skop tugasan biro

Upload: mohd-hafiz-bakhtiar-hafiz

Post on 08-Mar-2016

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan biro kip

TRANSCRIPT

Exco & Naib Exco Biro Sukan Dan Rekreasi Mewujudkan jawatankuasa kecil Menguruskan semua perkara berkaitan sukan seperti Merentas Desa, kejohanan olahraga tahunan dan sebagainya Membantu dalam pengurusan KAGUM bersama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum Mengurus dan menyelia perjalanan perhimpunan pagi dan senaman pagi Mengurus dan menyelia penyertaan pelajar dalam kejohanan-kejohanan sukan dalam dan luar kampus Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Merancang dan melaksanakan aktiviti biro Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Kebajikan Dan Sosial Mewujudkan jawatankuasa kecil Mengurus segala urusan berkaitan kebajikan pelajar Menguruskan aduan pelajar Merancang dan laksanakan aktiviti pelajar melibatkan kebajikan pelajar Menguruskan kutipan derma kilat dan tabung kebajikan pelajar Mengurus, merekod dan mengambil tindakan laporan sistem pesanan ringkas (sms) dan aduan pelajar dalam talian (blog) JPP Mengurus dan menyelia perkhidmatan bas ke stesen bas MBKT dan lain-lain destinasi mengikut keperluan Merancang dan melaksanakan aktiviti biro Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Agama, Kerohanian Dan Moral Pengerusi melantik dan menubuhkan jawatankuasa biro dan badan tindakan nuqaba. Mewujudkan jawatankuasa kecil yang melibatkan semua pelajar (Islam dan Bukan Islam) Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan moral Mengimarahkan dan membersihkan Balai Islam Al-Muttaqin Membudayakan akhlak mulia dalam kalangan pelajar Menerima arahan dari pihak YDP dan NYDP JPP. Merancang dan melaksanakan aktiviti biro Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan

Exco & Naib Exco Biro Kolej Kediaman Mewujudkan jawatankuasa kecil Menguruskan perjumpaan penghuni kolej kediaman Membuat pengumuman di kolej kediaman Menjalankan gotong-royong wajib pada setiap semester dan keceriaan kolej kediaman Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di kolej kediaman Merancang dan menjalankan aktiviti penghuni kolej kediaman pada sepanjang minggu perkuliahan dan hujung minggu. Menguruskan dan menyelia penyerahan dan pemulangan kunci pada setiap cuti semester Mengurus dan menyelia perkhidmatan bas pada setiap hari Jumaat (Solat Jumaat) Membudayakan budaya hidup penyayang dalam kalangan pelajar Menyediakan rekod pemilik basikal dan mengurus basikal seperti dalam surat arahan Pengarah Merancang dan melaksanakan aktiviti biro Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Hal Ehwal Wanita Mewujudkan jawatankuasa kecil Menjaga kebajikan pelajar wanita dan merancang aktiviti melibatkan aspek kewanitaan Melaksanakan tugas-tugas khas berkaitan JPP Mengurus dan menyelia hal ehwal kafetaria dan koperasi Merancang dan melaksanakan aktiviti biro Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan Menerima arahan dari YDP dan NYDP