skrip jahil

12
Situasi di halaman rumah Aida : Biarlah dia hidup dengan dunia baru dia tu kan. Lagipun, saya dah redha da mak. Saya dah boleh terima. Mak : Mak tak nak dia terus hanyut. Dia anak mak. Mak sayangkan dia. Aida : Huurrmmm... Saya ada jugak mintak tolong dengan Ustaz Yusof. Mintak-mintak dia boleh tolong ye mak. Mak : Ya Allah! Kenapalah perkara ni jadi kepada keluarga kita. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah anakku ke jalan yang benar. (imbasan cerita dan soundtrack muzik) Situasi di rumah Tok Guru Ustaz Malik : Kamu tau kenapa tempat duduk ana lebih tinggi dari kamu semua? Amal : Tak tau, ustaz! Ustaz Malik : Sebab ana adalah Tok Guru kamu! Maka darjat ana lebih tinggi dari kamu semua. Oleh sebab itu, ana mesti duduk lebih tinggi dari kamu semua supaya ana boleh lihat kamu semua dengan lebih baik. Semakin tinggi darjat seseorang itu, semakin hampir dia dengan Pencipta. Amal : (mengangguk) Paham ustaz! Ustaz Malik : Sham beritahu ana, kamu nak tinggal di sini sementara?

Upload: cik-ungu

Post on 21-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Jahil

Situasi di halaman rumah

Aida : Biarlah dia hidup dengan dunia baru dia tu kan. Lagipun, saya dah redha da mak. Saya dah boleh terima.

Mak : Mak tak nak dia terus hanyut. Dia anak mak. Mak sayangkan dia.

Aida : Huurrmmm... Saya ada jugak mintak tolong dengan Ustaz Yusof. Mintak-mintak dia boleh tolong ye mak.

Mak : Ya Allah! Kenapalah perkara ni jadi kepada keluarga kita. Ya Allah Ya Tuhankuberikanlah anakku ke jalan yang benar.

(imbasan cerita dan soundtrack muzik)

Situasi di rumah Tok Guru

Ustaz Malik : Kamu tau kenapa tempat duduk ana lebih tinggi dari kamu semua?

Amal : Tak tau, ustaz!

Ustaz Malik : Sebab ana adalah Tok Guru kamu! Maka darjat ana lebih tinggi dari kamu

semua. Oleh sebab itu, ana mesti duduk lebih tinggi dari kamu semua supaya ana

boleh lihat kamu semua dengan lebih baik. Semakin tinggi darjat seseorang itu,

semakin hampir dia dengan Pencipta.

Amal : (mengangguk) Paham ustaz!

Ustaz Malik : Sham beritahu ana, kamu nak tinggal di sini sementara?

Amal : Kalau boleh la ustaz.

Ustaz Malik : Ana takde masalah. Kamu boleh tinggal di sini. Ramai yang tinggal di sini. Semua ada, kamu uruslah dengan Sham tu.

Amal : Terima kasih, Ustaz!

(sambil mengekori Ustaz dari belakang)

(melakukan aktiviti ajaran sesat mereka bersama ahli jemaah yang lain)

Page 2: Skrip Jahil

Situasi di dalam bilik tidur

Aida : (sambil menadah tangan)

Ya Allah Ya Tuhanku! Kau kuatkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMu. Kau

berikanlah aku hidayahMu, Ya Allah! Kau kuatkanlah mak, supaya dia dapat

menjaga anakku dengan baik, Ya Allah! Kau panjangkanlah usia mak supaya dia

sentiasa kuat dan sihat, Ya Allah! Kau berkatilah keluarga kami, Ya Allah! Kau

bukakanlah pintu hati suamiku supaya dia sedar tentang kebenaran, Ya Allah!

Kau bukakanlah hatinya supaya dia bertaubat, Ya Allah! Ameen ya rabbal ala

minn..

(lepas berdoa, Aida terbaring dan anak-anaknya mengejutkannya)

(soundtrack lagu dato' Siti Nurhaliza)

Situasi di atas katil

Mak : Tulah, kan mak dah cakap! Macam mana pun kena makan, sikit pun takpe! Badan tu perlukan tenaga. Nah! ni makan

(sambil menyuapkan bubur nasi)

Aida : Ala, mak! tak payah susah-susah mak. Mak tu jaga diri mak baik-baik.

Mak : Mak tak sakit. Yang sakit Aida! Mak ni tua dah, hampir semua tanggungjawab

mak selesai. Aida yang masih muda, perjalanan hidup masih panjang. Anak-anak

kecik lagi.

Aida : Maakk.. Esok-esok kalau saya takde, mak jaga anak-anak saya tu baik-baik ye!

Ekal .. Nina.. sini! Nanti jangan nakal-nakal tau?

