skrip juruacara

9
(Huei Earn) Yang dihormati Tuan Guru Besar SJKC Chung Hwa Confucian B, Encik Tan Teck Ming, penolong-penolong kanan, guru-guru, para peserta dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Selamat sejahtera kepada semua, Saya sembah pembuka bicara. Selamat datang diucapkan ke Pertandingan Melafazkan Pantun, Bercerita dan Syarahan tahun 2015. (Huei Earn) Sebelum memulakan pertandingan pada hari ini, ingin saya maklumkan kepada hadirin sekalian bahawa Pertandingan hari ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Melafazkan Pantun yang disertai oleh murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2, Pertandingan Bercerita untuk murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4, serta Pertandingan Syarahan yang disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan juga Tahun 6. (Sammi)

Upload: atirah

Post on 28-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

competition

TRANSCRIPT

(Huei Earn)Yang dihormati Tuan Guru Besar SJKC Chung Hwa Confucian B, Encik Tan Teck Ming, penolong-penolong kanan, guru-guru, para peserta dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan. Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara, Selamat sejahtera kepada semua, Saya sembah pembuka bicara.Selamat datang diucapkan ke Pertandingan Melafazkan Pantun, Bercerita dan Syarahan tahun 2015.

(Huei Earn)Sebelum memulakan pertandingan pada hari ini, ingin saya maklumkan kepada hadirin sekalian bahawa Pertandingan hari ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Melafazkan Pantun yang disertai oleh murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2, Pertandingan Bercerita untuk murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4, serta Pertandingan Syarahan yang disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan juga Tahun 6.

(Sammi) Untuk makluman semua, pertandingan pada hari ini akan diadili dari segi Bahasa dan Pertuturan sebanyak 30 markah, Intonasi dan Kawalan Suara sebanyak 25 markah, Teknik Persembahan sebanyak 25 markah serta Isi dan Mesej sebanyak 20 markah.

(Huei Earn)Bagi tidak membuang masa, tirai pertandingan kita hari ini akan dimulakan dengan Pertandingan Melafazkan Pantun Tahun 1 dan 2. Sebelum itu, saya berbesar hati untuk memperkenalkan dan menjemput para hakim yang bertugas untuk mengambil tempat. Dijemput Cik Ooi Hooi Ing selaku hakim bahagian Bahasa dan Pertuturan, Wong Sze Cheak selaku hakim bahagian Intonasi dan Kawalan Suara, Puan Toh Kim Kim selaku hakim bahagian Teknik Persembahan, Puan Siow Wee Li selaku hakim bahagian Isi dan Mesej dan Puan Koay Boey Shin selaku Ketua Hakim.

(Sammi) Untuk pertandingan ini, para peserta diberi masa sebanyak 3 minit untuk mempersembahkan pantun mereka. Apabila sudah cukup 2 minit, loceng akan dibunyikan sekali. Apabila masa tamat, iaitu 3 minit, loceng akan dibunyikan 2 kali. Pertandingan Melafazkan Pantun dimulakan dengan Tahun 2. Dijemput peserta yang pertama Livieniia dengan tajuk pantunnya Nasihat. Dipersilakan.

(Huei Earn) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Sekarang dijemput peserta yang kedua Roxanne Tay Jia Qi dengan tajuk pantunnya Muhibbah dan Perpaduan. Dipersilakan.

(Sammi) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kedua. Sekarang dijemput peserta yang ketiga Choo Jing Hui dengan tajuk pantunnya Kegembiraan Bersekolah. Dipersilakan.

***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-8 (Sammi) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang terakhir Pertandingan Melafazkan Pantun Tahun 2. Pertandingan Melafazkan Pantun diteruskan dengan Tahun 1. Dijemput peserta yang pertama Ng Wei Sheng dengan tajuk pantunnya Berbudi Bahasa.

(Huei Earn) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Sekarang dijemput peserta yang kedua Brian Kaw En Wei dengan tajuk pantunnya Rajin Belajar. Dipersilakan.

***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-10

(Sammi) Dengan selesainya persembahan daripada peserta yang kesepuluh sebentar tadi, maka tamatlah sudah Pertandingan Melafazkan Pantun Tahun 1 dan Tahun 2. Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang bertugas.

