skrip formal.docx

12
TEKS MC PELANCARAN MINGGU INTEGRITI PERINGKAT IPG KP TEKNIK 23 SEPTEMBER 2013 CUE KETIBAAN DIF KEHORMAT ANN Mengumumkan ketibaan : 1. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Diiringi oleh 2.Yang dihormati, Puan Junaidah binti Mat Lia, Pengerusi Minggu Integriti Peringkat IPG KP Teknik, 3.Yang Dihormati, Pn Wan Nor Adzmin bt Mohd Sabri Ketua jabatan matematik 4. Para pensyarah dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Upload: nur-anati

Post on 26-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengerusi majlis

TRANSCRIPT

Page 1: SKRIP FORMAL.docx

TEKS MC

PELANCARAN MINGGU INTEGRITI PERINGKAT IPG KP TEKNIK

23 SEPTEMBER 2013

CUE KETIBAAN DIF KEHORMAT

ANN Mengumumkan ketibaan :

1. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Diiringi oleh

2. Yang dihormati, Puan Junaidah binti Mat Lia,

Pengerusi Minggu Integriti Peringkat IPG KP Teknik,

3. Yang Dihormati, Pn Wan Nor Adzmin bt Mohd Sabri

Ketua jabatan matematik

4. Para pensyarah dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

# (Terus lagu Negaraku)

CUE LAGU NEGARAKU (SELEPAS)

ANN Terima Kasih dan Hadirin dipersilakan duduk.

Page 2: SKRIP FORMAL.docx

CUE SALUTASI

ANN Bersulam sutera di kuala pekan,

Dapat durian bersama kuini,

Salam sejahtera pembuka bicara,

Buat hadirin yang ada di sini.

Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

2. Yang dihormati, Puan Junaidah binti Mat Lia,

Pengerusi Minggu Integriti Peringkat IPG KP Teknik,

3. Yang Dihormati, Pn Wan Nor Adzmin bt Mohd Sabri

Ketua jabatan matematik.

4. Para pensyarah dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Satu

Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun di

dalam dewan yang serba indah ini bagi sama-sama menjayakan

Pelancaran Minggu Integriti Peringkat IPG Kampus

Pendidikan Teknik. Kami mengalu-alukan kehadiran hadirin

sekalian dan selamat datang kami ucapkan.

Page 3: SKRIP FORMAL.docx

CUE BACAAN DOA

ANNHadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan

Saudara __________________________________

untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CUE BACAAN DOA SELESAI

ANN Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara

_________________________________

atas bacaan doa.

CUE IKRAR RUKUN NEGARA

ANN Seterusnya, majlis mempersilakan saudara

___________________________________ untuk mengetuai

bacaan ikrar Rukun Negara. Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan.

CUE IKRAR RUKUN NEGARA (SELESAI)

Page 4: SKRIP FORMAL.docx

ANN Terima kasih diucapkan kepada saudara

______________________________________

atas bacaan ikrar sebentar tadi.

CUE PERSEMBAHAN PEMBUKAAN

ANNSelasih mekar di tengah desa,

Mencelah sama kembang melati,

Guru Pembina Negara Bangsa,

Guru Cemerlang Guru Berintegriti.

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai hari ini, marilah kita bersama-sama

menghayati erti integriti dalam prospek pendidikan melalui

pentomin yang akan dipersembahkan. Dengan itu, majlis

dengan segala hormatnya, mempersilakan Guru – guru Pelatih

4 PISMP Matematik untuk membuat persembahan mereka

yang bertemakan Peredaran Masa dan Waktu.

Dipersilakan.

CUE PERSEMBAHAN PEMBUKAAN (SELESAI)

ANNBegitulah tadi, persembahan pentomin yang begitu menarik

yang telah dipersembahkan oleh pelajar 4 PISMP Matematik.

Semoga pentomin ini memberi pelbagai pengajaran dan input

bermakna buat kita semua.

CUE BICARA INTEGRITI

Page 5: SKRIP FORMAL.docx

ANN Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan slot bicara integriti

yang akan disampaikan oleh

Nur Syahirah bt. Md. Nasir.

