skim pembiayaan informal (spin) 2

5
“ Teman Niaga Anda ” Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 anda digalakkan berurusan melalui saluran berikut : @tekunasional 03 9059 8888 ( Waktu pejabat ) http://fems.tekun.gov.my/ SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2.0 MEMBANTU USAHAWAN YANG TERJEJAS DENGAN PANDEMIK COVID 19 KEMASKINI : 14/8/2021

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2

“ Teman Niaga Anda ”

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 anda digalakkan berurusan melalui saluran berikut :

@tekunasional 03 9059 8888 ( Waktu pejabat ) http://fems.tekun.gov.my/

SKIM PEMBIAYAANINFORMAL (SPIN) 2.0

MEMBANTU USAHAWANYANG TERJEJAS DENGAN PANDEMIKCOVID 19

KEMASKINI : 14/8/2021

Page 2: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2

Apakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )2.0 adalah skim pembiyaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.

Apakah objektif Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Untuk membantu usahawan bagi memulihkan dan memulakan perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.

Berapakah nilai pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan ( SSM )

Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 5,000

usahawan yang mempunyai lesen / permit atau daftar perniagaan ( SSM ) yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

@tekunasional

KEMASKINI : 14/8/2021

Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM10,000

Page 3: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2

Apakah syarat-syarat utama memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Bumiputera / India dan warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankanPengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu / Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu. Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan ( SSM ) yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerakBebas daripada tindakan kebankrapanAktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

@tekunasional

KEMASKINI : 14/8/2021

Page 4: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Berapa lamakah tempoh proses kelulusan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja ( Tertakluk pada terma dan syarat )

Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi insurans?

Pembiayaan SPIN 2.0 juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk menguruskan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.

@tekunasional

KEMASKINI : 14/8/2021

Page 5: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN) 2

@tekunasional

Saya merupakan peminjam TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?

Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan

Adakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0 ini mempunyai simpanan seperti skim pembiayaan TEKUN yang lain?

Usahawan menerusi Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0 dikecualikan daripada membayar simpanan.

Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) 2.0?Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my

Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat- pejabat TEKUN?

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

KEMASKINI : 14/8/2021