skrip pengacara program motivasi (khamis).doc

Upload: maiza-rahman

Post on 02-Mar-2016

675 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PENCERAMAH DR IBRAHIM ASHAARI

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURIDMAKLUMAN : (15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.4. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MEMATIKAN TELEFON BIMBIT atau tukarkannya ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung.

5. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan. BILAGENDASKRIPTINDAKAN

1.Ketibaan tetamu kehormatMengumumkan ketibaan:

DR IBRAHIM ASHAARIDiiringi oleh Puan Siti Zaharah binti Kadir, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali dan barisan pentadbir.

2.Nyanyian lagu NegarakuMohon semua hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dengan iringan muzik.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

3.ProtokolPara hadirin dipersilakan dudukAssalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang dihormati dan dialu-alukan DR IBRAHIM ASHAARIYang berusaha PUAN SITI ZAHARAH BINTI KADIR, PENGETUA SMK DATO AHMAD RAZALIYang berusaha TUAN HAJI AZIZ BIN MD DERUSYANG DIPERTUA PIBG SMK DATO AHMAD RAZALIBarisan pentadbir, Guru-guru, Para ibu bapa DAN SETERUSNYAMurid-murid Tingkatan 5 yang dikasihi sekalian.

3.Aluan pengacara majlisBersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sanggup berkorban masa untuk berada di sini pada hari ini dan menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah kita pada hari ini DR IBRAHIM ASHAARI ke SMK Dato Ahmad Razali. Terima kasih diucapkan atas kesediaan tuan memenuhi undangan dari pihak sekolah.

4.Bacaan doaSidang hadirin, Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Ilahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Nurul Effandy bin Osman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Nurul Effandy bin Osman atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

5.Hadirin yang dihormati,Sebelum saya serahkan majlis ini kepada tuan penceramah izinkan saya menyatakan serba sedikit latar belakang beliau.DR IBRAHIM ASHAARI MEMEGANG PHD DOKTOR FALSAFAH DALAM BIDANG HUMAN BEHAVIORAL SCIENCE DARI UNIVERSITY QUEENSLAND AUSTRALIA

PERNAH MENGIKUTI PROGRAM MBA DARI MALAYSIA INSTITUTE MANAGEMENT DAN SETERUSNYA KE UNIVERSITY BATH UNITED KINGDOM

MEMPUNYAI SARJANA MUDA PENGURUSAN PERDAGANGAN DARI ASIAN INSTITUE OF MANAGEMENT DI MANILA

DAN MEMILIKI DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM DAN KERAJAAN DARI INSTITUSI TEKNOLOGI MARA

KERJAYA AWALNYA BERMULA SEBAGAI LEFTANAN MUDA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SEHINGA BELIAU MENGAKHIRI PERKHIDMATANNYA PADA TAHUN 1985 DENGAN PANGKAT MEJAR KERANA INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNITED KINGDOM

BELIAU PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI KHAS DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN PENYEDIAAN DAN PENYAMPAIAN KERTAS KERJA DI DALAM DAN LUAR NEGARA

BERBEKALKAN PENGALAMAN SERTA MINAT BELIAU YANG MENDALAM SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DAN PENCERAMAH MOTIVASI, BELIAU MELUASKAN KERJAYANYA YANG MERANGKUMI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN AMAT BERPENGALAMAN DI DALAM PEMBANGUNAN DAN PENYAMPAIAN PROGRAM LATIHAN BAGI SEKTOR KORPORAT DAN KERAJAAN BELIAU TELAH MEMBERI KHIDMAT NASIHAT SERTA MELATIH ORGANISASI SEPERTI KUMPULAN KENDERAAN MARA BERHAD DAN MENTIGA TIMBER PRODUCTS DAN JUGA SERING DIUNDANG UNTUK MEMBERI MOTIVASI DAN MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MASJID-MASJID, JABATAN-JABATAN KERAJAAN SERTA SEKOLAH BERASRAMA DI KEDAH DAN NEGERI SEMBILAN.

Dengan ini, tanpa melengahkan masa majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan DR IBRAHIM ASHAARI untuk meneruskan majlis. Dipersilakan.

6.Sesi soal jawabSeterusnya, saya buka untuk sesi soal jawab sekiranya ada di antara tuan-tuan dan puan-puan yang ingin bertanya soalan kepada penceramah kita.

7.Ucapan penutup Puan PengetuaSekiranya tiada, majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan dari PUAN SITI ZAHARAH BINTI KADIR, PENGETUA SMK DATO AHMAD RAZALI

Dipersilakan

8.Penyampaian sijil dan cenderahatiSebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Puan Siti Zaharah binti Kadir, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Dr Ibrahim AshaariMajlis mempersilakan.

(Penyampaian cenderamata kepada perasmi)

Majlis berakhirDengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah program motivasi kecemerlangan murid pada hari ini.Dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan. Pelajar Tingkatan 5 boleh ke kantin untuk rehat dan naik ke kelas selepas itu untuk sesi pdp seperti biasa.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

1