sayid jamaluddin asadabadi

Upload: khalilah-khalid

Post on 06-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    1/17

    As-Sayyid

    Jamaluddin

    Al-Afghani

    Pejuang

    Islam

    Yang Gigih

    NAMA: KHALIESA BINTI KHALID

    KELAS: 5 SAINS

    TAJUK TUGASAN: AS-SAYYID JAMALUDDIN

    AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH

    NAMA GURU: PN. NOORLIDA BT. MANSOR

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    2/17

    Isikandungan

    Bil. Butir Muka

    Surat

    1. Penghargaan 1

    2. Riwayat Hidup 2

    (i) Biodata 3

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    3/17

    (ii) Pendidikan 4

    (iii) Ketokohan dan Keperibadian 5

    (iv) Sumbangan dan kesan peninggalan 6

    3. Idea Islah 9(i) Bentuk Islah 10

    (ii) Kepentingan Islah 11

    (iii)Kesan Islah 11

    4. Gerakan Islah mencetuskan kesedaran 12

    5. Rujukan 13

    6. Lampiran 14

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    4/17

    Biodata

    Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan nama

    sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun

    1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat

    lahirnya, iaitu di Asadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan.

    Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di Hamedan, Iran

    dan beliau dikenali sebagai Hamadani. Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-

    Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi bersama

    keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran,disebabkan tekanan politik yang diletakkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan.

    Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau

    dilahirkan di Asadabad di Zon Hamedan, Iran.

    Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang

    periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina

    Ali bin Abi Talib.

    Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau

    telah mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan

    Khurasan.

    Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika

    berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944,

    jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan

    kerajaan Afghanistan. Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti

    Kabul. Sebuah mousoleum telah didirikan untuknya.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Asadabad&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kunar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Afghanistanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Afghanistanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kunar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Asadabad&action=edit&redlink=1
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    5/17

    Pendidikan

    Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan

    daripada orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau

    mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas

    itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul

    fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

    Sayid Jamaluddin telah menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun.

    Beliau mendalami beberapa disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik,

    usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid

    Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu

    moden seperti sains dan matematik.

    Dalam pada itu, Sayid Jamaluddin al-Afghani juga mula berkarya. Karya Sayid

    Jamaluddin al-Afghani yang pertama berjudul Keterangan Lengkap tentang

    Sejarah Afghanistan.

    Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut

    Universiti al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya,termasuklah Syeikh Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah

    menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali

    sebagai Gerakan Islah.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sainshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Matematikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Matematikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sainshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arab
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    6/17

    Ketokohan dan keperibadian

    Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan orang-orang

    Islam di beberapa tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliauberjaya meniupkan semangat perjuangan dan menyedarkan orang-orang Islam

    supaya menentang penjajah demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara.

    Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam.

    Beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap

    kemampuan mereka menentang penjajah.

    Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuwan dan pemikir

    Islam yang terkenal pada kurun ke-19 Masihi. Beliau begitu kreatif dalam

    menghasilkan karya-karya yang bermutu.

    Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.

    Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

    Mencintai ilmu pengetahuan Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh

    Memiliki semangat jihad yang tinggi Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan

    bebas daripada penjajah

    Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan

    masyarakat Islam

    Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untukmenyedarkan rakyat ke arah kemajuan dan pembangunan

    Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan disamping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang

    sebenarnya.

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    7/17

    Sumbangan dan kesan peninggalan

    Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa

    setahun di Delhi. Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali

    ke Afghanistan pada tahun 1858 Masihi. Beliau menjadi seorang kaunselor Raja

    Dost Mohammad Khan dan selepas itu Mohammad Azam.

    Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan

    semangat perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajahInggeris di

    Afghanistan. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan

    perbincangan. Segala hasil tulisannya yang bernas dan tajam telahmembangkitkan semangat masyarakat Islam untuk menentang penjajah. Pada

    tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan Sayid Jamaluddin al-

    Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.

    Dia kemudian ke Istanbul. Pada 1870, Afghani diangkat menjadi menjadi

    Dewan Pendidikan Uthmaniyyah rasmi yang reformis. Kerana ikatannya

    dengan berbagai ahli pendidikan terkemuka, dia diundang untuk menyampaikan

    kuliah umum. Namun kuliah umum ini menimbulkan reaksi yang keras daripara ulama, karena dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani

    diusir dari Istanbul.

    Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula

    menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea

    beliau dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negari pada tahun

    1879. Semasa beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh

    Muhammad Abduh melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-

    orang Islam ke arah zaman kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani

    dibuang negari, beliau merantau ke beberapa tempat di Eropah dan di luar

    Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow, St. Petersburg dan Munich.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Delhihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makkahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Afghanistanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Eropahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istanbulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Londonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Moscowhttp://ms.wikipedia.org/wiki/St._Petersburghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Munichhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Munichhttp://ms.wikipedia.org/wiki/St._Petersburghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Moscowhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Londonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istanbulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Eropahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Afghanistanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makkahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Delhi
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    8/17

    Kemudian, pada tahun 1884, Sayid Jamaluddin al-Afghani mula menerbitkan

    sebuah majalah Arab berjudul al-Urwah al-Wuthqa. Menerusi majalah ini,

    Sayid Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaransebenar Islam, dan bersatu pad. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti

    Islam mendapat kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

    Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat

    Islam ialah:

    Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama

    dan melaksanakan syariat Allah s.w.t.;

    Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang

    akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;

    Memperbetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

    Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya,

    antaranya:

    al-A'mal al-Kamilah

    ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin

    Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan

    al-Khatirat

    at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    9/17

    Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar :

    Urwatul Wusqa di Perancis

    Akhbar Mirs

    Akhbar At-Tijarahdi Mesir

    Akhbar Al-Khafiqindi London

    Negara yang pernah beliau kunjungi:

    Mekah dan Mesir

    India dan Istanbul

    Iran dan Baghdad

    Rusia, Parsi dan London.

