manikayu 3b pm

25

Click here to load reader

Upload: hj-ibrahim

Post on 08-Jun-2015

1.704 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manikayu 3b PM

JENIS KURSUS : MANKAYU 111 BHG 11

Unit : Semua Unit ( PKK, PM , PR)

SESSI : 1

1. TAJUK : DEWASA DALAM PENGAKAP

2. MASA : 60 MINIT

3. OBJEKTIF ;

Selepas sessi ni para pesetra kursus akan dapat 3.1. mengetahui dasar polisi sumber dewasa dunia dan konsep dewasa dalam

kepengakapan.3.2. mengetahui penggunaan manusia dan kebendaan dalam proses

pengembangan ahli dewasa.3.3. memahami ujudnya peningkatan kendiri dalam jawatan dan pengiktirafan

tugas-tugas yang pelbagai.3.4. Melaksanakan tugas sebagai pemimpin .3.5. alam membantu muda remaja dalam kepengakapan.

4. KAEDAH PENYAMPAIAN:

4.1. Ceramah4.2. Perbincangan terbuka.

5.0 NILAI-NILAI MURNI

5.1. Dadikasi5.2. Bekerjasama5.3. Sukarela5.4. Ikhlas

6.0. BAHAN-BAHAN / PERALATAN

6.1 . Gambar 6.2 . Model Kejayaan Pemimpin6.3 . Power Point6.4 . Contoh pengiktirafan.

6. PENYAMPAIAN PENGAJARAN :

Lanngkah 1 : melatih pemimpin berkomunikasi yang efektif.Langkah 2 : mengadakan model inspirasi dan galakan.

Langkah 3. memberi sokongan ,kaunseling dan nasihat.

Page 2: Manikayu 3b PM

Langkah 5 memudahkan penyediaan program dan aktiviti.

Langkah 6. memberi petunjuk –petunjuk mendapatkan dana.

Langkah 7. menggalakan lebih inovatif ,kreatif dalam menguruskan program yang Dirancang.

Page 3: Manikayu 3b PM

UNIT : PM

BILANGAN SESI : 2

1. TAJUK SESI : UJIAN LENCANA KEMAJUAN : MAJU

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin Pengakap Muda 4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;- Menyenaraikan kemahiran-kemahiran Lencana Maju- Melakukan amali kemahiran-kemahiran Lencana Maju- Melaksanakan prosedur yang betul kemahiran-kemahiran Lencana Maju

5. KAEDAH

5.1 Syarahan 5.2 Demontrasi 5.3 Sumbang saran

5.4 Sistem berpengkalan5.5 Tunjuk ajar5.6 Amali

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Sikap tolong menolong6.2 Berani6.3 Sabar dan tenang6.4 Menambah keyakinan diri

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin serta komputer 7.2 Tongkat pengakap 7.3 Papan putih

7.4 Kertas Sebak / Kertas Manila Kad7.5 Stapler dan paku tekan7.6 Tali7.7 Kain anduh / Skaf7.8 Buku Log7.9 Gambar-gambar

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 Langkah 1 - Terangkan apa yang terkandung dalam skema pengujian yang terdapat ujian Lencana Maju yang dibahagikan dalam 5 bahagian.

8.2 Langkah 2 ( Kesetiaan / Cita-cita Pengakap)

Page 4: Manikayu 3b PM

- Terangkan apa yang terkandung dalam bahagian kesetiaan / cita-cita pengakap.- Mengetahui struktur pentadbiran Daerah,Negeri dan Pengakap Malaysia- Tahu bendera negeri-negeri dan Malaysia serta nama-nama penting dalam pentadbiran setiap peringkat.- Faham undang-undang Pengakap- Tunjukkan dan terangkan gambar-gambar jika perlu.

