soalan 3b

6
b) Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling, mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran yang perlu di dalam proses menolong. Dia antara kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran melayan, kemahiran mendengar, dan akhir sekali kemahiran memberi respond. Kemahiran melayan adalah kemahiran yang digunakan pada prasesi oleh kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina hubungan mesra dengan murid. Ia juga bermaksud kaunselor memberikan perhatian kepada setiap perkara yang dilakukan atau yang dikatakan oleh klien. Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan. Misalnya, kaunselor boleh menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan kata-kata berikut, “selamat datang dan saya berasa gembira. Bolehlah saudari berkongsi masalah dengan cikgu dan kita sama-sama mencari ikhtiar untuk menyelesaikannya. Silakan”. Dengan mendengar secara aktif, kaunselor akan dapt menggalakkan murid tersebut terus bercerita dengan selesa dan tenang. Menurut Mohammad Aziz Shah Et Al. (2009), Ivey Dan Ivey (1999) menyatakan bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau permasalahan mereka. Manakala Covey (2001) menyatakan perbuatan melayan melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan minima dan mendengar. Kontak mata memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial, kaunselor memandang murid mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Kaunselor boleh menduga perasaan murid dengan memerhati mata murid. Akan tetapi, kebarangkalian kontak mata mesti bersesuaian untuk mengelakkan ketidakselesaan murid. Contohnya, bagi budaya orang muslim, apabila bercakap dengan klien yang berlawanan jantina,

Upload: diana-murad

Post on 28-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 3b

b) Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi

melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang

demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling, mereka

perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran yang perlu di dalam proses

menolong. Dia antara kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti

kemahiran melayan, kemahiran mendengar, dan akhir sekali kemahiran memberi

respond.

Kemahiran melayan adalah kemahiran yang digunakan pada prasesi oleh

kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina hubungan

mesra dengan murid. Ia juga bermaksud kaunselor memberikan perhatian kepada

setiap perkara yang dilakukan atau yang dikatakan oleh klien. Hubungan baik

hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual

kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan.

Misalnya, kaunselor boleh menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan kata-

kata berikut, “selamat datang dan saya berasa gembira. Bolehlah saudari berkongsi

masalah dengan cikgu dan kita sama-sama mencari ikhtiar untuk menyelesaikannya.

Silakan”. Dengan mendengar secara aktif, kaunselor akan dapt menggalakkan murid

tersebut terus bercerita dengan selesa dan tenang.

Menurut Mohammad Aziz Shah Et Al. (2009), Ivey Dan Ivey (1999) menyatakan

bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau

permasalahan mereka. Manakala Covey (2001) menyatakan perbuatan melayan

melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan,

kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan

minima dan mendengar.

Kontak mata memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial, kaunselor

memandang murid mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Kaunselor boleh

menduga perasaan murid dengan memerhati mata murid. Akan tetapi,

kebarangkalian kontak mata mesti bersesuaian untuk mengelakkan ketidakselesaan

murid. Contohnya, bagi budaya orang muslim, apabila bercakap dengan klien yang

berlawanan jantina, kaunselor mesti elakkan dari kontak mata yang terus dengan

murid tersebut.

Nada suara (tinggi atau rendah;lembut atau keras) dan kelajuan percakapan

(cepat atau lambat) kaunselor adalah selesa dan mengikut kesesuaian situasi.

Page 2: soalan 3b

Melalui bahasa badan, klien dapat mengetahui dan memahami bahawa kaunselor

berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas. Ia dapat dilakukan

melalui cara kedudukan, riak wajah, gerakan badan dan sebagainya. Misalnya,

kaunselor akan condongkan badan ke hadapan sedikit untuk mendengar apa yang

diperkatakan oleh murid sebagai tanda memberi perhatian kepada murid.

Kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang

diingininya. Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya klien mempunyai

klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau klien yang tidak berfokus

dalam penceritaannya. Ia bertujuan mengelakkan klien lari daripada topik

perbincangan atau permasalahan utama. Kaunselor memperlihatkan kesungguhan

dan keikhlasan menolong melalui kontak mata, mimik muka dan senyuman. Tahap

tenaga kaunselor adalah tahap mood atau semangat kaunselor dalam sesi

kaunseling. Hal ini dapat ditunjukkan melalui gaya duduk, berjalan, nada suara dan

air muka. Misalnya kaunselor yang kelihatan keletihan akan menimbulkan keraguan

klien.

Kedudukan dan jarak yang sesuai adalah antara tiga hingga empat inchi dan

perlu disesuaikan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur,budaya dan lain-

lain. Terbahagi kepada verbal dan non verbal. Dorongan minima verbal adalah diberi

secara lisan manakala non verbal melibatkan bahasa badan. Contoh dorongan

minima verbal seperti perkataan ‘teruskan’, berkata ‘ya’, dan sebagainya. Bagi

dorongan minima non verbal pula seperti anggukkan kepala.

