bergerak dari

    realiti semasa kepada keadaan yang ideal. Model latihan yang

    dicadangkan berdasarkan tiga fasa proses coaching.

    Penglibatan merujuk kepada semua usaha yang memastikan coachee

    terlibat dalam perbualan coaching dengan menjelaskan tujuan dan

    harapan perbualan, memantapkan pemilikan dan persetujuan serta

    menilai jurang.

    Penemuan merujuk kepada usaha untuk mencari punca sebab (isu

    utama), meneroka alternatif dan penyelesaian kreatif serta

    mendapatkan kefahaman mendalam terhadap jurang yang coachee

    cuba untuk menutupnya.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    11/27

    11

    Tindakan merujuk kepada penciptaan pelan tindakan coachee, usaha

    untuk menghilangkan sekatan dan halangan, dan menutup perbualan

    coaching dengan penggulungan oleh coachee.

    Fasa 1Penglibatan Fasa 2Penemuan Fasa 3Tindakan

    Matlamat 1

    Menjelaskan Tujuan

    dan Harapan

    Matlamat 2

    Memantapkan

    Pemilikan

    Matlamat 3

    Menilai Jurang

    Matlamat 4

    Menemukan Punca

    Sebab

    Matlamat 5

    Meneroka

    Alternatif

    Matlamat 6

    Mencipta Pelan

    Tindakan

    Matlamat 7

    Menghapuskan

    Sekatan dan

    Halangan

    Matlamat 8Menggulung

    Semua peringkat proses adalah saling bergantungan, walaupun

    biasanya terdapat pergerakan berulang-alik antara peringkat, perbualan

    adalah bertujuan untuk menggerakkan coachee ke hadapan ke arah

    keputusan yang spesifik.

    Kemahiran Coaching

    Walaupun kebanyakan daripada kemahiran coaching yang digunakan

    adalah biasa kerana ianya digunakan dalam perbualan seharian, anda

    belajar bagaimana untuk menggunakannya daripada perspektif seorang

    coach bagi mecapai kesan maksima dalam perbualan coaching dan

    untuk anda sedar menggunakannya.

    Kemahiran berkenaan adalah;

    Mencabar Mendengar Menggalakkan Bertanya Memperhalus

    Kesemua kemahiran ini disepadu dalam perbualan coaching. Pada

    semua peringkat dalam model coaching.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    12/27

    12

    Mencabar

    Mencabar bermakna coach bergantung kepada gerak hatiuntuk mengikuti perbualan dan benar-benar memberi perhatian

    kepada apa yang berlaku dengan coachee. Gunakan gerak hati

    untuk mengenal pasti dan menentukan bila untuk menyampaikan

    permintaan atau menyemak realiti.

    Mendengar

    Mendengar bermakna anda mendengar lebih daripada apayang diperkatakan, memahami faedah untuk berdiam diri dan

    menggalakkan coachee bercerita. Dalam kemahiran

    mendengar, bukan setakat mendengar apa yang diucapkan

    tetapi mendengar untuk memahami dan memberi maklum balas

    yang berkesan. Penggulangan, para frasa dan merenung semula

    perkara yang didengar akan membantu menjadikan perbualan

    lebih bermakna. Kemahiran memberi maklum balas banyak

    digunakan semasa mendengar.

    Menggalakkan

    Menggalakkan merujuk kepada usaha untuk membuatkancoachee berasa selesa tentang perkara yang dibualkan dan

    mengakui perasaan, emosi, dan pencapaian beliau yang

    memberikan sebab untuk terus bergerak ke hadapan. Ia termasuk

    kenyataan yang boleh mengesahkan dan meraikan.

    Bertanya

    Tanya soalan coaching yang penting dan membangkitkanpemikiran selain soalan terbuka dan yang dapat membantu kitauntuk memeriksa dengan teliti. Gunakan pernyataan yang

    berkesan dengan mengangguk-angguk bersama dengan soalan-

    soalan coaching, apabila ingin mengetahui lebih lanjut

    (contohnya, "Beritahu saya lagi ...").

