soalan 2b

4
LANGKAH- LANGKAH PENAMBAHBAIKAN Dalam pemasangan litar pendawaian domestik satu fasa boleh dibuat beberapa langkah penambahbaikan. Cara berfungsi pendawaian domestik satu fasa ialah apabila menekan satu suis pertama, lampu akan bernyala dan lampu tersebut boleh ditutup dengan menekan suis yang kedua. Selepas membuat proses pemasangan litar tersebut boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai (multimeter). Litar tersebut sama ada berfungsi atau tidak dapat dipastikan apabila meter pelbagai berbunyi selepas diuji dengan wayar- wayar tertentu. Bagi meningkatkan kualiti litar pendawaian domestik satu fasa ini, kita boleh membuat beberapa penambahbaikan tanpa mengubah suai komponen- komponen yang sedia ada. Litar pendawaian domestik satu fasa yang telah dipasang mempunyai satu lampu sahaja, tetapi sebagai langkah penambahbaikan satu lagi lampu boleh dipasang. Cara pemasangannya adalah Wayar Neutral dan Earth yang keluar daripada lampu pertama perlulah dipasang pada lampu kedua yang dipasang dalam litar tersebut. Seterusnya, wayar Live dari sama ada suis pertama atau kedua perlulah disambungkan pada lampu kedua yang baru dipasang. Dengan ini, kedua- dua lampu tersebut boleh dinyalakan. Apabila menekan suis pertama, lampu yang baru dipasang akan menyala, manakala apabila menekan suis yang kedua lampu yang telah dipasang dan sedia ada akan menyala. Dengan membuat penambahbaikan ini, dua lampu boleh dinyalakan dalam satu litar pendawaian pada satu masa. Selain itu, litar ini akan menjadi lebih menarik jika memasang loceng sebagai tambahan. Bagi pemasangan ini kita memerlukan suis loceng dengan loceng. Dalam loceng tersebut ada dua jenis pemasangan

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 17-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

langkah- langkah penambahbaikan Teknologi elektrik dan elektronik

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 2b

LANGKAH- LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Dalam pemasangan litar pendawaian domestik satu fasa boleh dibuat beberapa langkah

penambahbaikan. Cara berfungsi pendawaian domestik satu fasa ialah apabila menekan satu

suis pertama, lampu akan bernyala dan lampu tersebut boleh ditutup dengan menekan suis

yang kedua. Selepas membuat proses pemasangan litar tersebut boleh diuji dengan

menggunakan meter pelbagai (multimeter). Litar tersebut sama ada berfungsi atau tidak dapat

dipastikan apabila meter pelbagai berbunyi selepas diuji dengan wayar- wayar tertentu. Bagi

meningkatkan kualiti litar pendawaian domestik satu fasa ini, kita boleh membuat beberapa

penambahbaikan tanpa mengubah suai komponen- komponen yang sedia ada.

Litar pendawaian domestik satu fasa yang telah dipasang mempunyai satu lampu sahaja,

tetapi sebagai langkah penambahbaikan satu lagi lampu boleh dipasang. Cara pemasangannya

adalah Wayar Neutral dan Earth yang keluar daripada lampu pertama perlulah dipasang pada

lampu kedua yang dipasang dalam litar tersebut. Seterusnya, wayar Live dari sama ada suis

pertama atau kedua perlulah disambungkan pada lampu kedua yang baru dipasang. Dengan

ini, kedua- dua lampu tersebut boleh dinyalakan. Apabila menekan suis pertama, lampu yang

baru dipasang akan menyala, manakala apabila menekan suis yang kedua lampu yang telah

dipasang dan sedia ada akan menyala. Dengan membuat penambahbaikan ini, dua lampu

boleh dinyalakan dalam satu litar pendawaian pada satu masa.

Selain itu, litar ini akan menjadi lebih menarik jika memasang loceng sebagai tambahan.