Ekal : Mama nak pegi mana? Ekal pon nak ikut!

Nina : Nina pon nak ikut!

Page 3: Skrip Jahil

Mak : Mama tak pegi mana-mana, sayang! Aida, cakap apa ni? Jauh lagi perjalanan

hidup! Makan!

Aida : Saya nak cakap sikit dengan mak. Sayaaaa.. ada barah pangkal rahim, mak!

Tahap empat, sebab tu saya selalu tak lalu nak makan.

Mak : Aida cakap apa ni da? Cakap apa.. Mak sentiasa mendoakan keselamatan kau

dan anak-anak. Kenapa baru sekarang cakap? Nanti kita beli ubat ye?

(sambil memegang tangan Aida dan memeluknya)

Situasi di bilik mak

Mak : (menadah tangan)

Ya Allah Ya Tuhanku! Engkau tahu Ya Allah akan permohonanku. Dia masih

muda Ya Allah! Anak-anak dia masih kecil. Panjangkanlah usianya Ya Allah!

Dan sekiranya aku menjadi galang gantinya, aku redha Ya Allah! Ya Allah! aku

bermohon supaya anakku dikembalikan kepada kami, Ya Allah! Dan matikanlah

kami dalam kebaikan supaya kami dapat ditempatkan dalam JannahMu Ya Allah!

Page 4: Skrip Jahil

Situasi di rumah Ustaz Malik

Ahli : Aku tak sangka hidup aku dah hancur macam ni!! Aku buang isteri!! Aku buang

mak!! Aku dengar cakap Ustaz!! Aku dah takde keluarga kat sini lagi, takde

keluarga!! Aku tak tau apa yang aku nak?! Apa yang aku cari!

Amal : Bang.. bang.. sabar! Abang.. tak boleh cakap camtu bangg. Kita semua kat sini

nak carik syurga ni bangg.

Ahli : Memanglah aku dah lima tahun kat madrasah ni!! Lima tahun!! Apa syurga yang

aku ada?? Apa syurga yang aku nampak? Apa syurga yang aku bau?? Aku dah tak

nak jadi camni, kau tau?? Aku dah tak nak jadi camni!!! Dulu hidup aku mewah!!

Sekarang?? Sengsara kau tau!! SENGSARA!!!!

Amal : Bang, kita kena percaya dengan Ustaz, Tok Guru kita tu.. Kan dia da cakap,

kalau kita kat dunia ni kita miskin, kat akhirat nanti kita akan kaya raya.

Ahli : Apa buktinya yang aku ada??? Apa buktinya!!! Bagitahu aku!! Apa buktinya

ha??? Cakap!! Di madrasah ni kita akan kaya ke hah?? Kaya ke kita nanti ha??

Itulah yang mak aku cakap pada aku. Aku ingatkan kau, jangan jadi macam aku.

Ingat tu! Sekarang, fikir! Fikir semua!!! Sudahlahh..! Tepi..!!

Page 5: Skrip Jahil

Situasi di bilik tidur Ustaz Malik

Ustaz Malik : Macam mana dengan saham emas kita tu, Sham?

Sham : Saham emas kita ok! Kita beli murah, kita kumpol, jual mahal sikit. Haa,

semua dah ade dalam akaun dah.

Ustaz Malik : Err.. saham Forex kita tu ok lagi?

Sham : Eh.. saham Forex lebih daripada ok, beb! Kita dah balik modal tau? Dah

dua kali untung! Sekarang dah ada setengah juta dalam akaun kita tau, untung

kita!

Ustaz Malik : Bukan senang kita nak buat bisnes kan, Sham?

Sham : Errrmm.. betul!

Ustaz Malik : Dulu.. masa aku kerja Ustaz kat sekolah pondok tu, nak dapatkan seribu

sebulan pun susah. Orang kota sekarang ni, ramai yang kosong dan yang

mencari. Cerita sikit je pasal syurga, semua nak ikut!!

Sham : (ketawa)

Eh..tapi engkau memang first class la! Cara engkau cakapkan, tarik dorang huh!

first class.. hahahah (sambil menuang air ke dalam botol)

Ustaz Malik : Satu lagi kau kena ingat Sham! Kau kena pastikan, Amal dan beberapa

orang yang baru tu jangan biarkan dia duduk lama kat sini. Takut jadi hal

pulak!

Sham : Iyelah.. nanti aku cakap dengan dorang.

Ustaz Malik : Orang sekarang ni hidup guna emosi. Hidup tak guna otak. Kalau dorang

Page 6: Skrip Jahil

dah percayakan kita, cakap orang lain langsung tak nak dengar. Senang

sangat nak kena tipu! Bila aku bagi dorang syurga setiap malam bukan main suka lagi dorang tu! Bukan main percaya lagi dorang kat aku. GRO-

GRO tu mesti ditukar setiap bulan. Nanti ada yang perasan pulak! Apa

yang penting kita dapat apa yang kita nak! Yang lain-lain tu, lantak dorang

laaa!!

