skp jom cemerlang
DESCRIPTION
Ringkasan modul SKP : Jom Cemerlang untuk rujukan para guru bimbingan dan kaunseling. Ia merupakan ringkasan info untuk program motivasi pembangunan pelajar di sekolah-sekolah. Untuk menjemput Hamirudin Hamidi, hubungi beliau di 019 299 43 88 sekarang!TRANSCRIPT
Abstrak
Sebuah program motivasi berbentuk ceramah yang disertakan dengan aktiviti mudah dan tayangan
beberapa video motivasi yang dibangunkan khas untuk semua pelajar tahap 2 sekolah rendah dan semua
tingkatan sekolah menengah. Program ini didasari oleh kemahuan untuk membuka minda pelajar
terhadap keperluan dalam pengetahuan pembinaan matlamat, belajar mendifinisikan maksud
kecemerlangan dan keperluan-keperluan untuk merealisasikannya, memikirkan siapa diri mereka pada
masa hadapan dan pembinaan sahsiah cemerlang.
Mengapa Program Ini Diperlukan Oleh Semua Pelajar?
Para pelajar kebanyakannya tidak menyedari sebab mereka ke sekolah. Ada yang datang ke sekolah dan
pulang pada waktu petang tanpa mengetahui keperluan untuk mereka ke sekolah. Pembinaan matlamat
amatlah penting untuk dipelajari oleh setiap pelajar demi memastikan mereka ‘ada sebab’ untuk ke
sekolah. Para pelajar juga mesti mempunyai keinginan untuk cemerlang, malahan perlu tahu definisi
kecemerlangan, keperluan untuk cemerlang dan manfaat yang mereka bakal perolehi daripada
kecemerlangan. Di dalam program ini juga, pembimbing motivasi akan mula memperkenalkan kepada
para pelajar akan MASA DEPAN dan siapa diri pelajar pada masa depan, atau paling awal siapa diri mereka
10 tahun akan datang. Pembinaan sahsiah diri yang cemerlang adalah pelengkap kepada program
motivasi yang unggul ini.
Metod Pembelajaran
Di dalam program motivasi ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai input berdasarkan kaedah
ceramah motivasi dan para pelajar boleh membuat catatan nota berdasarkan ceramah yang disertakan
dengan tayangan slaid di hadapan pentas. Sedikit aktiviti mudah juga dijalankan bagi memudahkan
pemahaman ilmu kehidupan yang disua kepada mereka manakala tayangan beberapa video motivasi
yang akan menaikkan semangat para pelajar. ‘Jeritan kata-kata semangat’ adalah salah satu aktiviti mudah
yang menambahkan motivasi para pelajar untuk memahami peranan mereka selaku seorang pelajar dan
juga seorang remaja.
Keperluan/Penyediaan Peralatan
Motivator akan memerlukan projektor LCD, mikrofon dan kotak pembesar suara yang mungkin telah sedia
ada di dalam dewan sekolah. Motivator akan membawa komputer bimbit untuk tujuan penayangan slaid
dan video.
Pelaburan Sekolah
Pelaburan sekolah hanyalah RM400 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Kuala
Lumpur, atau RM450 termasuk perbatuan (mileage) untuk sekolah di seluruh Selangor yang berjarak 50
km dari Setiawangsa, atau RM550 termasuk perbatuan dan penginapan untuk sekolah di seluruh
Semenanjung Malaysia. Untuk program di Sabah dan Sarawak, pelaburan oleh pihak sekolah boleh
dibincangkan meliputi tiket penerbangan dan penginapan.
SKP : Jom Cemerlang!
Kenali Motivator Anda!
Hamirudin Hamidi dilahirkan pada petang tanggal 10
Januari 1977 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman
Selayang 1 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell,
Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan enam atas pada
tahun 1996. Beliau melangkah ke pengajian tinggi di
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan dianugerahi
Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengajian Maklumat (Kepujian) pada tahun 2001.
Beliau memulakan karier sebagai Pustakawan di sebuah kolej terkenal di Petaling Jaya pada tahun 2001 dan pernah
menjawat jawatan sebagai Ketua Pustakawan di beberapa buah perpustakaan akademik dan perpustakaan khusus.
Beliau juga pernah menjadi Pegawai Latihan di sebuah bank Islam terkemuka di Kuala Lumpur.
Beliau telah menerbitkan dua buah buku motivasi yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi? (2011) dan Survival Kit
Pelajar Menengah (2013). Beliau kini adalah pengasas Amir Hamidi Consultant dan bertindak sebagai Pembimbing
Motivasi dan Konsultan untuk program-program di peringkat sekolah dan organisasi.