skrip juruacara kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

7
SKRIP JURUACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013 SMK RINGLET Pengacara : Pn Norazliah Ani Tarikh : 28/6/2013 CUE ANN CATATAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ___________________________________ ________ ___________________________________ ________ ___________________________________ ________ diiringi En Mohd Razully b Md Shariff, Pengetua SMK Ringlet. Para peserta acara 100m diminta bersedia dan melaporkan diri di meja urusetia. PERBARISAN Kejohanan olahraga SMK Ringlet pada pagi ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat untuk menerima tabik hormat. Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan pasukan pancaragam diketuai Chan Kit San, dibimbing oleh Pn Kok Chiun Yen dan rakan-rakan dengan kekuatan anggota ___________. seterusnya dengan Rumah Nucleon (Kuning). Kuning bersinar pasti

Upload: norazliah-ani

Post on 20-Jun-2015

1.928 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

SKRIP JURUACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013 SMK RINGLET

Pengacara : Pn Norazliah Ani

Tarikh : 28/6/2013

CUE ANN CATATANKETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,

_________________________________________________________________________________________________________________________________diiringi En Mohd Razully b Md Shariff, Pengetua SMK Ringlet.

Para peserta acara 100m diminta bersedia dan melaporkan diri di meja urusetia.

PERBARISANKejohanan olahraga SMK Ringlet pada pagi ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontinjen rumah sukan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan masuk Kontigen rumah sukan dimulakandengan pasukan pancaragam diketuai Chan Kit San, dibimbing oleh Pn Kok Chiun Yen dan rakan-rakan dengan kekuatan anggota ___________. seterusnya dengan Rumah Nucleon (Kuning). Kuning bersinar pasti juara, diketuai oleh Hafida bt Md Zaki dengan kekuatan 25 peserta dibimbing oleh Pn Nor Azlina dan Pn Wong Pei Sin.

diikuti oleh Rumah Neutron (Merah), pasukan ini tampil ceria dan bersemangat, Si merah Neutron, setangkas helang menyambar, sekuat harimau mengaum, bertemakan Neutronian Wonderland, Neutron pasti berjaya. diketuai oleh Amimuhdin bin Sahmadi dengan kekuatan 31 peserta. Seterusnya Rumah Proton (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, Fairy Tale does Come True menjadi tema, diketuai oleh Mohd Iwan Syah b Mohd Musleh dengan kekuatan 25 peserta. Pembimbingnya Cik Loke Yian Leng

Page 2: Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

Akhir sekali Rumah Electron (Biru), Biru berombak tak gentar digertak, diketuai oleh Mohd Mursyid b Al Arhan dengan kekuatan 24 peserta. Terus membadai di bawah bimbingan En Mohd Afiq

Hakim-hakim perbarisan dan hiasan khemah terdiri daripada

1. En Mohd Razully b Md Shariff2. Pn Noor Manisah bte Mohamed3. En Che Wang bin Che Ping

BACAAN DOA Hadirin sekalian,Majlis pada pagi nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ______________________________ untuk membacakan doa.

NYANYIAN PATRIOTIK

Terima kasih _______________________________Mari kita semarakkan semangat patriotik dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Negeri Pahang. Hadirin dimohon berdiri.

IKRAR MURID Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,Kejohanan sukan tahunan kali ke-10 ini diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh ______________________________________Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.Begitulah tadi sempurnya majlis pembacaan ikrar sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

ALU-ALUAN Yang Berbahagia,

Yang Berusaha, En Mohd Razully b Md Shariff, Pengetua SMK Ringlet

Pn Noor Manisah bt Mohamed, Penolong Kanan PentadbiranMurid

En. Kanayasan a/l Arumugam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Che Wang b Che Ping,Penolong Kanan Kokurikulum

Page 3: Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

Barisan AJK PIBG

Barisan pengurus kejohanan dan para AJK 

Para pelaksana, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera salam budaya 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SMK Ringlet 2013.

UCAPAN PENGETUA

Meneruskan acara pada petang yang permai ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Razully bin Md Shariff , pengetua SMK Ringlet untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Panggilan mesra memang ayahandaBoleh bergurau nasihat pun berganda

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

UCAPAN PERASMIAN VIP

Hadirin sekalian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia _________________________________________________________________

untuk memberikan ucapan perasmian.

Sektor korporat tugasnya beratDalam penat masih tunaikan hasrat 

Takzim terima kasih buat tuan.PERARAKAN KELUAR KONTINJEN

Hadirin yang dihormati,

Rasmilah sudah kejohanan sukan tahunan kali ke-10, seterusnya kita saksikan perarakan keluar kontinjen.

Page 4: Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

ACARA BALAPAN

Warga Kejohanan,

Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan bagi acara 100m, 4 X 100m dan, 4 X 50m Guru/PIBG.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam acara ini diminta ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.

PENYAMPAIAN HADIAH

Sebagai mengiktiraf kejayaan para atlet kita teruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah

Dipersilakan

(Rujuk meja data)CENDERAHATI Bagi meneruskan acara majlis mempersilaa

Kan En Mohd Razully b Md Shariff Pengetua SMK Ringlet menyampaikan cenderahati kepada Yg Berbahagia _________________________________

Atas kesudian beliau hadir merasmikan acara hari ini.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kejohanan Olahraga SMK Ringlet 2013 berakhir sudah. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya

p/s Dipersilakan Tuan Pengetua mengiringi tetamu kehormat serta jemputan menikmati juadah yang disediakan.

Page 5: Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, kejohanan Olahraga SMKPNZ 2008 sampai dipenghujungnya. Untuk itu

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

............

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

.

Akhirnya, majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan tetamu untuk jamuan ringan.