Untuk pengetahuan semua beliau merupakan

Guru Pelatih 2 PISMP TESL 1 dan akan membicarakan

mengenai Amalan Berintegriti Pendidikan Berkualiti.

Marilah sama-sama kita menghayati bicara yang akan

disampaikan. Dengan itu, majlis mempersilakan.

CUE BICARA INTEGRITI (SELESAI)

ANN Terima kasih diucapkan kepada

Nur Syahirah bt. Md. Nasir.

Atas kesudian beliau untuk menyampaikan bicara integriti

sebentar tadi. Marilah kita bersama-sama mencapai

kegemilangan diri dengan memupuk sikap integriti di dalam diri

kita semua sebagai bakal pendidik untuk generasi akan datang.

CUE UCAPAN KJ MATEMATIK

Page 6: SKRIP FORMAL.docx

ANN Subur merimbun pohonan cemara,

Anggerik berpilin di sisi longan,

Salam santun ungkapan bicara

Pohon izin pinta ucapan

Hadirin yang dimuliakan,

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ketua

Jabatan Matematik,

Puan Wan Noor Adzmin bt Mohd Sabri untuk menyampaikan

sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya mempersilakan

CUE UCAPAN KJ MATEMATIK (SELESAI)

ANN Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan

Noor Adzmin bt Mohd Sabri di atas ucapan itu tadi. Semoga

kata-kata beliau tadi menjadi peransang kepada semua.

CUE UCAPAN PENGERUSI MINGGU INTEGRITI

ANN Hadirin sekalian, sekarang majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Puan Junaidah binti Mat Lia,

Pengerusi Minggu Integriti 2013 untuk menyampaikan ucapan

sempena Minggu Integriti Peringkat Ipg Kp Teknik 2013. Majlis

dengan penuh takzimnya mempersilakan.

CUE UCAPAN PENGERUSI INTEGRITI (SELESAI)

Page 7: SKRIP FORMAL.docx

ANN Terima kasih diucapkan kepada Puan Junaidah binti Mat Lia,

atas ucapan yang disampaikan tadi. Hadirin sekalian, bersama-

samalah kita berganding bahu untuk menjayakan minggu

integriti peringkat ipg Kp Teknik.

CUE UCAPAN VIP

ANN Jika tidak kerana bulan,

Tidak pungguk terbang tinggI,

Jika tidak kerana tuan,

Tidak berseri majlis ini.

Hadirin Sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan :

1. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Untuk memberikan ucapan sepatah dua kata dan seterusnya

merasmikan Pelancaran Minggu Integriti Peringkat IPG KP

Teknik 2013. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

CUE UCAPAN VIP SELESAI

Page 8: SKRIP FORMAL.docx

ANN Majlis mengucapkan terima kasih kepada ;

1. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Atas kesudian beliau merasmikan Pelancaran Minggu Integriti

Peringkat IPG KP Teknik 2013 ini.

CUE NYANYIAN LAGU IPGM & LAGU 1 MALAYSIA

ANN Bagi melahirkan rasa cinta terhadap profesion keguruan, dan

Negara, marilah bersama-sama kita nyanyikan lagu IPGM dan

lagu 1 Malaysia. Hadirin di minta berdiri.

Terima kasih dan Hadirin dipersilakan duduk.

CUE MAJLIS PENUTUP

Page 9: SKRIP FORMAL.docx

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Kami, selaku pengacara majlis pada hari ini,

Memohon maaf sekiranya di atas kekasaran bahasa sepanjang

kami mengendalikan majlis pada malam ini. Sesungguhnya

yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu

datangnya dari diri saya sendiri.

Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

CUE PERARAKAN KELUAR VIP

Page 10: SKRIP FORMAL.docx

ANN

Mengumumkan perarakan keluar

1. Yang Berbahagia, Dr. Muhammad Bin Abd Rahman

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

2. Yang Berusaha , Dr, Mahmud Bin Yahya

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Diiringi oleh

3. Yang dihormati, Puan Junaidah binti Mat Lia,

Pengerusi Minggu Integriti Peringkat IPG KP Teknik,

4. Yang Dihormati, Pn Wan Nor Adzmin bt Mohd Sabri

Ketua jabatan matematik

Dan Para pensyarah

Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis Bersurai