    Memperhalus

    Memperhalusi bermakna coach terus memastikan perbualan coaching di

    landasan yang betul dan menggunakan teknik seperti Dua Perkataan

    (Bagaimana anda mahu pergi dari ______ kepada _____?) dan

    metafora.

    Perbualan Coaching

    Di sini, semua komponenKepercayaan, Model Coaching dan

    Kemahiran Coaching akan digunakan semasa perbualan coaching.

    Perbualan coaching adalah interaksi bersama yang seharusnya kelihatan

    semula jadi.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    13/27

    13

    Sesawang Kerja

    Sesawang Kehidupan

    0

    12

    34

    56

    78

    910

    0

    12

    34

    5

    678

    9

    10

    Kepimpinan

    PenyelesaianMasalah

    Perancangan

    dan Bajet

    Kerja

    Berpasukan

    PenugasanKomunikasi

    Pengurusan

    Perubahani

    Pengurusan

    Masa

    Kerja dan

    Kerjaya

    Wang dan

    Kewangan

    Kesihatan

    dan

    Kecergasan

    Rakan dan

    Keluarga

    Persekitaran

    Fizikal

    Pembangunan

    Personal

    Keseronokan

    dan Masa

    Lapang

    Rakan Kongsi

    dan

    Pasangan

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    14/27

    14

    MODEL COACHING:

    CONTOH SOALAN-SOALAN COACHING

    KEPERCAYAAN

    Hormat

    Menghargai individu dan keunikan

    Saya boleh katakan ianya benar-benar menganggu anda dannampaknya berat di fikiran anda.

    Anda benar-benar telah banyak berfikir. Saya mahu anda ketahui yang orang lainjuga memahami cabaran

    yang anda hadapi.

    Bangga

    Ianya idea yang luar biasa. Anda sepatutnya bangga dengan diri anda untuk itu. Saya amat kagum dengan apa yang anda katakan. Anda telah menguasai banyak perkara sejak perbualan terakhir

    kita.

    Anda sentiasa tahu bagaimana untuk memikirkan perkara-perkaraini.

    Anda boleh beritahu saya segala-galanya. Perbualan coaching kita hari ini semuanya tentang anda. Saya hargai anda kerana membawa saya kepada keyakinan anda.

    Bagaimana saya boleh bantu.

    Saya harap anda mempercayai saya. Saya di sini untuk membantu. Apakah yang anda mahu bincangkan hari ini?

    1 PENGLIBATAN

    Apakah yang anda ingin beri tumpuan pada hari ini? Apakah perasaan yang ingin anda miliki apabila anda berjalan

    keluar dari sesi ini?

    Apakah yang akan menjadi kejayaan bagi anda?

    1 PENGLIBATAN1a Menjelaskan Tujuan dan Harapan

    Tujuan

    Apakah yang anda mahu capai dalam masa kita bersama? Apakah yang anda mahu fokus? Anda boleh nyatakan lebih daripada satu topik. Mana satu anda

    mahu beri tumpuan hari ini?

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    15/27

    15

    Harapan

    Bagaimanakah anda tahu bila anda mencapai sesuatu yangideal?

    Apakah keputusan yang anda mahu lihat? Apakah hasil yang anda ingin lihat? Saya hanya ada masa lebih kurang lima belas minit sekarang dan

    saya tahu bagaimana pentingnya perkara ini. Mari kita mulakan dan

    kita boleh jadualkan lebih masa lagi kemudian, jika ianya sesuai

    dengan anda.

    Sesi coaching secara tipikal berakhir empat puluh minit dengandiikuti dengan sesi tindak susul dalam satu atau dua minggu. Adakah

    ianya sesuai dengan anda?

    Ini adalah masa anda. Ianya semua tentang anda. Ini bermaknaanda boleh tentukan, apa yang ingin dibicarakan, sama ada ianya

    cabaran yang anda hadapi atau sesuatu yang membuat anda

    teruja. Sepanjang masa ini saya akan berperanan sebagai coach.