8.3 Langkah 3 ( Kecergasan dan Kesegaran Jasmani )- Mengetahui Latihan Asas Perbarisan- Mengetahui Latihan Kawad Tongkat- Mengetahui istiadat mengibar dan menurunkan bendera.- Melakukan aktiviti panjat tali dan pokok

8.4 Langkah 4 ( Kemahiran Pengakap )- Aktiviti yang perlu dilakukan secara berseorangan dan di dalam patrol dan mengandungi berbagai-bagai ujian kemahiran.- Terangkan kegunaan dan cara menjaga memotong dan menebang

serta aspek keselamatan.- Membuat simpulan dan ikatan serta kegunaannya didalam skema

Lencana Maju.- Memasak dan membuat masakan rimba- Menyiapkan satu model projek pionneering- Membuat kajian pada burung,binatang dan pokok tempatan- Lawatan serta sejarah sesuatu tempat.- Malam perkhemahan serta tahu aspek keselamatannya.- Mengetahui teknik,keselamatan ketika berenang.

8.5 Langkah 5 ( Pengembaraan )- Mengetahui penggunaan kompas dan peta- Pengembaraan samada berjalan kaki / berbasikal dengan lapuran

bertulis sejauh 8km.- Melakukan dan mengetahui peralatan abseil dan aspek keselamatan

atau membuat perangkap untuk ikhtiar hidup.

8.6 Langkah 6 ( Perkhidmatan )- Mengetahui asas – asas pertolongan cemas- Mengetahui memberi pertolongan orang yang cedera.- Mengetahui mengetahui cara memanggil polis,bomba dan

sebagainya.- Perlu mengetahui dan tindakan apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran,lemas dan sebagainya.

- Perlu melakukan kerja-kerja sukarela.

8.7 Langkah 7- Peserta membuat refleksi dan jurulatih merumuskan serta membuat

penilaian.

9. Nota lampiran.

Page 5: Manikayu 3b PM

UNIT : PM

BILANGAN SESI : 3

1. TAJUK SESI : UJIAN LENCANA KEMAJUAN : JAYA

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin Pengakap Muda 4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;- Menyenaraikan kemahiran-kemahiran Lencana Jaya- Melakukan amali kemahiran-kemahiran Lencana Jaya- Melaksanakan prosedur yang betul kemahiran-kemahiran Lencana Jaya- Perlu dilakukan berkumpulan

5. KAEDAH

5.1 Syarahan 5.2 Demontrasi 5.3 Sumbang saran

5.4 Sistem berpengkalan5.5 Tunjuk ajar5.6 Amali

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1 Sikap tolong menolong6.2 Berani6.3 Sabar dan tenang6.4 Menambah keyakinan diri

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin serta komputer 7.2 Tongkat pengakap 7.3 Papan putih

7.4 Kertas Sebak / Kertas Manila Kad7.5 Stapler dan paku tekan7.6 Tali7.7 Kain anduh / Skaf7.8 Buku Log7.9 Gambar-gambar

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 Langkah 1

Page 6: Manikayu 3b PM

- Terangkan apa yang terkandung dalam skema pengujian yang terdapat ujian Lencana Maju yang dibahagikan dalam 5 bahagian.

8.2 Langkah 2 ( Kesetiaan / Cita-cita Pengakap)- Terangkan Organisasi Biro Pengakap dunia dab Asia Pasifik- Sejarah tertubuh Malaysia- Jata Kebangsaan dan negeri masing-masing serta fungsi Dewan Undangan Negeri- Terangkan siapa Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya

8.3 Langkah 3 ( Kecergasan dan Kesegaran Jasmani )- Mengetahui Latihan Asas Perbarisan- Mengetahui Latihan Kawad Tongkat- Melakukan aktiviti deadman crawl dan titi komando

8.4 Langkah 4 ( Kepimpinan )- Menjalani kursus Ketua Patrol- Tunjukan kebolehan memimpin dalam pengembaraan,malam pengakap serta mesyuarat ketua patrol.- Cara membawa bendera.

8.5 Langkah 5 ( Kejayaan )- Perlu melakukan satu aktiviti di setiap kategori:-

a. Cabaranb. Amalic. Kesungguhand. Masyarakat

8.6 Langkah 7- Setiap Pengakap dan pemimipin perlu mempunyai buku skema mengikut kategori ujian- Peserta membuat refleksi dan jurulatih merumuskan serta membuat

penilaian.

