slide individu kaji iklim azimah

7
HGF 3043 KAJI IKLIM TUGASAN INDIVIDU NOR AZIMAH BINTI OTHMAN D20131063271

Upload: muhammad-zahiruddin

Post on 10-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kaji Iklim Individu

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

HGF 3043 KAJI IKLIMTUGASAN INDIVIDU

NOR AZIMAH BINTI OTHMAND20131063271

Page 2: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

KLIMATOLOGI

• ilmu yang berkaitan dengan iklim, dan merupakan sebuah cabang dari ilmu atmosfera.

• Klimatologi berasal daripada kombinasi dua perkataan iaitu klima dan logos. Klima bererti cerun bumi yang mengarah kepada pengertian lintang tempat dari bumi. Manakala logos pula bererti ilmu yang mempelajari.

• Dapat disimpulkan disini bahawa klimatologi adalah ilmu yang mempelajari iklim untuk mengetahui mengapa iklim pelbagai tempat di bumi adalah berbeza dan juga apakah kaitan antara iklim dengan aktiviti manusia.

• Menurut Tyasyono, (2004), klimatologi memerlukan interpretasi daripada data-data yang banyak sehingga memerlukan statistic dalam pengerjaannya. Di samping itu juga, klimatologi juga sering dikatakan sebagai meteorologi statistik.

Page 3: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

PLANET DAN CIRI-CIRI PLANET YANG TERDAPAT DALAM SISTEM SURIA

• Sistem suria terdiri daripada matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit sekelilingnya. Sistem suria juga turut dikenali sebagai Bima Sakti. Pusat kepada bima sakti adalah matahari.

• Antara planet yang terdapat di sistem suria ialah UTARID• Planet ini terletak paling hampir dengan matahari• mempunyai permukaan yang kering dan berlubang serta berkawah• planet ini tidak sesuai untuk sebarang kehidupan kerana tidak

mempunyai atmosfera

ZUHRAH• Planet yang terletak kedua yang hampir dari matahari. Planet ini

juga terletak paling hampir dengan bumi dan mempunyai saiz dan jisim yang hampir sama dengan Bumi.

• Dilitupi oleh awan putih yang tebal dan awan ini memantulkan cahaya matahari, menyebabkan planet ini kelihatan cerah di langit.

• Tidak mempunyai sebarang satelit yang bergerak mengelilinginya.

BUMI• boleh menampung hidupan kerana Bumi mempunyai oksigen yang

banyak dalam atmosferanya,• Bumi mempunyai atmosfera yang mengandungi gas oksigen,

nitrogen, karbon dioksida, dan gas-gas lain• permukaan Bumi adalah tidak rata dan dilitupi oleh air dan

mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan jasad berada di permukaannya dan gas-gas kekal dalam atmosferanya.

Page 4: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

MARIKH• Dikenali sebagai “planet merah” kerana mempunyai

permukaan yang terdiri daripada besi oksida yang berwarna merah

• Planet ini mempunyai permukaan yang berkawah dan mempunyai lapisan atmosfera yang nipis.

MUSYTARI• planet yang terbesar dan mempunyai diameter kira-kira 11 kali

ganda diameter bumi• hampir seluruh permukaan planet ini terdiri daripada hidrogen

dan helium cair dan mempunyai dua gelang yang terdiri daripada ketul-ketul ais

ZUHAL• Planet yang paling menarik di dalam sistem suria• Dikelilingi oleh satu sistem gelang yang luas• Planet ini mempunyai permukaan yang dilitupi oleh hidrogen

cecair dan planet ini juga mempunyai 18 bulan yang mengelilinginya.

URANUS • Mempunyai permukaan yang kelihatan hijau kerana atmosfera

Uranus dilitupi oleh metana.• Uranus dilitupi oleh lapisan ais dan mempunyai gelang dan

dikelilingi oleh 15 bulan.

Page 5: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

NEPTUNmempunyai jisim dan saiz yang hampir sama dengan Uranus. Permukaan planet ini berwarna hijau kebiruan dan atmosferanya terdiri daripada gas metana, hidrogen, dan helium seperti Uranusia dilingkari oleh gelang dan mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lapisan ais.

PLUTO• planet yang bersaiz paling kecil dan terletak paling jauh

dari matahari di dalam sistem suria dan mempunyai saiz yang hampir sama dengan saiz bulan yang mengelilingi Bumi.

• tidak mempunyai atmosfera dan permukaannya dilitupi oleh ais dan gas-gas yang membeku dan kebanyakan gas yang terdapat di planet ini adalah metana.

BULAN• Bulan merupakan satelit semula jadi yang mengelilingi

Bumi dan tidak mempunyai atmosfera dan terdiri daripada permukaan berkawah yang dilitupi oleh habuk-habuk.

Page 6: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

KOMPOSISI DAN STRUKTUR ATMOSFERA

• Atmosfera ialah lapisan gas yang menyelaputi bumi. Ia kekal dan stabil di kelilingi bumi kerana graviti. Ia mempunyai ketebalan 100km.

• Atmosfera atau lebuh dikenali sebagai udara adalah campuran pelbagai jenis gas, partikal pepejal dan wap air. Udara mempunyai ketumpatan yang tinggi di paras permukaan bumi yang kita tinggal tetapi ketumpatannya menjadi semakin rendah apabila semakin bergerak tinggi ke atas atmosfera.

• Planet-planet lain juga mempunyai atmosfera tetapi setakat yang diketahui tiada yang mampu menampung kehidupan.

• struktur menegak atmosfera yang terdiri daripada 4 lapisan yang dipanggil troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera.

• Suhu udara akan meningkat atau menurun di setiap lapisan dan sifatnya berubah di setiap lapisan. Troposfera mempunyai ketebalan dari 9 hingga 16 kilometer dan kebanyakan aktiviti. Suhu menurun mengikut ketinggian di lapisan ini.

Page 7: Slide Individu Kaji Iklim Azimah

• Penipisan Lapisan Ozon merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian stratosfera mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai.

• penipisan lapisan ozon bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari.

Punca Penipisan Lapisan Ozon• Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)• Peningkatan kegiatan perindustrian• Pelepasan gas nitrogen oksida• Bilangan kenderaan bermotor

Akibat Penipisan Lapisan Ozon• Kesan terhadap kesihatan manusia• Kenaikan Aras Lautan.• Kesan terhadap ekosistem dan hidupan Akuatik• Perubahan Iklim Dunia

PENIPISAN LAPISAN OZON