    Bermakna dua perkara: satu, apa yang anda kongsikan sepenuhnyarahsia, dan, dua, saya tidak akan selesaikan perkara untuk anda.

    Sebaliknya, saya akan mendengar dan bertanya anda soalan bagi

    membantu anda memikirkan jawapan anda sendiri.

    Terima kasih kerana percayakan saya sebagai coach. Semuaperkara yang kita kongsi akan menjadi rahsia; saya tidak akan

    mendedahkan kepada sesiapa tanpa kebenaran anda yang saya

    coach anda. Jika anda mahu kongsi sebarang maklumat, anda

    dipelaya untuk melakukannya.

    Sebagai coach anda, saya di sini untuk membantu. Hanya untukpengetahuan anda yang saya tidak ke sini untuk menyelesaikan

    perkara ini untuk anda, tetapi saya akan tanya anda beberapa

    soalan yang membantu anda menemukan penyelesaian kreatif anda

    sendiri. Semuanya tentang anda.

    1 PENGLIBATAN1b Mengukuhkan Pemilikan (Kepunyaan)

    Saya tahu anda tidak menyukai cara beliau mengurus dan andamahu beliau berubah, tetapi ini adalah tentang anda. Apakah

    peranan anda dalam situasi ini?

    Saya menyedari yang ahli pasukan lain ada masanya melakukansesuatu yang anda tidak suka. Apakah peranan anda dalam

    menjadikan situasi ini lebih baik?

    1 PENGLIBATAN1c Menilai Jurang

    Beritahu saya apakah bentuk yang dilihat pada masa sekarang.? Sekarang, jelaskan keadaan yang ideal bagi anda. Atau Apakah

    yang terbaik yang anda boleh harapkan?

    Dalam skala 1 hingga 10. Dengan 10 sebagai sangat baik atau idealbagi anda, bagaimanakah anda peringkatkan di mana perkara

    tersebut berada sekarang?

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    16/27

    16

    Menggunakan skala yang sama, di manakah anda mahu berada?Pilihan: Bila?

    Apakah yang anda cari? Apakah yang anda mahu capai di sini, sebenarnya? Jika cabaran anda telah disingkirkan, apakah bentuk yang akan

    kelihatan?

    2 PENEMUAN

    Secara ringkas, apakah yang telah berlaku? Bagaimanakah anda menangani ini? Apakah yang telah anda cuba setakat ini? Apakah keputusannya? Apakah halangan pada perasaan anda? Apakah matlamat masih realistik? Bagaimanakah ianya penting kepada anda? Orang lain? Bolehkah kita berbuat demikian dalam masa yang disediakan? Jadi apakah yang berlaku sejak pertemuan kita? Bagaimanakah ia mempengaruhi anda? Beritahu saya lebih lanjut. Apakah yang anda fikir boleh berlaku di sana? Jika anda mempunyai pilihan, apakah yang anda mungkin lakukan? Bagaimanakah anda boleh melakukan lebih daripada apa yang

    sesuai dengan anda?

    Apakah yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan ini? Jika anda berada dalam situasi orang lain, apakah yang anda

    mungkin lakukan?

    Jika anda menonton perbualan ini, apakah yang anda akansyorkan?

    Adakah anda ingin cadangan daripada saya? Adakah kepentingan idea ini cukup untuk anda meneroka lebihlanjut? Jika anda melakukan ini, bagaimanakah anda boleh melaksanakan

    perkara ini?

    2 PENEMUAN2a Menemukan Punca Sebab

    Apakah yang menyebabkan anda berkata demikian? Apakah yang anda perlu daripada mereka? Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti apakah yang mereka

    mahu daripada anda?

    Apakah bahagian anda dalam ini? Bagaimanakah anda boleh tambah baik hubungan?Mendefinisi semula isu

    Sekarang anda telah lihat yang anda sebahagian daripada ini,bagaimanakah anda boleh menyatakan semula apa yang anda

    cuba lakukan?

    Apakah yang anda fikir sebenarnya berlaku di sini?