9. Nota lampiran.

Page 7: Manikayu 3b PM

Unit : Pengakap Muda

Sessi : 6

1. Tajuk : KEMAHIRAN PENGEMBARAAN

2. Masa : 90 Minit

3. Objektif : Pada akhir sesi ini diharapkan peserta dapat;3.1 mengetahui jenis-jenis pengembaraan dalam pengakap3.2 menggunakan kompas dengan cara yang betul3.3 kemahiran membaca peta dan arah bearing3.4 menulis laporan pengembaraan dengan betul3.5 Menambah Pengetahuan sediada

4. Kaedah : 4.1 Tunjukcara4.2 Syarahan4.3 Perbincangan Kumpulan

5. Nilai Murni : 5.1 Kerjasama5.2 Yakin diri5.3 Taat dan patuh kepada peraturan5.4 Seronok dan bertimbangrasa

6. Alat Bantu : 6.1 Carta, peta topo6.2 Kertas Majung6.3 Alat tulis6.4 kompas, gambar-gambar6.5 buku/contoh laporan pengembaraan

7. Penyampaian: 7.1 Langkah 1 ( 5 minit)Jurulatih mempamerkan gambar-gambar pengembaraan pengakap dan beberapa peralatan untuk pengembaraan seperti kompas dan peta kepada peserta kursus

7.2 Langkah 2 ( 15 minit)Jurulatih menerangkan jenis-jenis pengembaraan yang terdapat dalam pengakap;

menyiasat alam semulajadi menyiasat tempat, kawasan dan bahan bersejarah Melakukan kajian geografi dan sosiologi Pengembaraan khusus Pengembaraan Misteri Pengembaraan Survival Permainan Senyap Permainan Luar Permainan Dalam

7.3 Langkah 3 ( minit)Jurulatih menerangkan langkah-langkah persiapan pengembaraan bersama peserta berdasarkan carta aliran yang disediakan

Page 8: Manikayu 3b PM

Persiapan awal Peralatan yang diperlukan Soalan-soalan kaji selidik Bekalan makanan Langkah-langkah keselamatan Pelaporan

7.4 Langkah 4 ( minit)Peserta diminta merangka satu contoh pengembaraan bagi Unit Pengakap Muda berdasarkan panduan berikut;

Sebelum Semasa dan selepas

7.5 Langkah 5 ( 20 minit)Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan secara bergilir-gilir

7.6 Langkah 6 ( 5 minit)Jurulatih membuat rumusan berdasarkan persembahan kumpulan

8. Lampiran 8.1 peta topo/peta perjalanan8.2 senarai alatan8.3 Contoh Buku Log Pengembaraan8.4 Bahan rujukan seperti rajah mataangin, bearing, rujukan

grid,skala/skil, kunci peta dan petunjuk

Unit : Pengakap Muda

Sessi : 9

1. Tajuk : PERKHIDMATAN PENGAKAP – PERTOLONGAN CEMAS

2. Masa : 120 Minit

Page 9: Manikayu 3b PM

3. Objektif : Pada akhir sesi ini diharapkan peserta dapat;3.1 mengetahui kepentingan kemahiran ’bantu mula’ dalam

Pertolongan Cemas3.2 tahu jenis-jenis balutan anduh3.3 tahu dan faham cara tindakan semasa kecemasan termasuk No.

Panggilan polis, bomba dan ambulan3.4 tahu mengguna dan menjaga Peti Pertolongan Cemas3.5 Menambah Pengetahuan sediada

4. Kaedah : 4.1 Tunjukcara4.2 Syarahan4.3 Perbincangan Kumpulan

5. Nilai Murni : 5.1 Kerjasama5.2 Yakin diri5.3 Taat dan patuh kepada peraturan5.4 Seronok dan bertimbangrasa

6. Alat Bantu : 6.1 Peti Pertolongan Cemas serta peralatannya6.2 Gambar dan Carta Jenis-jenis Kain Pembalut dan cara melipat

7. Penyampaian: 7.1 Langkah 1 ( 5 minit)Jurulatih memulakan sesi dengan mempamerkan Peti Pertolongan Cemas kepada peserta dan menyenaraikan peralatan yang terdapat di dalamnya.