Kaunselor juga boleh melayan secara selektif dimana kaunselor membuat

pilihan untuk memberikan perhatian yang kursus kepada elemen tertentu tentang

apa yang diperkatakan oleh murid tersebut.

Dalam kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi

penerangan kepada murid supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor

mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan

menunjukkan kemesraan kepada klien. Dibawah kemahiran membina perhubungan

ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling,

suasa teraputik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak

mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam

kaunseling.

Kesemua kemahiran-kemahiran ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan

ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Page 3: soalan 3b

Bagi membina suasana persekitaran selalunya berlangsung selama tiga

puluh minit atau lebih sedikit sementara tajuk yang dibincangkan mungkin serius,

maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu

digunakan supaya tidak menyakitkan pinggang atau bergiyang sehinga bleh

menghilangkan tumpuan terhadap sesi yang dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu

panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak

menyakitkan mata klien dan kaunselor.

Sesi kaunseling memerlukan suasana teraputik iaitu suasana yang aman

tanpa gangguan yang boleh membuatkan perasaan dan idea-idea terasa terancam.

Oleh itu, suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi

kaunseling berjalan dengan baik dan lancar. Dalam kaunseling, kemahiran

mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan

dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah

memahami beberapa petunjuk berhubung masalah ruang ini seperti peraturan

agama, perbezaan jantina, umur, budaya, latar belakang etnik dan isu yang

dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara kaunselor dan klien

haruslah tidak terlalu hamper atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan

interaksi kedua-dua pihak.

Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan

yang bakal terjalin di antara kaunselor dank lien. Sebagai contoh, kaunselor dank

lien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan yang luar biasa

pula boleh mengganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian dengan pakaian

yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau badan busuk atau bau

minyak wangi yang terlalu kuan dan meransangkan.

Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia

menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi

muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama

dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut

tersenyum tapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan sebagai

ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.

Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah

kemahiran menyoal. Menyoal disini bermaksud keupayaan kaunselor untuk

mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien

Page 4: soalan 3b

terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang

dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu

proses bimbingan yang sedang berlangsung. Kemahiran menyoal ini dapat

dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.

Soalan terbuka mestilah bentuk soalan yang dikemukakan kepada klien yang

memerlukan penerangan atau penjelasan yang panjang. Memberi banyak ruang

kepada klien untuk terus bercakap contohnya “bagaimanakah suasana itu berlaku?”

Ataupun “cuba anda terangkan apakah tindakan yang harus anda lakukan?” Manakala

soalan tertutup pula berbentuk soalan langsung yang memerlukan jawapan

pengesahan secara ringkas, iaitu “ya atau tidak”. Ruang untuk terus bercakap

terhad. Sebagai contoh “siapakah yang melakukannya?” Ataupun “sanggupkah anda

menceritakan peristiwa sebenar, apa sebenarnya yang berlaku?”

Kemahiran yang seterusnya merupakan satu kemahiran yang paling asas dan

penting dalam tahap membina hubungan semasa sesi kaunseling iaitu kemahiran

mendengar. Menurut Mohammad Aziz Shah Et Al. (2009), Muhd Mansur Dan Siti

Nordinar (1993) menyatakan kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak

masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata-kata. Kaunselor

menumpukan sepenuhnya perhatian kepada klien. Selain itu, pemahaman yang

tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Terdapat

tiga jenis cara mendengar yang dapat digunakan oleh kaunselor iaitu mendengar isi,

mendengar perasaan serta mendengar makna atau pengalaman. Mendengar isi

iaitu mencari pokok persoalan utama dan menyatakan semula persoalan yang

diutarakan oleh klien. Manakala mendengar perasaan pula bertujuan mencari erti

dan makna perasaan dan membantu klien melihat perasaannya. Akhir sekali,

mendengar makna atau pengalaman  bertujuan mengetahui isi,perasaan dan makna

pengalaman dan memahami ruang rujukan klien. Oleh itu dikatakan bahawa proses

mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor.

Walaubagaimanapun, sebagai kaunselor juga perlu memahami perasaan

yang dialami murid tersebut pada suatu situasi. Kemahiran mendengar juga

membantu kaunselor memahami luahan dalaman murid berbentuk perasaan,

pandangan dan pemikiran. Jadi, seseorang kaunselor perlu menjadi seorang

pendengar yang aktif, maka kaunselor boleh memahami serta menyatakan semula

kepada klien bahawa dia sedang mendengar dan memberi respon yang tepat.

Page 5: soalan 3b

Tambahan pula, mendengar dengan aktif juga menggalakkan klien menceritakan

permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Justeru, kaunselor perlu mengamalkan

kemahiran mendengar dari semasa ke semasa sepanjang sesi kaunseling supaya

dia mampu memahami masalah klien dengan jelas.

Secara dasarnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak

mudah kerana ia memerlukankemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus

mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong

klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasi

tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti

menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan

dan kepercayaan terhadap kaunselor.