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    17/27

    17

    Apakah lagi yang boleh menyumbang kepada ini? Sekarang anda telah menemukan punca sebab, kembali semula

    dan mentakrifkan semula apa yang anda lihat sebagai isu sebenar.

    Apakah yang anda lihat sekarang merupakan yang anda tidak lihatsebelum ini?

    2 PENEMUAN2b Meneroka Alternatif

    Memastikan fokus terhadap coachee menyelesaikan isu, bukan anda

    menyelesaikan masalah:

    Jika anda akan memberi nasihat kepada seseorang dalam situasi ini,apakah akan terjadi?

    Apakah yang akan anda beritahu seseorang menurut pandangananda jika ia bertanya anda bagaimana untuk menyelesaikan

    masalah ini?

    Adakah anda mempunyai sebarang pengalaman yang samadengan ini yang anda boleh kaitkan? Apakah yang akan anda lakukan jika anda tidakmengetahui

    jawapannya?

    Apakah yang akan rakan baik anda beritahu, untukanda lakukan?Memastikan coachee tidak tersangkut dalam menyelesaikan masalah:

    Apakah idea atau penyelesaian yang anda sudah fikirkan? Apakah pilihan yang anda ada. Kongsi dengan saya sekurang-kurangnya tiga penyelesaian yang

    mungkin.

    Apakah anjakan dalam pemikiran yang anda perlu buat? Apakah maklumat yang anda perlu dapatkan bagi bergerak ke

    hadapan? Siapakah / Apakah sumber anda? Apakah yang akan anda cuba jika ianya tidak ada peraturan?

    3 TINDAKAN

    Apakah dan bilakah langkah seterusnya? Bagaimanakah anda akan laksanakan tentang perkara ini? Apakah yang mungkin ditempuhi semasa melaksanakannya? Bagaimanakah anda boleh mengatasi masalah itu? Bagaimanakah anda akan tahu bahawa anda berada di landasan

    yang betul untuk kejayaan?

    Bagaimanakah saya boleh membantu anda dalam bergerak kehadapan?

    Adakah kepentingan pilihan ini cukup untuk anda mengambiltindakan?

    Bagaimanakah anda boleh memastikan kemajuan anda berada dilandasan yang betul?

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    18/27

    18

    3 TINDAKAN3a Mencipta Pelan Tindakan

    Apakah perkara pertama anda boleh lakukan untuk menjadikanrancangan kepada tindakan?

    Secara spesifik, apakah yang anda mahu lakukan untukmenyempurnakannya?

    Bagaimanakah anda mahu mulakan? Beritahu saya rancangan anda.

    3 TINDAKAN3b Menghapuskan Sekatan dan Halangan

    Adakah perkara lain anda perlu pertimbangkan? Bunyinya anda komited dengan rancangan anda. Apakah yang

    boleh menganggu anda melaksanakannya?

    Apakah yang boleh anda lakukan bagi memastikan rancangantindakan anda akan berjaya?

    Bagaimanakah anda boleh memastikan bahawa akibatnya adalahminimum? Apakah yang boleh anda gantikan sebagai rancangan gantian?

    Apakah sekatan anda jangkakan yang anda harus fikir tentangnyasekarang?

    Apakah halangan yang anda hadapi? Bagaimanakah andamengatasinya?

    Adakah perkara lain yang anda belum fikirkan?

    3 TINDAKAN3c Menggulung

    Rumuskan dalam satu atau dua ayat apa yang boleh anda bawadari hari ini.

    Saya tahu kita ada hanya satu atau dua minit; dalam masa yangada kongsi dengan saya pembelajaran penting dari hari ini.

    Ambil masa untuk menerangkan atau menekankan apa yangdipelajari hari ini.

    Gulungkan apa yang kita setujui bersama.Penghargaan daripada coach

    Saya tahu ianya tidaklah mudah untuk anda untuk membongkarsebab prestasi pasukan yang teruk suku tahun ini. Anda telah lakukan

    kerja menganalisis dengan berhati-hati. Berdasarkan penerangan

    anda saya melihat sekarang yang pasukan anda telah menunjukkan

    semangat dengan apa yang dibuat. Anda benar-benar menghayati dan memahami apa yang unitanda kerjakan. Kumpulan anda dianggotai oleh generasi yang

    berbeza dan anda dengan jelas mampu mengendalikan semua

    perkara yang membuat mereka serabut.

