skrip-pengacara bengkel add 2010

4
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia... UCAPAN PENGUMUMAN Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Bengkel Akhbar Dalam Darjah anjuran bersama The New Straits Times Press, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson bagi sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Daerah Port Dickson pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke bengkel ini. UCAPAN PEMBUKAAN Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini mendapat keberkatan an rahmat daripada Allah swt...

Upload: azie

Post on 25-Jun-2015

289.466 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip-Pengacara Bengkel ADD 2010

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN

Buah pauh si bunga rampai

Kilauan bintang sungguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai

Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan

kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Bengkel Akhbar Dalam Darjah

anjuran bersama The New Straits Times Press, Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson bagi sekolah-

sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Daerah Port Dickson pada petang ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke

bengkel ini.

UCAPAN PEMBUKAAN

Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah

ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini

mendapat keberkatan an rahmat daripada Allah swt...

Page 2: Skrip-Pengacara Bengkel ADD 2010

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin AyobTimbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan

Yang Berusaha EnPegawai PelajaranPejabat Pelajaran Daerah Port Dickson

Pegawai-pegawai dari The New Straits Times Press

Pegawai Teknologi PendidikanPKG Port Dickson dan PKG Chuah

Guru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson dan PKG Chuah

Para guru, hadirin dan hadirat sekalian

Page 3: Skrip-Pengacara Bengkel ADD 2010

UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirat hadirat sekalian,

Dinihari pergi lautan

Untuk menjala si ikan bilis

Assalamualaikum tuan dan puan

Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluan

Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan KPP

En Kamaruzzaman bin Ayob, Tuan/En........................................................

daripada PPD Port Dickson, Pegawai-pegawai daripada NSTP, seterusnya guru-

guru, hadirin dan hadirat sekalian. Sebagaimana yang kita maklum, program

yang akan dijalankan pada petang ini adalah berkaitan dengan Akhbar Dalam

Darjah atau ringkasnya ADD anjuran NSTP dengan kerjasama BTPN N

Sembilan dan juga PPD Port Dickson.

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En

Kamaruzzaman, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan

segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruzzaman di atas

ucapan itu tadi.

Page 4: Skrip-Pengacara Bengkel ADD 2010

Bengkel ADD

Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada pegawai daripada The New

Straits Times untuk meneruskan bengkel.

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian :

Ucapan salam pengakhir kataSegala yang ada dikongsi bersama

Apa yang kurang maaf dipintaSudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah    Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah

    Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Bengkel Akhbar Dalam Darjah

Anjuran Bersama The New Straits Times, BTPNNS dan PPD Port Dickson pada

petang ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran

tuan-tuan dan puan-puan ke bengkel yang diadakan pada petang ini.

Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam

memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tuan-tuan dan

puan-puan.

Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan

bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan

di cafe BTPNNS

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang

mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu

datangnya dari diri saya sendiri.

Page 5: Skrip-Pengacara Bengkel ADD 2010

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi

wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.