skrip jamaluddin al-afghani

14
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM IXEB4103 TAJUK: JAMALUDDIN AL AFGHANI 1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006 2) MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB1100 24 3)MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026 4)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067

Upload: ustazmaya

Post on 28-Jul-2015

143 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

IXEB4103

TAJUK: JAMALUDDIN AL AFGHANI

1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006

2) MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB110024

3)MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026

4)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067

Pensyarah: USTAZAH SALINA BUSRAWI

Page 2: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

Pengenalan mengenai Jamaluddin al-afghani

Jamaluddin al-Afghani, merupakan seorang pejuang Islam yang berjiwa besar, di setiap negeri Islam yang di singgahinya, beliau menyebarkan fahaman Islam yang dibawanya, kerana Islam tidak membataskan sempadan dan negeri. Kekentalan semangat dan kegigihan usahanya ingin melihat negara yang didiami oleh umat Islam bebas dari cengkaman penjajah dan berhasrat menyatukan mereka di bawah satu naungan iaitu Islam.  Perjuangan demi agama dan anti imperialisme membawa beliau merantau ke segenap kota di Asia Barat bahkan ke Eropah untuk melihat dan mengalami sendiri nasib umat Islam yang kian tertindas disebabkan oleh kerakusan penjajahan Inggeris. Negara-negara yang pernah dijejakinya ialah Iran, Afghanistan, India, Turki, Mesir, England, Perancis dan Rusia. Turki adalah negara terakhir yang menerima kunjungan beliau, disanalah beliau kembali kehadrat Ilahi. Kunjungannnya ke beberapa buah negara tidaklah hanya sekali bahkan berulangkali. Kunjungan tersebut bukanlah kerana kemahuannya tetapi kerana diusir oleh pemerintah yang bimbang terhadap pengaruh islah yang dibawanya akan membangkitkan penentangan rakyat terhadap pemerintah. Ideal islahnya digeruni oleh pemerintah yang zalim kerana bimbang mencetuskan revolusi rakyat, ia sangat tidak disenangi oleh golongan ulama tradisional dan dianggap

bertentangan dengan pegangan tradisi. 

Page 3: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

Forum

Moderator : Assalamualaikum warahmatullahiwabarakuh. Apa khabar penonton di studio dan di rumah? Syukur Alhamdulillah kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu-tetamu-Nya. Hari ini,Alhamdulillah kita bersama lagi dalam rancangan kegemaran ramai yang menjadi ladang pahala kepada semua media iaitu rancangan ‘forum Hadhari’. Dan hari ini, Alhamdulillah, selamat datang diucapkan kepada ‘pensyarah daripada Jabatan sejarah dan tamadun islam dari Univiesiti Malaya, ustaz Hanif Zuhari’. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang jauh datang bermusafir mencari ilmu, masyaAllah, perjalanan yang penuh barakah. InsyaAllah kita niatkan majlis ilmu kita yang mengambil masa satu jam ini menjadi satu amalan yang soleh dan menjadi penyebab kita masuk syurga di taman pahala kita. Kita doakan agar dalam masa satu jam ini Allah izinkan supaya kita dapat berbincang tentang tajuk yang begitu menarik mengenai sejarah islam iaitu‘Jamaluddin Al-Afghani Jadi kita serahkan kepada ahli panel yang pertama untuk menceritakan tentang biodata Jamaluddin Al-Afghani. Dipersilakan.

Ahli panel 1 : Assalamualaikum semua. Alhamdulillah tajuk forum kita pada hari ini mengenai tokoh yang terkenal dengan pembawa pembaharuan yang besar dalam islam iaitu Jamaluddin Al-Afghani. Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani.Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi bersama keluarganya.Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran, disebabkan tekanan politik yang diletakkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan.Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan di As’adabad di Zon Hamedan, Iran.

Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib.

Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara.Beliau telah mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944, jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan.Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul.Sebuah mousoleum telah didirikan untuknya.

Page 4: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

Moderator : Terima kasih kepada ahli panel kita yang pertama dengan memceritakan tentang biodata Jamaluddin Al-Afghani dengan panjang lebar. Seterusnya kita beralih kepada ahli panel kita yang kedua untuk menceritakan tentang latar belakang pendidikan jamaluddin al-afghani. Dipersilakan.

Ahli panel 2 : Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih kepada moderator kita yang budiman. Kita masuk kepada latar belakang pendidikan jamaluddin al-afghani. Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

Sayid Jamaluddin telah menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau mendalami beberapa disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.

Dalam pada itu, Sayid Jamaluddin al-Afghani juga mula berkarya. Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama berjudul Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan.

Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah.

Moderator : Terima kasih diucapkan kepada ahli panel kita yang kedua. Kita beralih pula kepada ahli panel yang pertama untuk menceritakan ketokohan dan keperibadian Jamaluddin al-Afghani. Dipersilakan.

Ahli panel 1 : Terima kasih kepada moderator kita. Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan orang-orang Islam di beberapa tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliau berjaya meniupkan semangat perjuangan dan menyedarkan orang-orang Islam supaya menentang penjajah demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah:

Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan

Page 5: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuwan dan pemikir Islam yang terkenal pada kurun ke-19 Masihi.Beliau begitu kreatif dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.

Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

• Mencintai ilmu pengetahuan;

• Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh;

• Memiliki semangat jihad yang tinggi;

• Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas daripada penjajah;

• Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin;

• Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat Islam;

• Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan rakyat ke arah kemajuan *dan pembangunan;

• Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di samping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenarnya.

Moderator : Satu hujah yang sangat menarik apa yang disampaikan oleh ahli panel kita. Sekarang kita pergi kepada ahli panel kita yang ahli panel kita yang kedua untuk menceritakan atau membahaskan dengan lebih terperinci mengenai sumbangan yang diberikan Jamaluddin al-Afghani kepada islam. Dipersilakan.

Ahli panel 2 : terima kasih kepada moderator kita. Banyak sumbangan tokoh kita ini kepada perkembangan islam. Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa setahun di Delhi.Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan pada tahun 1858 Masihi.Beliau menjadi seorang kaunselor Raja Dost Mohammad Khan dan selepas itu Mohammad Azam.

Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil tulisannya yang bernas dan tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam

Page 6: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

untuk menentang penjajah. Pada tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.

Dia kemudian ke Istanbul. Pada 1870, Afghani diangkat menjadi Dewan Pendidikan Uthmaniyyah rasmi yang reformis. Kerana ikatannya dengan berbagai ahli pendidikan terkemuka, dia diundang untuk menyampaikan kuliah umum. Namun kuliah umum ini menimbulkan reaksi yang keras dari para ulama, karena dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.

Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negeri pada tahun 1879.Semasa beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani dibuang negari, beliau merantau ke beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow, St. Petersburg dan Munich.

Kemudian, pada tahun 1884, Sayid Jamaluddin al-Afghani mula menerbitkan sebuah majalah Arab berjudul al-Urwah al-Wuthqa. Menerusi majalah ini, Sayid Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar Islam, dan bersatu padu. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat Islam ialah:

• Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah s.w.t.;

• Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;

• Memperbetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

• al-A'mal al-Kamilah

• ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin

• Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan

• al-Khatirat

Page 7: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

• at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan al-Khafiqin.

Moderator : Alhamdulillah. Satu hujah yang sangat bernas. Terima kasih kepada kesemua ahli panel kita kerana memberikan hujah yang sangat menarik. Sekarang kita buka soalan kepada penonton untuk bertanyakan soalan. Dipersilakan.

Penonton 1 : assalamualaikum. Saya Muhaamad Faiq Bin Mat Rani dari besut Terengganu. Soalan saya ini ditujukan kepada ahli panel yang pertama. Dalam sejarah Jamaluddin al-Afghani terdapat islah yang beliau sumbangkan. Apakah sumbangan beliau dalam gerakan islah itu?

Ahli panel 1 : Terima kasih kepada Faiq. Alhamdulillah soalan yang cukup baik. Gerakan Islah (Bahasa Arab: إصالح) berasal dari kata kerja Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud pembaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani ialah:

1. Idea Islah berupa usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa al-Rasyidin

2. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan beliau iaitu al-Jamiah Al-Islamiah.

3. Mengkritik taklid Al-A’ma (Bahasa Arab: تقليداألعمى yang bermaksud mengikut sesuatu secara membabi buta) tanpa berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

4. Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan tempat.

5. Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab yang membawa kepada perpecahan umat Islam sendiri.

6. Berpendapat agar umat Islam menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka dari penjajah.

Kesan

1. Idea beliau disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha.

Page 8: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

2. Gerakan Islah dari Asia Barat lebih besar dari gerakan Islah dari India yang dibawa oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi

3. Di Malaysia, gerakan islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah seperti Universiti al-Azhar. Antara yang terlibat ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-Asy’ari (Lihat Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan di Tanah Melayu di bawah)

4. Gerakan Islah mendorong umat Islam mengkaji fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan Sunnah.

5. Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air mereka.

Gerakan Islah mencetuskan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu

Pencetusan gerakan Islah oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

Antara pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu ialah:

• Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin;

• Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi;

• Haji Abbas bin Muhammad Taha;

• Dr. Burhanuddin Helmi;

• Tok Kenali.