    Anda telah tunjukkan yang anda ada mahir memimpin projek kajianberikutnya dan saya tahu anda sebenarnya ada pengetahuan

    bagaimana untuk merekabentuk kajian berbanding dengan mereka

    yang lain. Saya berasa gembira untuk mengetahui yang anda

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    19/27

    19

    berminat dengan peranan ini.

    Saya tahu yang perbualan ini agak sukar buat anda. Anda sangatterbuka dan berterus terang dalam menggambarkan bagaimana

    anda berhadapan dengan kesulitan ini. Saya yakin anda boleh

    menyelesaikan masalah dan menghalang ianya daripada belaku

    semula.

    Ianya sentiasa jelas buat saya yang anda sentiasa ingin memastikansemua orang seronok. Cadangan anda untuk berjumpa setiap

    minggu bersama mereka adalah langkah terbaik.

    Penutup

    KEMAHIRAN COACHING:

    CONTOH SOALAN-SOALAN COACHING

    A MENCABAR

    A MENCABARA1 Gerak Hati (Intituisi)

    Daripada semua perkara yang anda katakan, nampaknya andabenar-benartertekan? / memaksa diri? .

    Kita bercakap tentang masalah yang anda hadapi dalam suasanabaru, tetapi nampaknya apa yang bermain difikiran, anda kecewa

    tentang tidak menerima bonus yang anda jangkakan. Adakah anda

    ambil sedikiti masa untuk berbincang tentangnya.

    Apakah yang anda dapat daripada ini? Apakah yang anda elakkan atau abaikan?

    A MENCABARA2 Permintaan

    [Jika coachee menghadapi konflik personaliti dengan rakan]Bagaimana kalau tuan bawa pegawai berkenaan untuk makan

    tengahari.

    [Jika coachee berhasrat menjadi pengurus projek tetapi belummencuba dengan pengurusan projek yang kompleks] Apa kata, tuan

    ambil projek kecil dan ringkas terlebih dahulu bagi menguji kemahiran

    dan keupayaan.

    A MENCABARA3 Menyemak Realiti

    Anda terus memberitahu saya yang anda mempercayai staf anda.Adakah anda menyedari yang setiap perkara yang anda lakukan

    adalah pengurusan mikro, menunjukkan anda benar-benar tidak

    percayakan mereka.

    Anda begitu berdaya saing. Anda sendiri bersaing denganpembantu anda.

    Staf anda begitu bergantung dengan kelulusan anda, andamelumpuhkan mereka.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    20/27

    20

    Tidak mengejutkan yang anda tidak memberi ganjaran danmengiktiraf staf anda, selagi anda sendiri tidak memerlukan

    pengiktirafan.

    Terlalu banyaktanggungjawab yang yang anda ambil untukkejayaan pasukan anda, yang sebenarnya lebih banyak

    mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

    Anda cuba menyelamatkan setiap orang daripada berperasaantidak selesa untuk berubah.

    Kelihatannya anda memainkan peranan ibu kepada staf andadaripada sebagai pemimpin.

    Anda beroperasi kerana takut. Kelihatannya anda lebih mementingkan usaha untuk mendapatkan

    kelulusan ketua anda daripada mengurus pasukan anda.

    B MENDENGAR

    B MENDENGARB1 Bagaimana Mendengar

    Coach menunjukkan kehadirannya dan fokus kepada coachee. Coach menunjukkan hormat dalam dialog lisan dan bukan lisan. Coach membiarkan coachee tahu yang ia mendengar dan

    memahami.

    Coach tidak melakukan tugas yang pelbagai (memerhati telefondsb.)

    Coach tidak membuat andaian.

    B MENDENGARB2 Bercerita

    Beritahu saya dengan lebih lanjut. Apakah yang boleh anda kongsi? Apakah yang menghalang anda daripada sampai kepada

    matlamat anda untuk mencapai apa yang ideal bagi anda.

