sayyid jamaluddin al-afghani pejuang islam yang gigih

Upload: eenie-meenie

Post on 06-Jul-2015

390 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Sayyid Jamaluddin AlAfghani

Biodata

Nama sebenar ialah Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani. Di lahirkan di Asad Abad, Kabul, Afghanistan pada tahun 1254 hijrah / 1838 Masihi. Beliau digelar sebagai Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali -Karramallahu Wajhah dan Rasulullah S.A.W. Keturunan beliau berdambung dengan Imam Al-Tirmizi. Banyak merantau menyebarkan idea-idea islah. Tempat yang pernah dikunjungi ialah Makkah,India, Mesir , Istanbul, Iran , Rusia , Baghdad, Paris dan London. Pengaruhnya yang besar terhadap umat Islam menyebabkan beliau sering kali diburu oleh pihak Perancis dan Inggeris. Pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al-Ma;rif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki. Meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah/1897 Masihi ketika berumur 60 tahun. Idea Islah yang dibawa diteruskan oleh muridnya Syeikh Muhammad Abduh

Keperibadian Sayyid jamaluddin Al-Afghani

Berani : Berani memperjuangkan kebenaran. Petah berpidato untuk menaikkan semanagt umat Islam menentang penjajah. Sebab itu beliau pernah diusir ke India, Turki dan Mesir. Suka Merantau : Suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat Islam dan menyebarkan idea-idea Islah yang banyak mempengaruhi perkembangan Islam di sebelah Timur Tekun: Boleh menguasai pelbagai ilmu dan bahasa. Mencintai ilmu pengetahuan : Minat yang mendalam menyebabkan beliau mengembara ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai lmu. Akal fikiran yang cerdas, tajam dan berpandangan jauh.

Pendidikan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani

Menghafaz Al-Quran semenjak 12 tahun. Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti Al-Quran, hadis , feqah, ilmu kalam, tasawuf, nahu, saraf, balaghah, mantic, falsafah, matematik, astronomi, perubatan dan anatomi semenjak umur 18 tahun. Bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. Menguasai pelbagai bahasa seperti Afghanistan(Pisho), Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Russia.

Sumbangan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang pemikiran dan gerakkan Islam

Penggerak utama kepada perjuangan menentang penjajah.. Merantau ke beberapa buah negara Islam untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka untuk mengusir penjajah. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam.Contoh pidato beliau : Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini ditakdirkanmenjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orangorang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke Tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris, kamu akan pulang ke India dalam keadaan merdeka.

Menghasilkan beberapa karya yang berbetuk ilmiah :

Al-Amal Al-Kamilah. Al-Rad Ala Al-Dahriyyin. Tatimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan. Al-Khatirat. Al-Takayyufat Ala Syarh Al-Diwani Lil Aqaid Al-Adudiyyah.

Menghasilkan beberapa akhbar :

Al-Urwatul Wusqa di Perancis. Misr di Mesir. Al-Tijarah di Mesir. Al-Khafiqin di London.

Idea Islah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani

Pengertian Islah :

Pembaikian dan perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Bentuk-bentuk Islah yang dibawa :

Berusaha mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa di bawah gagasannnya Al-Jamiah Al-Islamiah. Mengkritik taklid Al-Ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan tempat. Cuba menyedarkan umat Islam tentang keburukkan fanatik kepada sesuatu mazhab hingga memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Berpandangan umat Islam mesti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memerdekakkan tanah air dan pemikiran mereka daripada penjajah.

Kesan Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani :

Idea Islahnya disambung oleh Syiekh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha.. Gerakkan islah dari Asia Barat lebih besar pengaruhnya berbanding gerakkan islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi. Di Malaysia, gerakkan islah dikembangkan oleh siswazah dari Universiti di Mesir dan Makkah. Contohnya Syiekh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-AlAsyari Gerakkan Islah mendorong umat Islam mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta pembentukkannya menurut tafsiran Al-Quran dan Al-Sunnah. Gerakkan ini berjaya mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka yang menghasilkan kesedaran berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah.

Keperluan Individu kepada islah

Membangunkan diri dan melaksanakan Islam menurut ajarannya yang murni. Memberikan keyakinan kepada umat Islam tentang kesusaian Islam untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan. Kita sebagai pelajar mesti bersikap positif untuk melakukan islah yang memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.