skv vampire 10chaps 15 22

Upload: fajar-pakeer

Post on 04-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    1/8

    Suamiku Vampire15

    3

    tujuh tahun berlalu, namun ia sedikit puntidak memberi kesan pada hati Danish. Dia

    masih meneruskan kegiatannya yang suka

    membuli, mencari perempuan yang cantik. Cuma

    yang berubah ialah sikapnya pada perniagaan yang

    menunjukkan peningkatan.Danish mengenakan kemeja hitam, kot hitam,

    seluar slek hitam, kasut hitam. Semuanya hitam kecuali

    tali leher sahaja yang berwarna merah. Itulah warna

    kegilaan Danish. Hitam dan merah melambangkan

    vampirenya. Boleh dikatakan kesemua barang kepu-

    nyaan Danish, pasti ada warna hitam dan merah. Se-

    muanya ditempah eksklusi.

    Danish memiliki wajah yang kacak, hidung man-

    cung dan serba sempurna. Bibirnya merah bersih,

    sama sekali tidak pernah menjamah rokok. Setiap pe-

    rempuan yang memandangnya, pasti akan jatuh cinta.

    Tiada wanita yang terkecuali.

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    2/8

    16Ria Natsumi

    Gigi akan jadi hitam, bibir hitam. Walaupun saya

    mengemari warna hitam, tetapi saya tidak akan mem-

    biarkan kekacakan saya rosak disebabkan rokok. Tiadaaedahnya. Membazir duit lagi adalah.

    Tergelak Danish apabila teringat sesi soal jawab

    bersama para wartawan minggu lalu.

    Bos, ni airnya, ujar Novela, setiausaha Danish,

    sambil meletakkan secawan air di meja Danish.

    Vela,thanks.Welcome boss! kata Novela sambil berlalu.

    Danish meneguk air teh tersebut. Manis! Minah ni

    kalau buat air, tak pernah nak sedap. Macam kapal gula

    pecah aje.

    Danish mengeluarkan teleon bimbit klasik yang

    berada di dalam lacinya. Ingatannya bertaut pada Lidya,perempuan yang pernah diganggunya dulu. Lambat-

    lambat terlukis senyuman di bibirnya.

    Terima kasih kerana menenangkan hatiku yang

    sedih dengan apa yang berlaku dalam keluarga aku,

    bisik hati Danish.

    Jom, lunch, ajak Nana yang tiba-tiba muncul di

    hadapan Danish.

    Danish mempamerkan senyuman mesra. Hakikat-

    nya, hanya hati saja yang tahu. Jom!

    Tanpa banyak soal, Danish menghampiri Nana dan

    langkah diatur menuju ke tempat letak kereta.

    I love you, honey, bisik Danish melunakkan hati

    Nana.

    Nana sudah tersenyum senang. Wajah Danish di-

    pandangnya dalam-dalam sehinggalah mereka berdua

    memboloskan diri ke dalam kereta milik Danish.

    Why do you love me, Danish? soal Nana gedik.

    Danish memandang leher Nana. Imannya mula

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    3/8

    Suamiku Vampire17goyah. Entah kenapa, dia memang sukakan leher pe-

    rempuan sejak kecil.

    Danish, I tanya you niWhy do you love me,Danish?

    Because of you. Youre beautiful, sexy and

    intelligent, puji Danish.

    So, do you want to marry me? soal Nana lagi.

    Kahwin? Oh, no!Belum tiba masanya lagi. Aku be-

    lum puas lagi dengan apa yang aku buat. Kalau betulaku nak kahwin sekalipun, bukan dengan perempuan

    begini, bisik hati Danish. Dibiar sahaja soalan itu.

    Danish membawa Nana ke pusat beli-belah. Mem-

    buatkan Nana lupa apa yang disoalnya sebentar tadi.

    Perempuan tetap perempuan.

    Danish dan Nana memasuki sebuah kedai pakaian.Dia leka di bahagian pakaian lelaki dan membiarkan

    Nana memilih sendiri pakaian yang dia mahu.

    Lidya Alya panggil satu suara.

    Danish terkejut kerana dia tahu sangat nama ter-

    sebut. Dia memerhati empunya nama sambil membuka

    cermin mata hitamnya.

    Ya! Kejap, saya nak pilih jubah ini, kata perempuan

    yang dipanggil Lidya Alya tadi.

    Mata Danish tidak lepas daripada memandang si

    empunya nama. Cantik. Hatinya berdebar-debar. Pera-

    saan ini timbul apabila dia bersama dengan Lidya buat

    pertama kali tujuh tahun yang lalu.

    danish kini berada di rumah. Selepas waktu asar,

    biasanya merupakan waktu rehat baginya. Tubuhnya

    memerlukan tenaga selepas seharian bekerja di peja-

    bat. Adiknya, Damia Eryna sedang asyik membaca di

    halaman rumah yang tersergam indah.