    Apakah yang berlaku? Saya suka untuk mendengar lebih tentang perkara berkenaan. Saya ingin untuk mendengar apa yang anda fikirkan. Bagaimanakah impaknya kepada anda? Apakah yang membimbangkan anda? Kedengarannya seperti anda sedikit tidak selesa. Beritahu saya

    dengan lebih lanjut.

    Bagaimanakah anda rasa tentang itu? Apakah yang anda usahakan? Adakah sesuatu yang anda ingin kongsi? Sila, teruskan Kedengarannya menarik. Hmmm kedengaran seperti cerita, disebutkan di sana. Wow! Kedengaran seperti cerita yang hebat. Saya suka untuk

    mendengarnya.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    21/27

    21

    C MENGGALAKKAN

    C MENGGALAKKANC1Mengesahkan Perasaan dan Emosi

    Anda katakan anda marah. Apakah yang membuatkan andasangat marah?

    Anda kata mengharapkan; apakah yang anda maksudkandengan kata-kata tersebut?

    Kekecewaan anda datang daripada suara yang lantang dan jelas.Apakah yang anda fikirkan sebenarnya?

    Kedengarannya anda optimistik dan bertenaga. Adakah perkaralain yang anda mahu kongsi?

    Apakah yang anda bimbang? Apakah yang akan anda lakukan jika anda tidak bimbang? Apakah yang menghalang anda daripada mampu ? Apakah yang menghalang anda daripada memperoleh apa yang

    anda mahu?

    Boleh saya katakan ini benar-benar menganggu anda. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya boleh katakan ianya sukar. Anda kelihatan sudah bertenaga semula.

    C MENGGALAKKANC2 Meraikan

    Keupayaan anda untuk melibatkan yang lain adalah bagus. Iamemberi impak yang besar hari ini kerana anda membuatkan setiap

    orang berasa didengari.

    Input anda dalam mesyuarat hari ini adalah amat bernilai bagimenyelesaikan masalah kita.

    Mari ambil sedikit masa untuk berbincang bagaimana kejayaananda berdasarkan strategi komunikasi memberi impak kepadamatlamat anda.

    D BERTANYA

    D BERTANYAD1 Soalan Apa dan Bagaimana

    Apakah yang telah anda cuba?

    Apakah yang anda mahu dari mereka?

    Bagaimanakah anda tahu?

    Apakah yang ideal?

    Bagaimanakah anda boleh pastikan ianya berlaku?

    D BERTANYAD2 Pernyataan Berkesan dan Respons Lisan

    Beritahu saya dengan lebih lanjut tentang perkara berkenaan.

    Benar.

    Marilah kita dengarapa yang terbaru.

    Saya mendapat laporan yang bercanggah.

    Kedengarannya seperi sebuah cerita.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    22/27

    22

    Saya mendengar.

    Teruskan.

    Sila sambung.

    Uh huh.

    mmmm.

    Saya nampak.

    Okay. Ya.

    Benar.

    Saya faham.

    Ya, saya ikuti.

    Oh ya, saya lihat kemana anda pergi.

    TAMBAHAN

    Komitmen: Membantu seseorang mempengaruhi hasil mereka sendiri

    Bagaimanakah anda harus dilakukan bagi menyelesaikan isu ini? Apakah perkara yang anda telah cuba setakat ini? Bagaimanakah anda boleh mempengaruhi yang ini? Apakah yang berada dalam kawalan anda? Apakah sumber yang anda kenal pasti yang boleh membantu? Komitmen: Membantu seseorang berasa dihargai

    Terima kasih kerana meletakkan usaha menangani masalah ini.Ianya menjimat masa pasukan.

    Idea anda dikagumi dan harus membantu anda capai ke manatujuan anda.

    Saya tahu tidak mudah untuk melihat dengan masalah yangdihadapi pasukan anda dan saya menghargai anda sangat berterusterang dalam memperkatakan tentang ini.

