soalan 2 cva

10
Soalan B . Penulisan Esei Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi. Sejak tamadun kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baru Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik yang tertentu terus dipelajari. Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila mempelajari Matematik. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai supaya matapelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah

Upload: cva-raj

Post on 03-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mate

TRANSCRIPT

Soalan B . Penulisan Esei Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi. Sejak tamadun kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baruMatematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik yang tertentu terus dipelajari. Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila mempelajari Matematik. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai supaya matapelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah mengaplikasikan pengajaran yang tidak formal seperti kaedah permainan dan menyanyi.Rekreasi Matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran Matematik menjadi seronok untuk dipelajari. Aplikasi rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Selain itu, murid juga dapat merasai keindahan Matematik, sedar tentang kepentingan Matematik dan seterusnya membantu mereka menguasai matapelajaran ini dengan lebih baik, (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).Manakala, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.Kemahiran berfikir pula adalah kecekapan menggunakan akal dalam menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur, dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.Kemahiran berfikir boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dapat dibahagikan kepada dua sub-kategori, iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis. Kemahiran menganalisis secara kritis dapat meningkatkan pemahaman dan kebolehan menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran berfikir secara kritis bermaksud penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam. Kemahiran berfikir secara kreatif pula bererti penggunaan operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Empat ciri kemahiran berfikir secara kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik. Kemahiran berfikir secara kreatif pula dibahagikan kepada empat ciri iaitu keberanian, imaginative, perkembangan idea dan reka cipta. Strategi penyebatian sepenuh ini melibatkan penyampaiaan kbkk dibuat secara menyeluruh di setiap langkah pengajaran pembelajaran. Kbkk yang dipilih melibatkan hanya satu kemahiran berfikir sama ada secara kritis atau kreatif mengikut kesesuaian tajuk dan kemahiran. Isi kandungan dan kbkk disampaikan bersama-sama dengan menggunakan alat-alat rangsangan, aktiviti-aktiviti, latihan, penyoalan-penyoalan yang berbentuk refleksi dan metakognitif. Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan muridSebenarnya kebanyakan aktiviti permainan adalah saling berkait rapat dengan aktiviti matematik. Di dalam aktiviti permainan, terdapat dua unsur yang utama iaitu sekumplan benda seperti buah catur, daun terup, dadu, congkak dan sebagainya, serta peraturan-peraturan permainan. Di dalam aktiviti matematik, ia pula meliputi dua unsur utama, iaitu sekumpulan simbol matematik seperti nombor, titik, bentuk geometri dan sebagainya, serta hukum, teorem dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.Disamping itu,Matematik rekreasi memainkan peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik dan sistematik,disamping dapat menimbulkan minat murid untuk belajar matematik,dapat memperkukuhkan lagi konsep dan kemahiran matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi.penyepaduan sumber matematik rekreasi ini amat bersesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir murid. tidak dapat dinafikanRekreasi matematik adalah satu permainan matematik yang direka oleh guru untuk menimbulkan keseronokan pada murid. Terdapat pelbagai cara untuk membuatkan pelajaran matematik disukai dan diminati oleh murid. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan aktiviti permainan matematik memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa disedari aktiviti permainan matematik adalah berkait rapat dengan aktiviti matematik. Setiap aktiviti permainan mengandungi dua unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.Manakala aktiviti matematik pula merangkumi dua unsur utama iaitu simbol matematik dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Biasanya penglibatan diri secara langsung dalam proses permainan akan memberi peluang kepada individu tersebut untuk menganalisis dan menilai situasi permainan supaya dapat diaplikasikan dalam mengatasi cabaran yang dihadapi.Sebelum melaksanakan permainan ini, guru memainkan peranan yang penting dimana beliau perlu tahu terlebih dahulu peringkat murid-murid sebelum membuat beberapa aktiviti tersebut iaitu dari segi pengetahuan sedia ada dan peringkat pembelajaran murid-murid.Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, matematik rekreasi banyak digunakan dalam aktiviti pengayaan, kerja projek dan permainan serta aktiviti kumpulan. Matematik rekreasi memainkan peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik dan sistematik, disamping dapat menimbulkan minat murid untuk belajar matematik, dapat memperkukuhkan lagi konsep dan kemahiran matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi.Sebagai seorang guru Matematik, mereka seharusnya menafikan tanggapan buruk masyarakat tentang Matematik seperti mata pelajaran yang membosankan kerana mempelajari Matematik adalah proses pembelajaran yang menyeronokkan jika melalui kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Oleh itu, suatu reformasi pendidikan perlu dilakukan dan digantikan dengan kurikulum sekolah bestari yang lebih bermakna dan praktikal. Penggunaan Matematik secara berkesan dalam menyelesaikan masalah harian perlu diterapkan ke dalam kurikulum supaya pelajar mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat pada masa akan datang. Pendekatan yang digunakan oleh guru perlu di perbaharui setiap masa agar selari dengan tahap kebolehan pelajar dan kehendak semasa negara. Guru perlu memahami kehendak atau minat para pelajarnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi pembelajaran yang berkesan. Umumnya pada peringkat kanak-kanak atau remaja, para pelajar lebih minat untuk bermain daripada belajar, jadi pendekatan pembelajaran juga perlu di ubah yang mana isi pelajaran dapat di sampaikan melalui permainan atau berekreasi.Rekreasi Matematik akan membantu murid untuk memahami kepentingan konsep matematik dengan lebih terperinci. Rekreasi Matematik ini sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas pemulihan. Kaedah ini membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran Matematik atau memahami konsep Matematik. Murid dapat memahami sesuatu konsep dengan mudah dan senang.Pengaplikasian rekreasi Matematik dalam pengajaran dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam bilik darjah. Bagi mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran Matematik, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang menarik seperti teka-teki, puisi, lagu dan permainan yang berunsurkan Matematik. Aktiviti pembelajaran yang menarik dapat meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Matematik. Cara ini juga dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu aktiviti pembelajaran. Objektif pembelajaran yang optimum dapat dicapai melalui rekreasi Matematik.Sebagai seorang pendididk yang berdedikasi, perlu bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pembelajaran murid. Guru perlu mengambil tahu tentang peringkat atau kebolehan murid dalam pembelajaran dan perlu merancang aktiviti mengikut tahap pembelajaran murid. Aktiviti pembelajaran yang dirancang tidak harus terlalu sukar atau terlalu senang. Ini disebabkan kerana murid akan menjadi cepat bosan jika aktiviti tidak sesuai dengan kebolehan mereka.Matematik merupakan matapelajaran yang abstrak yang mana pembentukan sesuatu konsep Matematik tidak akan berjaya melalui kaedah penghafalan sahaja. Masalah sebegini mungkin tidak akan dihadapi oleh pelajar yang berada pada aras kebolehan yang tinggi. Namun bagi pelajar yang berada pada aras kebolehan yang sederhana dan rendah, mereka merasakan bahawa Matematik ini adalah sukar untuk dikuasai dan membosankan. Dengan ini, suatu pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk memaparkan Matematik yang bersifat abstrak kepada bentuk yang konkrit. Pengajaran yang dilakukan perlu diselitkan dengan aktiviti yang dapat menarik perhatian serta dapat melibatkan para pelajar untuk berinteraksi di dalam kelas. Dengan ini, ia dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran yang di sampaikan dan menjana pemikiran pelajar. Seperti falsafah cina yang berbunyi: Saya dengar dan saya lupa, Saya lihat dan saya ingat, Saya buat dan saya faham.

