soalan 1

10
1.0 DIMENSI MORAL DALAM KONTEKS SEORANG GURU 1.1 PENDAHULUAN Pendidikan Moral sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik, khususnya disekolah. Secara munasabahnya, pendidikan moral dapat diterangkan melalui tiga aspek; mencari sebab-sebab pendidikan moral ditekankan,mengajar pelajar bagaimana hendak berfikir, bukan apa yang hendak difikir mengenai isu- isu moral serta yang ketiga ialah menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral,supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral.Bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101)ini, kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang dimensi-dimensi moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori- teori perkembangan moral.Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah menjelaskan konsep asas moral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan, membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan seharian. 2.1 KONSEP MORAL 2.1.1 Definisi 1

Upload: sarah-clements

Post on 03-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 DIMENSI MORAL DALAM KONTEKS SEORANG GURU

1.1PENDAHULUANPendidikan Moral sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik, khususnya disekolah. Secara munasabahnya, pendidikan moral dapat diterangkan melalui tiga aspek; mencari sebab-sebab pendidikan moral ditekankan,mengajar pelajarbagaimana hendak berfikir, bukan apa yang hendak difikir mengenai isu-isu moral serta yang ketiga ialah menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral,supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral.Bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101)ini, kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang dimensi-dimensi moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori-teoriperkembangan moral.Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah menjelaskankonsep asasmoral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan, membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan seharian.2.1KONSEPMORAL2.1.1 DefinisiMenurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis ataumores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai ataupun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat.Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yangdigunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapatatau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri,benar, belas kasihan, keadilan,persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan masyarakat sejagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakatyang berbeza.Peter Baeiz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara kedua-duanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya. Berdasarkan kenyataan Peter Baeiz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoritikal kerana mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakanbahan yang dikaji oleh etika, manakala etikaadalah ilmu yang mengkajinya.Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan, tolong-menolong, bersih, berani, adil, kasih-sayang, toleransi, bersosial dan rajin.Keadaan berikut dapat menunjukkan dengan lebih jelas lagi pengertian moral;i. Ia bermaksud kawalan tingkah laku yang berlandaskan kriteria-krteria yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang itu. Larangan atau sekatan dari luaryang diterima dengan fahaman (iaitu mengapa sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan) adalah sesuatu yang dianggap bermoral.ii. Seseorang individu juga dikatakan bermoral jika dia berupaya menentang keinginan untuk melakukan sesuatu yang dianggap salah. Sebaliknya,seseorang yang tidak boleh menahan keinginan itu tetapi terus bertindak untuk mencapai niatnya yang menentang norma-norma masyarakat dikatakan tidak bermoral.iii. Istilah moral akan merujuk kepada peraturan yang diterima secara rasional.Dalam keadaan ini, tingkah laku bermoral adalah berdasarkan suatu keputusan moral yang melibatkan Pertimbangan tentang apa yang dikenali sebagai tindakan yang betul.

Dengan memahami konsep moral dapatlah seseorang pendidik menggayakan bagaimana cara untuk menerapkan dan menjadikan pelajar menguasai dan memiliki dimensi-dimensi moral seperti penaakulan moral,emosi moral dan tingkah laku moral.3.0DIMENSI-DIMENSI MORALTanggungjawab bagi melahirkan insan bermoral merupakan satu daripada amanah yang wajar untuk direalisasikan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran,berilmu,berpengetahuan dan mampu menyambung kebaikan kepada dunia.Para pelajar merupakan asset kepada pembangunan Negara.Matlamat ini dapat direalisasikan dengan intergiritinya guru untuk mengembang dimensi moral pelajar-pelajarnya iaitu merujuk kepada penaakulan moral,emosi moral dan pelakuan moral.3.1Penaakulan MoralPenaakulan moral adalah sebagai kemahiran berfikir logical yang melibatkan proses induksi dan deduksi.Kemahiran berfikir bagi induksi merupakan penggunaan perkara-perkara khusus kepada yang umum.Manakala berfikir deduktif Merupakan penggunaan perkara yang lebih umum kepada yang lebih khusus.Penaakulan moral membolehkan seseorang berupaya untuk membuat kesimpulan atau keputusan berdasarkan nilai-nilai murni dalam sesuatu tindakan.Penaakulan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemah dalam amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupannya.Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperolehi dalam pendidikan sama ada secara langsung atau tidak langsung akan mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi.