7.2 Langkah 2 ( 15 minit)Jurulatih bersoaljawab bersama peserta mengenai kemalangan kecil yang selalu berlaku di sekolah dan cara-cara merawatnya

7.3 Langkah 3 ( 15 minit)Jurulatih mempamerkan gambar/menunjukkan kain pembalutkepada peserta dan membuat tujukcara beberapa contoh kecederaan kecil

7.4 Langkah 4 ( 40 minit)Peserta diminta membuat balutan anduh bersama rakan secara bergilir-gilir dengan bantuan jurulatih.

Bahu Siku Lutut Pinggang Tapak Kaki

7.5 Langkah 5 ( 5 minit)Jurulatih membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh peserta

8. Lampiran 8.1 Senarai Jenis-jenis Kain Pembalut8.2 Senarai alatan di dalam Peti Pertolongan Cemas8.3 Contoh gambarajah Balutan anduh

Page 10: Manikayu 3b PM

UNIT : PKK / PM / PR

BILANGAN SESI : 11

1. TAJUK SESI : ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

2. MASA : 60 minit

3. KUMPULAN SASARAN : Pemimpin PKK / PM / PR

Page 11: Manikayu 3b PM

4. OBJEKTIF

Diakhir sesi peserta dapat ;Mengetahui sejarah anugerah pengakap Malaysia.Mengenali jenis-jenis anugerah dan bintang pengakap Malaysia.Memahami bahawa setiap pemimpin pengakap berpeluang mendapat

anugerah dan bintang pengakap.

5. KAEDAH

5.1Syarahan5.2Perbincangan 5.3Percambahan fikiran

6. NILAI-NILAI MURNI

6.1Menanam sikap bertanggungjawab.6.2Menghargai jasa pemimpin pengakap.6.3Mengiktiraf sumbangan dan jasa ahli pengakap

7. BAHAN-BAHAN/ALAT BANTU

7.1 LCD dan skrin.7.2 Komputer7.3 OHP dan lutsinar7.4 Papan putih.

8. PENYAMPAIAN PENGAJARAN (Langkah-langkah)

8.1 LANGKAH 1 (5 minit) :

Jurulatih bersoaljawab dengan peserta mengenai pengiktirafan yang diberikan oleh pengakap kepada pemimpin pengakap yang berjasa dan memberi sumbangan.

8.2 LANGKAH 2 (20 minit) :

8.2.1 Jurulatih menjelaskan mengenai sejarah anugerah pengakap Malaysia dan bagaimana bermulanya penganugerahan dan cara anugerah ini disampaikan kepada pemimpin pengakap yang terpilih.

8.2.2 Jurulatih menerangkan cara untuk seseorang pemimpin dicalonkan untuk mendapat anugerah dan bintang pengakap

Page 12: Manikayu 3b PM

8.3 LANGKAH 3 (30 minit)

8.3.1 Jurulatih menunjukkan contoh beberapa anugerah dan pingat pengakap, seperti Semangat Padi

8.3.2 Peserta berbincang mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mendapat dan dicalonkan anugerah dan pingat.

8.4 LANGKAH 4 ( 5 minit ) :

Jurulatih membuat rumusan bahawa semua ahli pengakap yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa bakti kepada pengakap akan diberi pengiktirafan dan anugerah.

