skrip pengacara majlis

4
SKRIP PENGACARA MAJLIS –BOLA JARING PERINGKAT ZON Pagi Bacaan Doa Hadirin yang dihormati. Untuk memberkati perlawanan bola jaring peribgkat zon pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Md Adli untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Petang Alu-aluan Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berusaha,Tn Muhaimin bin Tabrani, Guru Besar SK Sungai Durian, Pn Wan Aminah_________ Guru Penolong kanan Pentadbiran, SK Sungai Durian, Pn__________, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid ,SK Sungai Durian En Salamat____________, Guru penolong kanan Kokurikulum, SK Sungai Durian Para hadirin, guru-guru pengurus pasukan, guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 17-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAJLIS BOLA JARING PERINGKAT ZON

PagiBacaan DoaHadirin yang dihormati.Untuk memberkati perlawanan bola jaring peribgkat zon pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Md Adli untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

PetangAlu-aluanAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,Tn Muhaimin bin Tabrani, Guru Besar SK Sungai Durian,

Pn Wan Aminah_________ Guru Penolong kanan Pentadbiran, SK Sungai Durian,

Pn__________, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid ,SK Sungai Durian

En Salamat____________, Guru penolong kanan Kokurikulum, SK Sungai Durian

Para hadirin, guru-guru pengurus pasukan, guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk memeriahkan majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Pontian Peringkat Zon Kukup.

Para Hadirin dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha_________________ untuk mengiringi Yang Dihormati ____________________, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati ___________ atas menyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha __________________ untuk mengiringi Yang Dihormati __________________bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati _______________________

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, ____________________________________untuk mengiringi Yang Berbahagia ______________________________________ bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia ___________________________________________________.

Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang tumpas usah menjerut rasa, cuba lagi di lain acara, di lain masa.Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, En Muhaimin bin Tabrani, Tn Guru Besar SKSD untuk menyampaikan ucapan perasmian Penutup Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Peingkat Zon Kukup.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia _______________________________________________ atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Jaring MSSD Zon Kukup 2015 sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, dan sumbangan tenaga dalam memastikan acara pada hari ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Sekali lagi terima kasih untuk semua.