(Huey Shan) Sekarang kita teruskan dengan Pertandingan Syarahan bagi Tahun 5 & 6. Sebelum itu, saya berbesar hati untuk memperkenalkan dan menjemput para hakim yang bertugas untuk mengambil tempat. Dijemput Puan Lee Geok Kheng selaku hakim bahagian Bahasa dan Pertuturan, Cik Khoo Chin Hee selaku hakim bahagian Intonasi dan Kawalan Suara, Puan Tan Shi Jin selaku hakim bahagian Teknik Persembahan, Puan Chuah Xiao Leng selaku hakim bahagian Isi dan Mesej dan Puan Tan Sew Keng selaku Ketua Hakim.

(***********) Untuk pertandingan ini, para peserta diberi masa sebanyak 6 minit untuk menyampaikan syarahan mereka. Apabila sudah cukup 5 minit, loceng akan dibunyikan sekali. Apabila masa tamat, iaitu 6 minit, loceng akan dibunyikan 2 kali. Pertandingan Syarahan dimulakan dengan Tahun 5. Dijemput peserta yang pertama Neoh Yong Chen dengan tajuk syarahannya Kebaikan Bergotong-Royong. Dipersilakan.

(Huey Shan) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Sekarang dijemput peserta yang kedua Tan Zhi Yin dengan tajuk syarahannya Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara. Dipersilakan. ***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-10

(*********) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang terakhir Pertandingan Syarahan Tahun 5. Pertandingan Syarahan bagi Tahun 6 akan diteruskan selepas waktu rehat.

(Sammi) Dijemput para hakim yang bertugas untuk Pertandingan Syarahan Tahun 5 sekali lagi mengambil tempat untuk kita teruskan dengan Pertandingan Syarahan Tahun 6. Pertandingan Syarahan kini diteruskan dengan peserta Tahun 6. Dijemput peserta yang pertama Phng Jia Qie dengan tajuk syarahannya Peliharalah Alam Sekitar.

(Huei Earn) Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Dijemput pula peserta yang kedua Leong Kai Bin dengan tajuk syarahannya Peranan Perpustakaan.

***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-10

(Sammi) Dengan selesainya persembahan daripada peserta yang kesepuluh sebentar tadi, maka tamatlah sudah Pertandingan Syarahan Tahun 5 dan Tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang bertugas.

(Huei Earn) Sekarang kita teruskan dengan Pertandingan Bercerita bagi Tahun 3 & 4. Sebelum itu, saya berbesar hati untuk memperkenalkan dan menjemput para hakim yang bertugas untuk mengambil tempat. Dijemput Puan Goh Bee Chu selaku hakim bahagian Bahasa dan Pertuturan, Cik Leow Ching Ru selaku hakim bahagian Intonasi dan Kawalan Suara, Puan Chung Pei Keat selaku hakim bahagian Teknik Persembahan, Chua Peck Gor selaku hakim bahagian Isi dan Mesej dan Puan Chan Lay Kheng selaku Ketua Hakim.

(Sammi) Untuk pertandingan ini, para peserta diberi masa sebanyak 5 minit untuk menyampaikan cerita mereka. Apabila sudah cukup 4 minit, loceng akan dibunyikan sekali. Apabila masa tamat, iaitu 5 minit, loceng akan dibunyikan 2 kali. Pertandingan Bercerita dimulakan dengan Tahun 3. Dijemput peserta yang pertama Derrick Loh dengan tajuk ceritanya Anak Ikan Yang Suka Menipu. Dipersilakan.(Huei Earn)Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Sekarang dijemput peserta yang kedua Tan Xuan Wei dengan tajuk ceritanya Anak Ikan Yang Suka Menipu. Dipersilakan.***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-8

(Sammi)Terima kasih diucapkan kepada peserta yang kelapan Pertandingan Bercerita Tahun 3. Pertandingan Bercerita diteruskan dengan Tahun 4. Dijemput peserta yang pertama Wong Ngi Chin dengan tajuk ceritanya Tipuan Singa. Dipersilakan.

(Huei Earn)Terima kasih diucapkan kepada peserta yang pertama. Sekarang dijemput peserta yang kedua Evon Yeoh Yee Chin dengan tajuk ceritanya Kisah Seekor Belalang. Dipersilakan.***Teruskan seperti ayat di atas sehingga peserta ke-9

(Sammi) Dengan selesainya persembahan daripada peserta yang kesembilan sebentar tadi, maka tamatlah sudah Pertandingan Bercerita Tahun 3 dan Tahun 4. Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang bertugas. Dengan tamatnya Pertandingan Bercerita sebentar tadi, maka tamatlah sudah acara kita pada hari ini. Hadirin sekalian diminta bersabar menunggu pengumuman keputusan sebentar sahaja lagi.