9. LAMPIRAN.

9.1 Nota edaran pingat dan anugerah pengakap Malaysia.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

TATARACARA PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT KETUA PENGAKAP NEGARA , PERSEKUTUAN PENGAKAP

MALAYSIA

Page 13: Manikayu 3b PM

Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 Pindaan No.143 danNo.409 tahun 1989( sisipan pada Akta ; guna pakai dalam permakluman - 1989 )

RASIONAL

Rasional Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia ;

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa terhadap perkembangan dan pembangunan Kepengakapan secara langsung atau tidak langsung di dalam dan di luar negara. Kecemerlangan Kepengakapan amat bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih, membimbing dan mengasuh setiap ahli Pengakap agar berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan pencapaian dan pembangunan pergerakan Kepengakapan di Malaysia masa kini.

OBJEKTIF

Objektif Pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia :

a. Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin Pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Memberi peluang dan ruang berinteraksi dan maklum balas tentang pencapaian terkini dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

c. Menggalakkan sumbangan yang lebih aktif di kalangan ahli bagi memastikan Persekutuan Pengakap Malaysia mencapai objektif pergerakan berdasarkan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

d. Menjadikan ia contoh tauladan kepada ahli-ahli Pengakap dan pemimpin generasi muda tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh penerima anugerah

TATACARA PENGURNIAAN & PENCALONAN

1. Tatacara pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat adalah sangat terperinci dan memakan masa selama lima bulan, iaitu dari mula calon dicadangkan hingga kepada upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran. Ia bermula pada bulan Disember setiap tahun apabila diminta menyerahkan senarai calon kepada Persekutuan Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat pada AKHIR BULAN Mac tahun depan. Pencalonan disalur melalui proses penapisan oleh Majlis Pengakap Negeri, baharu dimajukan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Page 14: Manikayu 3b PM

2. Ketua Pengakap Negara adalah sumber bagi segala kehormatan dan kebesaran dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau sahaja yang boleh mengurniakan serta mewujudkan Darjah, Pingat Penghormatan dan Kebesaran. Walaupun pengurniaan Darjah Kebesaran adalah hak mutlak Ketua Pengakap Negara. Perlembagaan memperuntukkan Ketua Pengakap Negara merujuk kepada Jawatankuasa Anugerah.

3. Pada awal bulan Mei, senarai nama pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran yang telah ditentukan bagi setiap kategori bersama dengan biodata dan sokongan yang terperinci setiap calon akan dibentangkan terlebih dahulu di mesyuarat Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia. Di sini dipastikan bahawa calon mempunyai kelayakan mengikut Garis Panduan dan kriteria yang telah ditetapkan serta pandangan dan pendapat ahli Jawatankuasa Anugerah mengenai setiap calon yang dikemukakan. Ahli Majlis Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia amat teliti dalam pemprosesan maklumat mengenai setiap calon. Sebarang maklumat yang tidak menepati atau pengecualian akan dibangkitkan kepada Majlis, walaupun hal tersebut mungkin kecil.

4. Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengakap Negara akan bersidang untuk meneliti setiap pencalonan. Di dalam kes-kes yang mendapat perhatian wajar oleh Majlis Jawatankuasa Anugerah, Ketua Pengakap Negara akan merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Anugerah, Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat keputusan muktamad untuk diperkenankan.

5. Senarai nama calon yang terpilih kemudiannya diserahkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia kepada Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi bagi tujuan penyiasatan dan kelulusan dan bukan muflis serta bebas dari apa-apa kesalahan Polis dan Badan Pencegah Rasuah.

6. Senarai yang telah diperakukan dan diperkenankan akan dihantar untuk makluman kepada Majlis Pengakap Negeri-Negeri, mengikut Bintang dan Pingat yang diterima. Satu senarai penuh nama-nama penerima mengikut Bintang dan Pingat akan dikeluarkan sebagai kesahihan penerima mengikut abjad (Gelaran dan nama tambahan diletakkan selepas nama, kecuali gelaran keturunan Di-Raja dan Bangsawan).

UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT

1. Upacara penyampaian Darjah, Bintang dan Pingat akan dilakukan diperingkat Kebangsaan, dimana pihak Jawatankuasa Anugerah/Majlis Pengakap Malaysia/Ketua Pengakap Negara akan membuat ketentuan diperingkat kebangsaan untuk menentukan samada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong / Y.A.B Perdana Menteri / Y.A.B Timbalan Perdana Menteri atau sekiranya dibuat di negeri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang

Page 15: Manikayu 3b PM

Maha Mulia Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, boleh juga disempurnakannya semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan diperingkat Majlis Pengakap Negeri-Negeri, boleh ditentukan oleh Ketua Pengakap Negara kepada sesiapa yang akan menyempurnakannya atau Ketua Pengakap Negara sendiri akan menyampaikannya.

2. Bagi Darjah dan Bintang : Bintang Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I), Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – (BSP-II), Bintang Semangat Rimba Kelas I (Emas) – (BSR-I) dan Bintang Semangat Rimba II (Perak) – (BSR-II) dan Bintang Pahlawan hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara atau dalam satu-satu majlis yang dimaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, pihak Majlis Pengakap Negeri boleh memohon penurunan kuasa pada Majlis Pengakap Negeri untuk memohon ‘Penaung’ Majlis Pengakap Negeri atau Y.A.B Menteri Besar atau Y.A.B Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Penuh Kerajaan Persekutuan untuk menyampaikanya walaupun pada masa yang sama Ketua Pengakap Negara ada atau tiada bersama dalam majlis berkenaan.

3. Sementara semasa ketidakboleh beradanya Ketua Pengakap Negara disatu-satu Majlis Penganugerahan bagi Pingat Cemerlang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri atau Pengerusi Majlis Pengakap Negeri bolehlah Ketua Pengakap Negara memberi penurunan kuasa penganugerahan kepada mereka setelah dipohon dan diberikan kuasa oleh Ketua Pengakap Negara.

4. Bagi Pingat-Pingat Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Baik (PPB), Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN), dimana ada yang akan terpilih untuk menerima diperingkat kebangsaan (atas dasar jarak dan fakta-fakta tertentu yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Majlis Penganugerahan) ianya akan disampaikan diperingkat Majlis Pengakap Negeri dan penurunan kuasa boleh dipohon daripada Ketua Pengakap Negara, untuk disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-Ahli Majlis yang dilantik sebagai EXCO Persekutuan Pengakap Malaysia, Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat (selaku perasmi majlis), Pegawai Daerah (jika di dalam daerah), Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (yang diberi kuasa atas pemakluman Pesuruhjaya Pengakap Negeri).

JANGKAMASA, WAKTU UNTUK DIBUAT PENCALONAN

Waktu/jarakmasa penganugerahan diantara satu-satu pingat dengan pingat atau bintang.

a. Dimaklumkan warta disini bahawa anugerah yang paling rendah tetapi membawa makna dan pengiktirafan yang sama ialah “Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara(SKKPN)” dan “bar” ini diberikan kepada pemimpin yang bertauliah dan berkhidmat lebih 12 bulan.

Page 16: Manikayu 3b PM

b. Di dalam waktu yang sama dari tarikh seseorang pemimpin bertauliah menerima “bar dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN)” bolehlah dianggap satu tahun dicampur 3 tahun jumlahnya 4 tahun, untuk dicadangkan dan dicalonkan untuk menerima Pingat Perkhidmatan Baik (PPB).

c. Kemudian dari penerima “Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN)” dan “Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)”, jarak masa bilangan tahun seseorang pemimpin bertauliah yang berterusan berkhidmat dengan cemerlang selama 6 tahun (atau 4 tahun dari tarikh penerima Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)) boleh diteruskan dengan pencalonan untuk mendapat Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) (Di dalam jangkaan mengikut keadaan biasa jarak tahun untuk pencalonan seterusnya boleh dibuat semula untuk pingat-pingat seterusnya adalah minima 4 tahun).

d. Selepas menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), jangkaan untuk menerima pencalonan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR-II) dan keatas (Bintang Semangat Rimba Kelas Kelas I (Emas) – (BSR-I)/Bintang Semangat Padi Kelas II (Perak) – ( BSP –II) dan Bintang Semangat Padi Kelas I (Emas) – (BSP-I) adalah tertakluk kepada Majlis Pengakap Negeri dan Majlis Pengakap Malaysia untuk mencalonkannya.