Dengan perkataan lain, pengetahuan Matematik dapat dibina oleh pelajar melalui proses refleksi pada aktiviti atau refleksi pada tindakan. Untuk memastikan proses pembelajaran lebih berkesan, guru Matematik perlu mengetahui pelbagai aras Matematik yang di punyai oleh setiap pelajarnya. ( Nik Azis, 1999) salah satu pendekatan atau aktiviti yang dapat memberikan proses refleksi serta menarik perhatian para pelajar adalah pendedahan kepada Matematik rekreasi di dalam kelas. Pendedahan ini dapat menimbulkan perubahan dalam pengkonsepan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Oleh itu, guru dapat mengubah minat para pelajar terhadap Matematik. Selain itu ia juga dapat memberikan idea kepada para pendidik untuk menarik minat pelajar dan membuat reformasi pendidikan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi.Sebagai satu contoh rekreasi matematik aktiviti Larian Matematik ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan mengujakan murid-murid dalam memahami konsep-konsep dalam matapelajaran Matematik. Aktiviti ini lebih menjurus kepada aktiviti pengukuhan dan pengayaan, bagi menguji dan menilai sejauh mana kefahaman murid-murid tentang sesuatu kemahiran Matematik yang baharu sahaja diajarkan. Permainan ini lebih menyerupai kuiz, di mana soalan-soalan akan diajukan secara rawak dan terbuka kepada semua orang di dalam setiap kumpulan untuk menjawabnya. Tetapi, kaedahnya berlainan sedikit kerana murid akan menjawab mengikut giliran yang telah ditentukan dan murid perlu berlari ke arah papan putih dan menulis jawapan di atasnya. Jika murid yang tampil ke hadapan gagal untuk menjawab, murid dalam kumpulan yang sama boleh membantu, dengan syarat murid yang tidak dapat menjawab itu perlu berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan kepada rakannya supaya berlari ke hadapan bagi membantu menulis jawapan yang betul. Kesimpulannya, kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran berfikir dalam matematik rekreasi. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.