3.2Emosi MoralPerasaan moral atau emosi moral nerujuk kepada emosi moral yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentiment,simpati,empati,murah hati motivasi dan sebagainya.Dalam amalan harian,emosi moral melibatkan kepentingan harga diri,kepentingan kepedulian,kawalan diri,menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani.Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif dan dapat mengawal emosi negatif.3.3Tingkah laku moralDimensi moral perlakuan moral bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari segi perlakuan moral.Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.Kupperman (1983) dalam Modul OUM HBME3103, melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya.Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. 3.4DIMENSI MORAL DALAM KONTEKS SEORANG GURUGuru adalah pelaku perubahan atau sering pula diistilahkan dengan agen perubahan (agent of change). Istilah guru juga sering dianggap sebagai ungkapan yang bererti digugu dan ditiru, karena memang guru seharusnya adalah teladan bagi muridnya. Peranan yang sangat mulia ini menjadikan guru harus peka dan tanggap terhadap berbagai perubahan, pembaharuan serta perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang ada di masyarakat. Dengan peranan ini pula guru sudah semestinya dituntut untuk senantiasa mengembangkan wawasan keilmuannya dan meningkatkan kualiti keguruannya.Perubahan zaman yang semakin maju, menuntut pendidik hari ini untuk berubah mengikut aliran masa . Guru bukan hanya mengajar, akan tetapi menjadi seorang pendidik. Mengajar hanyalah sebatas menyampaikan pengetahuan, hafalan-hafalan dan teori-teori semata, sedangkan mendidik adalah menyampaikan pengetahuan sekaligus membimbing, membina dan memberikan keteladanan kepribadian dan nilai moral kepada anak didik.Dalam konteks inilah seorang guru dituntut untuk memiliki empat kompetensi, sebagaimana yang menjadi tuntutan seorang guru yang profesional, iaitu kompetensi pedagogi, kompetensi ilmu yang diajarkan, kompetensi kepribadian, dan kompetensi sosial. Medan juang seorang guru sejatinya bukan hanya ketika mereka berdiri di depan kelas, tetapi diluar kelaspun mereka tetap harus mampu untuk diteladani. Guru harus mampu menjadi pendidik, pengajar, pelatih, inovator dan dinamisator secara sekaligus dan integral dalam masyarakat.Guru juga harus mampu menyampaikan pesan moral dan keyakinan agama atas sikap dan perilaku yang dilakukannya. Maksudnya dalam setiap performance individunya, guru harus dapat membawa pesan kepada anak didik untuk menyedari akan adanya dimensi moral dan religius dalam hidup ini. Selanjutnya dengan tutur bahasa dan gerak tubuhnya, guru harus dapat meyakinkan anak didiknya tentang ajaran kebenaran dan sisi keilmiahan materi yang disampaikannya. Kedua dimensi (moral dan religius) itu harus menjadi acuan dalam pola fikir, pola tindak serta pola laku yang dilakukan seorang guru.Salah satu indikator utama unggul tidaknya sebuah sekolah adalah ditentukan dari faktor kualiti guru. Guru dituntut memiliki profesionalisme dalam bidang keguruan. Ertinya guru tidak hanya harus memiliki pengetahuan yang luas tentang bidang yang diajarkannya, namun seluruh komponen yang berkaitan dengan pendidikan harus ada pada diri guru itu sendiri. Hal ini didasarkan atas asumsi bahwa persoalan peningkatan mutu pendidikan tergantung pada karakter seorang pendidiknya. Oleh sebab itu, semakin banyak guru yang berkualiti di suatu sekolah, tentu akan semakin berkualiti pulalah sekolah tersebut.Kekurangan mutu pendidikan, salah satunya terwujud dengan model belajar yang cenderung tradisional dan statik. Dalam proses pendidikan tradisional, pendidik selalu menganggap pelajar-pelajar sebagai objek yang tidak memiliki potensi apapun (impotensi akademik), sehingga guru adalah segalanya.Seharusnya yang dikembangkan adalah pendekatan pembelajaran yang berorientasi pada active learning sehingga pelajar-pelajar terbiasa aktif untuk mencari solusi dari masalah yang timbul (pendekatan problem solving). Pada tahapan selanjutnya, akibat dari pendekatan pembelajaran yang tidak menekankan active learningini, akan dipastikan terjadinya kegagalan akademik pasca proses pendidikan, atau dengan kata lain outcome pendidikan tidak akan maksimum.Cara mengajar yang sekadar duduk di depan kelas sesungguhnya menjadi tanda kurangnya dinamisme sebagai seorang pendidik. Jika keadaan inilah yang terjadi maka seakan jauh rasanya seorang guru dapat menciptakan pembelajaran yang produktif dan profesional. Guru juga memiliki tanggungjawab dalam memodifikasi proses integrasi dan optima sistem pendidikan di sekolah. Harapannya, dapat memberikan peranan yang sangat signifikan bagi proses pembentukan kepribadian pelajar yang kukuh yakni intelektual, moral dan spiritual.Di tengah kemajuan zaman dan cabaran yang semakin pesat, sepatutnya guru harus terus belajar, kreatif mengembangkan diri dan terus menyesuaikan pengetahuan dan cara mengajarnya dengan penemuan-penemuan kontemporer. Guru harus mampu untuk membaca lingkungan. Apa yang diperlukan oleh masyarakat, tentunya dalam konteks mata pelajaran yang ia ajarkan, harus menjadi pertimbangan dalam mengajar.Namun, realitinya adalah sukar bagi seorang guru untuk sentiasa bersemangat untuk mengembangkan kepribadiannya.Melalui latihan dan kursus-kursus yang dihadiri mampu memberi motivasi kepada guru-guru tetapi bersifat sementara sekiranya dibiarkan sejuk terlalu lama. Walaupun ia seolah-olah guru sukar untuk boleh berubah dalam masa yang singkat , namun guru terlanjur memikul peranan istimewa dalam masyarakat sebagai pelaku perubahan . Guru bukan sekadar pelaku perubahan yang menggerakkan roda transformasi sosial dalam masyarakat . Lebih dari itu , guru mempunyai peranan utama sebagai pendidik watak . Bukan sekadar mengubah hidup pelajar , namun juga memperkukuhkan keperibadian pelajar yang mempunyai nilai - nilai sebagaimana yang diharapkan dalam masyarakat .Sekurang-kurangnya mesej yang ingin disampaikan adalah agar guru dapat menjalankan tugas mulianya secara berkesan dan profesional dalam menjalankan fungsinya mendidik anak bangsa . Dengan kata lain , masa depan negeri ini bergantung kepada bagaimana guru dapat melahirkan individu - individu yang merdeka , matang , bertanggungjawab dan peka terhadap permasalahan sosial di lingkungan sekitar di kemudian hari .

7