soalan b

2
SOALAN-SOALAN BAHAGIAN B Karangan Tidak Berformat 1. Kamu telah menghadiri suatu majlis perkahwinan. Tulis pengalaman kamu semasa menghadiri majlis tersebut. 2. Bersukan memberikan banyak faedah kepada kita. Tulis faedah- faedah bersukan. 3. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah. Sejak peristiwa itu, aku menyesal. Aku tidak akan ponteng sekolah lagi . 4. Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba... Mulakan cerita kamu dengan: Tiba-tiba... 5. Sekolah yang bersih dan ceria menjamin keselesaan untuk murid-murid belajar. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjadikan sekolah kamu bersih dan ceria. 6. Kamu telah menyaksikan satu pesta. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang pesta itu. 7. Sekolah kamu telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan. Ceritakan suasana semasa majlis itu dijalankan. 8. Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab. Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu. 9. Kamu pernah mengalami peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut. 10. Semua murid mempunyai impian menjadi pelajar cemerlang. Tuliskan langkah-langkah yang akan kamu ambil untuk mencapai impian itu.

Upload: mohd-syazwan-abdullah

Post on 11-Aug-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN b

SOALAN-SOALAN BAHAGIAN B

Karangan Tidak Berformat

1. Kamu telah menghadiri suatu majlis perkahwinan. Tulis pengalaman kamu semasa menghadiri majlis tersebut.

2. Bersukan memberikan banyak faedah kepada kita. Tulis faedah-faedah bersukan.

3. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.

Sejak peristiwa itu, aku menyesal. Aku tidak akan ponteng sekolah lagi.

4. Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan cerita kamu dengan:

Tiba-tiba...

5. Sekolah yang bersih dan ceria menjamin keselesaan untuk murid-murid belajar. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjadikan sekolah kamu bersih dan ceria.

6. Kamu telah menyaksikan satu pesta. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang pesta itu.

7. Sekolah kamu telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan. Ceritakan suasana semasa majlis itu dijalankan.

8. Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab. Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu.

9. Kamu pernah mengalami peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.

10. Semua murid mempunyai impian menjadi pelajar cemerlang. Tuliskan langkah-langkah yang akan kamu ambil untuk mencapai impian itu.

Page 2: SOALAN b

Karangan Berformat

1. Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah menyertai program motivasi yang diadakan di sekolah. Tuliskan catatan tentang pengalaman kamu mengikuti program tersebut.

2. Surat khabar merupakan alat media cetak yang sangat popular. Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Membaca Surat Khabar”.

3. Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan itu ialah “Kebaikan Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

4. Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya. Tulis perbualan kamu itu.

5. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tulis catatan kamu tentang lawatan tersebut.

6. Kamu telah berbual-bual dengan seorang rakan kamu. Perkara yang dibualkan ialah tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekolah. Tulis perbualan itu selengkapnya.

7. Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan bagi murid-murid tahun enam. Selaku ketua murid, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan kamu selengkapnya.

8. Rakan kamu telah dipilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang. Kamu telah ditugaskan untuk menemu ramah rakan kamu itu tentang kejayaannya. Tulis temu ramah kamu selengkapnya.