Amal : (Terus tolak pintu)

Apa benda semua ni?? haaa!! haaa!! Apa semua ni?? Apa yang saya baru

dengar tadi?? Apa benda yang aku baru dengar ni, Ustaz?? Apa benda,

Sham??

Ustaz Malik : Amal..cuba bawak bersabar sikit. Apa yang Amal baru dengar tadi tu, tak

betul! Cuma cerita jeee...

Sham : Cuma cerita jee..

Ustaz Malik : Yang betul, ana akan bawak kamu ke syurga!

Amal : Syurga kepala hotak engkau!! humm.. Syurga kepala otak dengan kau,

penipu!! Kau pun sama, penipu! Ehh, aku dah korbankan segala-galanya untuk

korang, kau tau tak, haa?? Aku dah korbankan segala-galanya!! Aku

bagi semuanya. Aku percaya dengan ajaran ni. Aku percaya dengan kau.

Aku buang mak aku! Aku buang bini aku! Ini yang semuanya yang kau

buat?? Ini yang kau buat dekat aku??

(baling serban ke arah Ustaz Malik)

Ini yang kau buat kat aku, haaa!!

Page 7: Skrip Jahil

Sham : Mal.. Mal.. Kau boleh join sekali, Mal! Takde hal.

Amal : Korang semua ni topeng aje manusia tapi sebenarnya setan!!

(terus meluru keluar dari bilik)

Sham : Mal.. Mal..

Ustaz Malik : Sham, biar jelah dia! Yang penting sekarang kita kena bersiap sedia.

Sham : Hurrmm... kita kena kemaslah.

Situasi di rumah Mak

Amal : (Keluar dari teksi menuju ke rumah)

Mak! Mak! Mak! Mak! Mak!

(terkejut melihat sebujur mayat milik Aida lalu menghampirinya)

Aida.. Aida bangun! Aida, kenapa kau tidur depan orang ni? Sayang, bangun

sayang! Aida, bangun! Tak elok tidur depan orang. Mak! Kenapa mak tak kejut

Aida ni mak? Kenapa mak biar dia tidur depan orang ni?

(sambil menangis)

(imbasan perbuatan Amal terhadap Aida dulu)

Aida.. Aida bangunlah! Aida bangunlah! Mal datang ni..Mal datang nak mintak

ampun kat Aida! Mal banyak buat salah dekat Aida! Aidaaaa... ya Allah! .. Ya

Allah beratnya ya Allah. Mak beratnya seksa ni balasannya ya Allah makk!

Bangunlah Aida.. Mal mintak ampun!! Bangunlah..

Mak : Amal! Dah! Tak baik begitu depan jenazah. Aida dah lama maafkan kau. Dia

maafkan semua kesalahan kau, Mal. Cuma dia tinggalkan wasiat, dia mintak kau

jaga anak-anak. Jangan biarkan anak-anak. Dah, tak baik menangis begitu.

Page 8: Skrip Jahil

Amal : Ya Allah! Aku mintak maaf, ya Allah! ya Allah, aku mintak ampun!

(sambil menangis)

Situasi selepas solat berjemaah

Amal : Mak, Mal nak mintak ampun nak mintak maaf. Mal banyak buat mak sedih.

Mak : Mak dah lama ampunkan dan maafkan kau dan mak bersyukur kerana Tuhan

telah bukakan pintu hati kau untuk kebenaran.

Amal : Memang Mal jahil, mak! Mal memang selama ni Mal jahil sampai mudah sangat

kena tipu! Mak ampunkan Mal ye mak? Mal nak mintak izin kat mak, Mal nak

duduk sini, mak. Mal nak duduk sini dengan mak. Nak besarkan anak-anak.

Jadikan dorang muslim dan muslimah. Mal nak jaga mak. Mak izinkan ye mak?

Mak : Ye,, mak izinkan. Mak izinkan.

Amal : (salam dan cium tangan mak)

Mak : Ya Allah ya Tuhanku! Syukur Kau telah kembalikan anak aku, ya Allah!

Ameen.. ameen ya rabbal alamin..

-TAMAT-

BARISAN PELAKON

Beto Kusyairy sbg Amal

Zara Zya sbg Aida

Azri Iskandar sbg Ustaz Malik

Page 9: Skrip Jahil

Fauziah Nawi sbg Mak

Hisham Ahmad Tajudin sbg Ustaz Yusof

Hafidzuddin Fazil sbg Sham

Adik NurQistina Raisah sbg Nina

Adik Qhaisy Haqimi Hazali sbg Ekal