slide bab8 cikgugeog

8
GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 8: KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER

Upload: kila-shakila

Post on 19-Jun-2015

6.081 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide bab8 cikgugeog

GEOGRAFI TINGKATAN 3

BAB 8: KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER

Page 2: Slide bab8 cikgugeog

BAHAN MENTAH1) Di malaysia,kebanyakan sumber semula jadi digunkan sebagai

bahan mentah dan juga bahan asas untuk membuat industri hiliran.

2) Industri hiliran ialah industri yang menggunakan bahan yang telah diproses sebagai bahan asas.

3) Contohnya sumber hutan seperti kayu balak diproses dan dijadikan kayu gergaji.

4) Buluh dan rotan menjadi sumber asas bagi membuat kraf tangan dan perabot.

5) Minyak digunakan untuk meghasilkan pelbagai bahan ;lain seperti membuat cat dan plastik.

6) Kaolin digunakan untuk membuat barangan seramik seperti jubin salur pembetung longkang,tembikar dan pasu bunga.

7) Bauksit digunakan sebagai bahan mentah asas aluminium untuk membuat periuk dan badan kenderaan seperti kapal terbang,kereta,kapal dan kereta api.

Page 3: Slide bab8 cikgugeog

PEKERJAAN1) Terdapat 1.3 juta penduduk Malaysia yang bekerja dalam sektor

pertanian dan perhutanan(tahun 2002)

2) Terdapat juga saintis dan penyelidik yang berusaha untuk meningkatkan mutu dan hasil tanaman.

3) Terdapat juga pekerjaan dalam jabatan kerajaan seperti Jabatan Perhutanan dan Perhilitan.

4) Dalam sektor perlombongan terdapat penduduk yang bekerja sebagai jurutera lombong,ahli geologi,pekerja yang terlibat dalam pengangkutan dan pemasaran hasil lombong.

pertanian perlombongan

Page 4: Slide bab8 cikgugeog

PENDAPATAN NEGARA1. Penjualan sember mentah seperti petroleum,gas,kayu

balak,jongkong emas,arang batu dan besi memberikan pendapatan kepada pihak yang mengeluarkannya.

2. Pihak pemilik lombong memperoleh keuntungan,pekerja mendapat pendapatan bulanan dan negara mendapat hasil dalam bentuk individu dan cukai syarikat.

3. Pada tahun 2002,kerajaan Malaysia memungut cukai sebanyak RM40 bilion daripada pekerja dan syarikat di seluruh negara.

Page 5: Slide bab8 cikgugeog

PEMBUKAAN KAWASAN BARU1) Penerokaan sumber alam telah menggalakkan pembukaan

kawasan baru dan wujudnya petempatan kecil yang berkembang menjadi bandar.

2) Penerokaan gas asli menggalakkan perkembangan bandar seperti Paka dan Kerteh di Terengganu dan Bintulu di Sarawak.

3) Penerokaan sumber tenaga seperti petroleum menggalakkan perkembangan bandar seperti Kerteh di Terngganu dan Miri di Sarawak.

4) Penerokaan sumber air untuk memperoleh tenaga hidroelektrik menyebabkan pembukaan kawasan hutan,pembinaan jalanraya dan penyediaan kemudahan asas lain..

5) Contohnya kawasan Tasik Kenyir yang dibuka akibat projek penjanaan tenaga hidroelektrik.

6) Penerokaan hutan telah membangunkan kawasan petempatan baru seperti di Sandakan,Sabah.

Page 6: Slide bab8 cikgugeog

INFRASTRUKTUR

I. Laluan kereta api dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dimajukan akibat kegiatan perlombongan bijih timah.

II. Kegiatan perlombongan petroleum di luar pantai Kerteh menggalakkka pembinaan Lebuh Raya Jerangau bagi meghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu.

III. Lapangan Terbang Kerteh dibangunkan untuk memudahkan dan mencepatkan perjalanan.

IV. Kegiatan perlombongan petroleum juga menyebabkan beberapa pelabuhan dibangunkan seperti Pelabuha Kemaman,Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Miri.

Page 7: Slide bab8 cikgugeog

HUBUNG KAIT KEPENTINGAN PENEROKAAN SUMBER KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA.

1) Penerokaan sumber di sesuatu kawasan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke kawasan tersebut.

2) Jumlah penduduk di kawasan tersebut akan bertambah dan menyebabkan kawasan tersebut menjadi sebuah bandar.

3) Contohnya penerokaan sumber bijih timah telah membangunkan Kuala Lumpur,Ipoh,Taiping, dan Seremban.

4) Terdapat bandar-bandar baru yang wujud hasil penerokaan sumber di kawasan setempat seperti petroleum dan gas asli di Kerteh dan Bintulu.

5) Selain itu,pembukaan tanah di kawasan felda dan pembangunan wilayah telah menyebabkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya.

6) Kemudaha jalan raya dibina untuk memudahkan hasil diangkut ke kawasan pemprosesan dan untuk dieksport

Page 8: Slide bab8 cikgugeog

SEMOGA BERJAYA….