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    4/8

    18Ria Natsumi

    Tak ada kerja lainlah tu, asyik baca Ujang aje

    ujar Danish mengusik adiknya sambil mengintai ru-

    mah LA, kucing kesayangannya.Along ini, buat lawak antarabangsa pula. Suka hati

    Mialah. Baik along naik atas dan tidur, kata Damia. Dia

    meneruskan pembacaannya sambil ketawa terbahak-

    bahak.

    Sudahlah tu Mia. Kang orang kata anak perempuan

    mama yang seorang ini gila pula. Kalau nak baca sangatbuku tu, pergi baca dalam bilik kamu, arah Datin Erni.

    Damia buat muka tidak puas hati. Dia bangun dan

    melangkah menuju ke biliknya. Dia tidak mahu mama-

    nya menyuarakan arahan yang tidak memberinya kata

    dua. Memandangkan dia akan mula bekerja mulai

    minggu depan, dia mahu berehat sepuasnya kali ini.Tidak mahu arahan mamanya nanti membuatkan

    waktu rehatnya terencat.

    Danish tersenyum kemenangan. Wajah cemberut

    adiknya, dipandang tanpa perasaan.

    Datin Erni yang sedari tadi jadi pemerhati, hanya

    menggeleng kepala melihat sikap anak-anaknya. Susuk

    tubuh anak gadisnya dihantar dengan pandangan

    mata. Dia bingkas bangun dan menuju ke dapur. Di-

    biarkan Danish duduk sendiri di ruangan itu.

    Danish membelek teleon bimbitnya demi melihat

    wajah seorang gadis yang sering dirinduinya saban

    hari. Wajah yang lembut, suara yang merdu dan rambut

    yang panjang, cukup memikat hatinya.

    Rindunya aku pada kau Danish bersuara per-

    lahan.

    Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan

    saya C. Tak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke?

    Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak, bukan awak. Jangan

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    5/8

    Suamiku Vampire19perasan! Kalau awak mahu berlagak dengan duit ayah

    awak, saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki

    yang saya nak suka? Berlagak, kaki perempuan, pem-buli. Awak ingat saya pelajar baru, saya tak tahu apa-

    apa tentang awak.

    Kata-kata itu bermain-main di telinga Danish. Peris-

    tiwa itu tidak akan pernah dilupakannya.

    Bagaimana keadaan Lidya sekarang? Mesti makin

    cantik. Dah kahwinkah dia? Tak! Aku tetap nak dia jadimilik aku. Sekarang aku dah ada kerjaya sendiri walau-

    pun terpaksa bekerja dengan papa. Dapatkah kita ber-

    temu suatu hari nanti, Lidya? Pelbagai soalan yang ber-

    main di fkiran Danish.

    Danish mengeluh perlahan. Hatinya resah memikir-

    kan Lidya. Dia bangun dan terus menuju ke bilik mandi.Dia mahu membersihkan dirinya.

    dEnGan ditemani Nana, Danish menghabiskan masa-

    nya dengan terkinja-kinja di kelab malam yang dituju

    mereka.

    Nana, tanpa segan silu meneguk air syaitan yang

    memang ada dijual di situ.

    Arak. Danish tidak pernah meneguk air itu. Dia

    datang ke situ bukan untuk minum atau makan. Dia

    hadir sekadar untuk mencari mangsanya. Hanya untuk

    bersuka ria.

    Danish memerhatikan leher beberapa orang gadis

    yang cantik dan menggoda. Ada seorang gadis seakan

    termakan umpannya. Dia tersenyum senang. Dia me-

    ninggalkan Nana yang tergedik-gedik menari bagaikan

    manusia hilang akal. Dia memberi isyarat mata agar

    mereka berdua berjumpa di luar kelab tersebut. Dia

    membawa perempuan yang bernama Sheila ke tempat

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    6/8

    20Ria Natsumi

    yang agak jauh daripada pandangan mata orang lain.

    Mereka berbual dengan mesra.

    Beberapa ketika berbual, selamba sahaja Sheilamengucup bibir Danish.

    Bau busuk perempuan ni. Sah-sah minum air haram

    tu, bisik Danish dalam hati. Hatinya bengkak. Namun,

    tangannya tetap mengusap leher Sheila, tapi tidak lama

    kerana seleranya mati. Leher itu bukan leher cita rasa-

    nya. Selama ini hanya leher Lidya sahaja yang pernahdigigitnya.