Bagi pemasangan ini kita memerlukan suis loceng dengan loceng. Dalam loceng tersebut ada

dua jenis pemasangan iaitu IN dan OUT. Wayar dari suis soket yang utama (Main Current

Breaker) perlulah dipasang pada bahagian IN manakala bagi bahagian OUT pula dua wayar

warnah merah iaitu LIVE perlulah disambung pada suis loceng. Suis loceng ada dua bahagian

didalamnya. Wayar yang perlu disambung dari bahagian OUT boleh dipasang di mana- mana

bahagian di suis loceng dan tidak mengikut urutan. Cara suis tersebut berfungsi adalah, apabila

soket utama ditekan (On), loceng tersebut perlulah ditekan dan jika ada bunyi, barulah boleh

dipastikan sama ada pemasangan tersebut betul atau salah. Dengan pemasangan loceng ini,

litar tersebut akan menjadi lebih menarik dengan bunyi loceng.

Page 2: soalan 2b

PENGETAHUAN BAHARU YANG DIPELAJARI

Tugasan ini merupakan suatu hasil yang telah saya dapat siap selepas melalui beberapa

perkara yang baharu. Tugasan yang telah laksanakan merupakan benda yang saya lihat dalam

kehidupan seharian saya. Setiap hari saya akan membuka lampu di rumah dan juga akan

menggunakan suis dengan suis soket. Namun, selepas membuat tugasan ini barulah saya

dapat tahu cara- cara memasang soket, suis, lampu dan lain- lain lagi. Melalui tugasan ini saya

telah mempelajari banyak perkara yang berfaedah dan yang memberi pengetahuan yang tinggi

kepada saya.

Perkara utama yang telah saya pelajari dalam tugasan ini adalah tentang jenis- jenis wayar.

Terdapat tiga jenis wayar dalam proses pemasangan suis, soket dan juga lampu. Antaranya

ialah, Earth, Live dan juga Neutral. Bagi wayar Earth pula hanya terdapat satu warna sahaja

iaitu Hijau, bagi wayar Live pula terdapat warna Merah, Biru dan juga Kuning manakala bagi

wayar Neutral pula terdapat warna Biru dan juga Hitam. Melalui tugasan ini, saya dapat

mengenali perbezaan warna wayar dan juga kegunaannya.

Seterusnya, saya juga telah mengenali tentang cara pemotong salutan wayar dengan

menggunakan Cutter. Bagi memotong salutan wayar terdapat alat khas yang telah dihasilkan.

Tetapi saya telah mengenali cara memotong salutan wayar dengan menggunakan Cutter. Bagi

melaksanakan proses ini, terdapat cara- cara tertentu yang perlu diikuti. Perkara ini telah diajar

oleh abang saya. Saya telah mencuba untuk memotong dengan menggunakan Cutter dan saya

dapati pemotongan salutan wayar dengan menggunakan Cutter adalah lebih mudah.

Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk memasang soket. Terdapat beberapa

perkara yang perlu diikuti semasa memasang soket. Melalui tugasan ini saya telah dapat

memasang soket dengan cara yang betul dan juga teratur. Saya juga telah mempelajari, cara

menggunakan meter pelbagai (multimeter), dengan sendiri. Sebelum ini, saya telah

menggunakannya dalam makmal. Tetapi kali ini, saya telah menggunakannya dengan sendiri.

Mete pelbagai ini adalah untuk menguji arusan dalam sesuatu litar. Justeru, selepas saya

menyiapkan litar ini, saya telah menggunakan meter pelbagai untuk menguji arusnya.

Akhir sekali, saya juga telah mempelajari tentang amalan yang perlu diikuti semasa

melaksanakan tugas- tugas yang berkaitan dengan elektrik. Apabila mengikuti amalan- amalan

tersebut kita dapat melaksankan sesuatu tugasan yang berkaitan dengan elektrik dengan

selamat.

Page 3: soalan 2b