skrip hari koop-pelajar

7
Bismillahirahmanirrahim, Yang Berusaha, ……………………………. Pengetua SMK TUN AMINAH Yang dihormati, ……………………………. Pen Kanan Pentadbiran ………………………….. Pen. Kanan Hal Ehwal Murid ……………………………. Pen Kanan Kokurikulum Guru- guru kanan Barisan para guru Seterusnya.. Rakan pelajar sekalian. Assalammu’alaikum warah matullahi wa barakatuh. ______________________________________________________________________________ _______ UCAPAN ALU-ALUAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi SMK TUN AMINAH bagi tahun 2015. Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah ” “Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat DOA Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Saudari ……………….. untuk membacakan doa. **Terima kasih diucapkan kepada saudari …………………di atas bacaan doa sebentar tadi. LAGU

Upload: wardah-bajrai

Post on 03-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

koop

TRANSCRIPT

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berusaha,

.

Pengetua SMK TUN AMINAH

Yang dihormati,

.

Pen Kanan Pentadbiran

..

Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

.

Pen Kanan Kokurikulum

Guru- guru kanan

Barisan para guru

Seterusnya..

Rakan pelajar sekalian.

Assalammualaikum warah matullahi wa barakatuh.

_____________________________________________________________________________________

UCAPAN ALU-ALUAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi SMK TUN AMINAH bagi tahun 2015.

Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat

DOA

Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Saudari .. untuk membacakan doa.

**Terima kasih diucapkan kepada saudari di atas bacaan doa sebentar tadi.

LAGU

Seterusnya marilah kita sama-sama menghormati dan menyanyikan lagu:

1.Lagu Negaraku

BACAAN PERUTUSAN

( Rakan pelajar dibenarkan duduk).

**Tunggu semua pelajar duduk =)

Acara seterusnya ialah mendengar dan menghayati bacaan perutusan.

Diharapkan para pelajar dapat memberikan perhatian dan membuat catatan kerana ada soalan-soalan kuiz koperasi nanti ada kaitan dengan perutusan yang akan dibacakan.

Majlis menjemput rakan pelajar: ................................ untuk membaca perutusan PERUTUSAN PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI JOHOR

. Dipersilakan.

**Terima kasih diucapkan.

Usah tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai pahlawan satria pertiwi,

Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput .. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Koperasi SMK TUN AMINAH bagi tahun 2015.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

UCAPAN CIKGU KOOP

Untuk meneruskan majlis, saya menjemput Guru Koperasi SMK TUN AMINAH, ..................................................... untuk menyampaikan makluman berkenaan aktiviti Hari Koperasi 2015

**Terima kasih diuacapkan kepada Cikgu .........................

PENYAMPAIAN HADIAH

Pulau Pandan Jauh Ke tengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Hancur Badan Dikandung Tanah

Budi Yang bAik Dikenang Juga

Indah Bunga Kerana Warnanya

Indah Manusia kerana Budinya

Oleh itu bagi menghargai sumbangan rakan pelajar dalam kegiatan Koperasi pada tahun 2014/2015, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . untuk menyampaikan SIJIL PENGHARGAAN mereka yang terlibat. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kpd koperator terbaik di kalangan pelajar.

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN RENDAH):

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN ATAS):

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( ASRAMA)

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada ..atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

EDARAN HKS PELAJAR

Guru2 dan pelajr2 sekalian, sempena sambutan hks 2015 pada kali ini, pihak koperasi dengan sukacitanya akan mengedarkan penanda sebagai tanda peringatan dan cenderamata kpd semua pelajar dan juga guru.

PENUTUP

Kini, majlis tiba ke penghujungnya

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan HKS 2015.

Bunga Seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w.

SKRIP PERASMIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia.

Yang dihormati

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya kita diberi kesempatan untuk hadir pada perhimpunan minggu ini. Pada Perhimpunan kali ini telahberpeluang untuk meraikan Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi tahun 2015.

Untuk makluman warga sekolah, sambutan Hari Koperasi Sekolah ini telah diadakan serentak di seluruh negara bermula . Tema sambutan untuk tahun ini ialahKoperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti-aktiviti berasaskan pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun diperingkat zon, negeri dan kebangsaan.

Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA.

Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik murid-murid supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Pihak ANGKASA menyediakan garis panduan sambutan ini sebagai usaha memberikan panduan terbaik kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan lebih mudah dan teratur. Ini terbukti, hasil daripada laporan yang diterima daripada pihak koperasi sekolah, koperasi sekolah berjaya melaksanakan HKS dengan jayanya.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Lembaga Koperasi SMK Tun Aminah Berhad kerana menjadi sebahagian daripada statistik dalam kalangan sekolah yang berjaya menunaikan tanggungjawab menganjurkan sambutan HKS seperti pada pagi ini.

Sambutan HKS telah secara tidak langsung telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Saya dimaklumkan bagi sambutan hari tahun ini pelbagai aktiviti telah diatur bersempena dengan sambuatn Hari Koperasi 2015.

Saya berharap agar semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang Hari Koperasi Sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang ada untuk membina bakat keusahawanan, pengalaman berpersatuan, dan bantu-membantu selaras semangat koperasi selaras dengan tema Hari Koperasi Sekolah tahun ini, Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat

.

Dengan lafaz BISSMILLAHIRAHMAN NIRRAHIM, saya merasmikan sambutan Hari Koperasi Sekolah peringkat SEKOLAH SMK TUN AMINAH BAGI TAHIN 2015.

Sekian, Terima kasih.

PERUTUSAN PENGARAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI JOHOR

Assalamualaikum w.b.r.Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Koperasi,Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua, maka Laman Web Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor telah dapat disediakan bagi kemudahan koperasi dan masyarakat umum.Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan laman web SKM Negeri Johor.Transformasi yang dilakukan di dalam menggalakkan gerakan koperasi terlibat di dalam bidang ekonomi berprestasi tinggi mampu mengubah gaya hidup masyarakat ke arah membentuk Negara berpendapatan tinggi seterusnya menjadi Negara maju menjelang tahun 2020.Suruhanjaya akan sentiasa menyokong usaha murni koperasi dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan masyarakat setempat dengan menyediakan infrastruktur dan bantuan kewangan dan teknikal yang diperlukan, mengikut kesesuaian.Laman web ini merupakan manifestasi daripada sikap keterbukaan SKM Negeri Johor serta keinginan tinggi organisasi ini untuk mengamalkan konsep interaksi yang terbuka, terus dan membina dengan koperator dan masyarakat koperasi keseluruhannya. Konsep ini selaras dan bersesuaian dengan era globlalisasi dan dunia tanpa sempadan.Adalah menjadi harapan saya supaya koperasi dapat menghayati konsep bekerja bersama-sama, demi manfaat bersama dan berpegang teguh dengan prinsip berkoperasi yang telah ditetapkan dan mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik.Saya berharap laman web ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh koperator, gerakan koperasi dan masyarakat umum dalam menggunakan kemudahan ini. Akhir sekali sebarang penambahbaikan kearah kemantapan gerakan koperasi seharusnya dialu-alukan.Sekian, terima kasih