    Kenapa? soal Sheila.

    Pertanyaan Sheila dibiarkan sepi. Danish terus ber-

    lalu. Beredar dari situ.

    danish tersenyum. Sedari tadi diperhatikan susuktubuh gadis yang berdiri di luar kedai 24 jam KFC. Di-

    pandangnya gerak-geri gadis yang turut melemparkan

    pandangan ke arahnya.

    Danish melemparkan senyuman kepada gadis yang

    sedari tadi menarik minatnya. Gadis itu membalas.

    Aduh, penasaran dia dibuatnya.

    Dalam khusyuk memerhati gerak laku gadis yang

    mencuri pandangannya, tiba-tiba timbul perasaan cem-

    buru dalam diri Danish saat gadis yang menjadi per-

    hatiannya itu berbual mesra dengan seorang lelaki

    yang menjinjit beberapa beg plastik yang berisi ma-

    kanan. Perbualan mereka nampaknya begitu mesra.

    Beberapa ketika memandang tanpa jemu, Danish

    melihat gadis itu mengikut langkah lelaki yang men-

    jinjit plastik makanan itu. Dirinya terasa hampa. Na-

    mun, gadis itu tiba-tiba kembali menoleh ke arahnya

    dah menghadiahkan senyuman manis buatnya sebe-

    lum berlalu pergi.

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    7/8

    Suamiku Vampire21Senyuman yang mati di bibir Danish tadi, kembali

    terukir. Lebar.

    haris, jom keluar makan, ajak Danish sebaik talian

    teleon bersambung.

    Aku tengah usha perempuan ini

    Oi, bertaubatlah! Buah hati yang kau sayang sangat

    tu nak letak mana? kata Danish sambil masuk ke da-

    lam kereta mewah miliknya. Entah kenapa, sejak diaterpandang perempuan yang sudah dua kali ditemuinya

    itu, dirinya bagaikan diberi satu pertunjuk.

    Tadi, elok saja dia ke masjid, menunaikan solat isyak

    dalam erti kata sebenar. Sebelum ini, di depan kedua-

    dua ibu bapanya pun dia hanya berpura-pura. Tapi,

    tadiDia benar-benar melakukan dengan keikhlasanhatinya. Sehingga dia mampu berjanji untuk membuang

    semua sikapnya yang tidak baik. Dia mahu mencari

    keredaan Allah. Syukur, hatinya terbuka juga.

    Sarah ya? Dia ada kerja di luar bandar. Dia kan

    seorang arkitek. Itu yang jauh ke timur melihat tapak

    pembinaan, jelas Haris.

    Jomlah, temankan aku. Aku belanja kau, ajak

    Danish beria-ia.

    Akhirnya Haris setuju. Setuju dengan ajakan Danish.

    Beberapa ketika, Haris dan Danish sudah berada di

    kedai mamak di Ampang. Mereka berbual-bual pelbagai

    cerita sehinggalah topik perihal Sarah kembali dibuka

    oleh Danish.

    Kau betul-betul serius ke dengan Sarah? soal Da-

    nish yang tidak mahu persoalan yang bermain di min-

    danya sedari tadi dibiarkan tanpa jawapan.

    Mestilah serius. Kenapa kau tanya?

    Kau kan dah tiga kali melamar dia, tapi dia masih

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 15 22

    8/8

    22Ria Natsumi

    tolak kau. Apa cerita?

    Entahlah. Alasannya, belum bersedia.

    Tak sedia lagi? Atau ada lelaki lain. Danish mulamembuat andaian sendiri.

    Eh, cakap baik-baik sikit kawanNampak penum-

    buk aku? kata Haris yang sedikit marah dengan apa

    yang diluahkan Danish. Tapi, jauh di sudut hatinya, dia

    juga hairan mengapa Sarah masih menolak lamarannya.

    Mungkin dia ada alasan tertentu. Bagilah dia masa.Harapnya apa yang aku andaikan tu, tak akan jadi, ujar

    Danish mengharap apa yang difkirkannya tidak terjadi.

    HarapnyalahWei, kau tidur rumah aku ajelah

    hari ni. Aku duduk sorang, ajak Haris cuba mengubah

    topik. Tidak mahu topik dirinya dan Sarah jadi bualan.

    Apa moti kau cakap kau duduk seorang aje padaaku. Gay ke? gurau Danish.

    Haris menumbuk bahu Danish. Perlahan. Agak-

    agaklah kawan. Aku masih waraslah. Hati dan naluri

    lelaki aku hanya untuk perempuan sahaja.

    Akhirnya mereka ketawa bersama.