    Bias: Tidak harus digunakan

    Ia mesti telah menjadi budaya. Anda terlalu muda Saya tidak suka mereka yang sentiasa lewat. Pernahkan anda berfikir untuk mengubah gaya rambut anda atau

    pakaian bagi menjadikannya lebih baik?

    Yang lain daripada kita mula bekerja awal dan balik lewat; Apakahmasalah anda?

    Bias: Boleh gunakan

    Bantu saya memahami perspektif anda tentang ini. Pendapat saya bukanlah persoalannya; apa yang penting adalah

    tentang anda. Bagaimana perasaan anda tentang keputusan yang

    dibuat?

    Tolong beritahu saya apa yang anda fikirkan. Saya ada idea, tetapi saya mahu dengar daripada anda.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    23/27

    23

    Kualiti Perbualan Coaching

    Coach mempunyai kelebihan dari sudut:

    1. Memperjelaskan dan mengekalkan skop perbincangan.2. Menepati janji temu.3. Membenarkan coachee menetapkan agenda sesi.4. Menyediakan struktur sesi bila diperlukan.5. Berkongsi pengalaman dan saranan sebagai pilihan dan bukan

    sebagai arahan.

    6. Membina hubungan baik (rapport) dengan coachee.7. Berkomunikasi secara terbuka dengan coachee.8. Menggunakan soalan yang dapat membantu coachee

    mendalami isu.

    9. Menjadi pendengar setia yang peka dan aktif dalam memberikanmaklum balas.

    10.Memaparkan simpati dan empati terhadap coachee.11.Memberikan maklum balas jelas dan ringkas yang membantu

    membina keyakinan coachee.12.Memahami dan menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran

    dan keperluan coachee dalam interaksi.

    13.Membantu coachee melihat pelbagai kemungkinan dan pilihandari skop yang lebih luas.

    14.Memastikan coachee sedar bahawa segala tindakan danpencapaian sebagai tanggungjawab coachee sendiri.

    15.Mempamerkan komitmen dan kepercayaan sebenar kepadacoachee dan pembangunan diri coachee.

    16.Berani mencabar andaian, pertimbangan dan batasan pemikirancoachee apabila diperlukan.

    17.Menilai semula tindakan dan komitmen sesi terdahulu.18.Telus dan jelas dalam penggunaan segala peralatan, radas (tools)

    mereka.

    19.Membantu membangun keupayaan coaching untuk diricoachee dan orang lain.

    20.Mengendali emosi coachee secara bukan sensitif dan dramatik(atau boleh menimbulkan kesan pada jiwa, sama ada suka, sedih,

    marah dsb.)

    Hasil daripada proses coaching, tempoh semasa dan selepas coaching.

    1. Coachee telah berjaya mencapai kejayaan dan keputusantertentu yang signifikan.

    2. Tingkah laku coachee berubah dan telah mengambil tindakan-tindakan baru.

    3. Coachee lebih jelas dengan keperluan, keutamaan, motivasi,matlamat dan objektif diri dan organisasi.

    4. Keyakinan dan kesedaran diri coachee meningkat.5. Coachee lebih sedar tentang impak coachee kepada orang lain.6. Kebolehan kepimpinan coachee meningkat.7. Kebolehan coachee berhubung dengan pihak lain meningkat.

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    24/27

    24

    PANDUAN MENGENDALIKAN SESI COACHING

    Nota untuk Coach

    Guna borang ini sebagai panduan anda mengendalikan perbualan coaching dan catat nota.

    Nama (Coachee): Coach: Tarikh:

    Anjak kepada Peranan Coach!