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    10/17

    Idea Islah

    Bentuk Islah

    Islah(Bahasa Arab: ) berasal dari kata kerjaAslaha (Bahasa Arab:

    duskamreb gnay ( pembaikan. Islah bermaksud pembaikanatau perubahanterancang ke arah yang lebih baik.

    Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani ialah:

    1.Idea Islah berupa usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islamsebagaimana zaman Khulafa al-Rasyidin

    2.Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasanbeliau iaitu al-Jamiah Al-Islamiah.

    3.Mengkritiktaklid Al-Ama(Bahasa Arab: yang bermaksudmengikut sesuatu secara membabi buta) tanpa berlandaskan al-Quran dan

    al-Sunnah.

    4.Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang tulen sertasesuai dilaksanakan sepanjang masa dan tempat.

    5.Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik kepadasesuatu mazhab yang membawa kepada pepecahan umat Islam sendiri.

    6.Berpendapat agar umat Islam menumpukan perhatian kepada usaha-usahamemerdekakan tanah air dan pemikiran mereka dari penjajah.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidin
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    11/17

    Kepentingan Islah

    1. Untuk membangunkan diri dan melaksanakan tuntutan Islam.2. Untuk meyakinkan umat Islam tentang kesesuaian agama Islam untuk

    diamalkan disetiap masa dan dalam semua keadaan.

    3. Untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam kehidupan.

    Kesan Islah

    1.Idea beliau disambung olehSyeikh MuhammadAbduh danMuhammad Rasyid Redha.

    2.Gerakan Islah dari Asia Barat lebih besar dari gerakan Islahdari India yang dibawa oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi

    3.Di Malaysia, gerakan islah dikembangkan oleh siswazah-siswazahdari universiti di Mesir dan Mekah seperti Universiti al-Azhar. Antara

    yang terlibat ialahSyeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi,

    danSyeikh Abu Bakar Al-Asyari.

    4.Gerakan Islah mendorong umat Islam mengkaji fahaman dan amalanmasyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran

    dan Sunnah.

    5.Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatanyang ada dalam mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air mereka.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhammad_Rasyid_Redha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhammad_Rasyid_Redha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhammad_Rasyid_Redha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Barathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Tahir_Jalaluddinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Tahir_Jalaluddinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sayyid_Sheikh_Al-Hadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sayyid_Sheikh_Al-Hadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syeikh_Abu_Bakar_Al-Asy%E2%80%99ari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syeikh_Abu_Bakar_Al-Asy%E2%80%99ari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syeikh_Abu_Bakar_Al-Asy%E2%80%99ari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syeikh_Abu_Bakar_Al-Asy%E2%80%99ari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syeikh_Abu_Bakar_Al-Asy%E2%80%99ari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sayyid_Sheikh_Al-Hadi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Tahir_Jalaluddinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Barathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhammad_Rasyid_Redha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduh
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    12/17

    Gerakan Islah mencetuskan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu

    Pencetusan gerakan Islah oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani danSyeikh

    Muhammad Abduhpada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat

    kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang

    mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah

    membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-

    Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid

    Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembalinya mereka

    ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu.

    Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

    Antara pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu ialah:

    Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

    Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi

    Haji Abbas bin Muhammad Taha

    Dr. Burhanuddin Helmi

    Tok Kenali.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Sheikh_Syed_Ahmad_Al-Hadihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abbas_bin_Muhammad_Taha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_Helmihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Kenalihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Kenalihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_Helmihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abbas_bin_Muhammad_Taha&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Sheikh_Syed_Ahmad_Al-Hadihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Timur_Tengahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduhhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Abduh
  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    13/17

    Rujukan

    1.

    Britannica Encyclopdia, Online Edition 2007 -2. Jameel Ahmad, Studying Islam Website.3. Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Lima.4. Buku rujukan Sasbadi , Pendidikan Islam.

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    14/17

    Lampiran

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    15/17

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    16/17

  • 8/2/2019 Sayid Jamaluddin Asadabadi

    17/17

    PENGHARGAAN

    Saya Khaliesa Binti Khalid, ingin mengucapkan ribuan terima kasih

    kepada orang-orang yang banyak membantu saya dalam menyiapkan

    tugasan saya yang bertajukAs-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani

    Pejuang Islam yang Gigih. Terima kasih kepada guru Pendidikan

    Islam saya iaitu Pn. Noorlida Binti Mansor yang banyak memberi

    tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya juga

    mengucapkan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang memberi

    dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang

    banyak membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, terima

    kasih kepasa semua yang terlibat.