e. Sementara untuk anugerah Pingat Perkhidmatan Lama (PPL), jarak waktu khidmat seseorang pemimpin yang bertauliah dan bertugas dengan cemerlang tanpa putus perkhidmatannya (terus menerus) atau jumlah perkhidmatan sebagai pemimpin selama dua puluh tahun (20 tahun) (di dalam keadaan-keadaan tertentu atau luar biasa) jangkaan bilangan tahun minima adalah lapan belas tahun (18 tahun) boleh dipertimbangkan untuk pencalonan.

KURNIAAN KHAS & STATUS “KEHORMAT”

1. Kepada pemimpin yang memegang jawatan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang menjalankan tugas jawatan tersebut selama tidak kurang daripada 4 tahun dengan cemerlang, setia dan gigih bolehlah dicalonkan oleh Jawatankuasa Anugerah untuk dianugerahkan dengan Bintang Semangat Rimba Kelas II (Perak) – (BSR – ii), seterusnya berkhidmat secara terus menerus bertugas dengan cemerlang selama 8 tahun, bolehlah dicadangkan pula untuk menerima Bintang yang lebih tinggi atau atas keadaan biasa dengan persetujuan Ketua Pengakap Negara.

2. Penganugerahan Bintang dan Pingat berstatus “Kehormat”, Bintang dan Pingat yang dianugerahkan kepada Ketua-Ketua Negara dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negara dari luar Malaysia (atas juridiksi).

a. Dicadangkan oleh Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Page 17: Manikayu 3b PM

b. Jawatankuasa Antarabangsa.

c. Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara.

d. Jawatankuasa Pengurusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ini juga adalah tertakluk kepada persetujuan dan perkenan oleh Ketua Pengakap Negara.

Bilangan Sesi: 12

1. Tajuk Sesi: KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif:3.1- Mengetahui Apa Yang Dimaksudkan Komunikasi / Perhubungan.

Page 18: Manikayu 3b PM

3.1- Mengetahui Kepentingan Komunikasi Dalam Kepengakapan.

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Merapatkan pengakap dengan masyarakat supaya saling faham-memahami.

5.2- Memperolehi sokongan dan penyertaan masyarakat dalam usaha memperkembangkan aktiviti kepengakapan.

5.3- Membuka mata pengakap terhadap dunia luar dan sebaliknya.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Definisi Komunikasi / Perhubungan.

7.2- Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi.

7.3- Bentuk Dan Jenis Komunikasi.

7.4- Prinsip Berkomunikasi.

7.5- Halangan Berkomunikasi.

8. Lampiran 8.1- Nota 8.2- Soalan Perbincangan (Tujuan Pemahaman)

Bilangan Sesi: 13

1. Tajuk Sesi: PENILAIAN DAN PENCALONAN MANIKAYU

2. Masa: 60 Minit

3. Objektif: 3.1- Mengetahui Proses Penilaian Dan Pencalonan Manikayu.

3.2- Mengetahui Sikap Dan Tanggungjawab Yang Perlu Dilaksanakan Sepanjang Tempoh Penilaian.

Page 19: Manikayu 3b PM

4. Kaedah: Syarahan Dan Perbincangan

5. Nilai Murni: 5.1- Mengetahui prinsip dan maksud yang tersurat dan tersirat dalam manikayu.

6. Alat Bantu: 6.1- Alat Bantu Ajar Elektronik

7. Penyampaian / Pengajaran;

7.1- Borang Pencalonan Peringkat IV.Tempoh, Bidang Dan Bentuk Penilaian.

7.2- Borang Pencalonan Manikayu.

7.3- Peranan PLD Dan Pembimbing.Organisasi PLD, Tugas Dan Tanggungjawab Pembimbing

8. Lampiran 8.1- Nota 8.2- Borang Penilaian Peringkat IV8.3- Borang Pencalonan Manikayu