    Mode

    lCoaching

    PENGLIBATAN

    Tujuan dan Harapan

    Coachee menerima pemilikan

    Mengenalpasti Jurang

    PENEMUAN

    Punca sebab (isu utama)

    Idea dan penyelesaian Coachee

    TINDAKAN

    Pelan tindakan Coachee

    Perbincangan halangan / rintangan

    Menggulung

    Pelan tindakan susulan

    Kema

    hiran

    Coac

    hing

    MENCABAR

    PermintaanSemak Realiti

    MENDENGAR

    BerceritaBerdiam Diri

    MENGGALAKKAN

    MengesahMerai

    BERTANYA

    Soalan CoachingPernyataan Berkesan

    MEMPERHALUSI

    Dua-PerkataanMetafor

    Notauntuk

    PertemuanBerikut

    Peringatan bertanya sesuatu sepanjang sesi berikut:

    Bidang utama Coachee bekerja:

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    25/27

    25

    PELAN TINDAKAN SEKOLAH - Coachee

    Matlamat? Tindakan. (Apakah yang perludilakukan untuk mencapai

    matlamat?)

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    Jangka masa (untuk pelaksanaansetiap tindakan)

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    Siapa yang harus bertanggungjawabuntuk memastikan matlamat tersebut

    dicapai?

    Justifikasi: Mengapakah matlamat ini? Siapa lagi yang perlu terlibat?

    Apa yang telah dilakukan atausedang dilakukan untuk menangani

    masalah atau mencapai matlamat?

    Apakah maklumat yang diperlukanuntuk mencapai matlamat? Apakah sumber yang diperlukan untukmencapai matlamat? Apakah halangan yang mungkinmengganggu dengan kejayaan

    pencapaian matlamat ini?

    Apakah ukuran kejayaan dalam mencapai matlamat yang diingini?

    (Sumber: Institut Aminuddin Baki, 20102013)

    KOD

    SEKOLAH

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    26/27

    26

    BAHAN RUJUKAN

    Coaching

    Cindy, C., Zehnder, A. & Kinlaw, D. (2008). Coaching for Commitment,

    Third Edition. San Francisco: Pfeiffer

    Crane, T.G. (2012). The Heart of CoachingFourth Edition. California: FTA

    Press

    Cox, E., Bachkirova, T. & Clutterbuck, D. (2010). The Complete Handbook

    of Coaching. California: Sage Publications Inc.

    Hargrove, R. (2008).Masterful CoachingThird Edition. USA: Jossey-Bass

    Reiss, K. (2007). Leadership Coaching for Educators. California: Corwun

    Press

    Vickers, A. & Bavister, S. (2010). Confident Coaching. Great Britain: Hodder

    & Stoughton

    Mentoring

    Allen, T.D., Finkelstein, L.M. & Poteet, M.L. (2009). Designing Workplace

    Mentoring Programs. US: Blackwell Publishing

    Stoddard, D.A. (2003). The Heart of Mentoring. USA:NavPress

    Zachary, L.J. (2005). Creating A Mentoring Culture. USA: Jossey-Bass

    Zachary, L.J. (2012). The Mentors Guide Second Edition. USA: Jossey-Bass

    Zachary, L.J. (2009). The Mentees Guide. USA: Jossey-Bass

  • 7/29/2019 ARA Coaching Nota Recsam JU KBAT Sains

    27/27

    TERIMA KASIH.Ketua Jabatan

    Jabatan Mentoring & Coaching

    Institut Aminuddin BakiGenting Highlands

    NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); Diploma Pendidikan (UTM),

    Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM)

    Kursus Leadership Coaching & Mentoring (IAB); Certificate

    Programme on Coaching & Mentoring (The University of Waikato);

    sedang mengikuti Certificate in Coaching Practice Programme

    (UMCCEd)

    Pengalaman Mengajar & Mentadbir 1990 Mula mengajar, SMK Kuala Krau19921999 PK Kokurikulum SMK Kuala Krau

    PK HEM, SMK Kuala KrauGKMP T & V, SMK Kuala Krau19992000 Cuti Belajar2001 PK Petang, SMK Mentakab 20022009 Memangku Pengetua & Care Taker, SBPI Temerloh

    PK, SBPI Temerloh

    2009 PK, SMK Datuk Bahaman2009Sekarang Pensyarah Kanan, IAB

    Ketua Jabatan JMC, IAB

    Bidang Latihan di

    IABCoaching &

    MentoringPerancangan

    Strategik019947 4045

    abdulrazakal@iab.

    edu.my