Penyoal 2 : Assalamualaikum. Saya Amirin Sofi Bin Mustaffa dari Besut Terengganu ingin bertanyakan soalan. Adakah terdapat pembaharuan yang dibawa oleh jamaluddin al afghani ?

Ahli panel 2 : terima kasih kepada yang bertanya. Terdapat banyak pembaharuan yang dibawa oleh Jaamluddin al-Afghani. 1. Beriltizam dengan prinsip-prinsip Islam dan mengikuti petunjuk ulama umat. 2. Membebaskan umat daripada belenggu penjajahan

Page 9: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

dalaman dan luaran. 3. Menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan. 4. Mengambil aspek-aspek kebaikan dalam ilmu sains dan pentadbiran Barat.

Gagasan al-Afghani bukan sahaja berlegar di permukaan tetapi menyentuh dasar kehidupan umat hingga ke dimensi paling dalam, iaitu islah al-uqul wa al-nufus, pembaharuan jiwa dan minda. Sesudah itu disusuli dengan islahal-hukumah, reformasi politik pemerintah. Pembaharuan gaya al-Afghani adalah pembaharuan dalam erti kata kembali kepada pengertian keaslian dan kemurnian agama Islam dengan ruang lingkup yang mencakupi segala bidang kehidupan agama, sosial dan politik. Menurut al-Afghani gerakan pembaharuan harus berteraskan kepada pembaharuan keagamaan. Perkara utama yang cuba ditangani oleh al-Afghani ialah kemunduran dan kelemahan umat Islam terutama dalam kaitannya dengan kuasa Barat. Al-Afghani menelusuri akar punca kehilangan dinamika umat Islam dan menemukannya pada pencemaran agama Islam yang dilakukan oleh kaum zindiq, golongan sufi, sophist dan pemalsu hadis. Dengan demikian, pemikiran al-Afghani memusat kepada tema pemurnian akidah dan Islam dengan menekankan dinamik dan daya dorongannya kea rah kemajuan. Dengan semangat itulah al-Afghani meneruskan perjuangan nahdah (kebangkitan) kaum Muslimin dengan membicarakan isu seperti qada dan qadar, peranan ilmu dan sebagainya.

Al-Afghani menekankan peranan agama dalam mengangkat martabat manusia dan membangunkan tamadunnya. Beliau melihat Islam sebagai agama yang paling lengkap sesuai bagi pembangunan tamadun manusia. Islam membekalkan manusia dengan akidah tauhid yang membebaskannya daripada belenggu segala kepercayaan, mitos dan dongeng yang tidak rasional. Islam yang menumbuhkan pada diri manusia harga diri sebagai makhluk terunggul di bumi. Dalam menghadapi realiti kemunduran umat Islam, al-Afghani menyarankan umat Islam memerlukan kepada sesuatu gerakan islah yang bersifat menyeluruh untuk kembali segar dan mampu berfungsi sebagai wahana kebangkitan tamadun. Oleh itu, semangat ijtihad perlu disuburkan dan menolak budaya taqlid. Al-Afghani berpendapat, kefahaman kepercayaan kepada takdir yang salah iaitu manusia hidup laksana kapas diterbangkan angin ke mana-mana, tidak mempunyai daya usaha sendiri menyebabkan kaum Muslimin menjadi pemalas dan menerima nasib malang dengan tidak berusaha membebaskan diri daripada kehinaan dan kemiskinan. Sebenarnnya, kepercayaan kepada takdir menumbuhkan keperibadian mulia dan idealism, bukan membunuhnya. Al-Afghani menerbitkan majalah al-Urwat al-Wuthqa yang bertujuan berkhdimat kepada umat Timur dengan menjelaskan apa yang mesti mereka lakukan untuk kebangkitan umat semula. Ia juga menjelaskan hasil-hasil penyelidikan tentang sebab-sebab kelemahan umat Islam dan cara mengatasinya, membangkitkan semangat cita-cita dan berani dalam jiwa, berpegang teguh kepada prinsip agama dan menyampaikan berita dan peristiwa politik berlaku. Di samping itu, menangkis segala serangan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Barat.

Page 10: Skrip Jamaluddin Al-Afghani

Moderator : Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah kerana forum ini dapat berjalan dengan lancar dan tenang. Nampaknya masa tidak mengizinkan untuk kita meneruskan forum kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada ahli panel kita yang budiman dan juga kepada penonton di studio yang begitu fokus mendengar forum kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari pada waktu yang sama, pada hari yang sama. insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.