slide akta oku

17
Keberkesanan akta oku (2008) dalam sistem pendidikan di malaysia

Upload: ng-wy

Post on 29-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Slide Akta Oku

TRANSCRIPT

Slide 1

Keberkesanan akta oku (2008) dalam sistem pendidikan di malaysiaPENGENALANOrang kurang upaya (OKU) merupakan golongan istimewa dalam masyarakat yang sama seperti golongan yang lain, iaitu mampu menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara sekiranya diberikan peluang yang sama rata.Maka, Akta OKU (2008) telah dikuatkuasakan bagi memelihara hak dan kepentingan golongan istimewa ini serta menjanjikan mereka kehidupan yang lebih baik.AKTA ORANG KURANG UPAYA (2008)Merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.DEFINISI OKUOrang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbaagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dan masyarakat (PMSPK, 2014).KATEGORI OKUKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada 7 kategori utama (SPA, 2014):

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAPendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIADi antara program yang ditawarkan ialah:Dasar pendidikan khasAkta Pendidikan 1996, Bab 8Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM (JPP, JKP dan Mesyuarat Pengurusan KPM)Deklarasi Antarabangsa

PERBINCANGANSejauh manakah Akta OKU (2008) dilaksanakan dengan berkesan dalam sistem pendidikan di Malaysia?

ARTIKEL PILIHANTajuk: Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian KesPenulis: Hajah Kamaliah Muhammad dan Wan Amimah Wan MahmudPembentangan: The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010LATAR BELAKANG KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Seramai 21 orang respoden terlibat dalam kajian ini. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Murid-murid Autistik. PELAKSANAAN KAJIANSeramai 8 orang murid autistik dari (NASOM) telah berjaya dimasukkan secara sepenuh masa di kelas biasa di sekolah tersebut. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid autistik akan disertasi oleh seorang guru pendamping dari (NASOM) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran telah diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid autistik dan Program Pendidikan Inklusif.

DAPATAN KAJIANGuru-guru kelas dan guru mata pelajaran menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari (NASOM) untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid autistik. Murid-murid ini mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. Semua murid-murid tersebut gembira belajar di sekolah ini. Mereka boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas dan guru-guru mata pelajaran. PELAKSANAAN AKTA OKU 2008 DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIASetelah dikaji, adalah didapati bahawa sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya berjaya melaksanakan apa yang diminta dalam Akta OKU 2008, iaitu:Kerajaan dan penyedia pendidikan hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.PELAKSANAAN AKTA OKU 2008 DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIABagi memelihara hak golongan OKU, kerajaan bukan sahaja mewujudkan sekolah-sekolah pendidikan khas yang dilengkapi pelbagai kelengkapan untuk tujuan membantu mereka belajar, tetapi juga melakukan usaha yang lain seperti program pendidikan khas dan pendidikan inklusif yang dijalankan di sekolah harian biasa bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan keadaan dan senario aktiviti pembelajaran yang akan berlaku di dalam kelas harian biasa.KESIMPULANUsaha dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya menjaga kepentingan dan kebajikan golongan OKU ini.Adalah diharapkan bahawa pihak kerajaan akan terus memelihara serta meningkatkan kebajikan yang boleh didapati oleh golongan istimewa ini terutamanya dari segi infrastruktur dan prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.RUJUKANSuruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). (2014). Kategori orang kurang upaya (OKU). http://www.spa.gov.my/Portal/Kategori_OKUPusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK). (2014). Pendaftaran OKU. http://pmspk.moe.gov.my/index.php/oku/pendaftaran-oku/Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Sekolah pendidikan khas. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1226-sekolah-pendidikan-khas.html